Adsense

Sabtu, 19 Mei 2012

Gossip Artis Malaysia :: Sensasi Selebriti

Gossip Artis Malaysia :: Sensasi Selebriti


Juara Mania Milik Hafiz RM 500,000

Posted: 19 May 2012 09:49 AM PDT


Sekali lagi Hafiz telah menjadi pilihan para pengundi setelah ditabalkan sebagai juara Mania yang pertama Konsert Akhir Mania yang berlansung di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil

Dengan Kemenangan itu Hafiz telah memenangi Hadiah wang tunai RM500,000 iaitu milik Juara Akademi Fantasia Musim ke-7, Hafiz. Kemenangan Hafiz yang berada di Empayar Hijau milik Produser Ahmad Dhani juga menghadiahkan produser tersebut wang tunai berjumlah RM300,000.
Manakala Naib Juara Mania telah dimenangi oleh Stacy yang menerima RM200,000 dan tempat ketiga dimenangi oleh Jaclyn Victor dengan membawa pulang wang tunai RM100,000.

Berikut adalah kedudukan kesemua 5 Bintang Mania selepas undian SMS ditutup.

1. Hafiz - 28%  - JUARA
2. Stacy - 22%  - NAIB JUARA
3. Jaclyn Victor - 22%  - TEMPAT KETIGA
4. Hazama - 19%
5. Aril - 9%


Konsert Mania! Akhir telah diserikan lagi dengan persembahan daripada Dato' Siti Nurhaliza yang menyanyikan lagu-lagu hasil ciptaan ketiga-tiga Produser Mania! Konsert Akhir ini juga diserikan lagi dengan persembahan daripada Wings.

Berikut adalah senarai lagu yang dinyanyikan oleh para finalis Mania pada konsert akhir

Empayar Biru

Jaclyn Victor:
1) Arjuna (Dewa) duet bersama Tiar Jinbara
2) Kenangan Terindah (Samsons) + Gemilang (Jaclyn Victor)

Empayar Merah

Stacy:
1) Takkan Melupakanmu (Radja)
2) Cinta (Melly Goeslow & Kris Dayanti) duet bersama Fiq Mentor

Hazama: 1) Saat Ku Idamkan (Amy Search)
2) Kepadamu Kekasih (M.Nasir) duet bersama Datuk Hattan

Empayar Hijau

Hafiz:
1) Beribu Sesalan (3 Suara) duet bersama Sarah Raisuddin
2) I Believe I can Fly (R.Kelly)

Aril:
1) Starlight (Muse)
2) ISabella (Search) duet bersama Ari Lasso


Akhir kata, G.A.M ucapkan tahniah kepada mereka yang berjaya.


Keputusan Piala FA 2012 : Kelantan Juara Piala FA

Posted: 19 May 2012 09:28 AM PDT

Keputusan Piala FA 2012 jatuh kepada Pasukan Kelantan selepas menewaskan Sime Darby 1-0 pada perlawanan akhir di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam tadi.

Perlawanan agak seimbang, saling serang menyerang pada separuh masa pertama.Gol kemenangan Kelantan dijaringkan Mohammed Ghaddar menerusi sepakan penalti pada minit ke-59, setelah salah seorang pemain Kelantan dikasari dalam kotak panalti dan terkena tangan salah seorang pertahanan pasukan Sime Darby.

Tahniah Pasukan Kelatan! dengan trofi Piala FA 2012, kini lengkaplah sudah semua piala telah berada dalam dakapan Kelantan. Tahniah jugak kepada Sime Darby berjaya mengekang asakan bertali arus dari Kelantan. Bagaimanapun harus diberikan pujian kepada penjaga gol Sime Darby kerana berjaya bertindak cemerlang dalam perlawanan tersebut.