Zon Artis |
(Gossip) Ana Raffali Akan Bernikah Pada 25 Februari 2012 Posted: 26 Jan 2012 10:53 PM PST Tiba-tiba angin sepoi-sepoi bahasa menerpa ke telinga kami membawa perkhabaran yang penyanyi lagu Tolong Ingatkan Aku, siapa lagi kalau bukan Ana Raffali akan melangsungkan pernikahan pada 25 Februari depan dengan pengurus peribadinya. Difahamkan, majlis akad nikah Ana Raffali atau nama sebenarnya Nur Hidayah Mohd Raffali, 27, dengan pemuda yang dikenali sebagai Naim Abdullah itu akan berlangsung di Masjid Al Hidayah, Taman Melawati, Kuala Lumpur, pada sebelah pagi kira-kira jam 10 pagi. Walau bagaimanapun, Ana Raffali yang juga sudah mengetahui akan perkhabaran yang bertebaran ini enggan mengesahkan tarikh tersebut sebaliknya memberitahu akan mengadakan sidang media bagi mengumumkan perkara berkenaan selepas Anugerah Juara Lagu ke-26 (AJL26) yang akan berlangsung Ahad ini. Seperti kata Ana Raffali:-
Jadi sama-samalah kita nantikan sidang media yang akan dibuat oleh Ana Raffali itu untuk mengetahui lebih lanjut mengenai gossip yang tersebar ini. Jika tiada aral melintang, kami akan cuba update mengenai sidang media Ana Raffali itu nanti secepat mungkin. Full content generated by Get Full RSS. |
You are subscribed to email updates from Zon Artis To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |