Adsense

Sabtu, 11 Februari 2012

Kosmo Online - Hiburan

Kosmo Online - Hiburan


Ratu Pop Dunia kembali menakluk

Posted:

Ratu Pop Dunia kembali menakluk

Ratu Pop Dunia kembali menakluk

SELEPAS tiga tahun bercerai dengan bekas suaminya yang juga seorang sutradara filem, Guy Ritchie, Madonna kembali meraih cinta seorang penari kelahiran Perancis, Brahim Zaibat, 24.

Serik dan bosan asyik ditebak soalan yang sama mengenai hubungan cinta dengan jejaka muda, Madonna menegaskan setiap hubungan yang terjalin berlaku tanpa diduga.

"Tidakkah kamu semua penat bertanyakan subjek ini (cinta)?

"Saya tidak pernah memilih untuk menjalinkan hubungan dengan mereka apatah lagi memberitahu kepada orang ramai bahawa saya kini sudah ada teman lelaki.

"Ia berlaku dengan cepat dan inilah sisi romantik dalam diri saya. Saya baru bertemu dengan seseorang yang boleh saya ambil berat dan sayangi, malangnya perkara ini berlaku ketika usianya sekarang," katanya kepada media selepas membuat persembahan pada waktu rehat perlawanan bola sepak Amerika Syarikat, Super Bowl di Indianapolis, baru-baru ini.

Bagaimanapun, ikon pop dunia itu lebih selesa membicarakan hal lain berbanding kisah cintanya.

Sebelum ini, Madonna, 53, pernah dikatakan keluar bersama seorang model Brazil bernama Jesus Luz yang seusia dengan teman lelakinya terkini.

Ketika ditanya mengenai perasaannya terhadap jejaka muda, penyanyi lagu Material Girl itu enggan mengulas!

"Saya tidak rasa selesa dengan perbualan ini!" gesanya yang menolak untuk menjawab soalan yang diajukan.

Namun kisah cinta ratu pop yang menjadi kegilaan dunia sejak tahun 1982 itu tetap menjadi fokus peminatnya.

Madonna dalam pada itu mendedahkan bahawa dia mahukan seorang teman hidup yang sudi berkongsi setiap aspek tidak pernah diperoleh daripada perkahwinannya terdahulu.

Malah, tambahnya lagi dia inginkan seseorang yang boleh menjadi sebahagian daripada keluarganya dan mampu membuat keputusan bersamanya.

"Saya tidak mahu menghabiskan sisa hidup saya sendirian, saya suka menjadi seorang ibu. Anak-anak saya terutamanya banyak mengisi kekosongan hidup saya dan memberikan sumber inspirasi dalam pelbagai cara.


INILAH kulit album terbaharu Madonna yang bakal dipasarkan pada bulan Mac ini, MDNA.


"Tapi saya perlukan seorang teman hidup yang saya fikir setiap orang perlukannya," cerita Madge (singkatan nama Madonna yang digelar media Barat).

Mengutamakan keluarga lebih daripada segalanya, perkara pokok yang diletakkan untuk bakal teman hidupnya adalah seseorang yang boleh dihormati oleh keempat-empat orang anaknya, Lourdes, 15, Rocco (11), David Banda dan Mercy James (6).

"Saya mahukan seseorang yang boleh mencipta satu hubungan dengan anak-anak saya dalam masa yang sama boleh dijadikan seorang idola," tambah Madonna.

Mengakhiri bicara mengenai teman lelakinya terkini, ujar Madonna dia (Brahim) seorang yang senang diuruskan dan tidak banyak kerenah.

"Saya balik rumah, cuci muka dan kadang-kadang saya minta dia urutkan kaki saya. Tapi dia pula minta saya urutkan kaki dia. Tidakkah dia seorang yang selamba? Perkara lain rasanya tidak perlu saya dedahkan, saya seperti anda semua juga," ceritanya lagi.

Pengarah W.E

Sementara itu, Madonna juga bakal tampil bersama filem arahan terkininya, W.E. Filem itu mengisahkan hubungan cinta seorang rakyat biasa, Wallis Simpson dan Raja Britain, Edward VIII.

Kedua-dua watak itu diberikan Madonna kepada pelakon James D'Arcy dan Andrea Riseborough dan W.E sudah mula ditayangkan di Eropah pada awal bulan Februari.

Menerusi filem itu, Madonna bertindak sebagai pengarah, penerbit dan komposer runut bunyi.

Biarpun tidak mendapat sambutan yang begitu memberangsangkan, namun filem yang berasaskan drama romantik era 1930-an itu berjaya memenangi anugerah Spotlight Award dalam Festival Filem Hoolywood pada tahun lalu menerusi lakonan mantap Andrea Riseborough.

