Adsense

Sabtu, 7 Januari 2012

Celebrity News

Celebrity News


Talha Hartih Dan Hanez Suraya Bercinta

Posted: 07 Jan 2012 12:34 AM PST

Menurut Laman sesawang Manggaonline pasangan Hanez Suraya Dan Talha Dikatakan sedang dilamun mimpi indah yang lembut bak sutera. Bait kata-kata manis daripada mulut kedua-dua anak muda ini sudah menggambarkan bertapa kuatnya hubungan yang mereka bina ibarat lautan api yang sanggup direnangi bersama...(opss Jiwang pulak...layan je ZoOM). Dan berikut beberapa ayat yang keluar daripa mulut artis bernama Talha dan Hanez :

Cerita Talha:
"Tak dinafikan memang Hanez adalah kawan perempuan yang paling rapat dan mesra dengan saya buat masa ni. Saya selesa dan ceria sangat setiap kali bertemu dengannya. Kalau sibuk shooting, saya pasti akan call sebab rindu. Hehe…
"Memang hubungan kami lebih daripada seorang kawan, tapi belum lagi sampai tahap bercinta tau! Kalau akan datang, saya tak tahu la… Tapi ada la berharap jugak!
 
"Sebenarnya hubungan kami mula rapat bila sama-sama menjayakan karnival Jom Heboh di Bukit Jalil. Masa tu saya terlibat dengan promosi siri drama Cinta Elysa. Dia pula mewakili drama Bunga April. 
"Saya ni memang segan dengan perempuan, tapi dengan Hanez saya rasa selesa dan macam ada keserasian. Bila dah jumpa tu kami bertukar nombor telefon dan pin Blackberry Messager (BBM pin). 
"Bagi saya Hanez seorang gadis yang cukup istimewa. Dia cantik, ada pendirian, tak suka hidup dikongkong dan kadang-kadang dia degil bila nakkan sesuatu. Itu juga antara ciri-ciri wanita yang saya cari selama ni.
"Saya memang sayangkan dia. Kalau ada jodoh tu… ada la… Saya tak nak terlalu berharap kerana tak nak kecewa. Pengalaman bercinta yang lalu buat saya berhati-hati menilai cinta." 

Cerita Hanez:

"Hanez akui cara Talha buat Hanez selesa dan tenang. Dia soft spoken, pandai hormat orang, comel dan pandai bawa diri. Lakonannya pun bagus. 
"Nak tahu, Hanez sebenarnya memang dah jatuh cinta dengan sikap manjanya. Lelaki manja seperti Talha tu boleh buat Hanez cair dan lemah tau! Suka sangat! 
"Sebagai perempuan, Hanez tak nak la cakap lebih-lebih sebab kami tak bercinta pun. Namun jika dia lelaki yang ditakdirkan bercinta dengan Hanez, Hanez terima dia dengan ikhlas. Doakan yang terbaik buat kami ya!"

ZoOM : Kalau dah ada perasaan sayang apa tunggu lagi, hantar la rombongan (Tetapi pastikan duit dan cukup...Jangan Buat Loan Untuk Kahwin...)


Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

Cerita Sedih : Hanya Seorang Ayah - FAKHRIAH RAMLI

Posted: 07 Jan 2012 12:12 AM PST


~Hanya Seorang Ayah~
Penulis: FAKHRIAH RAMLI

Jangan lupa untuk tekan butang share selepas anda baca ♥

"Ayah! Cepatlah! Thariq dah lambat nak pergi sekolah ni!" Masam mencuka wajah Thariq di depan pintu menunggu ayahnya yang sedang menyiapkan bekalan sekolah untuknya.

"Kejaplah. Ayah tengah nak letak nasi goreng dalam bekas ni." Ayahnya cepat-cepat mencapai penutup bekas makanan. Sedikit keluhan dilepaskan.

"Dah. Jom. Nanti lambat pulak nak ke sekolah." Ujar Arman kepada anaknya yang menunggu di depan pintu sambil menghulurkan beg sekolah anaknya. Sedikit senyuman dihadiahkan buat Thariq dengan harapan mampu menyejukkan kemarahan hati si kecil itu.

"Alah, kalau lambat pun sebab ayahlah. Tak payah nak tapau makanan pun. Thariq boleh beli kat kantin la ayah. Nanti lambat, Thariq yang kena marah dengan cikgu, bukannya ayah!" Terkedu wajah Arman di muka pintu mendengar kata-kata anaknya.

Segera dia beristighfar. Bimbang hati lelakinya akan dicucuk-cucuk syaitan yang mungkin mengundang kemarahannya buat si anak.

Bagi Thariq, dia sengaja berkata begitu kepada ayahnya untuk melepaskan kemarahan kerana semalam adalah hari jadinya. Namun, tiada hadiah yang diberikan ayah kepadanya. Bahkan ucapan selamat hari lahirpun tiada. Terkadang terasa bahawa ayahnya tidak langsung menyayanginya.

Setelah sampai di hadapan sekolah, segera Thariq keluar dari pintu kereta tanpa menyalami tangan Arman seperti biasa. Merajuk barangkali. Sekadar menggelengkan kepala, Arman ingin segera beredar.

"Thariq!" Satu suara yang dikenalinya sayup-sayup kedengaran. Faruqi melambai-lambai dari jauh. Tersengih-sengih Faruqi menunjukkan giginya yang sedikit jarang.

"Eh Thariq. Jap lagi aku nak tengok kau punya praktikal Sains minggu lepas. Hehe.. Nak check betul atau tak aku punya ni."

"Sains? Eh, hari ni mana ada subjek Sains." Berkerut-kerut dahi Thariq dengan pertanyaan Faruqi. Hatinya mula berdebar kerana dia amat yakin yang buku itu ditinggalkan di rumah.

"Memanglah Sains takde. Tapi Cikgu Latifah kan suruh hantar buku tu hari ni. Jangan pulak kau kata tak bawak. Habislah kau." Kata Faruqi sekadar mengusik.

"Hah? Serius ke? Alamak! Aku memang tak bawak la. Macam mana ni? Aduh, mesti kena marah lagi." Thariq sudah menarik-narik tali lehernya. Terasa seakan tersesak nafasnya dek terlalu risau.

"Kau pergilah telefon ayah kau suruh pergi ambik jap. Bukannya jauh pun office ayah kau dengan rumah."

"Aku baru je lepas marah ayah. Nak ke ayah pergi ambik buku aku? Takpe lah. Cuba je dulu." Thariq berkira-kira dalam hati.

Terus dia menuju ke telefon awam yang berada di tepi pondok pengawal.

.....

Arman sudah sampai di parking lot pejabatnya. Dilihat jam di tangan sudah 7.50 pagi. Tiba-tiba telefon bimbitnya berdering.

"Ayah! Thariq ni." Kedengaran suara anak kecilnya di talian. "Oh, Thariq. Kenapa nak?"

"Em.." Thariq sedikit teragak-agak.

"Ayah, Thariq tertinggal buku praktikal kat rumah. Kena hantar hari ni. Kalau tak cikgu marah. Ayah tolong hantarkan, boleh tak? Buku tu ada kat atas meja dalam bilik."

"Oh." Arman kembali melihat jam di tangan.

"Ok, jap lagi ayah hantarkan." Arman sudah serba salah.

Pagi ini dia perlu menemani ketuanya untuk bermesyuarat dengan syarikat penaja pengiklanan untuk produk terbaru keluaran syarikatnya yang bermula pukul 8.15 pagi. Tetapi yang pastinya dia tidak mahu anak kesayangannya itu dimarahi guru. Biarlah dia yang berkorban sedikit buat anak tunggalnya itu.

Seperti yang dijangka, Arman dimarahi ketuanya kerana terlambat ke pejabat semula setelah menghantar buku Thariq. Dia tidak menceritakan apa sebenarnya yang terjadi kerana sudah seringkali anaknya menjadi sebab atas kelewatannya ke tempat kerja. Bagi Arman, kesalahan itu memang terletak di atas bahunya sendiri kerana tidak pandai dalam mengurus masa dan kehidupannya dengan baik.

"Siti, kalaulah awak masih di sisi abang." Tiba-tiba hatinya terasa sayu mengenangkan arwah isterinya.

Isterinya yang meninggal dunia kerana lemas ketika menyelamatkan Thariq yang mandi di laut lima tahun yang lalu. Kejadian yang benar-benar memberikan tamparan hebat buat dirinya.

