Adsense

Rabu, 25 April 2012

Zon Artis

Zon Artis


(Tahniah!) Hattan Kini Bergelar Datuk

Posted: 25 Apr 2012 11:12 PM PDT

Takde angin takde ribut, tup-tup Hattan kini sudah bergelar Datuk. Bukan macam seorang artis tu, pingat belum dapat tapi dah heboh satu Malaysia yang dia diberi pangkat Dato dan dengan bangganya menggunakan pangkat duniawi tu untuk menaikkan saham diri sendiri. Kesian.. Apa-apa pun, tahniah kepada Hattan diatas penganugerahan tersebut.

HATTAN TERIMA GELARAN DATUK

Seperti gambar yang anda lihat, Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah mengurniakan Darjah Kebesaran Mahkota Pahang Peringkat Kedua, Darjah Indera Mahkota Pahang, (DIMP) dan gelaran Datuk kepada Hattan atau nama sebenarnya Mohd Sukri Shahabudin di Balairung Seri Istana Abdu Bakar, Pekan, sebentar tadi.

Related Posts with Thumbnails

“Saya Bukan Isteri Menteri Dan Masih Solo” – Zahida Rafik

Posted: 25 Apr 2012 07:57 PM PDT

SKANDAL ZAHIDA RAFIK SHAFIE APDAL Zahida Mohamed Rafik atau lebih dikenali dengan nama Zahida Rafik sekali lagi menegaskan yang dia masih lagi solo, belum mendirikan rumah tangga dengan mana-mana lelaki termasuk dengan seorang menteri yang dikaitkan dengan dirinya berhubung pemberian wang sebanyak RM1.5 juta.

Dalam penampilan pertamanya di khalayak bagi menjelaskan isu hangat itu, Zahida menarik perhatian bahawa segala kisah yang tersebar sejak kebelakangan ini yang mengaitkan'nya dengan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal adalah fitnah semata-mata.

"Sebelum ini, saya pernah terserempak dengan beliau (Mohd. Shafie) ketika hadir ke beberapa buah majlis, tetapi saya tidak mengenali beliau secara peribadi. Saya cuma tahu beliau seorang menteri.

"Lagipun desas-desus yang mengatakan saya sudah berumah tangga dengan beliau juga tidak benar kerana sampai sekarang saya masih solo. Saya anggap apa yang berlaku ini cuma gosip yang menjadi lumrah kepada kehidupan seorang artis,"

Menurut Zahida lagi ketika ditemui pada majlis pelancaran aksesori Nur Of Alexandria di Kuala Lumpur semalam, dia sendiri hairan kenapa namanya dikaitkan dengan kontroversi tersebut dan tidak menolak kemungkinan ia turut bermotifkan politik.

Related Posts with Thumbnails