Adsense

Sabtu, 3 Mac 2012

Celebrity News

Celebrity News


Fauzi Nawawi Ugut Seorang Pengurus Produksi Wanita

Posted: 03 Mar 2012 07:51 AM PST

Daripada apa yang ZoOM baca dibawah memanglah Fauzi bersalah sebab meminta duit secara keras, dan mungkin kerana sifat keras wanita tersebut yang berdolak dalih menyebabkan perkara tersebut berlaku. Tetapi ia hanya andaian kerana perkara sebenarnya hanya mereka yang tahu.(sama-sama kita tunggu dan lihat).

Namun kalau ZoOM dipihak Fauzi pun akan bertindak sedemikian kerana ia melibatkan duit yang banyak dan disaat seseorang yang memerlukan. Semoga Fauzi bersabar dengan dugaan yang datang kerana laporan polis sudah dibuat oleh wanita tersebut.

Dan berikut berita mengenai gossip panas mengenai HUTANG ini, anda bacalah sendiri dan buatlah kesimpulan sendiri ye.

KUALA LUMPUR: Seorang pengurus produksi wanita berusia 25 tahun dan rakan sejawatnya membuat laporan polis mendakwa pelakon popular yang juga pengarah, Fauzi Nawawi mengugut untuk mencederakannya selain merampas kereta miliknya dalam kejadian di pejabatnya di Wangsa Melawati, Ampang, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam itu, mangsa mendakwa Fauzi dan beberapa rakannya menaiki empat kereta pergi mencarinya di rumah.

Mangsa yang enggan namanya disiarkan berkata, dalam kejadian itu, Fauzi bertindak di luar kawalan dengan memberi banyak ugutan terhadapnya sedangkan perselisihan yang berlaku bukanlah disebabkan hutangnya dengan pelakon berkenaan sebanyak RM14,000.

"Memang kami ada berhutang dan belum melunaskan separuh daripada bayaran pelakon termasuklah RM14,000 membabitkan Fauzi, tetapi mereka harus faham lambat laun kami akan melangsaikan juga hutang itu dan tidak pernah sesekali melarikan diri.

"Untuk pengetahuan, kami baru saja melunaskan bayaran RM28,000 kepada seorang warga Iran itu dan akan melangsaikan semua baki hutang kepada semua terbabit termasuk Fauzi dalam masa terdekat," katanya enggan mengulas lanjut mengenai jenis ugutan diterima daripada Fauzi dan rakan-rakannya ketika dihubungi, semalam.
ZoOM : APa-apa pun Jangan Sampai makan diri, sebab kita ada undang-undang, dan pihak wanita..ada duit bayar habis ye :)
Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

Kondom Terjatuh Dari Poket Artis Zac Efron | Zac Efron Drop A Condom on Red Carpet

Posted: 03 Mar 2012 07:37 AM PST



Hahahaha LUCU dan MEMALUKAN sebab seluruh Dunia dah nampak dan mengetahui perkara yang memalukan dengan artis daripada Hollywood ini. Mana tidaknya ketika berjalan di Red Carpet kondom yang disimpan didalam poket seluar terjatuh.


Dan ia telah menjadi bualan di laman blog dan Youtube, berikut video yang ZoOM jumpa untuk tatapan anda diluar sana. Dan anda saksikanlah sendiri bertapa malunya artis bernama Caz Efron ini ketika video mengenai kondom tersebut tersebar :




Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now

Update : Gambar Lavienda Namiraz Anak Bienda

Posted: 03 Mar 2012 07:15 AM PST

Alhamdulillah inilah wajah Lavienda Namiraz anak penyanyi Bienda, yang diambil ilham daripada drama telenovela Latin yang kerap ditontonnya selama hamil.

Berikut penjelasan Bienda mengenai pemilihan nama Lavienda Namiraz :
"Nama Lavienda diilhamkan daripada gabungan nama saya dan salah satu watak dalam telenovela Latin yang saya gemar tonton ketika mengandung dulu.

"Kebetulan pula, suami juga ada nama pilihannya iaitu Namiraz yang diambil daripada nama Zariman yang diterbalikkan. Untuk berlaku adil, kamu gabungkan dua nama itu," katanya.
ZoOM : COmel Tak ? tahun lepas ZoOM berniaga dekat dengan bienda, masa dia mengandung..memang rajin dan baik je Bienda...Tak macam artis tu..merokok...rimas dan malu je ZoOM tengok artis yang pernah berkonterversi tidak bayar hutang tu..


Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

Andika Kumpulan Kangen Muncul Dengan Gaya Artis Korea

Posted: 03 Mar 2012 07:07 AM PST

JAKARTA: Selepas hampir setahun dipenjarakan kerana kes dadah yang menimpanya, akhirnya vokalis kumpulan Kangen Band iaitu Andika bebas menghirup udara segar di luar.

Andika atau nama sebenarnya Maesa Andika Setiawan mengakui berasa canggung dan bimbang kerana sudah lama tidak muncul di depan khalayak.

"Saya berasa gembira kerana dapat kembali bekerja bersama teman-teman dan peminat. Tapi saya akui memang gementar dan canggung.

"Saya berasa bertuah kerana masih dinantikan oleh peminat selepas kesukaran (dipenjara) yang dilalui. Sudah lama tidak berdepan peminat," katanya yang ditemui bersama kumpulannya selepas tampil pada program Dahsyat, di sini, baru-baru ini.

Menariknya, ada beberapa perubahan pada wajah lelaki ini.

Selain wajahnya kelihatan lebih bersih dan tubuh badan yang semakin berisi, Andika juga tampil dengan imej baru yang lebih bergaya berbanding sebelum dia dipenjarakan dulu.

Pada program itu, Andika muncul dengan imej yang ranggi seperti bintang Korea dan kelihatan lebih menyerlah daripada anggota kumpulan yang lain. - KAPANLAGI


ZOoM : Semoga pengalaman pahit yang dilalui selama setahun akan menjadi pengajaran. Mulakan hidup baru demi masa depan yang cerah.

Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

Jam Dinding Lama

Posted: 03 Mar 2012 04:27 AM PST



Ada sekali tu ketua kampung orang asli telah dihadiahkan jam dinding oleh pihak tentera kerana menolong mereka dalam operasi. Alangkah bangganya ketua orang asli tersebut bila jam tersebut di gantungkan di depan pintu rumahnya dan orang kampung sering datang melihat jam tersebut seolah-olah barang hiasan kerana mereka pada masa tu tak tahu bagaimana menggunakan jam untuk melihat waktu.

Suatu hari anak ketua kampung tersebut memberitahunya yang jarum jam tu telah berhenti bergerak. Masa tu punyalah ramai anak buah dia kat halaman rumah sedang melihat jam tersebut.
Maka ketua kampung tu pun konon nak tunjuk terrorlah lalu dia pun menurunkan jam tersebut dari tempat penggantungan dan membelek-belek jam tersebut depan belakang. Beliau ternampak tempat bateri jam tersebut dan telah dengan tidak sengaja terkuis bateri itu terkeluar dari tempatnya.

Entah macam mana ada pulak bangkai seekor cicak di celah-celah tempat bateri tu...beliau pun dengan bangganya memberitahukepada anak-anak buahnya.

"OOOO...patutlah tak jalan. Drebarnya mati tershepittttt....!!"


Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

Joe Brookes Live di Malaysia | Video Joe Brookes

Posted: 03 Mar 2012 01:50 AM PST


Seorang lagi artis yang dicungkil bakatnya daripada laman sesawang, kisah populariti artis bernama Joe Brookes anak kelahiran Southampton, United Kingdom ini semakin menarik perhatian peminat seni di Malaysia  khasnya.


Ia diakui oleh beliau sendiri apabila carian di internet mengenai beliau kebanyakannya datangnya dari Malaysia, dan tidak hairanlah jika beliau beria-ria untuk datang ke Malaysia. Buktiknya pada pukul 3 ini beliau akan membuat persembahan di KL LIVE  Kuala Lumpur pada pukul 2 petang hari ini.


