Adsense

Sabtu, 3 Mac 2012

Utusan Online - Hiburan

Utusan Online - Hiburan


Leez Rosli rawat luka di hati

Posted:

Leez Rosli rawat luka di hati

Oleh AMIRAH AMALY SYAFAAT
amirah.amaly@utusan.com.my
Foto RASHID MAHFOF dan AFIQZIKRI ZULKARNAIN (Pelatih Peretak)

SUKAR untuk berkongsi riwayat cinta dengan seorang wanita yang patah hati lantaran ditinggalkan kekasih tanpa alasan kukuh. Getir kekecewaan jelas kelihatan pada wajah, tambahan pula kalau ia adalah cinta pertama.

Pengalaman putus cinta itu turut dirasai penyanyi Leez Rosli, salah seorang penggiat seni tanah air yang dikenali menerusi program realiti televisyen Akademi Fantasia musim keempat (AF4) terbitan Astro kira-kira enam tahun lalu.

Kisah cinta pertama Leez bermula selepas terkeluar dari rancangan tersebut dan bertemu dengan pelawak dan pelakon dari rancangan Raja Lawak, Mohd. Razizan Abdul Razak atau lebih dikenali dengan Zizan.

Pasangan tersebut kemudiannya menjalinkan hubungan cinta secara serius pada penghujung tahun 2007. Ditanya bagaimana mereka boleh terpikat satu sama lain, semuanya bermula dari ikatan persahabatan yang kemudiannya bertukar rasa sayang tanpa disedari.

...

Sila dapatkan naskhah Mingguan Malaysia hari ini atau ikuti Utusan Online selepas 6.00PTG untuk artikel penuh.

Liyana Jasmay

Posted:

Liyana Jasmay

MASA Joyah kenal Liyana Jasmay satu ketika dahulu, dia memang agak keanak-anakan. Iyalah, orang baru nak masuk dalam industri seni masa tu, memang riang-ria sungguh watak Liyana.

Kalau tengok Liyana waktu tu memang macam anak buah Joyah lagaknya. Tapi masa berlalu dengan pantas, sedar tak sedar tiba-tiba Liyana mengumumkan yang dia akan bertunang dalam masa terdekat ni.

Amboi, dalam diam yer Liyana menyulam cinta. Joyah pasti ramai yang perasan pelakon filem Papadom ini selalu twit ayat-ayat manis untuk menggambarkan hatinya sedang berbunga cinta.

Majlis merisik dah pun berlangsung kira-kira dua minggu lalu dan mereka memilih bulan depan untuk bertunang. Liyana memilih Fathuddin Mazlan, 28, yang juga merupakan jiran tetangga mereka.

...

Sila dapatkan naskhah Mingguan Malaysia hari ini atau ikuti Utusan Online selepas 6.00PTG untuk artikel penuh.