Celebrity News |
- Kad Kahwin Lisa Surihani Dan Yusry Halim
- Gossip Gambar Seksi Jezamine Lim, Isteri Harith Iskandar Ketika Hamil
- Isu Semasa : 7 GRO ditahan separuh bogel
- Gambar Seksi Manohara Odelia Pinot Di Kelab Malam
- Rabecca Nur Islam Pelakon Filem Keramat Berani Kerana Seekers !!
- Sejam Peluk Mayat Kekasih Bunuh Diri
Kad Kahwin Lisa Surihani Dan Yusry Halim Posted: 26 Jan 2012 07:12 AM PST Inilah kad kahwin pasangan romantis dan sudah pasti ditunggu-tunggu oleh peminat mereka, walaupun simple dan dan sweet namun ia penuh bermakna. Untuk pengetahuan anda majlis pasangan ini akan berlangsung pada 26 Februari 2012 di Pusat konvensyen antarabangsa Putrajaya. Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !! Follow @zoomartis |
Gossip Gambar Seksi Jezamine Lim, Isteri Harith Iskandar Ketika Hamil Posted: 26 Jan 2012 05:54 AM PST Perkahwinan yang dibina dan menjadi ikatan yang sah pada bulan Jun 2010 kini hanya tinggal setapak lagi untuk menjadi keluarga yang sempurna. Semoga dengan kehadiran anak sulung yang bakal ditimang dalam beberapa hari lagi sudah pasti ditunggu-tunggu oleh pasangan ini. Untuk pengetahuan anda gambar ini menyebabkan banyak komen negatif daripada positif, mungkin pasangan ini tidak sedar akan natijah mengambil gambar sebegini. Al-maklumlah kita di Malaysia ni hidup berbilang kaum dan terutamanya beliau beragama islam. Bukan ingin sibokkkk kan diri tetapi sekadar mengingati saudara seagama je. Nasib baik pusat dan kena sensor, tapi gambar yang bersalut kain putih tu...Opss No Komen. Lagi Gambar Jezamine Lim : ZoOM : APa Kata Anda ? Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !! Follow @zoomartis |
Isu Semasa : 7 GRO ditahan separuh bogel Posted: 26 Jan 2012 01:34 AM PST PULAU PINANG 25 Jan. – Sekumpulan gadis pelayan pelanggan (GRO) ditemui dalam keadaan separuh bogel ketika serbuan oleh sepasukan polis di sebuah hotel bajet di Lebuh Light di sini, semalam. Dalam serbuan kira-kira pukul 4 petang itu, kesemua mereka yang terdiri daripada dua rakyat tempatan dan lima warga Indonesia tidak sempat melarikan diri berikutan pintu utama hotel telah dikepung oleh polis. Ketika itu, mereka sedang asyik melayan pelanggan masing-masing di bilik. Difahamkan, mereka mengenakan caj RM50 untuk perkhidmatan seks dan RM10 lagi untuk 'aksi tambahan'. Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut, Supritendan Ahmad Bakhtiar Kassim berkata, wanita yang ditahan berusia dalam lingkungan 20-an hingga 30-an. Menurutnya, empat pelanggan termasuk seorang penjaga hotel turut ditahan bagi membantu siasatan. "Hasil pemeriksaan di setiap bilik hotel ditemui puluhan kondom yang sudah dipakai, cecair pelincir serta tisu," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. Katanya, operasi dilakukan Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7), Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut berikutan pemiliknya masih berdegil menjalankan kegiatan tidak bermoral walaupun sudah beberapa kali diserbu. Kesemua wanita yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan. Penjaga hotel itu pula disiasat di bawah Seksyen 372A Kanun Keseksaan kerana menyalahgunakan wanita bagi tujuan pelacuran. Info : Utusan Online ZoOM : Bukan setakat GRO je yang ramai...kedai urut pun dah melambak macam cendawan kat Selangor dan Kuala Lumpur ni.. Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !! Follow @zoomartis |
