Adsense

Khamis, 26 April 2012

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Linda Jasmine Selamat Melahirkan Tengku Cleopatra

Posted: 26 Apr 2012 11:00 PM PDT

Linda Jasmine Selamat Melahirkan Tengku Cleopatra

Isteri kepada pelakon Que Haidar iaitu Linda Jasmine selamat melahirkan seorang bayi perempuan seberat 2.8 kilogram pada pukul 1.28 petang, Khamis.

Linda berkata, bayi yang diberi nama Tengku Cleopatra Haidar itu dilahirkan secara pembedahan di Hospital Gleneagles Kuala Lumpur.

"Alhamdulillahlah semuanya telah selamat dan paling penting Cleo (panggilan manja untuk Cleopatra) dalam keadaan sihat dan sempurna. Bagaimanapun saya masih mengalami kesakitan kerana tidak boleh mengambil pil tahan sakit disebabkan alergi," ujarnya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini, Jumaat.

Tambah Linda, dia sengaja memilih untuk melahirkan Cleo pada 26 April kerana dua anaknya lain turut dilahirkan pada tanggal 26 hari bulan.

Que Haidar

Linda disamping suaminya, Que Haidar bersama anak-anaknya

Anak pertama Linda bersama suami terdahulu iaitu Qalif Khan yang kini berusia 12 tahun lahir pada 26 Januari 2000 sementara Tengku Ratu Haidar, 2, yang lahir atas perkongsian hidupnya dengan Que Haidar pula lahir pada 26 Oktober 2009.

Linda pada mulanya dijangka melahirkan Cleo pada awal bulan Mei tetapi mengambil pendekatan untuk mempercepatkan proses itu dengan kaedah perubatan.

Dalam pada itu, ditanya mengenai pemilihan nama anaknya itu, Linda berkata ia dipilih bagi melengkapi nama anak perempuan sulungnya, Tengku Ratu Haidar.

Linda memberitahu, walaupun ada beberapa pilihan nama lain tetapi dia dan suaminya sepakat memilih nama tersebut.

"Nama Ratu cukup kuat menggambarkan dirinya dan sebab itu kami memilih Cleopatra yang juga nama seorang ratu di Mesir cukup terkenal dengan kisahnya sebagai seorang pemimpin wanita," katanya.

Bercerita lanjut mengenai bayinya, Linda berkata, Cleopatra mempunyai kulit yang lebih putih berbanding dua anaknya yang lain selain mata yang jernih.

Linda memberitahu, wajah anaknya itu lebih mirip kepada wajahnya. Bagaimanapun, Linda enggan mendedahkan wajah anaknya itu buat masa ini.

"Sukar saya gambarkan kegembiraan dengan kelahiran Cleo kerana setiap kali jururawat membawanya masuk perasaan sayu dan gembira bercampur baur. Dia bakal memeriahkan keluarga kami selepas ini," katanya.

Linda dan Que itu berkahwin pada 14 Februari 2009. – via Mstar Online

Tags:

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Gambar Linda Jasmine di Pelancaran Album Nas Adilla
  • Gambar Anak Penari Linda Jasmine
  • Gambar Linda Jasmine Pakai Barang Kemas Habib Jewels
  • Gambar Majlis Akad Nikah Wedding Que Haidar dan Linda Jasmine
  • Cinta Serius Linda Jasmine Hashim & Que Haidar Mahu Kahwin
  • Koleksi Gambar Majlis Kahwin Que Haidar & Linda Jasmine
  • Fesyen Linda Onn Rekaan Ezuwan Ismail di ABP2010
  • Ziana Zain Selamat Melahirkan Anak Kembar Lelaki dan Perempuan
  • Sharifah Jasmine Soraya Gadis Melayu Kini Dah Insaf
  • Gambar Jasmine Michael Pelakon Filem ESTET
  • Gambar Pra Perkahwinan Scha Alyahya & Awal Ashaari

    Posted: 26 Apr 2012 10:34 PM PDT

    Gambar Pra Perkahwinan Scha Alyahya & Awal Ashaari.

    Awal Ashaari sebagai pilot dan Scha Alyahya sebagai pramugari. Pramugari bercinta dengan pilot dan akhirnya, mereka berkahwin. Cam tu ceritanya, sweet tak?

    Scha Awal

    Pada hari ini, Budiey akan menerima kad jemputan kahwin dari Awal Ashaari dan Scha Alyahya. Insyaallah, jika sekiranya kad jemputan kahwin Awal & Scha diterima, Budiey akan cepat-cepat siarkan gambar kad tu kat blog ni ya. Harap korang bersabar ya.

    Tags: , ,

    Click on the following buttons to share this article with your friends:

    Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Gambar Awal Ashaari & Scha Alyahya di Seorak Cable Car
  • Gambar Awal Ashaari & Scha Alyahya di Seoraksan National Park
  • EKSKLUSIF: Gambar Pra Persandingan Awal Ashaari & Scha Alyahya
  • Gambar Awal Ashaari & Scha Alyahya di Valley of The Wind Korea
  • Gambar Awal Ashaari & Scha Alyahya di Karpet Merah ABP2010
  • Gambar Scha Alyahya & Awal Ashaari di Majlis Pengumuman Kahwin
  • Gambar Terkini Scha Alyahya & Awal Ashaari di Korea
  • Gambar Awal Ashaari & Scha Alyahya di Doosan Tower
  • Gambar Awal Ashaari & Scha Alyahya di Suwon Korea
  • Gambar Awal Ashaari Dalam Bas Korea Trip