Celebrity News |
- Gambar Persandingan Datuk Abdul Malek Noor Dan Isteri Datin Dr Wan Asma
- Panas : Yahoo Saman Facebook !!!?
- Mamat Sepah Dan Fida Tidak Lagi Bermusuhan
- Gambar Nurul Nadira atau Dirang | Gambar Keluarga Dirang | Gambar Sedih Ibu Dirang
- Video Youtube Vanilla Coklat Episod Akhir
- Isu Panas Reda Kerana Ogy Batalkan Saman Terhadap Johan
- Akibat Berzina Dan Kesan Berzina
- Kisah Manusia Berubah Menjadi Keldai atau Himar
- Akhil Hayy Pengacara Imam Muda 3
Gambar Persandingan Datuk Abdul Malek Noor Dan Isteri Datin Dr Wan Asma Posted: 13 Mar 2012 10:02 AM PDT "This is my first and last marriage (ini perkahwinan pertama dan terakhir buat saya)," kata bekas jaguh bina badan negara, Datuk Abdul Malek Noor, 56, yang selamat diijabkabulkan dengan Pakar Runding Kanak-kanak, Dr Wan Asma Wan Ismail, 52, dalam majlis akad nikah di Kelantan Trade Centre (KTC) pada 12 Mac 2012. Dengan sekali lafaz, Malek sah bergelar suami selepas dinikahkan bapa Dr Wan Asma, Wan Ismail Wan Ahmad, 86, jam 11 pagi. ZoOM : Alhamdulillah dan semoga kekal hingga ke akhir hayat. Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !! Follow @zoomartis |
Panas : Yahoo Saman Facebook !!!? Posted: 13 Mar 2012 09:32 AM PDT Yahoo! hari ini menfailkan saman di Mahkamah California terhadap Facebook selepas mendakwa gergasi rangkaian sosial terbesar itu mencabuli 10 paten yang dihasilkan perintis Internet berkenaan. Yahoo! dalam tuntutan saman setebal 19 muka surat yang difailkan di Mahkamah Daerah Amerika Syarikat bagi Utara California menuduh Facebook melanggar paten dalam beberapa bidang termasuk pengiklanan, hak persendirian dan pesanan. "Yahoo! sudah melabur begitu banyak dalam penyelidikan dan pembangunan selama bertahun-tahun dengan berjaya menghasilkan banyak ciptaan teknologi dipatenkan tetapi syarikat lain yang melesenkannya," katanya.Sumber : Ct Honey Dan Blog Akmal ZoOM : Lantak la korang nak saman dan di saman tetapi janganlah sampai MUKABUKU di tutup yer, atau dikenakan bayaran jika nak menggunakan laman sosial anda yer :) Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !! Follow @zoomartis |
Mamat Sepah Dan Fida Tidak Lagi Bermusuhan Posted: 13 Mar 2012 09:25 AM PDT Gambar Lama Tau !! Nak buat macam mana nasi dah menjadi bubur, dan semoga Mamat dan Fida mengambil iktibar dengan apa yang telah terjadi sebelum ini. Dan berikut beberapa ayat yang keluar daripada mulut Mamat mengenai kisah ini : "Alhamdulillahlah semua persengketaan sebelum ini telah kembali jernih seperti sedia kala dan hubungan kami berada di tahap baik ketika ini," ujarnya kepada mStar Online. "Kini hubungan kami lebih baik daripada sebelum ini dan biarlah hanya saya dan dia yang mengetahui apa yang berlaku," katanya. (OPSS !!! apa yer :) boleh kongsi tak ?? ) "Jadi sudah sampai masanya saya perlu menumpukan perhatian kepada satu perkara buat masa ini iaitu kerjaya kerana ia lebih penting daripada perkara lain," ujarnya. Sementara itu, ditanya adakah dia dan Fida akan kembali bercinta memandangkan hubungan baik mereka ketika ini, Mamat berkata jika jodoh di antara mereka masih kuat dia tidak menolak kemungkinan itu. "Sebelum kejadian gambar tu hati kami memang saling terpikat antara satu sama lain, dan bagi saya sendiri sehingga sekarang rasa terpikat itu masih ada cuma keadaan kini telah berbeza. "Namun kalau memang jodoh saya dengan dia siapa saya untuk menolak," ujarnya. ZoOM : Insyallah kalau ada jodoh :) Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !! Follow @zoomartis |