Gambar Seksi Manohara Odelia Pinot Di Kelab Malam Posted: 26 Jan 2012 01:11 AM PST Apa nak jadi dengan Manohara Odelia Pinot yang sebelum ini mengemparkan dua negara kerana kisah janda seksi ini yang menjaja..kisah beliau kepada media dan masyarakat di seberang dan Malaysia.Manohara sebelum ini pernah dituduh ingkar atau nusyuz kepada bekas suami, Tengku Temenggong Kelantan,Mohamad Fakhry Sultan Ismail Petra. Menurut info Manohara menafikan gambar yang menjadi sensasi di internet ketika ini, namun pada pandangan ZoOm gambar ini asli tanpa edit. Namun kesahihanya hanya mereka yang ada disana ketika itu yang mengetahuinya, termasuklah empunya diri. Lagi gambar Manohara dibawah : ZoOm : Apa Komen Anda ? Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !! Follow @zoomartis |
Rabecca Nur Islam Pelakon Filem Keramat Berani Kerana Seekers !! Posted: 25 Jan 2012 07:12 PM PST SEJAK membawakan watak penggoda dan antagonis membuatkan pemilik nama Rabecca Nur Islam, 25, ini bagaikan sinonim dengan peranan sedemikian. Hal itu sedikit sebanyak membataskan kemampuan lakonannya. Namun begitu, Keramat barangkali tanda awal bakal mengubah persepsi penggiat seni lakon, juga peminat mengenai kebolehan wanita tinggi lampai ini. yazura, wanita tertekan yang cuba mencari penyelesaian terhadap masalahnya menuntut pelbagai ketahanan mental dan fizikal daripada Rabecca iaitu menghayati babak dirasuk dan akhirnya menjadi pembunuh. Pada 20 minit babak terakhir menonton filem itu, bagi yang sudah menyaksikannya pasti kagum dengan kemampuan tubuh Rabecca yang seakan-akan elastik apabila mengangkat punggungnya separa kepala dengan hujung terjengkit serta reaksi wajah mengerang dalam keadaan mencangkung yang menggesa seluruh adrenalin ketakutan. Sempat kedengaran usikan suara nakal seperti meragui apakah benar yang terpamer di dalam layar skrin itu diri wanita mesra disapa Becca itu atau teknik CGI semata-mata. "Saya sendiri tidak percaya melihatnya kerana saya seakan-akan tidak sedar dengan apa yang berlaku ketika menjayakan babak dirasuk itu. "Sewaktu suntingan dilakukan, saya sempat melihatnya dan sesudah balik ke rumah, saya cuba meniru semula adegan itu tetapi jangankan mampu terjengkit di hujung kaki untuk mengangkat punggung pun saya tidak mampu. Tidak mahu mengenangkan yang bukan-bukan atau menganggap dirinya dirasuk ketika itu, Becca turut bersyukur kerana sepanjang penggambaran, dia tidak mengalami sebarang gangguan biarpun rumah yang menjadi lokasi penggambaran itu adalah rumah kosong yang sudah lama ditinggalkan. "Dulu saya seorang penakut tetapi selepas menimba pengalaman mengacarakan program Seekers yang memerlukan saya mengikuti pasukan produksi itu ke lokasi yang dipercayai 'keras' dan berhantu, secara tidak langsung sedikit demi sedikit membina keberanian dalam diri saya.katanya ditemui pada majlis pratonton yang diadakan di MBO, Subang Jaya, baru-baru ini. Turut membintangi filem terbitan Metrowealth Movies Production yang diarahkan Azhari Mohd Zain itu termasuk Zul Handyblack (Habib/Nazmir), Mon Ryanti (Munirah), Hairul Azreen (Nasti), Adey Syafrien (Bukhari), Putri Mardiana (Dr Najwa) dan Diana Amir (Mustika). Keramat mengisahkan sekitar tahun 1900, seorang lelaki bernama Habib difitnah kerana merosakkan kehormatan Mustika. Akibatnya, Habib dipukul orang kampung diketuai Jabar, abang kandung Mustika. Habib yang bukan calang-calang orang terus dipukul dan kain yang selama ini menutupi wajahnya ditarik orang kampung dan berlakulah satu peristiwa yang amat dahsyat apabila semua penduduk kampung mati dek cahaya terang yang terpancar daripada wajah Habib. Sementara pada zaman ini, kehidupan dua beradik iaitu Nazmir dan Nasti dihantui pelbagai peristiwa pelik dan menyeramkan bermula dengan kehilangan bayi yang dikandung Syazura, isteri Nazmir. Sejak itu, seorang demi seorang ditimpa pelbagai peristiwa misteri termasuk Munirah, isteri Nasti. Keinginan Syazura untuk pulang ke kampung halaman suaminya menjadikan keadaan bertambah rumit. Satu persatu rahsia terbongkar dan mendedahkan sejarah yang mengejutkan Nazmir, Syazura, Nasti dan Munirah. Siapa sebenarnya dalang dalam perkara itu dan apakah rahsia di sebaliknya? Beralih topik kepada kehidupan peribadi, Becca bersyukur rumah tangganya memasuki tahun kedua bersama suami pilihan, Nor Azam Datuk Sulaiman, 43, dalam keadaan sejahtera. Kehidupan yang dijalani bertambah ceria dengan kehadiran anak tirinya, Nur Arif Qayum dan anak angkatnya, Nur Adam Danial. Meskipun pernah wujud spekulasi yang kononnya Becca mendera dua anak tirinya, namun kehadiran Becca, suami, anak tiri dan anak angkat bersama ahli keluarga sedondon berpakaian rona jingga menjadi bukti bahawa dakwaan yang dilemparkan tidak pernah berlaku sama sekali. "Saya malas hendak mengulas lanjut tuduhan mendera anak tiri saya. Memberi penjelasan hanya memperbesarkan lagi keadaan dan tidak ada jalan untuk menghentikannya. Kehidupan seorang wanita sudah berkahwin belum cukup sempurna jika tidak melahirkan zuriat sendiri. Sehingga kini, Becca masih berusaha ke arah itu dan mengharapkan suatu hari memperoleh berita baik. Info : Harian Metro Online ZoOM : Tak sempat tengok wayang ni, terbaru cuma layan cerita 3 bujang terlajak yang menyaksikan seluar Boxer Nabil warna biru tu je :)...apa-apa pun filem tu lawak mencuit hati.. Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !! Follow @zoomartis |
Sejam Peluk Mayat Kekasih Bunuh Diri Posted: 25 Jan 2012 05:22 PM PST GEORGETOWN: Hampir sejam diperlukan untuk memujuk seorang lelaki yang tidak mahu melepaskan pelukan terhadap teman wanitanya yang sudah meninggal dunia selepas ditemui di tingkat bawah satu blok flat di Taman Utara, Batu Uban, awal pagi semalam. Dalam kejadian jam 1 pagi itu, lelaki terbabit tidak dapat menerima hakikat teman wanitanya, Lau Kah Kah, 22, maut selepas terjun dari tingkat 17 flat berkenaan. Lelaki terbabit dilihat meniarap di sisi mayat teman wanitanya sambil memeluknya, tetapi langsung tidak bersuara dan hanya sesekali kelihatan menangis. Orang ramai yang mengerumuni tempat kejadian pada mulanya menyangkakan ada dua mayat di situ, tetapi terkejut apabila melihat lelaki berkenaan tiba-tiba bergerak. Lelaki itu langsung tidak mempedulikan orang ramai yang mengerumuninya dan dia terus memeluk erat mayat teman wanitanya sebelum penduduk menghubungi ambulans. Info :Harian Metro Onlline ZoOM : Dapat bayangkan bertapa sedihnya lelaki ini.. Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !! Follow @zoomartis |
You are subscribed to email updates from Cerita Artis | Isu Semasa | Tutorial To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |