borak kosong |
- Beza Sales Promotion Girls (SPG) F1 dengan (SPG) jual lori
- Cara pelajar universiti meniru dan menghafal formula matematik
- Tanam anak hidup-hidup kerana berbual dengan lelaki
- Perompak minta dibenarkan kucing melawatnya di penjara
- Penampakan Wajah Setan di Sofa Hebohkan Twitter dan Facebook
- Kecantikkan yang menyakitkan
- Lagi mangsa kesilapan pembedahan plastik
- Buku pendidikan seks untuk kanak-kanak tadika di Jerman ini,sesuaikah dinegara kita?
- Perkahwinan teraneh , pengantin berusia 4 dan 6 tahun
- Pesaing niaga simbah asid
- Wanita nafi cuba potong kemaluan suami
- Guru cabul 23 murid
- Pelajar bunuh diri kerana bosan hidup
- Harimau jadian
- Pencabul anak patah tangan
- Kasut berasap!
- Nenek algojo selamba bunuh cucu
- Jurujual tertipu beri gelang emas
- Pekerja seks di Bangladesh disuntik steroid lembu untuk kelihatan montok
- Di pecat kerana botakkan kepala untuk majlis amal
- Janda paling 'laku' di Mauritania
- 35 tahun tak mandi untuk mendapatkan anak lelaki
- Beri susu badan sendiri untuk ubat kanser ayah
- Keluarga penagih
- Buang tuala wanita bersepah -sepah
Beza Sales Promotion Girls (SPG) F1 dengan (SPG) jual lori Posted: 01 Feb 2012 09:00 PM PST |
Cara pelajar universiti meniru dan menghafal formula matematik Posted: 01 Feb 2012 08:45 PM PST |
Tanam anak hidup-hidup kerana berbual dengan lelaki Posted: 01 Feb 2012 08:30 PM PST Seorang ayah di Turki dilaporkan sanggup menanam hidup-hidup anak perempuannya yang masih remaja hanya kerana berbual dengan beberapa lelaki. Dalam kejadian ini lelaki itu turut dibantu oleh datuknya. Pertistiwa ini terjadi di Kota Kahta bahagian Tenggara Turki. Remaja wanita yang bernama Medine Memi (16 tahun) itu ditemukan tertanam dalam keadaan terduduk dan tangan terikat di sebuah lubang di bawah kandang ayam. Lubang tempat Medine dikubur sedalam 6 kaki. Medine ditemukan 40 hari setelah ia dilaporkan hilang. Dalam bedah siasat yang dijalalankan doktor telah menemukan banyak kandungan tanah di paru-paru dan perut Medine. Hal ini menunjukkan dia sangat menderita kerana tertimbun tanah sebelum meninggal secara perlahan-lahan. Doktor juga tidak menemukan tanda-tanda kecederaan atau bekas pukulan pada tubuhnya.Mereka juga tidak menemukan racun atau dadah didalam tubuhnya.Pakar Forensik juga mengatakan budak ini meninggal dunia akibat di tanam hidup-hidup. Ayah Medine Meme, Ayhan dan datuknya kini ditahan dan menjadi orang yang di syaki. Kes ini masih dalam proses dan menunggu persidangan. Ayhan mengatakan bahawa sebagai ayah dia tidak suka melihat Medine, satu dari sembilan anaknya, mempunyai teman lelaki. Keluarga Medine disyaki terlibat kerana dua bulan sebelum ia dilaporkan menghilang, Medine sempat membuat laporan ke polis kerana dia dipukul datuknya kerana berbual dengan beberapa orang lelaki.-Global |
Perompak minta dibenarkan kucing melawatnya di penjara Posted: 01 Feb 2012 08:15 PM PST Seorang perampok bank yang kebetulan beragama Buddha tak dibenarkan bertemu dengan kucingnya walaupun mendakwa kucing adalah jelamaan ibunya. Peter Keonig, 46, menjalani hukuman penjara selama 5 tahun kerana rompakan yang dilakukannya di Whirl, Jerman. Dia mengajukan permohonan ke pengadilan agar kucingnya di benarkan untuk mengunjunginya di penjara dengan alasan kucing itu adalah jelmaan dari ibunya. Penganut