Gambar Nurul Nadira atau Dirang | Gambar Keluarga Dirang | Gambar Sedih Ibu Dirang Posted: 13 Mar 2012 09:00 AM PDT Inilah wajah Nurul Nadira Atau Dirang yang menjadi mangsa kekejaman manusia berhati binatang kerana sanggup membunuh si kecil yang tidak bersalah ini. Dimanakah sifat perikemanusian manusia jahanam yang layak digelar binatang !!!! Hati membuak-buak dan marah segenap lapisan masyarakat dengan kisah terbaru kanak-kanak yang menjadi mangsa keadaan. Jika sebelum ini kawasan kejiranan ZoOM turut gempar kerana kehilangan Nurin yang akhirnya membawa keluarga malang tersebut kembali ke Kampung kerana trauma dengan kisah sedih yang berlaku. Namun berat hati memandang berat lagi bahu memikul, dan inilah wajah keluarga Nurul atau Dirang yang tidak dapat menerima perbuatan tidak berperikemanusian ini.... Kawasan dikatakan tempat Dirang dibakar...Ya Allah...kenapalah sampai begitu keji dan binatangnya manusia itu !!! Semoga engkau mendapat balasan di dunia ini...Insyallah... Seorang ibu yang tidak dapat menahan kesedihan sehinggakan pengsan...Sedih ZOOM melihat dan membaca berita Dirang ni... Ini lagi satu manusia yang suka mengambil kesempatan dengan apa yang berlaku, dan ZoOM doakan semoga pengirim SMS ini juga dimasukkan dalam LOKAP !!!!! Akhir kata semoga keluarga ini tabah dengan dugaan yang datang, dan marilah kita sama-sama sedekahkan surah AL-Fatihah buat arwah. AL-FATIHAH Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !! Follow @zoomartis |
Video Youtube Vanilla Coklat Episod Akhir Posted: 13 Mar 2012 08:30 AM PDT Akhirnya Cerita Vanilla dan Coklat sudah sampai dipenghujungnya malam ini, walaupun kita sudah mengetahui kisah dan Happy Ending cerita ini namun ada diantara anda yang terlepas menonton drama Ini. Bagi memastikan rakan-rakan anda diluar sana menyaksikan bersama episod akhir drama ini, ZOoM upload video daripada Youtube sebagai tontonan anda : Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !! Follow @zoomartis This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now |
Isu Panas Reda Kerana Ogy Batalkan Saman Terhadap Johan Posted: 13 Mar 2012 08:24 AM PDT Sebelum ini Ogy berasa kecil hati dan terhina akibat sikap celupar mulut pelawak itu yang mempersendakan Allahyarham ibu bapanya iaitu seniman Datuk Ahmad Daud dan Datin Saadiah ketika mengacarakan Festival Filem Malaysia ke-24 (FFM24) lalu. Dan berikut beberapa ayat yang keluar daripada mulut Akak Ogy kita yang sporting dan tidak suka menyimpan dendam ini :
"Memang betul saya marah dengannya sebelum ini tetapi selepas beberapa ketika saya mula sejuk hati dan sudah memaafkan dia," katanya. Apa kata anda ?Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !! Follow @zoomartis |
Akibat Berzina Dan Kesan Berzina Posted: 13 Mar 2012 05:45 AM PDT ZINA merupakan kejahatan yang sangat besar yang memberi kesan amat buruk kepada penzina itu sendiri, khususnya dan kepada seluruh umat amnya. Di zaman sekarang di mana banyaknya saluran dan media yang berusaha menyeret kearah perbuatan keji ini, maka amat perlu untuk setiap orang mengetahui bahaya dan akibat buruk yang timbul dari dosa zina. Kita semua hendaklah lebih berhati-hati dan berwaspada agar tidak terjerumus, hatta, walaupun hanya mendekatinya. Di antara akibat buruk dan bahaya tersebut adalah : 1- Dalam zina terkumpul bermacam-macam dosa dan keburukan yakni berkurangnya agama si penzina, hilangnya sikap wara' (menjaga diri dari dosa), buruk keperibadian dan hilangnya rasa cemburu. 2- Zina membunuh rasa malu, padahal dalam Islam malu merupakan suatu hal yang amat diambil berat dan perhiasan yang sangat indah khasnya bagi wanita. 3- Menjadikan wajah pelakunya muram dan gelap. 4- Membuat hati menjadi gelap dan mematikan sinarnya. 5- Menjadikan pelakunya selalu dalam kemiskinan atau merasa demikian sehingga tidak pernah merasa cukup dengan apa yang diterimanya. 6- Akan menghilangkan kehormatan pelakunya dan jatuh martabatnya baik di hadapan Allah mahupun sesama manusia. 7- Allah akan mencampakkan sifat liar di hati penzina, sehingga pandangan matanya liar dan tidak terkawal. 8- Penzina akan dipandang oleh manusia dengan pandangan mual dan tidak percaya. 9- Zina mengeluarkan bau busuk yang mampu dihidu oleh orang-orang yang memiliki 'qalbun salim' (hati yang bersih) melalui mulut atau badannya. 10- Kesempitan hati dan dada selalu meliputi para pezina. Apa yang ia dapati dalam kehidupan ini adalah sebalik dari apa yang diingininya. Ini adalah kerana, orang yang mencari kenikmatan hidup dengan cara bermaksiat kepada Allah maka Allah akan memberikan yang sebaliknya dari apa yang dia inginkan, dan Allah tidak menjadikan maksiat sebagai jalan untuk mendapatkan kebaikan dan kebahagiaan. 11- Penzina telah mengharamkan dirinya untuk mendapat bidadari yang jelita di syurga kelak. 12- Perzinaan menyeret kepada terputusnya hubungan silaturrahim, derhaka kepada orang tua, pekerjaan haram, berbuat zalim, serta menyia-nyiakan keluarga dan keturunan. Bahkan boleh membawa kepada pertumpahan darah dan sihir serta dosa-dosa besar yang lain. Zina biasanya berkait dengan dosa dan maksiat yang lain sebelum atau bila berlakunya dan selepas itu biasanya akan melahirkan kemaksiatan yang lain pula. 13- Zina menghilangkan harga diri pelakunya dan merosakkan masa depannya di samping meninggalkan aib yang berpanjangan bukan sahaja kepada pelakunya malah kepada seluruh keluarganya. 14- Aib yang dicontengkan kepada pelaku zina lebih membekas dan mendalam daripada asakan akidah kafir, misalnya, kerana orang kafir yang memeluk Islam selesailah persoalannya, namun dosa zina akan benar-benar membekas dalam jiwa kerana walaupun akhirnya pelaku zina itu bertaubat dan membersihkan diri dia akan masih merasa berbeza dengan orang yang tidak pernah melakukannya. 15- Jika wanita yang berzina hamil dan untuk menutupi aibnya ia mengugurkan kandungannya itu maka dia telah berzina dan juga telah membunuh jiwa yang tidak berdosa . Jika dia ialah seorang wanita yang telah bersuami dan melakukan kecurangan sehingga hamil dan membiarkan anak itu lahir maka dia telah memasukkan orang asing dalam keluarganya dan keluarga suaminya sehingga anak itu mendapat hak warisan mereka tanpa disedari siapa dia sebenarnya. Amat mengerikan, naudzubillah min dzalik. 