Adsense

Khamis, 12 April 2012

Kosmo Online - Hiburan

Kosmo Online - Hiburan


Saya tak perlu lari- Dira

Posted:

Saya tak perlu lari- Dira

Saya tak perlu lari- Dira

KONTROVERSI yang membadai kehidupan pengacara dan pelakon Dira Abu Zahar pada permulaan bulan April ini amat mengejutkan sekali gus menarik perhatian ramai pihak.

Ibu kepada seorang cahaya mata itu dilaporkan telah bertindak liar apabila bergaduh dengan salah seorang pengunjung pada pukul 2.30 pagi di sebuah kelab malam di Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur dua minggu lalu sehingga membabitkan insiden pijak muka dengan kasut tumit tinggi.

Sejurus selepas kejadian itu, Dira meluahkan sesuatu di akaun Twitternya yang berbunyi:"Aku akan cari kau sampai dapat."

Ramai mendakwa kenyataan itu ditujukan kepada individu yang terlibat dengan pergaduhan itu yang telah bertindak membuat laporan kepada pihak polis.

Dalam masa yang sama, Dira juga enggan memberikan komen lanjut berhubung perkara itu apabila ditanya oleh wakil media dan menyerahkan perkara itu untuk siasatan pihak berkuasa.

Seminggu selepas itu, pengacara Melodi itu tidak muncul di program yang bersiaran di TV3 pada setiap hari Ahad itu sekali gus mengukuhkan dakwaan bahawa dia direhatkan daripada mengacarakan program hiburan itu.

Menjawab spekulasi dan kontroversi yang berlaku, Dira atau nama sebenarnya Khaidhirah Abu Zahar, 28, tampil menjelaskan perkara yang sebenar.

"Tiada apa perkara yang membuatkan saya perlu lari. Saya tak bersalah pun, apa yang mampu saya kongsi, akan saya kongsi. Semakin saya lari orang akan suspek saya yang bersalah.

"Buat masa sekarang kes itu masih dalam siasatan pihak berkuasa dan saya fikir adalah lebih baik untuk tidak mengganggu siasatan yang sedang dijalankan.

"Saya tiada masalah pun dan tak perlu rasanya untuk saya melatah sangat serta tiada alasan pun untuk saya marah sesiapa," ujarnya ketika sesi fotografi di butiknya, Red Garage, Jalan Yap Kuan Seng, Kuala Lumpur, petang semalam.


DIRA sentiasa positif dalam kehidupannya dan bersyukur kerana keluarga sentiasa menyokong dia.


Gurauan

Pada mulanya tindakan dia menafikan kejadian yang berlaku dan mengunci mulut kerana tidak mahu mengulas cerita yang dia sendiri belum mengetahuinya secara sahih.

"Saya menafikan pada awalnya kerana saya belum sempat membaca apa yang telah dilaporkan mengenai perkara yang berlaku.

"Jadi, untuk mengelakkan salah faham jadi lebih teruk, baik saya menafikan perkara itu," ujarnya.

Isu luahan suaranya di akaun Twitter selepas kejadian itu turut dijelaskan oleh Dira. Katanya setiap patah perkataan mengenai niatnya mencari sampai dapat itu ditujukan kepada suaminya, Mohd. Helmi Mohd. Yusof.

"Saya dan suami suka bergurau dalam Twitter. Individu yang saya maksudkan melalui ungkapan 'cari sampai dapat' itu adalah suami saya yang ketika itu sedang berada di Bangkok, Thailand atas urusan kerja," jelas Dira.

Dira mengakui kontroversi yang melanda kehidupannya baru-baru ini sedikit sebanyak mengganggu kerjaya dan kehidupan peribadinya.

"Isu yang berlaku menjejaskan saya sedikit sebanyak tapi bagi saya selagi tidak ada perkara mengaibkan nama saya maka tidak perlu saya risaukan," kata bekas pengacara Fulus Mania itu.

Tambah Dira lagi: "Saya tiada kuasa untuk menghukum sesiapa atau merosakkan nama baik sesiapa. Itu semua kerja Allah."

Bukan direhatkan

Menjawab isu yang mendakwa dia direhatkan daripada mengacarakan program Melodi apabila dia digantikan dengan Awal Ashaari pada episod yang bersiaran hari Ahad lalu, kata Dira perkara itu tiada kaitan dengan kontroversi yang berlaku sebelum ini.

