Adsense

Selasa, 13 Mac 2012

Zon Artis

Zon Artis


Ogy Maafkan Johan, Batal Hasrat Saman

Posted: 13 Mar 2012 09:41 AM PDT

OGY SAMAN JOHAN RAJA LAWAK

Nampak gayanya, Johan (Raja Lawak) sudah boleh menarik nafas lega kerana Fauziah Datuk Ahmad Daud (Ogy) telah membatalkan hasratnya untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Johan kerana berpendapat enggan memanjangkan isu tersebut.

Terdahulu, Ogy dilaporkan berasa kecil hati dan terhina akibat sikap celupar mulut Johan yang disifatkan mempersendakan Allahyarham ibu bapanya iaitu seniman Datuk Ahmad Daud dan Datin Saadiah ketika mengacarakan Festival Filem Malaysia ke-24 (FFM24) lalu.

Ogy berkata keputusan itu diambil kerana dia sudah berasa sejuk hati dan memaafkan keterlanjuran yang dilakukan oleh Johan itu. Seperti kata Ogy yang kami petik dari mStar Online:-

"Industri kita bukan besar mana pun. Mungkin pada masa akan datang kami akan bekerjasama. Jadi buat apa panjang-panjangkan hal macam ini.

"Memang betul saya marah dengannya sebelum ini tetapi selepas beberapa ketika saya mula sejuk hati dan sudah memaafkan dia,"

Menurut Ogy lagi, keputusan memaafkan Johan ini diambil selepas mendapat petunjuk daripada Allah.

"Sebelum ini, saya terasa hati dengannya apabila dia ketawa dengan teguran saya mengenai gurauannya itu selepas acara tersebut.

"Alhamdulillah, kini saya berasa lebih tenang selepas memaafkan Johan dan kemarahan itu sudah reda,"

Ogy juga berkata, insiden itu mempunyai hikmah dan memberikan pengajaran kepada Johan agar lebih peka dan sensitif dengan keadaan sekeliling khususnya ketika mengacara atau berlawak di depan khalayak. Ingat tu Johan! Jangan pisang berbuah dua kali.

(8 Gambar) Wanita bertatu seluruh badan akibat keganasan rumah tangga

Related Posts with Thumbnails

Fasha Sandha Nikah 28 April Dan Sanding 28 Mei 2012

Posted: 13 Mar 2012 03:04 AM PDT

GAMBAR KAHWIN FASHA SANDHA DAN JEJAI

Kami menerima satu emel daripada seseorang yang enggan namanya disiarkan mengesahkan bahawasnya Fasha Sandha dan Jejai akan melangsungkan pernikahan pada 28 April ini di rumah barunya yang terletak di Ampang.

Selain menyatakan tarikh serta lokasi pernikahan, si penghantar emel turut menyatakan tarikh berlangsungnya majlis persandingan Fasha Sandha dan Jejai iaitu pada 28 Mei 2012. Sebulan selepas tarikh pernikahan mereka.

Si penghantar emel juga mengiyakan akan lokasi persandingan yang pernah dinyatakan oleh Fasha Sandha sebelum ini dimana ianya akan dilangsungkan di Perlis. Menariknya, majlis persandingan itu akan dibuat di tepi tasik.

Namun itu majlis persandingan bagi pihak perempuan. Majlis persandingan sebelah pihak lelaki pula tidak dinyatakan oleh si pengirim namun tidak menafikan majlis akan dibuat di luar negara seperti dinyatakan oleh Fasha.

Post terdahulu:

1) Fasha Sandha Sahkan Akan Berkahwin Dengan Jejai Tahun Ini

2) Fasha Sandha & Jejai Pilih Bali Langsungkan Perkahwinan

3) Respon Fasha Mengenai Tarikh & Lokasi Perkahwinannya

Related Posts with Thumbnails