"Saya sentiasa jatuh cinta dengan individu yang banyak berkorban demi saya terutama untuk filem ini.

"Apa yang dapat saya perhatikan menerusi kajian filem ini sebenarnya tiada erti sebenar mengenai cinta sempurna dalam kehidupan kita," ujarnya.

Album dan konsert

Madonna yang kali terakhir tampil bersama sebuah album yang diberi judul Confession On A Dance Floor adalah pada tahun 2005 dan katanya kepada media antarabangsa, dia bakal kembali bersama buah tangan terbaharu pada bulan depan.

"Album terbaharu saya MDNA yang diterbitkan oleh William Orbit dan Martin Solveig dijangka akan dikeluarkan pada 26 Mac nanti. Ia akan diedarkan oleh Interscope di bawah label kumpulan Universal," singkapnya.


MENGGEGAR! Aksi Madonna bersama Nicki Minaj (kiri) dan M.I.A untuk single Give Me All Your Luvin', baru-baru ini menarik perhatian dunia.


Kini tampil bersama single Give Me All Your Luvin', Madonna seperti biasa mengejutkan dunia sejak hari pertama single dan klip video lagu itu didedahkan pada 3 Februari lalu.

Pada hari itu saja, single dan klip videonya yang turut menampilkan Nicki Minaj dan M.I.A (Mathangi Maya Arulpragasam) itu ditonton serta didengari lebih 150 juta orang dari seluruh dunia.

Dalam pada itu, Madonna juga, katanya akan kembali dengan siri jelajah tidak lama lagi.

"Saya akan memanaskan momentum tahun ini menjelang musim panas nanti bersama siri jelajah terbaharu. Tarikhnya dijangka akan diumumkan tidak lama lagi," ujarnya lagi.

Siri konsert jelajahnya, Who's That Girl Tour di Turin, Itali kini sudah diterbitkan dalam bentuk DVD selain persembahannya di Sydney, Australia menerusi The Girlie Show - Live Down Under.

Selain itu, Madonna - Drowned World Tour 2001 di Detroit, Amerika Syarikat, Madonna - The Confessions Tour (London, United Kingdom) dan Madonna - Sticky & Sweet Tour (Buenos Aires, Argentina) kini sudah pun diterbitkan.

Bagaimanapun, The Virgin Tour, The Blond Ambition Tour dan Re-Invention Tour (Lisbon, Portugal) sedang dalam proses pembikinan ke dalam format yang serupa.

Faizal AF belum pupus

Posted:

Faizal AF belum pupus

Faizal AF belum pupus

Oleh MUSTAPA LAKAWA


FAIZAL bakal muncul dengan tiga buah single pada bulan April ini.


MELIHAT sisi fizikal lelaki ini, tidak banyak yang berubah. Dari gerak tubuh sehinggalah kepada nada percakapannya, dia tenang berinteraksi. Seolah-olah tiada masalah yang dihadapinya.

Namun, dari sisi lain, pemilik nama Mohammad Faizal Ramly ini sebenarnya menyimpan seribu kisah. Kisah yang mungkin sukar untuk didedahkan kepada umum atas kapasitinya sebagai seorang suami dan seorang bapa.

Lantas, sikap rendah dirinya itu telah memakan diri. Dipergunakan oleh pihak-pihak tertentu untuk menghambur segala bentuk gosip semata-mata untuk mematikan aura juara program realiti Akademi Fantasia musim keempat itu.

Secara realitinya, Faizal tetap menerima hakikat itu dan mengakui personaliti kampung yang dipegangnya selama ini hampir sahaja membunuh kariernya sebagai anak seni.

Kini, selepas tiga tahun memendam rasa, penyanyi yang juga pelakon berusia 28 tahun ini sudah bersedia. Dalam erti kata lain, Faizal sudah cukup ilmu untuk berdiri di saf depan dalam misi menyambung perjuangannya sebagai seorang artis.

"Hilangnya saya tidak bermakna karier saya telah berakhir. Orang boleh bercakap apa sahaja dan menabur fitnah sebanyak mana, tetapi saya adalah saya. Saya tidak perlu menjadi hipokrit untuk berada di hadapan. Cukuplah selama ini saya bersabar dan hanya mampu mendengar cakap-cakap orang," kata anak kelahiran Marang, Terengganu ini dalam satu pertemuan khas bersama Kosmo! di Hotel Sumai, Kuala Terengganu baru-baru ini.

Berpaksikan niat untuk mencari rezeki yang halal, Faizal yang pernah muncul dalam filem Momok The Movie dan Pulau Asmara secara jujur mendedahkan yang dia begitu rindukan dunia hiburan. Rindu untuk bertemu peminat dan rindu untuk membuat persembahan.