"Memang saya dan pengurusan rancangan Melodi sudah lama berbincang untuk menambah pengacara menjadi tiga orang supaya lebih menarik dan ada kelainan daripada sebelum ini.

"Kebetulan minggu lalu giliran Awal dan Zizan mengacarakan Melodi, ramai yang membuat spekulasi yang tidak tepat bahawa saya direhatkan akibat kontroversi yang melanda," ujarnya yang akan kembali mengacarakan Melodi beberapa minggu lagi.


DIRA mengaku kontroversi yang timbul ada mengganggu kehidupan peribadi dan perjalanan kariernya.


Menganggap kontroversi itu sebahagian daripada proses untuk dia menjadi lebih matang, Dira lebih selesa membalas semua 'serangan' yang datang dengan diplomatik.

"Sebab itu saya lebih selesa untuk tidak menggembar-gemburkan isu ini. Biar tak faham daripada salah faham," bicaranya yang sentiasa mendapat sokongan dan dorongan daripada keluarga dan suaminya.

Pelakon luar setaraf pembantu rumah - Zed Zaidi

Posted:

Pelakon luar setaraf pembantu rumah - Zed Zaidi

Pelakon luar setaraf pembantu rumah - Zed Zaidi

Oleh FATEN SAPHILLA MOHAMED ISA


ZED ZAIDI meminta kepada rakan artis jika tidak menyukai kelantangannya bersuara, jangan mengundi dia sebagai orang kuat Seniman pada masa akan datang.


TAK sudah-sudah kontroversi yang dicipta oleh Timbalan Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Rozaidi Abdul Jamil, 32, atau Zed Zaidi. Selepas isu tiga usul yang dikemukakan kepada kerajaan, keluar pula isu Zed membelakangkan Presiden Seniman, Harun Salim Bachik dalam membuat sebarang keputusan berhubung persatuan tersebut.

Belum lagi reda kedua-dua isu yang ditimbulkan, Zed sekali lagi mencipta kontroversi baharu apabila dia menyuarakan rasa tidak puas hati di laman sosial Twitternya mengenai kemenangan pelakon Singapura, Aaron Aziz menerima Anugerah Bintang Paling Popular 2011 baru-baru ini.

Walaupun kenyataan di laman sosial Twitternya tidak menulis nama Aaron tetapi ramai pengikutnya yang tahu siapakah yang dimaksudkan oleh Zed itu.

Dalam Twitter milik Zed itu, dia menulis: 'AKU LEBIH BERBANGGA KALAU RAKYAT MALAYSIA YANG MENANG!!! Terima kasih rakyat Malaysia kerana mengalakkan artis luar merosakkan industri seni!'

Apa yang membuat khalayak meluat apabila Zed menafikan pula kenyataan tersebut ditujukan kepada Aaron. Kalau begitu siapa yang dimaksudkan Zed? Kenapa dia mengeluarkan kenyataan sebegitu? Adakah untuk kepentingan sendiri atau sekadar suka mencari publisiti?

Zed Zaidi memberi alasan kepada Kosmo! tentang suara hati yang ditulis di Twitter dan penafiannya tentang individu yang dimaksudkan kepada media.

Kenapa anda buat kenyataan sebegitu di Twitter? Terang-terang anda maksudkan Aaron Aziz tetapi kemudian menafikan pula?

Dalam kenyataan saya itu ada tak saya tulis nama Aaron Aziz? Saya tak maksudkan dia cuma saya menyuarakan rasa sedih sebagai artis Malaysia yang mana bila di negara sendiri kita rasa dijajah.

Jadi, apa maksud sebenar kenyataan anda di Twitter itu?

Setiap anugerah perlu ada justifikasi atau syarat-syarat tertentu. Contohnya, perlu ada kategori berlainan untuk artis Malaysia dan artis luar.

Jika dirujuk pada kemenangan Aaron Aziz, kemenangannya tidak patut dipertikaikan kerana dia berlakon dalam karya tempatan dan kemenangannya merebut Anugerah Bintang Paling Popular juga adalah berdasarkan undian daripada peminat Malaysia sendiri. Apa masalahnya kalau dia dianggap popular.

Ya betul. Walaupun undian peminat, tetapi tetap perlu ada justifikasi atau syarat-syarat. Artis luar sepatutnya tidak perlu bertanding dalam kategori tertinggi kecuali kategori yang dikhaskan untuk mereka sahaja. Bila artis luar diiktiraf sedemikian rupa ia akan menggalakkan lebih ramai lagi artis luar masuk seterusnya hak artis Malaysia sendiri dinafikan.