agama Buddha percaya bahawa orang yang telah meninggal akan menjelma dalam bentuk haiwan setelah jasadnya mati. Peter mengatakan, "Saya tahu itu ibu saya. Caranya menatap saya sama seperti cara ibu menatap saya. Dan saya seharusnya mendapat hak yang sama seperti tahanan lain, boleh mendapat kunjungan dari keluarga". Dalam keputusan hakim mengatakan, "Kami memang menghormati kebebasan beragama seseorang, namun kerana terdakwa belum mampu memberikan bukti bahawa ibunya telah dilahirkan kembali dalam bentuk seekor kucing, maka dengan terpaksa kami menolak memberikan hak kunjungan bagi seekor kucing." Namun pengadilan memberikan kebebasan pemuda tersebut jika hendak menulis surat kepada kucingnya. Daily Telegraph. |
Penampakan Wajah Setan di Sofa Hebohkan Twitter dan Facebook Posted: 01 Feb 2012 08:00 PM PST Sekilas kita melihat pada pandangan pertama, tidak ada hal yang aneh atau ganjil yang nampak dalam gambar ini. Namun jika diperhatikan dengan saksama, maka anda akan melihat penampakan wajah setan dalam foto ini. Dapatkah anda menemukan penampakan setan dalam foto ini? Foto ini telah menjadi hit para pengguna Twitter dan Facebook yang terbagi atas orang-orang yang melihatnya, dan mereka yang tidak boleh menemukannya. Namun sebenarnya penampakan wajah setan tersebut berada di pojok kiri sofa, atau tepatnya dibelakang bantal. Asal-usul gambar tidak jelas, tapi mungkin saja ini hanyalah perbuatan iseng sesorang yang memfoto dirinya bersembunyi di balik bantal, atau sebuah gambar yang dibuat menggunakan Photoshop. |
Posted: 01 Feb 2012 07:45 PM PST Tatoo seluruh badan Mengecilkan Kaki Sejak kecil, gadis-gadis di China sudah melakukan pemotongan kaki mengerikan ini. Lihatlah lukanya. Ini dilakukan agar kakinya bisa kecil sehingga muat di sepatu kecil khas. Semakin kecil ukuran sepatunya, semakin cantiklah ia.. Penajaman gigi Jika gigi kita kena sesuatu yang keras saja sakit, apalagi jika harus dibuat runcing seperti gambar ini. Terbayangkah rasanya? Banyak kebudayaan di dunia menganut kecantikan gigi runcing ini. Jika sudah memasuki usia dewasa, giginya harus diruncingkan dengan cara diasah. Seseorang boleh pengsan ketika melakukannya. Lidah Bercabang Sebenarnya ideanya adalah lidah reptilia, sehingga lidah manusia harus diiris di tengah untuk menyamai lidah reptikia Seseorang itu harus menanggung resiko infeksi dan susah makan ketika melakukannya. Korset Ketat Gadis bangsawan Eropah zaman dahulu, melakukan kegiatan menyakitkan ini setiap harinya. Tali korsetnya di tarik sekuat mungkin agar badannya nampak langsing dan cantik. Resiko sesak nafas dan tulang sakit adalah konsekuensinya. Namun ini dianggap lebih efektif dari pada harus berdiet untuk mempertahankan bentuk tubuh. Gelang leher Padaung, terletak di pegunungan Burma sampai Thailand, mempunyai kebiasaan unik ini. Mereka memasang gelang di leher wanitanya. Semakin banyak gelang dan semakin panjang lehernya, maka semakin cantiklah ia. Rasa sakit yang luar biasa harus di rasakan selama bertahun-tahun. Resiko patah leher dan mati menanti mereka. Jika gelang sudah dipasang, adalah anti untuk melepasnya. Karena jika dilepas semuanya, beberapa minit kemudian lehernya patah. |
Lagi mangsa kesilapan pembedahan plastik Posted: 01 Feb 2012 07:30 PM PST Svetlana Davydova, salah seorang peserta satu rancangan realiti di Russia.Dia telah membuat keputusan untuk membesarkan bibirnya melalui pembedahan plastik.Setelah membuat pembedahan untuk kali pertama,dia tidak berpuas hati dan mebuat pembedahan kali kedua.Cuba lihat hasil pembedahan kali pertama dan kedua... Hasil pembedahan kali pertama... Kerana tak berpuas hati buat pembedahan kali kedua.. Dan inilah hasilnya.... |
Buku pendidikan seks untuk kanak-kanak tadika di Jerman ini,sesuaikah dinegara kita? Posted: 01 Feb 2012 07:15 PM PST |
Perkahwinan teraneh , pengantin berusia 4 dan 6 tahun Posted: 01 Feb 2012 07:00 PM PST Usia Pengantin 4 tahun dan 6 tahun .Mungkin inilah Pesta Perkahwinan yang paling aneh dan lucu yang pernah ada di dunia.. Peristiwa yang jarang terjadi dan mengundang tawa yang cukup meriah sekali saat kedua pasangan pengantin ini mengucapkan janji nikah di depan ramai orang menyaksikannya. Sepasang Chimpanze zoo di Hefei, daerah Anhui China timur merayakan perkahwinan mereka dalam suatu upacara yang dihadiri para undangan dan fotografer. Chimpanze jantan bernama, Yangyang berusia empat tahun dan yang betina, Wanxing berusia enam tahun. Uniknya Chimpanze tersebut diberi seperti pasangan manusia. Diberi pakaian, pita, topi serta karangan bunga. Bahkan dalam perayaan tersebut keduanya juga saling berciuman dan minum bersama disaksikan para undangan dan fotografer. |
Posted: 01 Feb 2012 06:45 PM PST KUALA TERENGGANU: Persaingan dalam perniagaan dipercayai punca seorang lelaki disimbah asid oleh sekumpulan lelaki di sebuah kedai makan di Simpang Taman Uda, Paka, Dungun, malam kelmarin. Mangsa, Roslan Md Nasir, 40, bersama dua rakannya baru tiba di kedai makan itu dan hanya sempat minum air sebelum muncul empat lelaki termasuk seorang dikenalinya menaiki Proton Gen 2 yang menyerbu meja mereka jam 9.30 malam. Tanpa sebarang bicara, lelaki dikenali itu menyimbah sebotol asid ke muka mangsa menyebabkan dia cedera di mata kanan dan beberapa bahagian di muka serta lengan kanan manakala dua rakannya sempat mengelak dan melarikan diri. Roslan berkata, akibat simbahan asid itu, cecair berkenaan bukan setakat singgah di muka, malah mengalir ke baju dan seluar menyebabkan pakaian itu reput manakala kumpulan lelaki berkenaan melarikan diri dengan kereta. "Masa mula-mula kena, saya berpinar mata dan pedih sehingga panas muka. sumber : myMetro |
Wanita nafi cuba potong kemaluan suami Posted: 01 Feb 2012 06:30 PM PST LOS ANGELES: Seorang wanita rakyat Amerika Syarikat berusia 69 tahun yang dituduh cuba memotong kemaluan suaminya dengan gunting mengaku tidak bersalah, semalam. Virginia Valdez yang membayar AS$100,000 (RM320,000) wang ikat jamin dan dibebaskan daripada tahanan Disember lalu beberapa hari selepas serangan itu pada hari jadi ke-62 suaminya. Dia dilarang daripada mengadakan sebarang hubungan dengan suaminya. Virginia yang dituduh menyebabkan kecederaan kepada pasangannya dan melakukan serangan menggunakan senjata yang boleh membunuh, diarahkan oleh hakim untuk tampil di mahkamah semula pada 10 April. - AFP sumber : myMetro |
Posted: 01 Feb 2012 06:15 PM PST LOS ANGELES: Seorang bekas guru ditahan kerana mengambil gambar beberapa murid yang ditutup mata dan mulut dengan lipas di muka dan sudu berisi air mani diletak ke mulut mereka, kata polis, semalam. Mark Berndt, 61, yang mengajar lebih 30 tahun di sekolah rendah di timur bandar raya ini menghadapi pelbagai tuduhan melakukan perbuatan lucah ke atas puluhan murid, kata pendakwa raya. "Saya meluat dan takut dengan kelakuan Mark Berndt," kata polis kesatuan sekolah Los Angeles, Superintendan John Deasy selepas 23 kes jenayah difailkan termasuk membabitkan kanak-kanak berusia 7 hingga 10 tahun yang didera antara 2008 dan 2010. "Individu ini dan kelakuannya tidak menunjukkan kualiti guru yang bekerja keras mewakili murid di kesatuan sekolah Los Angeles. Berndt dihentikan daripada tugas mengajar sebaik dakwaan itu dikemukakan pada Januari tahun lalu selepas lebih 40 gambar kanak-kanak di dalam kelas dengan mata dan mulut mereka ditutup dengan pita, dilaporkan oleh pemproses filem. Berndt sama ada memeluk kanak-kanak terbabit atau tangannya menutup mulut mereka, lapor kenyataan Jabatan Polis Los Angeles. Kenyataan itu melaporkan, sesetengah gambar itu "memotretkan murid perempuan dengan sudu plastik biru berisi cecair jernih disuapkan ke mulut mereka seolah-olah mereka akan menelannya," lapor kenyataan itu. - AFP sumber : myMetro |
Pelajar bunuh diri kerana bosan hidup Posted: 01 Feb 2012 06:00 PM PST HOUSTON: Seorang pelajar popular membunuh diri selepas rayuannya kepada ratusan rakan online untuk mendapatkan bantuan tidak dihiraukan. Pelajar sekolah menengah, Ashley Duncan, 17, menulis,: "Saya akhirnya memperoleh pistol" dan kemudian memuat naikkan gambar senjata itu. Pistol berkenaan dipercayai digunakannya untuk membunuh diri tidak lama kemudian. Ia menyusuli beberapa siri tulisannya dalam Tumblr dan Twitter, tempat dia bercerita mengenai membunuh diri, mempersoalkan erti kehidupan dan berkata dia dalam keadaan sengsara. Antara tulisannya berbunyi: "Kehidupan tidak ada harganya jika kamu tahu atau sudah tahu bagaimana rasanya ingin mati setiap saat, minit, jam, hari, minggu bulan dan tahun. Dengan itu, anda boleh merasai seperti saya. "Saya mungkin tidak perlu bergelut dengan masalah kewangan tetapi saya bergelut dengan emosi dan mental dan saya percaya ia pergelutan paling teruk. "Jadi saya tertanya mengapa bukan menjadi pilihan saya untuk mati sekarang? Kehidupan saya sengsara. "Satu hari nanti, saya tidak akan ada di sini lagi dan ia akan menjadi hari paling gembira dalam hidup saya. Saya bosan dengan kehidupan ini. "Tuhan seolah-olah mendera saya dengan membiarkan saya hidup. Satu-satunya perkara yang membuat saya gembira sudah berlalu. Saya sengsara." 'Perkara' yang dirujuknya itu tidak jelas tetapi tulisannya sebelum ini membayangkan hubungan cintanya dengan seorang rakan terputus. Dia menulis: "Saya kecewa. Saya tidak akan bergantung kepada orang lain untuk memulihkan hati saya. Ia sudah musnah." Ashley, pemain bola tampar berbakat dikatakan pelajar popular di Sekolah Menengah Bellaire sebelum berpindah ke Sekolah Menengah Pershing kerana mahu menamatkan persekolahannya lebih awal. Semalam, Ashley, yang selama ini dilihat sebagai remaja periang, berjalan ke persimpangan Braes Forest Drive dan Portal Drive dan menembak dirinya. "Saya tidak memberi tumpuan kerana dia sering bergurau. Saya tidak pernah menyangka dia serius," kata Theresa Sosa. - DM sumber : myMetro |
Posted: 01 Feb 2012 05:45 PM PST KOTA BHARU: Bukan saja haiwan liar tertipu, manusia juga tertipu. Itu yang berlaku kepada penduduk di Kampung Manjor, Kuala Krai apabila membuat laporan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) selepas melihat patung harimau yang disangka harimau sebenar. Insiden melucukan itu berlaku apabila seorang penduduk di kampung berkenaan meletakkan dua patung harimau di kawasan rumah dan kebunnya dengan tujuan menghalau haiwan liar. Dalam kejadian Isnin lalu, sepasukan anggota Perhilitan yang mendapat laporan bergegas ke kampung berkenaan sebelum mendapati dua ekor harimau yang dilaporkan itu sebenarnya patung harimau sepanjang kira-kira 1.3 meter. Pengarah Perhilitan Kelantan, Rahmat Topani berkata, kejadian berkenaan berlaku apabila pihaknya menerima laporan kira-kira jam 10 pagi, Isnin lalu daripada seorang penoreh getah yang datang ke pejabat Perhilitan di Kota Bharu memaklumkan ada penduduk di kampung berkenaan membela harimau. Katanya, seramai 11 anggota Perhilitan dihantar ke kampung berkenaan pada jam 3 petang, hari yang sama dengan membawa beberapa kelengkapan termasuk senjata api, namun tidak menemui jejak harimau seperti dilaporkan. "Kita melakukan pula siasatan di rumah milik Mohd Azari Said, 39, iaitu orang didakwa memelihara dua ekor harimau itu. Sebaik bertanyakan lelaki terbabit mengenai harimau yang dikatakan oleh penduduk kampung, dia mengaku mempunyai dua ekor harimau, yang mana seekor diletakkan di kebun untuk menghalau kera dan babi hutan manakala seekor lagi dijadikan mainan oleh anaknya. "Ketika itu, barulah kita tahu yang kelibat harimau yang didakwa dilihat oleh penduduk hanyalah patung harimau yang banyak dijual di kedai," katanya ketika dihubungi, di sini, semalam. Menurutnya, kejadian itu amat melucukan kerana sejak seminggu lalu ada penduduk yang melaporkan kepada Perhilitan bahawa Mohd Azari dan anaknya membawa salah seekor harimau itu 'makan angin' menggunakan motosikal. "Lelaki terbabit mendakwa membeli setiap patung harimau itu dengan harga RM70 kerana tertarik dengan saiznya selain dikatakan berkesan bagi menghalau kera dan babi hutan. sumber : myMetro |
Posted: 01 Feb 2012 05:30 PM PST KUALA LUMPUR: Padah cuba mencabul seorang remaja perempuan, seorang lelaki warga Bangladesh patah tangan kanan dan cedera di kepala selepas dibelasah bapa remaja terbabit dengan sebatang kayu di sebuah restoran di Kampung Baru, di sini, Isnin lalu. Dalam kejadian jam 5 petang itu, mangsa dikatakan makan bersama keluarganya dan ketika kejadian, dia ingin mencuci tangan. Menurut sumber, remaja berusia 14 tahun itu yang ingin mencuci tangan didatangi seorang lelaki warga Bangladesh yang memeluknya dari belakang sambil meminta wang. "Melihat anak perempuannya meronta-ronta, bapa mangsa yang juga seorang warga emas mencapai sebatang kayu di pekarangan restoran berkenaan dan meluru ke arah suspek sebelum membelasahnya dengan kayu itu," katanya. sumber : myMetro |
Posted: 01 Feb 2012 05:15 PM PST KUALA KANGSAR: "Sebaik dentuman kuat, kedua-dua kaki saya kebas, manakala kasut pula berasap," kata Muhammad Izaha Jamaluddin, 10, seorang daripada tiga murid Sekolah Kebangsaan Mazuin (SKM), di sini, yang cedera dipanah petir dalam kejadian petang kelmarin. Muhammad Izaha yang turut melecur di kaki kanannya berkata, sejurus dentuman kuat itu, dia terus rebah. Menurutnya, dia meraung kesakitan sebelum seorang guru meluru ke arahnya dan menanggalkan kasut dipakainya. "Dalam keadaan terbaring itu, saya sempat melihat arwah kaku dan tersandar pada sebatang pokok, manakala beberapa murid lain meraung kesakitan. "Sebelum dentuman petir itu berlaku, saya melihat arwah berjalan menuju ke sebatang pokok bagi mengemaskan peralatan memanah," katanya ketika ditemui di kediaman keluarganya di Kampung Fakri, di sini, semalam. Dalam kejadian menyayat hati itu, rakan mangsa, Muhammad Syafiq Mohamad Tajul Ariffin, 11, maut dipanah petir, manakala seorang guru dan tiga murid lain cedera ringan. Kejadian jam 5.30 petang itu berlaku ketika lapan murid dan guru terbabit baru selesai menjalani latihan memanah di padang sekolah berkenaan. Insiden tidak dijangka itu turut mencederakan seorang guru, Azizul Rahman Ismail, 31, yang juga jurulatih memanah sekolah serta tiga murid dikenali sebagai Anuar Azlin, 12, Nor Arifah Fatimah, 12 dan Muhammad Izaha Jamaluddin, 10. Ketika ditanya sama ada dia mahu meneruskan minatnya dalam sukan memanah, Muhammad Izaha berkata, dia memerlukan masa untuk memulihkan emosinya. Menurutnya, dia masih trauma dengan kejadian itu yang menyebabkan kaki kanannya melecur selain kedua-dua telinganya masih berdengung. Sementara itu, Azizul Rahman ketika ditemui di HKK semalam berkata, dia yang berada paling hampir dengan arwah turut rebah sebaik petir itu mengenai tanah. "Sebaik tersedar daripada pengsan, saya terkejut apabila mendapati arwah terbaring di atas padang berdekatan sebatang pokok manakala beberapa murid lain menjerit kesakitan. "Sejurus kejadian, seorang guru yang berada berdekatan segera memberikan bantuan pemulihan pernafasan (CPR) selain turut memeriksa nadi arwah. Bagaimanapun, Syafiq disahkan sudah meninggal dunia dan dibawa ke hospital," katanya. Dia yang juga guru Matematik berkata, ketika kejadian cuaca agak mendung menyebabkan dia bersama murid lain mengemaskan peralatan memanah dan bersiap sedia untuk pulang. sumber : mymetro |
Nenek algojo selamba bunuh cucu Posted: 01 Feb 2012 05:00 PM PST SERDANG: "Aku sudah bunuh anak kamu dua hari lalu, balik sekarang untuk jengguk dia," kata seorang wanita berusia 57 tahun kepada anaknya selepas membunuh cucu perempuannya berusia 10 tahun dalam kejadian di Apartmen Koi Legian, Taman Kandan Baru, dekat Puchong, di sini, semalam. Wanita terbabit menghubungi anak lelakinya jam 9.30 pagi selepas membunuh cucunya, Pow Mei Shuang, 10, dengan menekup bantal ke muka kanak-kanak itu. Bagaimanapun, bapa mangsa yang berusia 31 tahun gagal masuk ke dalam rumah kerana pintu utama dikunci dari dalam lalu meminta bantuan polis. Sebaik polis memecah pintu, bapa mangsa terkejut melihat anak perempuannya terbaring kaku di atas katil di bilik utama di tingkat lapan manakala ibunya pula cuba membunuh diri dengan mengerat jari manis tangan kiri dengan pisau pemotong daging sebelum cuba terjun dari tingkap bilik. Wanita terbabit yang tinggal bersama mangsa, bapa mangsa dan dua cucu lain mengalami kemurungan selepas menghadapi masalah kemerosotan perniagaan restorannya di Jalan Klang Lama. sumber : myMetro |
Jurujual tertipu beri gelang emas Posted: 01 Feb 2012 04:45 PM PST KUALA LUMPUR: Seorang jurujual kerugian kira-kira RM1,500 selepas gelang tangan emasnya diserahkan kepada seorang lelaki sebagai cagaran sebaik ditawarkan satu pekerjaan bergaji tinggi di sebuah butik terkenal di Bukit Bintang, Isnin lalu. Wanita berusia 23 tahun itu sedang bekerja semasa didatangi lelaki berusia lingkungan awal 30-an kira-kira jam 3.30 petang. Sumber berkata, mangsa ditawarkan gaji yang lebih tinggi untuk bekerja di butik berkenaan dan selesai mengisi borang, lelaki itu meminta gelang tangan emas dipakai mangsa untuk dijadikan jaminan. Kerana percaya dengan kata-kata lelaki itu, mangsa menyerahkannya. sumber : myMetro |
Pekerja seks di Bangladesh disuntik steroid lembu untuk kelihatan montok Posted: 01 Feb 2012 04:30 PM PST Kira-kira 200 ribu pekerja seks komersial (PSK) Bangladesh disuntik ubat steroid penggemuk lembu untuk kelihatan lebih montok dan subur. PSK baik baru atau lama, muda atau tua diberikan ubat penggemuk lembu biar montok, tampak muda dan segar. Pemberian ubat sejenis penggemuk lembu itu untuk anak gadis muda berusia 12-14 agar bertambah montok dan standard. Dalam usia tua mereka akan tetap kelihatan montok dan tampak muda sehingga ubat steroid itu efektif untuk semua umur. "Ini adalah cara cepat untuk membuat gadis montok dan menyembunyikan usia sebenarnya kalau dia masih remaja," kata Rokeya seorang pemilik rumah pelacuran. Obat penggemuk lembu yang biasa disebut Oradexon itu dijual murah dan mudah ditemukan di farmasi. Seorang pekerja seks bernama Shahinur Begum mengaku tampak tua keraa dia janda cerai dengan suaminya. "Oradexon membuat seluruh tubuh, saya menarik," katanya, menambahkan bahawa Madam pertama memberinya ubat untuk menambah berat badan dan membuatnya ketagihan. Hingga kini ia tampak gemuk dan berisi bahkan overweight dan disarankan oleh doktor untuk berhenti mengunakan Oradexon, namun ia tak boleh Dia mengaku mendapat 150 dolar AS per bulan dengan kerjaya ini. Sebahagian pekerja seks itu mengeluhkan jika badannya terlalu kurus takut tidak didatangi oleh klien atau pemuda hidung belang. Dengan meminum ubat penggemuk lembu mereka kelihatan montok dan ramai pelanggan dan dengan meminum ubat ini 2 kali sehari, mereka mendapat 6 orng pelanggan sehari. |
Di pecat kerana botakkan kepala untuk majlis amal Posted: 01 Feb 2012 04:15 PM PST Stacey Fearnall, 36 tahun yang kematian bapanya akibat kanser telah mencukur rambutnya untuk satu kerja amal tetapi apabila dia pergi bekerja di restoran Nathaniel's tempat dia bekerja sebagai pelayan,dia telah di pecat.Menurut ibu kepada dua anak,pengurusnya telah menyuruh dia pulang setelah dia memakai rambut palsu. Tuan punya restoran dan juga tukang masak Dan Hilliard mempertahankan tindakannya itu kerana restoran itu mengamalkan standard yang telah ditetapkan.Semua pekerja wanita dilarang memakai anting-anting dan pekerja wanita mesti mengikut potongan dan ukuran rambut yang telah ditetapkan.Dalam majlis amal itu Stacey telah berjaya mengumpul sebanyak $2,700.(link) |
Janda paling 'laku' di Mauritania Posted: 01 Feb 2012 04:00 PM PST Definisi cantik di Mauritania mungkin yang paling unik.Perempuan cantik di Mauritania ialah perempuan gemuk dengan tubuh berisi dan dengan pergelangan kaki yang besar. Perempuan kurus dan langsing tidak laku di Mauritania . Begitu seorang anak perempuan yang meningkat remaja,ibunya mula memanjakannya dengan berbagai makanan enak supaya si gadis kecil tumbuh menjadi perempuan yang berbadan subur. Anak-anak perempuan dipaksa untuk banyak minum susu unta. Kalau si anak muntah, si ibu akan segera menyuruh anaknya untuk makan lagi. Untuk cepat gemuk mereka memakan pil-pil terutama pil yang digunakan untuk mengemukkan unta Menurut perempuan Mauritania, mereka akan melakukan apa saja untuk menggemukkan badan mereka, kerana pemuda Mauritania hanya tertarik pada perempuan gemuk . Meski budaya perempuan berbadan subur adalah cantik masih tetap berlaku sampai sekarang, ternyata tidak semua perempuan Mauritania senang dengan ukuran tubuhnya, terutama mereka yang sudah pernah tinggal di luar negera. Namun, ketika mereka kembali ke tanah airnya, sangat susah untuk melakukan diet, kerana makanan Mauritania yang memang kaya minyak dan serba manis. Pemuda Mauritania pula tidak boleh gemuk, kerana pemuda yang kurus sangat di minati kaum wanita di sana.Ada lagi yang unik di Mauritania, ketika seorang perempuan menjadi janda, keluarganya akan mengadakan pesta besar-besaran kerana dengan menjadi janda bererti seorang perempuan itu akan menjadi pilihan dan yang paling diingini oleh pemuda-pemuda di sana.Yang paling 'laku' sekali. |
35 tahun tak mandi untuk mendapatkan anak lelaki Posted: 01 Feb 2012 03:30 PM PST Berbagai cara dilakukan untuk mencapai keinginan. Seperti yang dilakukan seorang lelaki di India yang rela tidak mandi, demi mendapatkan seorang anak laki-laki. Tujuh orang anak perempuan belum memuaskan hati lelaki yang berusia 63 tahun ini. Kailash "Kalau'" Singh, sudah tidak mandi semenjak 35 tahun. Dia mengganti mandi dan menggosok gigi dengan "mandi api" setiap siang. Caranya, dia berdiri dengan satu kaki di samping api unggun, menghisap mariyuana, dan berdoa kepada Dewa Shiwa.Mandi api dapat membunuh kuman dan infeksi di tubuh alasan yang diberikannya. Kalau (63), yang tinggal di luar kota suci Varanasi, telah menolak ritual mandi di Sungai Gangga saat saudara lelakinya meninggal dunia lima tahun lalu. Kebanyakan masyarakat India menginginkan anak laki-laki untuk menyambung hidup dan mencari nafkah. Sementara anak perempuan kerap dianggap sebagai beban. |
Beri susu badan sendiri untuk ubat kanser ayah Posted: 01 Feb 2012 03:15 PM PST Setelah Ayahnya Tim disahkan menghidapi kanser usus besar, Georgia Browne pergi ke Internet untuk mencari cara untuk membantu menyelamatkan ayahnya. Dia telah menjumpai satu artikel yang menyatakan penyakit ini boleh dikurangkan denagn meyusui pesakit. Georgia berkata 'Saya mulai meneliti di internet dan segera ditemukan artikel di Amerika dan Scandinavia yang susu ibu boleh mencegah kanser. Dia yang melihat dokumentari itu dan memganggap ini idea yang gila kerana susu ibu boleh membantu membunuh sel kanser. Penemuan yang luarbiasa dan dia cuba membantu ayahnya melakukan sesuatu yang positif untuk penyakitnya. Dia kemudiannya menceritakan idea ini kepada ayahnya dan ayahnya bersetuju. Atas persetujuan keluarga, Georgia mulai memerah susunya untuk Tim dengan segera. Dia kemudian menyimpannya di dalam peti sejuk. Keesokan harinya susu tersebut dicampurkan dengan sereal jagung sama seperti susu lembu. Ayahnya menyatakan rasa tidak berbeza dengan yang dari susu lembu dan sedikit manis. |
Posted: 01 Feb 2012 03:00 PM PST |
Buang tuala wanita bersepah -sepah Posted: 01 Feb 2012 10:00 AM PST |
You are subscribed to email updates from borak kosong To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |