Adsense

Khamis, 26 April 2012

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia


Nora Danish Tidak Dijemput ke Perkahwinan Jejai dan Fasha Sandha?

Posted: 25 Apr 2012 07:06 PM PDT

Nora Danish
Nora Danish dengarnya masih lagi tidak menerima kad jemputan perkahwinan bekas suaminya, Jejai yang bakal berkahwin dengan kekasih hatinya Fasha Sandha pada 27 April ini.. Namun jika dia di jemput sekali pun, Nora Danish tidak dapat hadir kerana pada hari perkahwinan Jejai nanti Nora Danish akan berada di tanah suci Mekah untuk mengerjakan umrah..

"Nora tak dapat kad jemputan, tapi mungkin kerana mereka tahu Nora nak pergi ke umrah agaknya. Nora akan berangkat ke Mekah pada pagi Jumaat ini dan bakal berada di sana selama 13 hari,"

"Bagi Nora, tak ada isu pun mereka tak menjemput Nora. Malah, Nora rasa lebih baik Nora tak ke majlis itu pun sebab nanti jika Nora pergi, takut akan jadi bahan cerita dan tajuk lain pula. Bagi Nora, biarlah mereka menikmati keindahan majlis itu bersama."

Tambah Nora danish lagi Sepanjang tempoh umrah, anak lelakinya Putera Rayqal, hasil perkahwinan bersama Jejai itu akan berada dibawah jagaan keluarga Jejai.. Bagaimanapun, Nora Danish tidak pasti sama ada anak lelakinya itu akan hadir ke majlis perkahwinan itu atau tidak.

Dalam pada masa yang sama, Nora Danish sempat mengucapkan selamat pengantin baru kepada jejai dan Fasha Sandha dengan harapan perkahwinan mereka berdua akan kekal sehingga ke akhir hayat..

"Nora ingin mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada Fasha, tapi Jejai tak berapa nak barulah. Setelah apa yang terjadi selama ini, akhirnya jodoh mereka tak ke mana. Nora harap perkahwinan mereka akan kekal hingga ke akhir hayat." (Gua)

MyGosip juga ingin mengucapkan selamat mengerjakan umrah kepada Nora Danish, semoga dia diberikan hidayah di tanah suci Mekah nanti..