Adsense

Sabtu, 11 Februari 2012

Himpunan Kisah Sensasi

Himpunan Kisah Sensasi


Pampasan RM23j kepada lelaki zakar pendek

Posted: 10 Feb 2012 05:34 PM PST

EL CAJOUN: Seorang bekas kelasi diberi ganti rugi sebanyak AS$7.5 juta (RM23.25 juta) dalam satu kes kemalangan kereta di California yang menyebabkan kemaluannya menjadi pendek kira-kira 1.27 sentimeter.

big money Pampasan RM23j kepada lelaki zakar pendek

Matthew Wall yang baru berkahwin mengalami kecederaan dan kerosakan saraf pada kemaluannya berikutan kemalangan pada 2007 itu.
Lelaki berusia 27 tahun itu menjalani pembedahan membetulkan zakarnya dan ia menyebabkan ia semakin pendek sebanyak 1.27 sentimeter berbanding sebelum kejadian.

phalloplasty Pampasan RM23j kepada lelaki zakar pendek

Juri di mahkamah El Cajoun, memberikan ganti rugi kepadanya sebagai pampasan untuk kesakitan, penderitaan, kos perubatan serta kehilangan punca pendapatan yang dialaminya.. – Agensi

///hmetro///

13 ‘pelayan rimba’ dicekup

Posted: 09 Feb 2012 06:59 PM PST

BANTING: Rahsia sebuah restoran makanan laut terpencil di Jenjarom, di sini, yang dikunjungi orang ramai terbongkar apabila didapati turut menawarkan pelayan pelanggan (GRO) dan pelacur dari China sebagai pelaris untuk mengejar keuntungan.

 13 ‘pelayan rimba’ dicekup

TAHAN…sebahagian wanita warga China dibawa keluar dari restoran di Jenjarom, Banting, malam kelmarin.

Pelanggan termasuk yang datang dari ibu negara dan Petaling Jaya dikatakan sanggup meredah jalan tanah merah dikelilingi ladang kelapa sawit sejauh lebih 500 meter dari jalan utama semata-mata untuk menikmati khidmat 'pelayan rimba' di restoran berkenaan.

Kegiatan pelacuran dipercayai dijalankan sejak sebulan lalu itu terbongkar selepas polis menahan 13 wanita warga China dan seorang wanita tempatan dalam Ops Noda, malam kelmarin.

Pegawai Turus Jabatan Anti Maksiat, Kongsi Gelap dan Perjudian (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, Deputi Superintendan Izwan Abd Karim berkata, semua wanita warga China yang ditahan berusia antara 21 hingga 50 tahun itu didapati menyalahgunakan pas lawatan sosial dengan bekerja sebagai GRO.

Menurutnya, seorang wanita warga tempatan yang turut ditahan dalam serbuan itu bertugas sebagai juruwang.

///hmetro///