Arman masih teringat bila mana dia yang ketika itu sedang berada di Indonesia atas urusan kerja tiba-tiba mendapat panggilan telefon daripada mertuanya. Satu panggilan yang benar-benar meluruhkan jantungnya. Kehilangan seorang isteri tersayang.

"Sebab kaulah isteri aku mati!" terbayang di ingatannya saat dia memarahi Thariq kerana tidak dapat menerima hakikat kematian isterinya. Anak kecil yang baru berusia lima tahun yang masih tidak dapat memahami apa sebenarnya yang berlaku hanya meraung-raung di sisi neneknya kerana dimarahi ayah.

Setelah peristiwa itu, setahun Thariq ditinggalkan di bawah penjagaan mertuanya. Arman yang pergi membawa diri. Sehinggalah pada suatu hari dia menerima berita bahawa anaknya demam panas.

Walaupun hatinya masih sakit, namun naluri kebapaannya masih kuat. Di saat dia menatap wajah sugul anaknya yang mirip dengan arwah isterinya, ego lelakinya runtuh. Dipeluknya Thariq sekuat hati.

"Maafkan ayah, nak. Ayah tak patut salahkan Thariq. Bukan salah Thariq." Teresak-esak Arman melutut di sisi anaknya. Menyesali akan perbuatannya, Arman sudah berjanji untuk menjaga Thariq sebaik mungkin dan melunaskan janjinya buat arwah isterinya.

Janji yang dibuat saat Thariq dilahirkan ke dunia. Janji untuk mendidik anak itu sebaik mungkin supaya menjadi buah amal di Akhirat kelak.

Alhamdulillah, Allah S.W.T masih memberikan peluang kepadanya untuk berusaha menjadi seorang ayah kepada Thariq. Walaupun terkadang kerenah anaknya itu benar-benar mencabar kesabarannya, namun Arman seringkali terkenangkan perbuatannya yang meninggalkan Thariq selama setahun dan hanya menjenguknya beberapa kali.

"Mungkin ini adalah ujian yang Allah S.W.T berikan kepada aku atas sebab perbuatan aku dulu. Dan semuanya sebab Allah S.W.T sayang aku. Allah S.W.T nak peringatkan tentang kesilapan aku," kata-kata yang seringkali ditekankan Arman sebagai sebuah peringatan buat dirinya sendiri.

.....

Selesai Pendidikan Jasmani pada waktu pagi, Thariq masuk ke kelas untuk menukar baju. Hanya beberapa orang rakannya berada dalam kelas sedangkan yang lain masih berlegar-legar di kantin untuk mengisi tekak yang kehausan. Apabila dibuka beg sekolahnya, matanya terpandang sebuah bungkusan kecil yang dibalut kemas berada di dalam beg.

Dalam kehairanan, dia membuka bungkusan tersebut. Dia tersenyum riang melihat seutas jam tangan yang diidam-idamnya selama ini berada di dalam kotak itu dan sekeping kad terselit di dalamnya. Thariq membuka kad tersebut.

Buat buah hati ayah yang tersayang,

Selamat hari lahir yang ke-10. Ayah minta maaf sebab terlambat bagi hadiah ni pada Thariq. Ayah memang teringin untuk sambut birthday Thariq semalam tapi ayah dah tertidur.

Thariq,

Ayah betul-betul nak minta maaf sebab tak mampu menjadi ayah yang terbaik buat Thariq. Ayah tak mampu nak masak makanan kegemaran Thariq sedap-sedap, ayah tak mampu nak siapkan baju sekolah untuk Thariq pagi-pagi, ayah tak mampu nak luangkan masa untuk bermain dengan Thariq setiap hari, ayah tak mampu nak tolong Thariq siapkan kerja rumah, ayah tak mampu nak belikan semua barang mainan yang Thariq minta. Banyak perkara yang tak mampu ayah buatkan untuk Thariq.

Mungkin sebab ayah hanyalah seorang ayah. Ayah tak mampu menjadi sesempurna seorang ibu yang mampu memberikan kelembutan kasih sayang yang lebih baik buat Thariq. Tapi ayah harapkan dalam kekurangan ini, ayah mampu membuatkan Thariq bahagia seadanya. Dan ayah nak Thariq tahu yang ayah benar-benar sayangkan Thariq. Setiap masa.

Ikhlas,

Ayah.

