Berita Harian: Hip |
Posted: 06 Jan 2012 03:07 PM PST Hip Gara-gara jadi kebencian peminat, masa depan bekas anggota Baby V.O.X hampir musnahKARIER seninya yang bermula pada usia mentah - 15 tahun bersama kumpulan Baby V.O.X membuatkan Yoon Eun Hye kurang menyerlah kerana sering dibayangi empat anggota lain. Eun Hye juga acap menjadi mangsa ketidakpuasan hati kumpulan peminat yang cemburu dengan kejayaan Baby V.O.X yang memuncak populariti menerusi album ketiga mereka, Come Come Come pada 1999. Kemuncak ketidakpuasan hati itu nyaris memusnahkan masa depan Eun Hye apabila mata kanannya ditembak dengan pistol air mengandungi campuran kicap dan cuka yang hampir membuat dia buta. Sempat menghasilkan empat album sebelum mengalihkan minatnya kepada lakonan, gadis kelahiran Seoul, Korea Selatan pada 3 Oktober 1984 ini terus menjadi mangsa kebencian peminat. Kehadirannya dalam bidang lakonan disambut dingin, malah ramai yang terkejut apabila dia diberikan peranan utama dalam drama Goong, lantas menjadikan Eun Hye sebagai sasaran cemuhan.Terkilan dengan situasi terpaksa dilaluinya, Eun Hye hampir menolak tawaran itu namun dipujuk bekas ketua kumpulan Baby V.O.X, Shim Eun Jin supaya tidak tunduk kepada tekanan daripada mereka yang membencinya. Selepas membuktikan bakatnya menerusi drama itu, Eun Hye mula disayangi dan mereka yang dulu membenci datang memohon maaf serta menyatakan kekaguman dengan kekentalan jiwanya. "Mungkin kerana masih muda, 16 tahun ketika itu menyebabkan saya keliru bagaimana berurusan dengan orang ramai. Saya sering tertekan bimbang dimarahi kepada perkara yang saya sendiri tidak tahu di mana salah dan silapnya. Keadaan bertambah sulit apabila saya semakin dibebani tanggungjawab mengubah saya menjadi seorang yang teliti. Keyakinan itu hanya datang apabila saya mampu mengawal semua kerja saya," kata Eun Hye yang menjadi sebutan di Asia selepas melakonkan watak utama dalam Princess Hours pada 2006. Sering disalah erti dengan imej keanak-anakan yang membentuk dirinya di mata peminat, Eun Hye menjelaskan, kecenderungannya terhadap seni banyak dipengaruhi kedua-dua orang tuanya. Bintang termuda raih gelaran MERENDAH diri, Eun Hye mengakui tidak pernah menyedari dia memiliki bakat lakonan kerana berasakan kehadirannya dalam bidang itu sekadar tuah. "Saya bukan yang terbaik tetapi saya sentiasa mencuba untuk memperbaiki kekurangan diri," katanya yang pernah berdepan cabaran getir ketika mula bertapak sebagai pelakon. Enggan tunduk kepada tekanan umum, Eun Hye mengambil cabaran untuk membuktikan kemampuannya apabila menerima tawaran watak utama dalam drama ketiganya, The 1st Shop of Prince Coffee. Menemui penonton di layar kaca pada Julai 2007, drama itu menerima sambutan hangat penonton sekali gus melonjakkan Eun Hye sebagai aktres yang menerima bayaran tertinggi. Penerimaan hebat penonton meletakkan Eun Hye dalam senarai pelakon kelas A di Korea Selatan menyertai nama besar lain seperti Bae Yong-joon, Kwon Sang Woo, Ko Hyun Jung dan Song Il Kook. Eun Hye juga melakar sejarah sebagai bintang termuda merangkul gelaran Aktres Terbaik pada Anugerah Seni PaekSang Ke-44, mengenepikan aktres senior iaitu Kim Hee Ae dan Park Jin Hee. Susulan kejayaan itu turut menyaksikan kegemilangan karier lakonan Eun Hye yang diiktiraf sebagai pelakon wanita termuda memenangi Aktres Terbaik di Grime Awards 2006 dan Aktres Cemerlang di MBC Drama Award 2007. Sering menangis LEBIH 12 tahun mengabdikan dirinya dalam bidang seni, mengakui malu kerana tidak berdepan siri latihan yang ketat dan panjang ketika memulakan langkahnya sebagai penyanyi dulu. "Saya tidak malu kerana pernah bergelar penyanyi tetapi malu disebabkan kekurangan diri sendiri. Saya tidak cantik, malah gagal menyanyi dan menari dengan baik tetapi masih mahu muncul di pentas. Menonton semua video permulaan karier saya membuatkan saya kecewa. Lebih mendukacitakan apabila saya menjadi penyanyi tetapi tidak boleh menyanyi," katanya. Barangkali disebabkan itu, label penyanyi yang beralih menjadi pelakon sentiasa mengekori langkah Eun Hye membuatkan dia sering tertanya-tanya mengenai kemampuan sebenarnya. "Saya berdepan kesukaran terutama ketika berdepan dengan isu sebutan yang terus menghantui. Saya sering menangis kerana mengalami tekanan berat hanya disebabkan kekurangan itu. "Saya gagal menyempurnakan walaupun satu ayat ketika berkomunikasi dengan teman