Kenapa tidak dari dulu lagi anda menyuarakan pendapat sebegini?

Saya bercakap bukan atas diri sendiri tetapi untuk semua artis Malaysia. Ini adalah tanggungjawab saya sebagai Timbalan Presiden Seniman. Walaupun pahit saya harus meluahkannya. Saya juga hanya mengikut saranan kerajaan untuk mengurangkan pekerja asing. Artis luar ini sama juga dengan pembantu rumah ataupun pekerja asing lain yang mana kita patut kurangkan pengambilan mereka.

Anda sekarang begitu hebat dalam mengkritik? Apa sebenarnya hala tuju anda? Jadi pelakon atau pengkritik?

Saya bercakap sebagai Timbalan Presiden Seniman. Ini perjuangan saya sebagai Timbalan Presiden Seniman. Jika bukan saya, siapa lagi yang mahu menyuarakan hal-hal macam ini.

Bagaimana kalau anda sendiri yang dapat peluang atau tawaran daripada produksi luar? Adakah anda terima?

Nak melebarkan sayap tak ada masalah. Tapi, perlu ada pengawalan yang ketat. Bukan mudah artis Malaysia nak tembusi pasaran luar. Contohnya macam karyawan Indonesia. Mereka ada syarat-syarat tertentu seperti artis luar perlu pandai bercakap dalam bahasa Indonesia baru boleh berlakon dalam karya mereka. Itu perjuangan yang kita perlukan di sini.

Bagaimana kalau ada orang yang tak suka dengan kenyataan demi kenyataan yang dikeluarkan anda? Sebab ada kalanya ia seperti merapu dan kemudian anda menafikan dengan mengatakan pihak media pula yang memutar belit apa yang anda katakan?

Kalau orang tak suka lepas ini jangan undi saya sebagai Timbalan Presiden Seniman lagi. Dalam kes Aaron Aziz, saya sendiri ada ucap tahniah pada dia atas kemenangannya pada malam itu. Malah saya sendiri tidak menafikan kehebatannya sebagai pelakon. Saya harap masyarakat faham apa yang saya perjuangkan ini adalah untuk kebaikan artis Malaysia dan industri Malaysia sendiri.

Siwon dikejar peminat

Posted:

Siwon dikejar peminat

Siwon dikejar peminat


SIWON


SALAH seorang anggota kumpulan Super Junior, Siwon telah dikejar peminat ketika tiba di lapangan terbang Shenzhen, China pada 8 April lalu. Lapangan terbang Shenzhen yang terletak bersebelahan dengan Hong Kong menyebabkan ramai peminat dari Hong Kong tiba menyambut ketibaan Siwon.

Siwon yang ditemani oleh pengurusnya tiba dengan gaya selebriti sambil melambai-lambaikan tangan ke arah ratusan peminatnya. Bagaimanapun, ketika dia dikelilingi peminat yang ingin memberi hadiah kepadanya, salah satu hadiah yang dipegang peminat telah terkena mata sebelah kirinya.

Selepas itu keadaan menjadi lebih tidak terkawal kerana Siwon dikelilingi oleh terlalu ramai peminat tanpa pengawasan yang cukup. Tidak mahu kejadian yang lebih buruk terjadi, Siwon dengan tangannya penuh memegang hadiah peminat berlari menuju ke pintu keluar tempat kenderaannya sedang menunggu.

Peminat yang tidak mahu melepaskan peluang melihat bintang pujaan mereka dari dekat turut berlari mengejarnya sehingga ke pintu keluar. Meskipun terkejut dengan kegilaan peminatnya, Siwon tetap tersenyum dan melayan peminat yang ingin mendapatkan tandatangannya ketika dia tiba di kenderaannya.

Sebelum kejadian itu, Siwon terlebih dahulu berkongsi gambarnya yang telah disunting menjadi gemuk dan dimuat naik ke akaun Twitter miliknya. Siwon turut menulis: "Apabila saya tidak boleh menyanyi, bila saya hilang segalanya, bila populariti saya jatuh dan apabila saya menjadi gemuk, anda akan selalu sayang saya kerana diri saya bukan?"

Persoalan itu dijawab oleh peminatnya yang meluahkan sokongan mereka terhadap Siwon meskipun rupanya berubah pada masa hadapan.