16- Perzinaan akan melahirkan generasi individu-individu yang tidak ada asal keturunan (nasab). Di mata masyarakat mereka tidak memiliki status sosial yang jelas. 17- Pezina laki-laki bererti telah menodai kesucian dan kehormatan wanita. 18- Zina dapat menyemai permusuhan dan menyalakan api dendam antara keluarga wanita dengan lelaki yang telah berzina dengannya. 19- Perzinaan sangat mempengaruhi jiwa kaum keluarganya di mana mereka akan merasa jatuh martabat di mata masyarakat, sehingga kadang-kadang menyebabkan mereka tidak berani untuk mengangkat muka di hadapan orang lain. 20- Perzinaan menyebabkan menularnya penyakit-penyakit berbahaya seperti aids, siphilis, dan gonorhea atau kencing bernanah. 21- Perzinaan menjadikan sebab hancurnya suatu masyarakat yakni mereka semua akan dimusnahkan oleh Allah akibat dosa zina yang tersebar dan yang dilakukan secara terang-terangan. Hukuman Zina Demikianlah besarnya bahaya dosa zina, sehingga Ibnul Qayyim, ketika mengulas tentang hukuman bagi penzina, berkata: "Allah telah mengkhususkan hadd (hukuman) bagi pelaku zina dengan tiga kekhususan iaitu: Pertama, hukuman mati secara hina (rejam) bagi pezina kemudian diringankan (bagi yang belum nikah) dengan dua jenis hukuman, hukuman fizikal yakni dirotan seratus kali dan hukuman mental dengan diasingkan selama satu tahun. Kedua, Allah secara khusus menyebutkan larangan merasa kasihan terhadap penzina. Umumnya sifat kasihan adalah diharuskankan bahkan Allah itu Maha Pengasih namun rasa kasihan ini tidak boleh sehingga menghalang dari menjalankan syariat Allah. Hal ini ditekankan kerana orang biasanya lebih kasihan kepada penzina daripada pencuri, perompak, pemabuk dan sebagainya. Di samping itu penzinaan boleh dilakukan oleh siapa sahaja termasuk orang kelas atasan yang mempunyai kedudukan tinggi yang menyebabkan orang yang menjalankan hukuman merasa enggan dan kasihan untuk menjalankan hukuman. Ketiga, Allah memerintahkan agar pelaksanaan hukuman zina disaksikan oleh orang-orang mukmin dengan maksud menjadi pengajaran dan memberikan kesan positif bagi kebaikan umat. Beberapa Perkara Penting Yang Perlu Diperhatikan 1- Orang yang berzina dengan banyak pasangan lebih besar dosanya daripada yang berzina hanya dengan satu orang, demikian juga orang yang melakukanya berkali-kali dosanya lebih besar daripada yang melakukannya hanya sekali. 2- Penzina yang berani melakukan maksiat ini dengan terang-terangan lebih buruk daripada mereka yang melakukannya secara sembunyi-sembunyi. 3- Berzina dengan wanita yang bersuami lebih besar dosanya daripada dengan wanita yang tidak bersuami kerana adanya unsur perbuatan zalim (terhadap suami wanita), boleh menyalakan api permusuhan dan merosak keutuhan rumah tangganya. 4- Berzina dengan jiran lebih besar dosanya daripada orang yang jauh rumahnya. 5- Berzina dengan wanita yang sedang ditinggalkan suami kerana perang (jihad) lebih besar dosanya daripada dengan wanita lain. 6- Berzina dengan wanita yang ada pertalian darah atau mahram lebih jahat dan hina daripada dengan yang tidak ada hubungan mahram. 7- Ditinjau dari segi waktu maka berzina di bulan Ramadhan, baik siangnya ataupun malamnya, lebih besar dosanya daripada waktu-waktu lain. 8- Kemudian dari segi tempat dilakukannya, maka berzina di tempat-tempat suci dan mulia lebih besar dosanya deripada tempat yang lain. 9- Pezina muhson (yang sudah bersuami atau beristeri) lebih hina daripada gadis atau jejaka, orang tua lebih buruk daripada pemuda, orang alim lebih buruk daripada yang jahil dan orang yang berkemampuan (terutama dari segi ekonomi) lebih buruk deripada orang fakir atau lemah. Bertaubat Bertaubat ini bukan khusus hanya kepada penzina, bahkan kepada sesiapa sahaja yang menunjukkan jalan untuk terjadinya zina, membantu dan memberi peluang kepada pelakunya dan siapa saja yang ikut terlibat di dalamnya. Hendaknya mereka semua segera kembali dan bertaubat dengan sungguh-sungguh, menyesali apa yang pernah dilakukannya dan berusaha sekuat tenaga untuk tidak kembali melakukannya. Dan yang paling penting adalah memutuskan hubungun dengan siapa sahaja dan apa sahaja yang boleh menarik ke arah perbuatan keji tersebut. Dengan demikian diharapkan Allah akan menerima taubat itu dan mengampuni segala dosa yang pernah dilakukan, dan ingatlah, tidak ada istilah 'putus asa' dalam mencari rahmat Allah. Allah berfirman, mafhumnya: "Dan juga mereka yang tidak menyembah sesuatu yang lain bersama-sama Allah, dan tidak membunuh jiwa yang diharamkan Allah membunuhnya, kecuali dengan jalan yang hak (yang dibenarkan oleh syarak), dan tidak pula berzina; dan sesiapa melakukan yang demikian, akan mendapat balasan dosanya;" (Al-Furqaan 25:68) "Akan digandakan baginya azab seksa pada hari kiamat, dan ia pula akan kekal di dalam azab itu dengan menerima kehinaan," (Al-Furqaan 25:69) "Kecuali orang yang bertaubat dan beriman serta mengerjakan amal yang baik, maka orang-orang itu, Allah akan menggantikan (pada tempat) kejahatan mereka dengan kebaikan; dan adalah Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (Al-Furqaan 25:70) Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !! Follow @zoomartis |
Kisah Manusia Berubah Menjadi Keldai atau Himar Posted: 13 Mar 2012 05:42 AM PDT Kisah Berubah Menjadi Himar Dalam terik panas mentari yang memancar menyinari tanah Baitul Haram, seorang ulama zuhud yang bernama Muhammad Abdullah al-Mubarak keluar dari rumahnya untuk menunaikan ibadah haji. Di sana dia leka melihat seorang pemuda yang asyik membaca selawat dalam keadaan ihram. Malah di Padang Arafah dan di Mina pemuda tersebut hanya membasahkan lidahnya dengan selawat ke atas Nabi. "Hai saudara," tegur Abdullah kepada pemuda tersebut. "Setiap tempat ada bacaannya tersendiri. Kenapa saudara tidak membanyakkan doa dan solat sedangkan itu yang lebih dituntut? Saya lihat saudara asyik membaca selawat saja." ------ Wajah mayat bertukar jadi himar ------- "Saya ada alasan tersendiri," jawab pemuda itu. "Saya meninggalkan Khurasan, tanahair saya untuk menunaikan haji bersama ayah saya. Apabila kami sampai di Kufah, tiba-tiba ayah saya sakit kuat. Dia telah menghembuskan nafas terakhir di hadapan saya sendiri. Dengan kain sarung yang ada, saya tutup mukanya. Malangnya, apabila saya membuka semula kain tersebut, rupa ayah saya telah bertukar menjadi himar. Saya malu. Bagaimana saya mahu memberitahu orang ramai tentang kematian ayah saya sedangkan wajahnya begitu hodoh sekali? "Saya terduduk di sisi mayat ayah saya dalam keadaan kebingungan. Akhirnya saya tertidur dan bermimpi. Dalam mimpi itu saya melihat seorang pemuda yang tampan dan baik akhlaknya. Pemuda itu memakai