Adsense

Rabu, 1 Februari 2012

Celebrity News

Celebrity News


Satria Neo Baru - Proton Artiga

Posted: 01 Feb 2012 09:42 AM PST

Satria Neo Baru – Proton Artiga (4 Gambar) | Proton mempamerkan model konsep Artiga di Pameran Tokyo Auto Saloon 2012. Model konsep Artiga pernah dipamerkan di Pameran motor Shanghai tahun lepas adalah hasil kerja dengan Youngman di China. Proton Artiga ni rupa-rupanya seakan-akan Proton Satria Neo.

 Dengan bodykit yang lebar dan rim yang besar, nampak kereta ini secara keseluruhan lebih garang. Lampu depan yang direka semula juga sepadan dengan rekaan gril dan bumper depan. Jom kita tengok gambar menarik Proton Artiga baru ni.

Berita terkini tentang Satria Neo – Proton Satria Neo juga telah secara rasmi dijual di Jepun sebagai kereta rali oleh syarikat Carosser, pemilik jenama tuning rali Cusco untuk peminat rali di Jepun. Satria Neo mula menjadi sebutan apabila berjaya memenangi kategori pemandu dan pengeluar pada kejohanana rali APRC dan kini bertanding di kejohanan rali dunia (WRC) pusingan pertama di Monte Carlo. 

Lagi Gambar di bawah :




ZOOM : Kereta Satria Memang cantik dan sporty apabila anda pandai dan berkemampuan, walaupun ia nampak kompaq tetapi penampilan kereta Neo ini sudah pasti mengerunkan apabila berada di Jalan raya terutamanya highway.

Bagi anda yang pernah dan sudah memilikinya apa kata anda mengenai Proton Artiga ini ?

Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

Gambar Nikita Mirzani bogel tersebar meluas | Gambar Bugil Nikita Tersebar

Posted: 01 Feb 2012 09:28 AM PST

Artis Nikita Mirzani amat terkejut ketika mengetahui foto sensasi miliknya tersebar di internet. Menurutnya, dia sudah menyimpan gambar berkenaan dengan rapi menyebabkan dia mencurigai mereka yang rapat dengannya.

"Saya tidak tahu mengapa gambar itu boleh tersebar kerana ia adalah foto peribadi. Gambar itu saya simpan di Facebook dan hanya keluarga dan teman rapat yang boleh melihatnya. Malah, hanya beberapa keping yang di muat naik," katanya ketika dihubungi, semalam.

Dalam sebuah blog, terdapat kira-kira 12 keping gambar menunjukkan Nikita tampil seksi mendedahkan bahagian atas tubuhnya. Ada juga gambar menunjukkan dia hanya memakai pakaian dalam. Dalam satu gambar pula, perempuan kelahiran Jakarta pada 17 Mac 1986 itu kelihatan seksi dengan sebahagian tubuhnya dipenuhi tatu.

Bagaimanapun, Nikita menganggap gambar dirinya itu tidak keterlaluan. Malah, bintang filem 'Perempuan Liar' itu mendakwa fotonya lebih bersifat artistik.

HUH MMG cari Hal...!!!!
"Gambar saya itu tidak keterlaluan kerana lebih bersifat artistik. Ia hanya memaparkan organ kewanitaan," katanya.

ZoOM : sapa suruh upload dalam Facebook, tapi kalau betul pun ...gambar macam kat atas tu patut ke upload ke Facebook. Memang sengaja cari pasal, dah la tau diri tu artis. Semoga ia menjadi iktibar kepada artis-artis di luar sana dan kepada anda amnya.

Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

Gossip Abang Jamal Abdillah Tidak Dijemput Tonton Filem Azura lakonan Shah Jaszle dan Neelofa

Posted: 01 Feb 2012 09:14 AM PST

KUALA LUMPUR, 31 JANUARI 2012: Lakonan raja pop negara, Jamal Abdillah menerusi filem Azura meninggalkan kesan begitu mendalam sehinggakan watak Zack dalam filem ini melekat kepada pelantun lagu Kekasih Awal Dan Akhir itu.

Bagaimanapun, bermula 2 Februari ini, pelakon kontroversi, Shah Jaszle pula bakal dikenali dengan watak Zack menerusi filem Azura versi baru lakonannya bersama Neelofa.

Walaupun begitu, adakah Jamal bersedia dan menerima hakikat Shah Jaszle akan menggantikan tempatnya melalui watak Zack?
"Sebenarnya, pihak penerbitan filem Azura 2012 ada menawarkan saya watak dalam filem berkenaan. Mereka mahu saya melakonkan watak yang sama tetapi versi Zack yang sudah tidak menetap di sini. Namun, saya tolak dan tidak mahu melibatkan diri kerana saya memang sudah tidak mahu berlakon lagi.
"Saya rasa ianya merupakan satu pendekatan yang bagus bila Shah Jaszle melakonkan watak Zack
 
"Sedikit sebanyak, ianya boleh mengingatkan masyarakat kembali kepada lakonan saya. Jadi bila orang ingat saya, ia adalah satu petanda yang baik.
"Terus-terang, saya tidak pun dijemput untuk menonton filem ini. Jadi kenapa perlu saya datang menonton pada malam gala kalau tidak diundang.
"Sejujurnya, saya pun tidak berminat untuk menonton filem ini di panggung kerana sejak dari dulu lagi saya tidak suka tonton wayang. Tak kisahlah filem Melayu atau pun barat," katanya.

Me
ngakui lebih suka menonton rancangan dokumentari dan berita nasional, Jamal berpendapat watak Zack yang dilakonkan Shah Jaszle sudah pasti amat berlainan dari Zack yang pernah dilakonkannya.
"Zack yang dulu seorang yang pandai menyanyi. Tambahan pula, lakonan saya pada masa itu lebih ke arah melodrama. Saya juga adalah seorang penyanyi yang menjadi pelakon.
"Berlainan sekali dengan Shah Jaszle yang memegang watak Zack hanya sebagai pelakon.
"Penonton sudah tentu akan nampak perbezaannya. Apa yang penting, dulu saya berlakon dengan ada melodi sekali," ujarnya.

Sementara itu, Jamal yang kini semakin sibuk dengan konsert solonya, memberitahu turut menerima banyak tawaran berlakon.

Namun, dia tetap akan menolak kerana sudah tidak berminat lagi untuk bergelar pelakon.

Info : Murai Onlin

ZoOM : Hurm no komen sebab tidak tahu apa yang berlaku, tetapi bagi ZooM tidak salah jika abang Jamal kita menolak pelawaan tersebut. Dan pelakon dia memang sesuai kerana menonjolkan pelakon lama mungkin tidak sesuai pada filem baru, kalau nak gunakan sambungan cerita je mungkin berbaloi.

Nak tengok cerita peluk2 ni...JOm layan Trailer Filem ni ..



Sinopsis :

Azura, seorang gadis yang gigih menghadapi cabaran hidup untuk mencapai cita-citanya. Dia tinggal bersama ibu saudaranya, Yusni, setelah kedua ibubapanya terkorban ketika tragedi terowong Mina di Mekah pada 1990. Zek pula membesar sebagai anak orang kaya. Kemanjaan dan kemewahan membuatkan Zek tiada deria 'survival'. Dia sentiasa dikelilingi dengan manusia yang mahu mengambil kesempatan.

Detik pertemuan pertama mereka memberi kejutan pada Zek. Sikap Azura yang sama sekali tidak hairan dengan 'darjat tinggi' Zek, membuat dia merasa Azura saja yang dapat memimpinnya. Setelah melihat kesungguhan Zek, akhirnya Azura menerimanya. Zek berhasrat mahu menyunting Azura sebagai isteri.

Ayah Zek, Tan Sri Puteh mempertikaikan kredibiliti Zek untuk menjadi seorang suami yang baik. Padanya Zek belum matang dan berkemungkinan akan merosakkan masa depannya dan Azura. Zek dan Azura lari ke London dan berkahwin. Kerana kedegilan Zek, Tan Sri Puteh mengambil keputusan untuk tidak lagi menyara Zek namun Zek menerimanya sebagai satu cabaran.

Zek dan Azura kembali ke Kuala Lumpur dan menjalani kehidupan baru. Kerana kekurangan pengalaman dan kelayakkan, Zek menghadapi masalah untuk mendapat kerja dan akhirnya bekerja sebagai pembantu di stesen petrol manakala Azura pula terus berjaya dibidang akademik dan di tawarkan bekerja di luar negara.

Tekanan pekerjaan menjejaskan emosi Zek, Azura pula terpaksa berahsia tentang kejayaannya kerana tidak mahu Zek merasa rendah diri. Namun bangkai gajah tidak dapat ditutup dengan sehelai daun. Bila mengetahui Azura berbohong, dia merajuk dan menginggalkan Azura. Azura terpaksa membuat pilihan, sama ada meneruskan cita-citanya atau terus setia menanti suami. Untuk mengetahui kesudahannya

Filem Azura 2012,saksilah di pawagam pada 2 Februari 2012.

APa Kata Anda >?Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now

Mawi Bergelar Bapa Februari Ini | Anak Mawi Dan Ekin

Posted: 01 Feb 2012 08:57 AM PST

KUALA LUMPUR, 31 JANUARI 2012: Penyanyi, Mawi atau Asmawi Ani mengesahkan isterinya, Ekin atau Norashikin Rahmat bakal melahirkan cahaya mata sulungya pada penghujung bulan Februari ini.

Malah Mawi memberitahu kepada portal murai.com.my, usia kandungan isterinya sudah memasuki sembilan bulan dan bakal melahirkan cahaya matanya di Hospital An-Nur, Bangi.
"Alhamdulilah, kesihatan Ekin sangat baik dan kandungnya juga sihat. Dia kini berada di rumah kami bersama ibunya yang sanggup datang dari Johor sejak kandungan Ekin sudah masuk tujuh bulan.
"Malah, Ekin akan dijaga rapi oleh ibunya di rumah kami sehingga dia selesai berpantang nanti.
"Terus-terang, saya sangat teruja untuk menanti kehadiran ahli baru dalam keluarga kami, walaupun saya dan Ekin sebenarnya sangat gementar untuk melalui saat melahirkan bayi pertama kami," luah Mawi.

Bercerita lebih lanjut mengenai keadaan isterinya tu, Mawi memberitahu dia sentiasa akan berjaga malam demi untuk menemani isterinya yang sukar tidur pada waktu malam.
"Kandungan Ekin kini sudah sarat dan disebabkan itu juga dia sukar untuk tidur pada waktu malam.
"Jadi bila malam, saya akan teman dan menunggunya dari jam 12 malam sehingga 3 pagi.
"Ekin akan mengambil masa untuk membetulkan posisi tidurnya kerana kandungannya sudah semakin membesar.
"Selepas Ekin dapat melelapkan mata kira-kira jam 3 pagi, barulah saya akan tidur kerana saya juga risau dan juga kasihan melihat keadannyanya," katanya lagi.

M
awi yang kini sudah pun membuat segala persiapan untuk menyambut kelahiran cahaya mata sulungnya itu, memberitahu sehingga kini dia dan Ekin masih tidak dapat memastikan jantina anaknya itu.
"Meskipun kami masih tidak dapat pastikan jantina bayi kami, namun segala persiapan dari segi pakaian dan barang-barang bayi sudah pun disediakan.
"Tidak kisahlah, lelaki atau perempuan yang penting bayi kami sihat," tambahnya lagi.

Selain sedang menanti kehadiran cahaya mata pertamanya, Mawi juga bakal muncul dengan single terbaru berjudul, Termolek pada penghujung Februari ini.

Info : Murai

ZooM : Tahniah sekali lagi daripada kami di ZOOMartis, dan semoga anak yang bakal menyerikan lagi hidup keluarga ini. Insyallah.


Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

Gambar Seksi Memey Suhaiza di Majlis Anugerah Pilihan Pembaca Media Hiburan 2011/2012

Posted: 01 Feb 2012 03:55 AM PST

Sebenarnya ZOOM malas nak post mengenai kisah artis ini, dan sudah tentu seorang pembaca ZoOM akan msg ZOOM kenapa post cerita artis ni. Sorry ye kawan, cuma nak berkongsi dengan anda mengenai Memey yang semakin berani.


Gambar diatas sudah cukup untuk anda menilai apa yang berubah, dan perubahan yang ketara adalah dari segi pemakaian yang Tutttttttttt...Apa-apa la Memay sebab suami yang sah pun bagi.


Gambar ini diambil semasa majlis anugerah pilihan pembaca media hiburan 2011/2012.





Credit gambar to : Rotikaya DOt Com



Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!