Adsense

Sabtu, 7 Januari 2012

Himpunan Kisah Sensasi

Himpunan Kisah Sensasi


Beyonce dapat RM359,000 satu minit

Posted: 06 Jan 2012 05:00 PM PST

LOS ANGELES: Penyanyi Beyonce Knowles dinamakan sebagai penghibur yang menerima bayaran paling tinggi di dunia yang mengenakan bayaran mengikut setiap minit kemunculan beliau di pentas.

83792 Beyonce dapat RM359,000 satu minit

Beyonce

Penyanyi Love on Top itu mengungguli satu kajian pendapat halaman web media sosial saucytime.com dengan memperoleh £1.25 juta (RM6.3 juta) bagi persembahan yang membabitkan nyanyian lima buah lagu pada satu majlis persendirian sambutan Tahun Baru 2010, yang menyamai pendapatan sebanyak £71,040 (RM359,000) bagi setiap minit persembahan beliau di pentas, lapor femalefirs.co.uk.

Tempat kedua adalah penyanyi Mariah Carey yang menerima bayaran £630,000 (RM3.2 juta) bagi satu persembahan membabitkan nyanyian empat buah lagu di sebuah parti yang sama diadakan tahun sebelumnya di kepulauan Caribbean yang sama.

Mariah Carey 007 Beyonce dapat RM359,000 satu minit

Mariah Carey

Penyanyi yang menduduki tempat ketiga pula adalah Kylie Minogue yang dibayar sebanyak £33,000 (RM166,00) bagi setiap 60 saat. Beliau menyanyi di sebuah majlis pelancaran di Hotel Atlantis, Dubai pada November 2008.

kylie minogue Beyonce dapat RM359,000 satu minit

Kylie Minogue

Ia diikuti Jennifer Lopez yang menerima bayaran hampir £25,000 (RM126,000) seminit dari seorang jutawan Russia, Andrei Meinichenko ketika muncul di majlis sambutan hari jadi isterinya pada 2007.

Jennifer lopez love Beyonce dapat RM359,000 satu minit

Jennifer Lopez

Sementara itu, Beyonce dikatakan terus membangkitkan tanda tanya mengenai kebenaran mengenai berita kehamilan beliau ketika muncul dalam persembahan Late Night With Jimmy Fallon.

Penyanyi berkenaan mempersembahkan single terbarunya, Countdown dalam rancangan berkenaan tetapi perutnya tidak kelihatan seperti sedang hamil.
Ketika pengacara memperkenalkan kemunculan penyanyi itu, beliau mengenakan baju singkat hitam dan langsung tidak kelihatan seperti hamil enam bulan seperti yang didakwa.

Bagaimanapun penyanyi berusia 30 tahun itu sebenarnya muncul melalui persembahan yang dirakamkan lebih awal ketika musim panas lalu.

Penonton jelas tidak menyedari bahawa Fallon menjadikan bintang Amerika Syarikat itu seperti benar-benar berada di studio berkenaan. Ketika pengacara menunjukkan album terkini penyanyi itu beliau memandang kamera sambil berkata: "Malam ini dia di sini untuk mempersembahkan lagu Countdown dari album terkininya, Four. Dipersilakan Beyonce."

Penonton di studio kemudian bersorak dan mula memberikan tepukan kepada seseorang yang sebenarnya tidak berada di sana. – Agensi

//bharian//

Full content generated by Get Full RSS.

Imigresen tahan 18 GRO asing

Posted: 05 Jan 2012 05:00 PM PST

je 01.1 Imigresen tahan 18 GRO asing

SEBAHAGIAN warga China yang bekerja sebagai GRO ditahan dalam serbuan Jabatan Imigresen Johor di sebuah pusat hiburan di Batu Pahat, kelmarin.

JOHOR BAHRU  - Seramai 18 wanita warga asing yang bekerja sebagai gadis pelayan pelanggan (GRO) ditahan dalam serbuan Jabatan Imigresen Johor di sebuah kedai minuman di Jalan Shahbandar, Batu Pahat, dekat sini malam tadi.

Mereka yang merupakan warga Thailand, Vietnam dan China ditahan dalam 'Ops 6P' yang disertai seramai 27 anggota dan pegawai bermula pukul 12.30 tengah malam dan berakhir kira-kira dua jam kemudian.

Timbalan Ketua Bahagian Penguat Kuasa Imigresen Johor, Masri Adul berkata, dalam serbuan hasil maklumat awam itu, seramai 14 wanita yang ditahan merupakan rakyat China diikuti tiga dari Vietnam dan seorang wanita Thailand yang kesemuanya berusia antara 16 hingga 41 tahun.

"Ketika diserbu, semua GRO itu sedang leka melayan pelanggan yang datang untuk minum dan berhibur di premis itu. Kecekapan kita mengepung kawasan sekitar membuatkan mereka tidak sempat meloloskan diri," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Katanya, hasil pemeriksaan ke atas semua GRO itu, 16 daripada mereka didapati melanggar syarat pas yang dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen dan boleh dikenakan tindakan mengikut Peraturan 39(b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963.

Tambah Masri, seorang lagi didapati melakukan kesalahan mengikut Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tinggal lebih masa manakala bakinya disiasat di bawah Seksyen 6(1)(c) akta yang sama kerana memasuki negara ini tanpa permit yang sah.

Katanya lagi, tiada sebarang kejadian tidak diingini berlaku dalam serbuan tersebut dan kesemua wanita berkenaan dihantar ke Depot Tahanan Imigresen Pekan Nanas untuk siasatan lanjut.

//utusan//

Full content generated by Get Full RSS.