tutup muka. Dia lantas membuka penutup mukanya apabila melihat saya dan berkata, "Mengapa kamu susah hati dengan apa yang telah berlaku?" "Maka saya menjawab, "Bagaimana saya tidak susah hati sedangkan dialah orang yang paling saya sayangi?" "Pemuda itu pun mendekati ayah saya dan mengusap wajahnya sehingga ayah saya berubah wajahnya menjadi seperti sediakala. Saya segera mendekati ayah dan melihat ada cahaya dari wajahnya seperti bulan yang baru terbit pada malam bulan purnama. "Engkau siapa?" tanya saya kepada pemuda yang baik hati itu. "Saya yang terpilih (Muhammad)." "Saya lantas memegang jarinya dan berkata, "Wahai tuan, beritahulah saya, mengapa peristiwa ini boleh berlaku?" ---- Rahsia Selawat 100 kali ---- "Sebenarnya ayahmu seorang pemakan harta riba. Allah telah menetapkan agar orang yang memakan harta riba akan ditukar wajahnya menjadi himar di dunia dan di akhirat. Allah telah menjatuhkan hukuman itu di dunia dan tidak di akhirat. "Semasa hayatnya juga ayahmu seorang yang istiqamah mengamalkan selawat sebanyak seratus kali sebelum tidur. Maka ketika semua amalan umatku ditontonkan, malaikat telah memberi tahu keadaan ayahmu kepadaku. Aku telah memohon kepada Allah agar Dia mengizinkan aku memberi syafaat kepada ayahmu. Dan inilah aku datang untuk memulihkan semula keadaan ayahmu." (Dipetik Dari Buku 60 Kisah Bertemu Rasulullah s.a.w) ----- Gambaran Himar (Keldai) Dalam Al-Quran ----- Himar atau keldai adalah binatang yang sering menjadi gambaran sebuah kedunguan. Di dunia Arab, binatang ini adalah binatang yang paling rendah di mata mereka. Untuk itulah al-Qur'an pun ketika menyebut himar untuk perumpamaan sesuatu, itu berarti sesuatu tersebut adalah merupakan hal yang sangat rendah dan hina. Seperti ketika al-Qur'an mengabadikan nasihat Luqman. Di akhir dari nasihat tersebut, Luqman menyampaikan kepada anaknya agar bersuara yang baik, "Dan sederhanakanlah langkahmu semasa berjalan, juga rendahkanlah suaramu (semasa berkata-kata), sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai". (Luqman 31:19) Begitu pula ayat yang akan kita renungi berikut ini "(Sifat-sifat Nabi Muhammad itu telahpun diterangkan dalam Kitab Taurat tetapi orang-orang Yahudi tidak juga mempercayainya, maka) bandingan orang-orang (Yahudi) yang ditanggungjawab dan ditugaskan (mengetahui dan melaksanakan hukum) Kitab Taurat, kemudian mereka tidak menyempurnakan tanggungjawab dan tugas itu, samalah seperti keldai yang memikul bendela Kitab-kitab besar (sedang ia tidak mengetahui kandungannya). Buruk sungguh bandingan kaum yang mendustakan ayat-ayat keterangan Allah; dan (ingatlah), Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada kaum yang zalim." (Al-Jumu'ah 62:5) Ayat ini menyindir,memerli,menghina dan mencerca orang-orang Yahudi yang diberikan Allah Kitab Taurat tetapi tidak mengamalkannya. Mereka seperti keldai yang membawa kitab-kitab tebal di punggungnya tetapi tidak mengerti sama sekali isi kitab-kitab tersebut dan tidak mengambil manfaat sama sekali. Amatlah buruknya perumpamaan kaum yang mendustakan ayat-ayat Allah itu. Imam Ibnu Katsir menjelaskan, "Allah ta'ala berfirman menyebutkan keburukan Yahudi yang diberikan kepada mereka Taurat untuk diamalkan tetapi mereka tidak mengamalkannya. Perumpamaan mereka seperti himar (keldai) yang membawa kitab-kitab tebal….mereka lebih buruk keadaannya daripada himar. Kerana himar tidak mempunyai pemahaman sementara mereka boleh memahami tetapi tidak mengamalkannya." (Tafsir Ibnu Katsir 8/117, MS) Ayat ini disampaikan kepada umat Muhammad SAW agar menjadi pelajaran bahwa generasi umat ini tidak boleh seperti generasi himar Yahudi. Generasi yang mempunyai ilmu, wawasan, pengetahuan tentang baik dan buruk bahkan mereka memahami ilmu itu dengan baik, tetapi ilmu tersebut tidak bermanfaat bagi mereka. Mereka faham bahawa kebaikan harus dilakukan, tetapi tidak mereka lakukan. Mereka pun faham bahwa keburukan dan kejahatan harus dijauhi, tetapi tetap keburukan merupakan sebahagian yang tidak terpisahkan dari kehidupannya. Allah telah memberikan petunjuk-Nya kepada kita agar generasi ini tidak menjadi generasi keldai. Penjelasan itu ada dalam rangkaian ayat-ayat dalam Surat al-Jumu'ah tersebut. Berikut ayat yang menjelaskan langkah generasi ini agar keluar dari rimba kesesatan. "Dia lah yang telah mengutuskan dalam kalangan orang-orang (Arab) yang Ummiyyin, seorang Rasul (Nabi Muhammad s.a.w) dari bangsa mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah (yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaanNya), dan membersihkan mereka (dari iktiqad yang sesat), serta mengajarkan mereka Kitab Allah (Al-Quran) dan Hikmah (pengetahuan yang mendalam mengenai hukum-hukum syarak). Dan sesungguhnya mereka sebelum (kedatangan Nabi Muhammad) itu adalah dalam kesesatan yang nyata." (Al-Jumu'ah 62:2) Dalam ayat tersebut dijelaskan tugas Rasulullah Muhammad SAW dalam melahirkan generasi sahabat yang luar biasa itu. Ada tiga tugas: (1) Membacakan ayat-ayat Allah (2) Tazkiyatun Nafs (Penyucian Jiwa) (3) mengajarkan Kitab Allah (Al-Quran) dan Hikmah (pengetahuan yang mendalam mengenai hukum-hukum syarak) Ternyata pengajaran ilmu Kitab Allah (Al-Quran) dan Hikmah (pengetahuan yang mendalam mengenai hukum-hukum syarak) diakhirkan setelah Tazkiyatun Nafs. Mengapa? Kerana jiwa ini ibarat sebuah wadah/tempat. Jika wadahnya masih kotor, sejernih apapun ilmu yang dituangkan tetap akan terlihat keruh dan tidak bermanfaat. Akhirnya lahirlah keldai seperti yang disebutkan ayat diatas. Ilmu banyak tetapi tidak teraplikasikan dalam amal. Maka, Nabi ditugaskan untuk menyucikan jiwa barulah mengajarkan Kitab Allah (Al-Quran) dan Hikmah (pengetahuan yang mendalam mengenai hukum-hukum syarak). Agar jiwa wadahnya bersih saat ilmu dituangkan dan diserap didalam diri. Sehingga menjadi ilmu yang bermanfaat dalam beramal. Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !! Follow @zoomartis |
Akhil Hayy Pengacara Imam Muda 3 Posted: 12 Mar 2012 09:41 PM PDT Dengar khabar Akhil Hayy akan menjadi pengacara Imam Muda 3 nanti, berita ini ZoOM jumpa di laman forum yang bercerita mengenai suami Waheda akan memikul tugas sebagai pengacara program berunsurkan agama (Imam Muda). Ia hanyalah cerita dan omong-omong kosong tetapi jika betul pun apa salahnya dan sama-sama kita nantikan kehadiran program Imam Muda 3 yang akan menemui anda tidak lama lagi. Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !! Follow @zoomartis |
You are subscribed to email updates from Celebrity News To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |