Adsense

Rabu, 1 Februari 2012

Berita Harian: Hip

Berita Harian: Hip


Nikah, kenduri di masjid

Posted: 31 Jan 2012 03:16 PM PST

Hip

1,000 tetamu diundang rai majlis Ana Raffali, Naim 25 Februari

TIADA lagi teka teki apabila penyanyi, Ana Raffali, mengesahkan akan melangsungkan pernikahan dengan sahabat baik yang juga rakan kongsi perniagaannya, Ahmad Aznaim Abdullah, 30, pada 25 Februari ini.

Ana atau nama sebenarnya Ana Nur Hidayah Mohd Raffali, 26, memilih melaksanakan urusan pernikahan dan kenduri kesyukuran di Masjid AlHidayah, Taman Melawati, berhampiran kediaman keluarganya.

Majlis dimulakan pada jam 10.30 pagi dengan acara pertunangan, disusuli akad nikah sejam kemudian, yang bakal disempurnakan bapanya sendiri, Mohd Raffali Mohd Nor. Ana berkata, keluarga kedua-dua belah pihak sepakat memilih tarikh berkenaan yang jatuh sehari selepas ulang tahun ke-30 bakal suaminya ketika mengadakan perbincangan pada Disember lalu.

"Kalau diikutkan, kami mahu mengadakan majlis ini bertepatan dengan hari lahir Naim kerana dia mahu menamatkan zaman bujangnya sebelum usia 30 tahun. Tetapi tidak mengapa, ia masih hari bermakna buat kami.

"Paling penting, saya mahu sahabat, sanak saudara dan tidak ketinggalan rakan media bersama-sama pada hari bahagia kami nanti," katanya pada sidang media di sini, semalam.

Pada majlis khas seperti dijanjikan kepada media, hadir sama keduadua ibu bapa bakal mempelai yang turut mengakui rancak membuat persiapan untuk meraikan pengantin dan menyambut kehadiran kirakira 1,000 tetamu.
Walau berstatus selebriti, penyanyi yang popular dengan lagu Kalau Berpacaran itu memaklumkan lebih selesa bersederhana dalam segala hal, termasuk dalam urusan pernikahan.

"Lebih utama ialah melakukan perkara wajib, selain berpeluang melayani tetamu.

Biarpun persiapan hanya dilakukan selepas Anugerah Juara Lagu (AJL) 26, seluruh ahli keluarga banyak membantu.

"Naim bukan hanya sahabat karib, malah teman jiwa saya yang menjadi pendorong semangat. Seperti saya, dia dan keluarganya juga lebih senang bersederhana," katanya lagi yang memilih busana pengantin rona kelabu.

Mengulas lagi hari bersejarahnya, pihak perempuan akan menerima tujuh dulang hantaran berbalas sembilan, namun jumlah wang hantaran belum ditentukan.

Terdahulu, majlis pengumuman itu lebih bermakna apabila Ana turut melancarkan single terbaru berjudul Lisa Jatuh Cinta, selain menayangkan klip video memaparkan perjalanan percintaannya, sambil menyampaikan lagu.

Full content generated by Get Full RSS.