Mari kita sama-sama saksikan kehebatan anak muda ini dilaman Youtube :









Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now

Pemandu Peribadi Zahida Mohamed Rafik Lesapkan Duit RM200 Ribu

Posted: 02 Mar 2012 08:15 PM PST

"Nasi sudah menjadi bubur", itulah yang boleh dikatakan dan jika berita ini benar dan didapati pemandu peribadi beliau yang bersalah. Memang sahlah pemandu tersebut memakan tuannya sendiri yang menaruh kepercayaan terutamanya melibatkan duit atau harta yang mahal.

Inilah yang berlaku kepada pelakon yang sudah menyepikan diri dalam dunia artis yakni Zahida Mohamed Rafik yang kerugian duit RM 200,000.00 kerana dilesapkan oleh pemandu peribadinya.Dan berikut jawapan beliau apabila ditanya oleh wartawan mengenai kehilangan duit beliau :

"Saya percayakannya sebab dia sudah bekerja dengan saya hampir lima tahun dan sebelum ini tidak pernah melakukan apa-apa kesalahan," katanya.
Zahida berkata wang RM200,000 itu sepatutnya digunakan untuk membuat pembayaran kepada rakan perniagaannya di China.

"Sebelum ini sudah banyak kali dia (suspek) membantu saya dalam urusan memasukkan duit ke dalam akaun bagi urusan kerja, tapi tidaklah jumlah yang besar sebegini. "Kebiasaannya saya akan turut sama pergi dan dia hanya menemani. Namun, kali ini saya benar-benar tidak sempat kerana ibu sakit dan saya agak kelam-kabut di rumah bagi menguruskan beberapa perkara," katanya. Menurut Zahida, dia langsung tidak menjangka pemandunya sanggup menghilangkan diri bersama wang RM200,000 itu.

"Sebelum membuat laporan polis, saya ke rumahnya. Maklumlah sudah hampir lima tahun dia bekerja dengan saya, saya kenal anak-anak dan ibunya yang tinggal bersama. "Mungkin juga dia ada masalah kewangan atau memerlukan duit, jadi saya ke rumahnya untuk bertanya dan berbincang. Namun ibunya hanya memberitahu dia sudah beberapa hari tidak pulang ke rumah. Jadi, saya tiada pilihan selain melaporkannya kepada polis," katanya
Moral : Jangan mudah percaya dengan orang yang rapat dengan kita, terutamanya yang melibatkan harta anda .
Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

Video : The Best Buakaw Muay Thai Kick

Posted: 02 Mar 2012 07:31 PM PST


Sama-sama kita saksikan bertapa kuatnya tendangan si jejaka Muay Thai ini, sehingga menyebabkan batang pisang tersebut rebah ke tanah.


Video :




Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now

Iklan Seksi Dan Panas Luna Maya Di Haramkan | Video Iklan AXE Luna Maya

Posted: 02 Mar 2012 07:08 PM PST

Iklan penyembur badan lelaki yang menampilkan Luna Maya dan tiga selebriti terkenal Indonesia (Uli Auliani, Marissa Nasution dan Chantal Della Concetta) mungkin tidak akan ditayangkan di televisyen kerana terlalu seksi dan mempunyai aksi panas.

Dalam iklan itu, keempat-empat selebriti wanita itu menjelma sebagai 'malaikat' yang tergoda dengan haruman penyembur badan yang digunakan oleh seorang jejaka (Ocke). Ia dimulakan dengan Uli Auliani tampil dengan pakaian seksi dan mengenakan sayap menarik selimut dan merangkak ke tubuh badan Ocke, diikuti dengan Marissa Nasution.

Selepas itu, Chantal muncul dengan membawa minuman dan buah ceri. Ketiga-tiga 'malaikat' tersebut dilihat bergelak ketawa sambil berlawan bantal sambil diperhatikan oleh jejaka itu. Kemunculan Luna Maya yang tampil seksi dan berambut pendek sambil memegang span penuh dengan buih sabun pada bahagian akhir iklan tersebut.


Video Iklan AXE Luna Maya :


ZoOM : Sabarlah yer Luna Maya, kalau tengok video tak adalah Luna Maya Seksi sangat. Perempuan-perempuan sebelum tu memang seksi....Siapa suruh buat iklan macam tu kan dan kena BANNED, dekat Malaysia ni pun kena strict macam kat seberang tu.. Apa Kata Anda ?


Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now