rapat. Ia membingungkan saya, apakah saya mampu meneruskan karier lakonan jika masalah ini berterusan," katanya. Rindu berlakon filem SEMANGAT kental yang dimilikinya membuatkan Eun Hye percaya tiada yang mustahil di dunia ini. Sebagai mana dia yakin untuk memulakan karier lakonan, Eun Hye menukar kelemahan itu menjadi kekuatan yang membentuk keistimewaannya. Biarpun mempunyai keghairahan yang tinggi dalam bidang lakonan, namun tidak banyak produksi yang dibintanginya. Dalam tempoh lima tahun, Eun Hye membintangi tidak sampai 10 produksi televisyen iaitu The Vineyard Man dan Goong (2006), The 1st Shop of Coffee Prince (2007), My Fair Lady (2009) Personal Preference (2010) dan Lie To Me (2011). Enggan terus berdepan dengan kritikan yang memberikannya cabaran besar membuatkan Eun Hye mengambil masa lima tahun sebelum kembali ke layar perak menerusi My Black Mini Dress, tahun lalu. "Tiada siapa yang tahu saya sebenarnya terlalu rindu untuk berlakon filem. Namun saya takut. Bagaimana jika filem itu gagal, apakah saya hanya akan berlakon drama selepas itu? "Saya mahu menjadi yang terbaik, namun disebabkan kemampuan terbatas memaksa saya menahan keinginan untuk berlakon filem," katanya. PROFIL Nama: Yoon Eun Hye |
Mesti Tonton: Konflik emosi ketua keluarga Posted: 06 Jan 2012 02:56 PM PST Hip INFOFilem: The Beaver Genre: DramaPengarah: Jodie FosterPelakon: Mel Gibson (Walter Black), Jodie Foster (Meredith Black), Anton Yelchin (Porter Black), Jennifer Lawrence (Norah), Cherry Jones (Vice President) dan Riley Thomas Stewart (Henry Black) Tayangan: Mulai 5 Januari 2012DIA berada di kemuncak kerjaya apabila mengepalai sebuah syarikat pengeluar mainan terkemuka. Kehidupan peribadi secara lahiriah juga kelihatan bahagia, punya isteri serta dua anak lelaki yang bekerja dari rumah mereka berbentuk roller coster. Namun, tekanan mental dan penyakit imsonia, selain perniagaan merudum dan diminta pindah keluar oleh isterinya, Meredith (Foster), membuatkan kehidupan seorang ketua pegawai eksekutif bernama Walter Black (Gibson) semakin kucar kacir hingga membawa kepada cubaan membunuh diri. Usianya masih panjang tetapi kehadiran patung yang dikutip dari tong sampah mengubah suasana apabila Walter mula membina keyakinan diri selepas mula berinteraksi dengan teman baru dipanggil Beaver. Walaupun ramai pelik melihatnya berbicara menerusi patung dikatakan antara terapi doktor psikiatrik, banyak perubahan berlaku apabila dia lebih bermotivasi, bersemangat dan berkeyakinan. Mengikuti semula perjalanan kronologi kisah bertunjangkan kekeluargaan ini, jelas mengangkat emosi seorang ketua keluarga yang cuba mencari jalan keluar daripada tekanan dengan mencipta karakter berlawanan daripada keadaannya. Biar akhirnya segala-galanya seakan kembali kepada normal selepas 'kemunculan' Beaver, isterinya masih tidak dapat menerima hakikat Walter perlu menggunakan boneka sebagai terapi hingga suatu hari terbongkar rahsia sebenarnya ia atas kemahuannya sendiri, bukan atas nasihat psikiatrik. Namun, biar terserlah jurang antara mereka, sebagai darah daging, Foster bijak mencuri babak untuk menunjukkan persamaan sikap serta perwatakan masing-masing sekali pun hubungan Walter dan Porter sangat dingin. Sebagai remaja, Porter juga tidak dapat lagi daripada jatuh cinta malah secara tidak disedari dia yang bijak dalam pelajaran juga sukar menerima tekanan seperti bapanya apabila teman sekolah, Norah, mula menjauhkan diri sekali gus membuatkannya lebih suka menyendiri. Barangkali ramai yang menganggap filem ini tidak jauh berbeza daripada drama kekeluargaan lain - kepincangan, perbalahan ideologi serta kurang kasih sayang yang membawa perpecahan antara mereka. Hakikatnya The Beaver tampil bersama garapan satu persatu persoalan yang dicantum secara kemas, cuma mungkin dalam kisah ini hubungan dingin antara bapa dan anaknya tidak dikupas lebih mendalam selain permulaan babak pembukaan sedikit meleret. Babak paling menyentuh naluri ialah saat Walter berbalah dengan Beaver hingga dia memotong tangannya sendiri semata-mata mahu membuang makhluk itu daripada kehidupannya. Keputusan penuh emosi itu terpaksa diambil selepas dia merasakan Beaver tidak menyenanginya kembali kepada keluarga dan untuk 'keluar', dia perlu melakukan pengorbanan besar. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Hip To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |