Adsense

Rabu, 23 Mei 2012

Berita Harian: Hip

Berita Harian: Hip


Jalan Kembali Bohsia 2

Posted: 22 May 2012 03:28 PM PDT

Hip

Pengarah rayu jangan lihat aksi negatif saja

KELANTANGAN pembikin filem berkarya sejak akhir-akhir ini menjadi petanda baik buat perjalanan industri perfileman.

Ia dilihat selepas Lembaga Penapisan Filem (LPF) memberikan kebebasan pembikin untuk terus berkarya.

Meskipun filem ketujuh arahan anak kepada produser Datuk Yusof Haslam hanyalah cerita rekaan, namun aksi gejala sosial remaja jalanan yang diketengahkan adalah paparan sebenar masalah yang dikaitkan dengan penyalahgunaan dadah, seks bebas, rogol, pembuangan anak, ragut, samseng dan membunuh yang berlaku di tengah kota raya.

Kreativiti pengarah jelas menunjukkan kejujuran berbanding pembikinan sebelum ini yang lebih kelihatan menghasilkan filem dalam bentuk propaganda semata akibat sekatan dari banyak pihak.

Menyaksikan pratonton filem Jalan Kembali...Bohsia 2 arahan Syamsul Yusof seolah menggambarkan kehidupan realiti berkaitan masalah sosial yang berlaku di kalangan remaja negara ini.

Meskipun filem ketujuh arahan anak kepada produser Datuk Yusof Haslam hanyalah cerita rekaan, namun aksi gejala sosial remaja jalanan yang diketengahkan adalah paparan sebenar masalah yang dikaitkan dengan penyalahgunaan dadah, seks bebas, rogol, pembuangan anak, ragut, samseng dan membunuh yang berlaku di tengah kota raya.

Tidak dinafikan dialog yang dilontarkan pelakon begitu kasar dan kurang sesuai didengari kanak-kanak, namun usaha pengarah menterjemahkan skrip yang diilhamkan sendiri bersama Rizal Ashref menjadi persembahan sebenar yang berlaku di luar layar perak.
Sekalipun penonton rimas dengan aksi sosial yang sarat dan mengusutkan fikiran berserta dialog yang lantang, namun klasifikasi P13 (Penonton berumur di bawah 13 tahun memerlukan pengawasan dan bimbingan ibu bapa atau penjaga ketika menonton) yang diberikan LPF membolehkan mesej dan pengajaran terus diterima remaja.

Lebih menguatkan filem dari sekual Bohsia...Jangan Pilih Jalan Hitam itu mengetengahkan kritikan sosial yang bakal membuat generasi muda berfikir persimpangan manakah yang harus mereka lalui jika terbabit dengan isu yang ditonjolkan.

"Saya mengharapkan kematangan usia saya dapat seiring dengan kerjaya yang saya bina. Sebab itu saya memilih untuk menyelitkan lebih banyak elemen kerohanian dan keagamaan.

"Kini saya semakin gemar mempertaruhkan elemen islam selepas menghasilkan filem Khurafat. Lebih-lebih lagi filem kritikan sosial yang padat dengan aksi negatif seharusnya diseimbangkan dengan pengisian manfaat yang menjadi panduan penonton," kata Syamsul yang cuba menggambarkan karektor remaja yang jahil dalam agama namun mampu berubah dengan hidayah yang diterima.

Bagaimanapun filem ketujuh arahan pengarah muda ini memperlihatkan watak Keting lakonan Sofi Jikan menjadi pencetus kegusaran penonton. Ini kerana pada babak dirinya menolak hingga jatuh Pak Imam yang menegurnya di hadapan masjid ketika azan berkumandang.

Aksi penerima anugerah Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik di Festival Filem Malaysia Ke 24 itu menimbulkan situasi kurang selesa penonton apabila pengarah cuba menyentuh isu agama.

Ini diakui sendiri oleh Sofi.

"Saya sebenarnya sangat sensitif apabila diminta membuat babak itu, namun pengarah mempunyai alasan kukuh kenapa perlu ditonjolkan kepada masyarakat. Selepas mendapat penjelasan mengenai babak itu, saya bersetuju melakukannya kerana benar ia tidak begitu keterlaluan seperti yang mendapat maklum balas oleh media.

"Sebagai pelakon saya tidak boleh meletakkan sempadan melakukan apa saja mengikut kehendak skrip atau pengarah selagi ia tidak keterlaluan, babak itu dilakukan kerana bersebab dan saya percaya mesejnya sampai untuk dijadikan pengajaran kepada semua masyarakat," kata Sofi Jikan.

Selain Syamsul dan Sofi Jikan, filem Jalan Kembali... Bohsia 2 mendapat sokongan kuat daripada pelakon yang turut menyumbang kekuatan filem ini. Antaranya Nabila Huda, Salina Saibi, Zizan Razak, Serina Redzuawan, Kaza, Mak Jah dan Harun Salim Bachik. Filem ini akan ditayangkan 7 Jun depan.


Lady Gaga dibenarkan beraksi di Filipina

Posted: 22 May 2012 03:18 PM PDT

Hip

PENYANYI sensasi, Lady Gaga akhirnya dibenarkan mengadakan konsert keduanya di Filipina, pada malam Selasa selepas badan penapis tempatan memutuskan bahawa perlakuan provokatif adalah tertakluk kepada batasan undang-undang.

Datuk Bandar Pasay City, Antonino Calixto berkata, pihak berkuasa yang memantau persembahan pertama pada Isnin lalu mendapati tiada perlanggaran permit yang melarang perlakuan bogel, kekufuran dan perlakuan lucah.

"Diperakui bahawa beberapa kenyataan dan koreografi dilihat provokatif tetapi kandungan dan persembahan semuanya boleh disifatkan sebagai sebahagian daripada ekspresi artis yang dilindungi oleh perlembagaan, katanya.

Kumpulan konservatif Kristian di negara yang majoriti penduduk beragama Katholik itu menyatakan bantahan setiap hari menuntut kerajaan melarang persembahan itu kerana mendakwa beberapa lagu Lady Gaga adalah menghina agama.

"Disebabkan itu, kerajaan bandaraya Pasay melihat tiada sebab perundangan untuk tidak membenarkan konsert kedua diteruskan," kata Calixto dalam satu kenyataan.

Lebih 20,000 penonton menghadiri persembahan fenomena penyanyi pop Amerika Syarikat itu, bilangan sama menghadiri konsert pada hari Isnin.

Kumpulan konservatif Kristian di negara yang majoriti penduduk beragama Katholik itu menyatakan bantahan setiap hari menuntut kerajaan melarang persembahan itu kerana mendakwa beberapa lagu Lady Gaga adalah menghina agama.

Seorang paderi kanan gereja berkata persembahannya lebih kepada 'menyembah syaitan."
Lady Gaga bersuara lantang menentang kritikan tempatan terhadapnya pada konsert kelmarin, menyifatkan dirinya 'bukan satu ciptaan kerajaan anda' sebelum muncul dengan lagu kontroversi, Judas.

Jelajah dunia Lady Gaga The Born This Way Ball menjadi tajuk utama berita di Asia berikutan konsertnya yang sepatutnya berlangsung di Jakarta, Indonesia tidak diberikan permit oleh polis yang bimbangkan aktivis agama bertindak ganas.

Peguam Filipina, Romulo Macalintal, seorang daripada mereka yang mahukan konsert di Manila itu dihalang, berkata beliau turut meletak jawatan daripada parti kerajaan pemerintah.

"Mereka adalah orang yang mempunyai kuasa undang-undang dan jika itu keputusan mereka, saya tidak boleh berbuat apa-apa, saya hanya berundur demi Tuhan," katanya. – AFP