Bagaimanapun, Faizal akui beraksi di lapangan hiburan ini ibarat bertempur di medan perang. Baginya, setiap kecacatan yang diperbuat pasti akan menerima kesan buruk daripada pihak lain.

Justeru, tempoh tiga tahun yang dianggapnya sebagai tempoh 'berehat' selama ini akan dipergunakan untuk dia tampil lebih bersemangat.

"Saya berada dalam lapangan ini atas kehendak peminat. Peminat yang julang saya sehingga menjadi juara. Bagaimana mungkin saya boleh lupakan kerjaya yang telah mengubah hidup saya.

"Tetapi untuk kembali selepas tiga tahun menyepi, ia bukanlah kerja mudah. Saya perlu lebih bersedia dari segi fizikal dan mental untuk menghadapi apa juga cabaran. Sebab itulah saya perlukan masa sebelum mengumumkan kehadiran semula saya dalam industri ini," ujarnya jujur.

Ditanya persoalan ke mana menghilangnya insan bernama Faizal ini selama tiga tahun lalu, penyanyi yang popular dengan lagu Lihatlah ini tegas dengan pendiriannya bahawa apa yang dilakukannya selama ini adalah atas faktor peribadi.

Malah katanya, keputusan dirinya untuk tidak tampil secara terbuka di mana-mana persembahan mahupun sidang media bukanlah semata-mata mahu lari dari realiti sebenar, tetapi lebih kepada keputusan bijak untuk meredakan keadaan.

Kata Faizal, banyak perkara yang perlu diselesaikan selama tempoh rehat itu termasuklah menguruskan keluarganya bersama isteri, Nur Asyikin Mansor dan anak tercinta, Nur Alia Damia yang kini berusia dua tahun.

"Ada orang kata saya sengaja menghilangkan diri kerana terlibat dalam perlbagai perkara yang tidak baik, tetapi tidak sebenarnya. Saya hanya berehat dan mencari ilham untuk membuat lagu. Saya tidak lari ke mana-mana dan saya masih seperti dahulu," katanya.

Justeru, Faizal menagih budi baik semua pihak agar tidak melabelnya sebagai artis bermasalah hanya kerana tuduhan-tuduhan tidak berasas yang dilemparkan kepadanya.

Jelasnya, cukuplah selama ini dia berdiam diri tanpa memberi tindak balas di atas segala gosip yang menimpa.

"Banyak hati yang perlu saya jaga dan kini saya sudah berkeluarga dan mempunyai seorang anak. Janganlah hanya kerana fitnah-fitnah itu, periuk nasi saya dalam industri terjejas," katanya lagi.

Sebagai permulaan kata Faizal, dia kini lebih bersedia untuk bergerak solo tanpa bernaung dengan mana-mana syarikat rakaman.

Perancangan awal katanya, dia bakal tampil dengan tiga buah lagu baharu yang mendapat sentuhan pemuzik terkemuka, Awang BPR dan Aidil AF.

"Tiga lagu ini yang akan dimuatkan dalam album single saya bakal menemui peminat pada bulan April ini. Ia berkonsep rancak, pop balada dan balada. Saya cuma berharap lagu-lagu ini akan diterima baik kelak," katanya.

Dalam pada itu, Faizal juga menjelaskan dia sedia menerima persaingan daripada artis-artis muda sedia ada termasuk dari segi penampilan.

"Mungkin saya perlu mengubah sikit penampilan agar kehadiran saya ini diterima oleh orang ramai," ujarnya.

Titi Kamal tak takut suami curang

Posted:

Titi Kamal tak takut suami curang

Titi Kamal tak takut suami curang


TITI KAMAL dan Christian Sugiono.


KESIBUKAN pasangan Titi Kamal dan Christian Sugiono banyak membataskan suami-isteri tersebut masa yang banyak untuk diluangkan bersama. Bagi kebanyakan pasangan, kualiti masa yang cukup terhambat ini selalunya akan membuat hubungan menjadi dingin, malah terbit perasaan cemburu tentang pasangan masing-masing.

Namun hal tersebut tidak terjadi kepada Titi. Pelakon dan penyanyi itu mengaku dia tidak pernah terfikir suaminya akan curang kepadanya.

"Saya tak pernah fikir tentang Christian akan curang. Kalau saya rasa sangsi, saya akan memasak bekalan untuk dia ke lokasi penggambaran atau saya sendiri akan pergi ke sana menemaninya.

"Pendek kata, saya percaya terhadap suami saya dan tidak suka berprasangka buruk. Minta dijauhi perkara yang tidak diingini," ujar Titi.

Tambah Titi yang mengaku memang sering datang ke lokasi penggambaran yang sedang dijalani Christian, apa yang penting, antara mereka saling menjaga kepercayaan dan selalu berusaha untuk meluangkan waktu untuk dapat dihabiskan bersama.