Adsense

Khamis, 12 April 2012

Gosip Artis Malaysia

Gosip Artis Malaysia


Zizan Razak Anggap Aznil Sebagai Hero

Posted: 12 Apr 2012 07:46 PM PDT

Zizan (Raja Lawak).
PETALING JAYA: Pelakon dan pelawak, Zizan Razak sangat mengagumi pengacara terkenal iaitu Aznil Nawawi dan menganggap beliau sebagai seorang hero.
Zizan berkata, dia sentiasa menjadikan pengacara terkenal itu sebagai rujukan dan bercita-cita untuk menjadi sepertinya suatu hari nanti.
"Nama Pak Nil sangat besar dalam industri hiburan dan sebagai pengacara. Saya sendiri sentiasa melihat dia seperti seorang hero yang telah memberi banyak panduan kepada pengacara baru seperti saya," katanya .
Dalam pada itu, Zizan berkata dia berasa terharu apabila Aznil sendiri naik ke pentas semasa Anugerah Bintang Popular Berita Harian(ABPBH 2011) baru-baru ini untuk menyampaikan trofi kemenangannya sebagai Pengacara Lelaki Paling Popular.
Zizan berkata, dia sangat terkejut dengan tindakan Aznil itu dan terharu dengan sikap beliau yang sanggup berbuat demikian.
"Situasi di mana Pak Nil naik ke pentas dan menyerahkan trofi kepada saya adalah pengalaman indah buat diri saya sepanjang bergelar artis kerana beliau adalah ikon dan saya sendiri memandangnya sebagai seorang hero," ujarnya.
Tambah Zizan, dia juga tidak menyangka akan memenangi kategori itu kerana merasakan tidak layak untuk menyandang gelaran tersebut.
"Sembilan tahun Pak Nil memegang takhta pengacara paling popular dan tiba-tiba nama saya disebut. Ia adalah sesuatu yang sungguh tak disangka-sangka," ujarnya.
Sementara itu, Zizan berkata, dirinya semakin selesa bergelar pengacara dan tidak berhasrat untuk meninggalkan bidang itu dalam masa terdekat.
Zizan memberitahu, masih banyak perkara perlu dipelajarinya dalam menjadi seorang pengacara yang baik dan dihormati seperti Aznil.
"Saya mula-mula berjinak-jinak dengan bidang pengacaraan apabila diberi peluang menjadi pembantu pengacara dalam program AC Di Sini yang pernah popular satu ketika dahulu.
"Semenjak itu saya tidak pernah berpaling lagi dan menyedari saya ada bakat dalam sebagai pengacara," katanya.
Dalam perkembangan lain, Zizan berkata, kerjayanya kini sangat padat dengan pelbagai jadual penggambaran selain dia perlu bijak membahagikan masa agar tiada percanggahan jadual.
Kata Zizan, dia bagaimanapun tidak merungut dengan situasi itu kerana apa yang dilakukannya hari ini adalah pekerjaan yang sangat dicintainya.
"Penat memang penat tetapi semuanya berbaloi kerana apa yang dilakukan adalah sesuatu yang sangat saya cintai," katanya.

----

Tidak Kejar Glamor Punca Fizz Fairuz Rasa Tiada Peminat

Posted: 12 Apr 2012 07:42 PM PDT

Fizz Fairuz.
PETALING JAYA: Faktor pelakon Fizz Fairuz merasakan dia tidak mempunyai peminat selepas terpilih sebagai Pelakon Drama Lelaki Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH 2011) pada 8 April lalu kerana sikapnya yang tidak mengejar glamor.
Fizz berkata perasaan itu wujud kerana penglibatannya dalam dunia seni adalah kerana mahu mencari rezeki dengan ikhlas dan bukannya untuk menjadi popular tanpa sebarang usaha.
"Saya tidak pernah mengejar populariti kerana merasakan tiada orang yang meminati diri saya dan kehadiran saya dalam dunia lakonan adalah semata-mata kerana ingin mencari rezeki halal dan menyumbangkan bakat yang ada.
"Terus terang saya katakan tidak pernah terlintas dalam fikiran bahawa saya mempunyai peminat," ujarnya.
Fizz berkata demikian ketika diminta mengulas reaksinya yang terkejut apabila memenangi trofi Pelakon Drama Lelaki Popular pada malam kemuncak ABPBH2011 pada minggu lalu.
Kemenangan itu kata Fizz membuatkannya terharu kerana tidak menyangka selepas tujuh tahun barulah dia mempunyai peminat yang sanggup mengundinya dalam anugerah berkenaan.
"Saya betul-betul terkejut kerana pada mulanya saya merasakan zaman saya sebagai pelakon sudah berakhir kerana ketika nama saya diumumkan, tak ada orang pun yang memberi tepukan. Jadi ketika diumumkan sebagai pemenang sudah tentu saya terkejut," ujarnya.
Sementara itu, Fizz memberitahu dia tetap bersyukur dengan kemenangan itu dan menganggap ia sebagai hasil daripada usahanya selama ini yang tidak jemu-jemu memperbaiki diri untuk menjadi pelakon yang baik.
"Bukan mudah untuk mencapai ke tahap ini kerana pelbagai cabaran telah saya lalui dan menerima anugerah itu adalah satu pengalaman terbaik dalam hidup saya. Terima kasih tidak terhingga kepada peminat," katanya.
Bercerita mengenai perkembangan terbaru, Fizz sedang sibuk dengan beberapa projek drama selain baru sahaja selesai penggambaran Waris untuk siaran TV3.

----

Johan As'ari Tidak Akan Lupa Fasha Sandha dan Nabila Huda

Posted: 11 Apr 2012 08:28 PM PDT

Johan As'ari.
PETALING JAYA: Pelakon Johan As'ari mengakui tidak dapat melupakan dua heroin yang pernah bekerjasama dengannya dalam drama rantaian Cinta Elysa dan Pelangi Kasih iaitu Fasha Sandha dan Nabila Huda.
Johan berkata, ingatan itu bukanlah bermaksud dia mempunyai perasaan terhadap mereka tetapi menghargai ilmu yang diberikan bagi membolehkan Johan berjaya dalam bidang lakonan.
"Fasha dan Nabila telah lama bertapak dalam dunia lakonan dan sebagai pelakon baru bukan mudah untuk berlakon dengan mereka.
"Mereka adalah dua bintang yang cukup saya kagumi kerana tidak lokek dengan ilmu dan banyak memberi tip dan panduan kepada saya," katanya.
Tambah Johan yang lebih dikenali dengan nama Botak berkata, dia tidak keberatan untuk bekerjasama dengan mereka lagi pada masa hadapan.
Dalam pada itu, Johan yang baru memenangi Anugerah Artis Baru Lelaki Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 (ABPBH2011)berkata, dia berharap kemenangan itu tidak akan menyebabkan dia terus lenyap daripada industri hiburan seperti mana yang berlaku kepada beberapa artis lain sebelum ini.
Ujar Johan, dia percaya bahawa jatuh bangun seseorang artis itu bukannya kerana badi memenangi anugerah sebaliknya usaha mereka dalam melakukan sesuatu.
"Mungkin sebelum ini ada yang cepat lupa diri selepas menang anugerah yang akhirnya memakan diri mereka sendiri.
"Bagaimanapun rezeki itu datangnya daripada Allah dan kita sebagai manusia takkan nak berpeluk tubuh sahaja dan perlu melakukan sesuatu untuk diri sendiri," katanya.
Sementara itu, Johan berkata, dia menjadikan pelakon senior iaitu Rosyam Nor sebagai idolanya dan mengagumi semangat aktor itu yang berjaya mempertahankan popularitinya.
Ujar Johan, semangat seperti Rosyam sepatutnya dijadikan contoh oleh artis baru sepertinya dan mengambil peluang untuk belajar jika berkesempatan.
"Saya berlakon bukan untuk disukai peminat tetapi untuk disayangi kerana keberkesanan watak yang saya bawa.
"Lihat sahaja seperti Rosyam, kesungguhannya telah meletakkan namanya menjadi kukuh pada hari ini," katanya.

----

RM100,000 Buktikan Datuk K Kahwin Lain

Posted: 11 Apr 2012 08:26 PM PDT


datuk k

Berikutan spekulasi yang mengatakan Datuk Khalid Mohd Jiwa atau lebih dikenali sebagai Datuk K telah berkahwin lain, kakak kepada ahli perniagaan ini, Datin Zaitun Mohd Jiwa tampil menawarkan ganjaran sebanyak RM100,000 kepada sesiapa sahaja yang boleh membuktikan dakwaan itu.

Sebelum ini heboh kononnya Wanita yang dimaksudkan adalah dramatis popular, Rozita Che Wan. Namun, pelakon ini juga pernah menafikan khabar angin tersebut.

Zaitun memberitahu bahawa dia tidak kisah mengeluarkan jumlah wang yang banyak demi mencabar individu yang menyebar fitnah terhadap suami penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza.

Umum mengetahui, Datin Zaitun mempunyai hubungan yang akrab dengan Dato' Siti Nurhaliza selain dikenali kerana banyak menerbitkan drama-drama untuk stesen televisyen.

----

TV3 Mohon Maaf Siar Adegan Bogel

Posted: 11 Apr 2012 08:19 PM PDT


wild

Stesen TV nombor satu negara, TV3 telah memohon maaf kepada penonton terhadap penyiaran adegan kurang sopan dalam filem 'Into The Wild' yang disiarkan pada 24 Mac lalu.

TV3 dalam satu kenyataannya kepada sebuah portal berita menyatakan pihaknya akur terhadap kesilapan yang berlaku sehingga menimbulkan bantahan beberapa pihak.

Pertubuhan yang dikenali Allied Coorodinating Committee of Islamic NGO's (ACCIN) melalui Pengerusinya Datuk Zainal Abidin Ab. Kadir dalam sebuah akhbar membantah tindakan TV3 kerana menyiarkan adegan bogel terlampau filem berkenaan sehingga menampakkan kemaluan pelakon filem ini, Emile Hirsch.

----

Rita Rudaini Akan Pastikan Dapat Hak Penjagaan Anak

Posted: 11 Apr 2012 08:15 PM PDT

Rita sebak ketika dikerumuni para wartawan ketika bercerita kisah hidupnya dengan Aidil Zafuan Abd. Radzak. Foto LOW BOON TAT. 
KUALA LUMPUR: Pelakon Rita Rudaini Mokhtar akan memastikan mendapat hak penjagaan anak selepas berpisah dengan suaminya, bekas bintang bola sepak kebangsaan Aidil Zafuan Abd. Radzak.
Rita berkata, sejak empat tahun mendirikan rumah tangga, dia sukar mendapat kebahagiaan sebaliknya segala susah dan senang dikongsi bersama anak-anaknya iaituAirit Rayyan Rizqin,3, dan Airit Rafqa Arjuna yang kini berusia 11 bulan.
"Saya menanggung susah dan senang bersama anak-anak saya. Mereka lebih memahami penderitaan yang saya tanggung. Saya akan pastikan mereka akan berada di bawah penjagaan saya sekiranya jodoh saya dengan Aidil tak panjang," ujarnya.
Rita meniup lilin pada kek hari lahirnya yang ke-36 tahun tanpa suami di sisi.
Rita ditemui pada sambutan majlis ulang tahun kelahirannya ke 36 tahun yang jatuh pada Rabu.
Ia diadakan dengan penuh meriah berkonsepkan warna hitam di Hotel Royale Chulan di sini.
Akhbar Utusan Malaysia pada Rabu melaporkan Aidil,25, telah memaklumkan untuk bercerai dengan Rita menerusi mesej khidmat pesanan ringkas (SMS).
Dalam SMS yang diterima Rita, Aidil memberitahu sudah memfailkan penceraian melalui peguamnya.
Tambah Rita, dia akan berjuang habis-habisan sekiranya Aidil atau pihak keluarga mertua mahu menuntut hak penjagaan anak-anaknya jika kes itu dibawa ke mahkamah nanti.
Rita redha terhadap kemelut yang berlaku dalam rumah tangga yang dibina hampir empat tahun.
Ditanya mengenai permohonan perceraian tersebut, Rita berkata dia telah menyerahkan kepada peguamnya untuk tindakan lanjut dan menjangkakan kes berkenaan akan dibawa ke Mahkamah Syariah dalam masa seminggu.
Tambah Rita, dia sudah bersedia dengan sebarang kemungkinan yang bakal dihadapi selain reda dan menyerahkan kepada Allah.
"Saya sudah bertahan terlalu lama dan berita Aidil mahu menceraikan saya sedikit pun tidak mengejutkan. Lagipun dia sudah tidak pulang ke rumah hampir empat bulan.
"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Aidil kerana berkongsi hidup dengan saya selama ini sehingga kami mendapat dua orang anak," ujarnya.
Bagaimanapun, Rita kesal kerana Aidil tidak mampu menjadi suami yang tegas untuk melindunginya dan anak-anak selain enggan berbincang bagi menyelesaikan masalah.
Sementara itu, Rita turut memberitahu dia tidak menghalang Aidil untuk bertemu dengan dua orang anak mereka kerana menganggap anak dan bapa tidak boleh dipisahkan
Rita bersama anak sulungnya, Airit Rayyan Rizqin.
"Aidil ada bertemu dengan anak-anak baru-baru ini. Kami tidak lari daripadanya tetapi dia yang meninggalkan kami," katanya.
Rita menambah dia telah berusaha untuk menyelamatkan rumah tangga mereka sejak hari pertama mendirikan rumah tangga tetapi disebabkan terlalu banyak campur tangan pihak luar, mereka terpaksa menerima hakikat untuk berpisah.
Rita dan Aidil bernikah secara rahsia di Songkhla, Thailand pada 25 Februari 2008. Perkahwinan itu pada mulanya mendapat tentangan daripada keluarga pihak lelaki.
Aidil turut mempunyai seorang pasangan kembar iaitu Zaquan Adha yang merupakan suami kepada pelakon Ayu Raudhah.

----

Debaran Super Spontan malam esok

Posted: 11 Apr 2012 08:14 PM PDT


Kumpulan Angsa Ganas kurang menyerlah minggu ini.
Sudah dua minggu bersiaran, program komedi terbaru di Astro Warna, Super Spontan masih belum ada penyingkiran.
Menampilkan barisan selebriti mewakili dua kumpulan iaitu Angsa Ganas dan Beruang Comel, pengumuman peserta tersingkir dibuat malam esok.

Menurut Pengurus Saluran Astro Warna, Bob Azrai, pihaknya menggunakan kelainan itu bagi menambahkan lagi debaran peserta.

"Setiap ahli dalam kumpulan yang mendapat undian terendah perlu memilih seorang peserta lain untuk disingkirkan.

"Namun, siapa bakal tersingkir hanya akan diumumkan seminggu kemudian kerana kita mahu mereka rasai debaran," katanya yang ditemui selepas episod kedua Super Spontan di Studio Finas, Hulu Kelang.

Di hujung episod itu, Beruang Comel dianggotai Reza Salleh, Johan, Sathiya, Bell, Shahrul, Yasmin Hani, Cat Farish dan Ropie berjaya mendapat undian 53 peratus mengatasi Angsa Ganas diwakili Rashid Salleh, Zizan, Nana, Suhaimi Yusof, Riezman Khuzaimi, Zahid, Tauke dan Rahim R2 yang mendapat 47 peratus.

Kekalahan Angsa Ganas membuatkan semua ahlinya perlu memilih seorang peserta lain untuk disingkirkan.

Sementara, kejayaan Beruang Comel membolehkan mereka memenangi RM5,000 untuk disalurkan kepada Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim/Miskin (Peyakin).

Sebelum itu, di awal rancangan episod minggu lalu, pengacara Adibah Nor mengumumkan Shahrul (Shiro) dari Beruang Comel mendapat undian terbanyak untuk disingkirkan ahli kumpulannya.

Bagaimanapun, Shahrul bernasib baik kerana produksi tidak melakukan penyingkiran.

Mengulas hal itu, Bob berkata, mereka mahu memberi peluang kepada peserta menyesuaikan diri.

"Dua minggu pertama ini kita anggap sebagai permainan 'pemanas badan' kerana ada peserta pertama kali menyertai rancangan itu.

"Saya harap tiadanya penyingkiran memberi ruang semua peserta memantapkan persembahan," katanya.

Pada penghujung musim, hanya seorang peserta dinobatkan juara sekali gus membawa pulang hadiah RM100,000 serta sebuah kereta Toyota Camry 2.0 G.


Pertembungan Johan-Zizan?

Jika dilihat senarai peserta, tidak dinafikan dua pelawak terkenal, Johan dan Zizan mendapat sorakan gemuruh.

Pernah bergabung sebagai kumpulan Jozan dalam Maharaja Lawak, kali ini Johan dan Zizan bersaing sesama sendiri menerusi kumpulan berbeza.

Lalu, ada mengatakan Super Spontan ibarat pertembungan kedua-dua pelawak ini lantaran mereka dilihat paling menyerlah berbanding peserta lain.

Bob berkata, situasi itu mungkin terjadi kerana Johan dan Zizan sudah biasa format Super Spontan.

"Kualiti inilah yang dicari dalam setiap komedian dan kita berharap peserta lain dapat mencontohi Johan dan Zizan," katanya.

----

Gosip Artis : Suami minta cerai, Rita Rudaini redha

Posted: 11 Apr 2012 08:11 PM PDT


rita
HAL perceraian sudah pastinya perkara yang paling ingin dihindari oleh setiap pasangan yang berkahwin.
Begitu juga halnya dengan pasangan suami isteri, Rita Rudaini Mokhtar, 36 dan Aidil Zafuan Abdul Razak, 25 yang diuji dengan pelbagai dugaan sepanjang lima tahun tempoh perkahwinan mereka.
Setelah pelbagai dugaan dilalui dengan tabah, akhirnya kemelut rumah tangga pasangan ini tiba di kemuncaknya apabila kelmarin Rita menerima mesej daripada suaminya, Aidil Zafuan Abdul Razak mengenai permohonan cerai.
Menganggap apa yang berlaku sebagai takdir yang sudah tertulis untuknya, Rita tidak mahu melayan perasaan sedih sebaliknya hanya ingin menumpukan perhatian kepada anak-anak.
"Saya anggap apa yang berlaku sudah tertulis sebagai takdir saya. Saya percaya pada qada' dan qadar Allah dan terima ia dengan redha.
"Malah, saya bersyukur sangat-sangat kerana kekuatan saya adalah pada mata anak-anak. Saya tidak kisah hilang yang lain asalkan anak-anak sentiasa bersama saya," katanya yang ditemui semasa majlis hari lahirnya yang ke-36, hari ini.
Menurut Rita, permohonan penceraian tersebut tidak langsung memeranjatkannya memandangkan Aidil sendiri tidak pulang ke rumah mereka di Damansara sejak empat bulan lalu.
Mengakui sudah tawar hati dengan perangai suaminya, Rita bagaimanapun tidak pernah menyesal bergelar isteri kepada pemain bola sepak itu.
"Saya berkahwin dengannya atas dasar sayang dan cinta bukannya sebab duit. Pelbagai dugaan telah saya lalui sepanjang berkahwin dengannya malah saya pernah dipulaukan oleh orang kerana keputusan kami untuk berkahwin.
"Setiap kali kami ada masalah, dia sering sahaja menghilangkan diri dan meninggalkan saya dan anak-anak. Saya perlukan seorang lelaki yang matang dan tegas serta dapat melindungi diri saya dan anak-anak, bukannya lelaki yang lari apabila ada masalah.
"Secara jujurnya, sudah lama saya tawar hati dengan dia (Aidil), tetapi hanya kerana memikirkan anak-anak, saya tidak mahu perbesarkan hal ini," katanya yang kelihatan sebak semasa ditemui.
Bagaimanapun, menurut Rita, dia hanya mengikut ketentuan Allah dan bersedia sekiranya sudah tertulis jodoh mereka masih panjang.
"Jika sudah tercatat jodoh kami masih panjang, saya akan terima namun jika dikatakan hanya setakat ini sahaja jodoh kami, saya redha," katanya.

----