Basah pipi si anak kecil. "Ayah, maafkan Thariq." Ada sedikit kekesalan di hati Thariq atas sikapnya pagi tadi. Jauh di sudut hati, dia tidak sabar untuk pulang ke rumah hari ini. Ingin menemui ayah yang tersayang.

.....

Kring!!! Loceng sekolah berbunyi.Tidak seperti biasa, Thariqlah orang pertama yang keluar dari kelasnya menuju ke pintu pagar.

Di bibirnya tersenyum riang apabila terbayang ayahnya menunggu di dalam kereta dan sebuah pelukan erat ingin diberikan buat ayahnya. Bukan atas penghargaan hadiah yang diberikan ayahnya semata-mata, tetapi kerana pada saat ini, Thariq benar-benar ingin ucapkan sebuah kata-kata yang tidak pernah diucapkannya buat ayah selama ini.

Kata-kata yang disimpan dek kerana hatinya yang dipenuhi pelbagai prasangka buruk terhadap kasih sayang ayah kepadanya. Mungkin kerana tamparan kisah silam yang masih tersimpan kemas dalam ingatannya.

Sampai di depan pintu pagar, masih belum nampak kelibat ayahnya. Hatinya tiba-tiba terasa kurang enak. Ditepisnya pelbagai perasaan yang bercampur baur dalam diri.

Ayah Faruqi sudah sampai dengan wajah yang agak cemas. Dia kelihatan sedang menjelaskan sesuatu kepada Faruqi, perasaan ingin tahu Thariq membuak-buak dalam hati.

"Thariq, kereta ayah kau Myvi hitam, kan?" tanya Faruqi.

Muka Thariq berubah.

"A'ah. Kenapa?" Thariq bertanya dengan perasaan berdebar-debar.

"Em.. ada kereta Myvi hitam accident kat depan simpang sana. Ayah aku nak patah balik pergi tengok. Kau nak ikut?"

Thariq seperti kehilangan nafas seketika. Jantungnya berdegup kencang. Tidak mampu bersuara, dia sekadar mengangguk.

Di simpang tiga itu kelihatan orang ramai sudah berkerumun. Sebuah ambulan sudah berada di tempat kejadian dan kelihatan polis trafik sedang mengawal lalu lintas yang mulai sesak.

Air mata Thariq kelihatan sudah mula menitik. Langkahnya kaku melihat kereta Myvi yang remuk itu.

"Ayah... Ayah!!" Thariq berlari menuju ke arah sebujur tubuh yang sudah ditutupi kain putih.

"Ayah! Ayah jangan tinggalkan Thariq ayah. Ayah! Jangan tinggalkan Thariq sorang diri. Mak dah takde. Takkan ayah pun nak tinggalkan Thariq jugak. Ayah!" Thariq meraung sambil tangannya memeluk erat tubuh yang sudah tidak bernyawa itu. Terasa gelap seketika dunianya.

"Thariq?" terasa bahunya disentuh lembut. Dengan pandangan mata yang kabur disebabkan air mata yang berlinangan, Thariq memandang ke belakang. Yang kelihatan satu susuk tubuh yang amat dikenalinya memandangnya dengan pandangan kehairanan.

"Ayah!" dipeluk erat tubuh ayahnya. Arman hanya tercengang kurang mengerti. Melihat sekeliling dan matanya terpandang sebuah Myvi hitam yang remuk teruk tersadai di tepi jalan. Barulah dia mengerti apa yang sebenarnya terjadi.

"Ayah! Ayah jangan tinggalkan Thariq ayah. Thariq mintak maaf sebab kasar dengan ayah pagi tadi. Jangan tinggalkan Thariq lagi, ayah," Teresak-esak Thariq memeluk ayahnya. Dalam hati, sejuta kesyukuran bertandang apabila menyedari ayahnya masih di sisi. Arman tersenyum memandang anaknya.

Perasaan gelisah bila melihat anaknya tiada di depan pintu pagar sekolah benar-benar terubat kini. Jika tidak kerana pengawal sekolah yang memberitahunya bahawa Thariq telah pulang bersama Faruqi, mungkin dia telah hilang arah untuk mencari anaknya yang tiada di sekolah.

.....

Jam sudah menunjukkan angka sebelas malam. Arman bersiap-siap untuk tidur. Pakaiannya dan Thariq sudah siap digosok. Bimbang jika esok terlewat bangun lagi. Di fikirannya sedang berkira-kira sarapan apa yang ingin disiapkan buat anaknya.

Tiba-tiba pintu biliknya diketuk perlahan.

"Ayah, boleh Thariq tidur dengan ayah?" Ujar Thariq teragak-agak sambil tangannya memegang bantal busuk Doraemonnya.

Arman tersenyum. Hatinya terasa bersyukur dengan perubahan sikap Thariq yang tiba-tiba.

Adakah kejadian hari ini benar-benar terkesan di hati anaknya?

Thariq naik ke katil lantas meletakkan kepalanya di bantal sebelah ayahnya.

"Selamat malam Thariq. Jangan lupa baca doa tidur," Arman tersenyum sambil menutup lampu.

"Selamat malam ayah. Thariq sayang ayah." Arman terkedu dalam kegelapan. Kata-kata yang dinanti-nantikan selama ini. Kata-kata yang benar-benar dirindui untuk didengari oleh Arman.

Setitis air mata mengalir ke pipinya.

"InsyaAllah, esok Tuhan pasti menjanjikan hari yang lebih baik buat kita berdua." Bisik Arman dalam hatinya.

Nota: Hargailah kedua ibubapa yang masih berada di sisi. Kerana kita tidak akan pernah tahu apa yang bakal menanti pada esok hari.


Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

Konsert Datuk Ahmad Nawab Di Seluruh Negara

Posted: 06 Jan 2012 11:58 PM PST

GEORGETOWN 7 Jan. – Seniman Negara, Datuk Ahmad Nawab akan mengadakan konsert jelajah seluruh negara bagi memberi peluang kepada peminat menyaksikan persembahannya bersama artis-artis yang mencipta nama menerusi lagu-lagu ciptaannya.

Konsert Seniman Negara itu akan bermula Februari ini di Melaka dan kemudiannya ke Kedah, Pahang, Kelantan, Terengganu, Johor dan Singapura.

"Saya berharap sangat agar konsert ini juga dapat diadakan Pulau Pinang iaitu tempat kelahiran saya. Saya akan cuba berbincang dengan pihak penganjur kalau kita boleh bawa konsert ini di Pulau Pinang," katanya kepada pemberita di majlis jamuan teh bersama seniman negara anjuran Persatuan Melayu Pulau Pinang (Pemenang) di sini semalam.

Ahmad berkata, antara artis terkenal dalam siri jelajah itu ialah Datuk Khatijah Ibrahim dan Jamal Abdillah.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, buku biografinya "Legasi Ahmad Nawab" dalam Bahasa Inggeris dijangka diterbitkan dua bulan lagi, manakala versi Bahasa Melayu dilancarkan oleh Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim pada Jun tahun lepas.

Buku itu mengisahkan perjalanan karier dan hidup beliau sejak kecil sehingga berjaya menempa nama di persada seni tanah air. – BERNAMA

ZoOM : Dah Lama Tak "Post" mengenai seniman Datuk Ahmad Nawab kita ni, setelah sekian lama berkecimpung beliau masih meneruskan kudrat sebagai seorang penghibur. Jika anda berada berdekatan datanglah menyaksikan kehebatan orang lama kita ni.

Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

Sinopsis Filem Bujang Telajak | Trailer Filem Bujang Terlajak

Posted: 06 Jan 2012 07:44 PM PST

Filem ini akan ditayangkan pada 19 Januari di Pawagam, dan berikut sinopsis dan Trailer sebagai tatapan anda sebelum menonton filem baru ini :

sinopsis:

Bujang Telajak mengisahkan mengenai 3 rakan karib iaitu Saiful, Nabil dan Johan yang jatuh cinta dan bersaing antara satu sama lain untuk merebut perhatian seorang gadis bernama Puteri (Fazura). Mereka bertiga adalah ahli silap mata profesional. Ketika membuat rakaman penggambaran sebuah iklan, mereka tertarik dengan Puteri yang menjadi model untuk iklan itu.


Tiga sekawan ini mengekori Puteri sehingga mereka mengetahui yang Puteri adalah seorang guru tadika dan juga model sambilan. Bagi mengenali Puteri dengan lebih rapat, Saiful mencungkil rahsia untuk menambat hati Puteri daripada ayah Puteri yang buta, Haji Hashim (Mustapha Kamal).

Dia diberitahu Puteri ingin berkahwin dengan seorang yang kurang upaya kerana Puteri percaya bahawa dia akan mendapat cinta sejati seperti yang dialami oleh ibunya. Oleh itu ketiga-tiga mereka mula menyamar dengan niat untuk memenangi hati Puteri. Pelbagai helah mereka gunakan untuk meraih kasih Puteri termasuk menggagalkan rancangan antara satu sama lain. Siapakah yang bakal memenangi hati Puteri?


Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now

Sinopsis Filem Chantek | Trailer Filem Chantek

Posted: 06 Jan 2012 07:14 PM PST

Bakal ditayangkan di Pawagam pada 16 Februari 2012, dan berikut ZoOM kongsi bersama Sinopsis dan Trailer filem ini untuk tatapan anda di sini :

Sinopsis Chantek :

AD,seorang bintang filem yang hidupnya mewah dan ceria tetapi menjadi buta setelah dilanggar kereta sejurus terserempak dengan tunangnya yang berlaku curang. Akibat tersangat kecewa, AD memencilkan dirinya di rumah penginapan. Pengurus AD iaitu SAM mengupah CHANTEK, seorang pembantu rumah perempuan dari Indonesia yang terpaksa menyamar sebagai lelaki untuk menenteramkan AD yang masih fobia dengan perempuan. 

Lama-kelamaan kerana kebaikan AD dan kemesraan mereka berdua, CHANTEK terpaksa mendedahkan rahsianya. Walaupun marah, AD sedia memaafkannya kerana kejujuran CHANTEK membantu memulihkannya dan akhirnya mereka berdua telah jatuh cinta. Namun hati CHANTEK berubah setelah terjumpa skrip yang mengisahkan tentang percintaan seorang lelaki dengan pembantu rumahnya, dia terasa diperbodohkan dan dipergunakan oleh AD sebagai bahan latihan filemnya. 

CHANTEK benar-benar terasa dirinya ditipu dan hatinya dipermainkan dan lantas melarikan diri. Akibatnya, AD tidak ketentuan arah dan tidak dapat berlakon semula kerana terkenangkan CHANTEK. Berjayakah AD bertemu dan memenangi hati CHANTEK kembali? Saksikan kisah seterusnya dalam filem romantik komedi, CHANTEK arahan Pierre Andre di pawagam bermula 16 Februari 2012!

"Kebahagiaan adalah kejujuran & kepercayaan…"

Trailer :


ZoOM : Apa Kata Anda ?

Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now

10 Syarat Perhimpunan 901 | Gambar Perhimpunan 901

Posted: 06 Jan 2012 06:34 PM PST

Bagi anda yang bakal dan sebagai prospek yang ingin bersama-sama ke 901 samada pro atau pembangkang sila ikuti syarat-syarat ini tau....Kalau tak nanti kena naik lori free :)

Syarat lain ialah:

Pengucapan awam tidak dibenarkan sama sekali. 
Penganjur perlu memastikan peserta perhimpunan tidak membuat apa-apa perbuatan, membuat bising serta memberi apa-apa isyarat yang boleh mengganggu prosiding mahkamah. 
Tempat perhimpunan yang dibenarkan ialah di parkir awam sebelah kiri jalan utama ke mahkamah. 
Peserta tidak dibenarkan berada di luar kawasan tersebut. 
Sekiranya kawasan itu sudah dipenuhi dengan peserta perhimpunan, peserta lain hendaklah bersurai dan beredar dari kawasan letak kereta mahkamah. 
Penganjur perlu memastikan peserta perhimpunan tidak membawa sebarang senjata dan peserta perlu memberi kerjasama kepada pihak berkuasa untuk membuat pemeriksaan, jika perlu. 
Penganjur hendaklah memastikan semua peserta perhimpunan bersurai tidak lewat daripada tempoh sejam selepas keputusan mahkamah diumumkan. 
Penganjur dan peserta perhimpunan hendaklah mematuhi semua arahan pihak polis dari semasa ke semasa demi menentukan keamanan perhimpunan tersebut. 
Peserta perhimpunan tidak dibenarkan melakukan khianat atau bencana kepada harta awam atau mana-mana harta di kawasan tersebut. - BERNAMA
Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!