Adsense

Sabtu, 21 Januari 2012

Harian Metro: Rap

Harian Metro: Rap


India takut watak Eve

Posted: 20 Jan 2012 06:20 AM PST

SEKALI ditanya mana yang lebih disukai antara filem dan drama, bintang remaja yang bernama unik - India Eisley - dengan terus terang akui dia rasa lebih selesa memfokus kepada drama TV.

Watak sebagai remaja, Ashley Juergens dalam The Secret Life of The American Teenager bukan saja membantu program itu mencatat 'rating' yang bagus di Amerika Syarikat, Kanada, Perancis, Belanda dan Belgium tetapi juga menggerakkan kepada penerbitan sebuah buku mengenai kehidupan karakter itu bertajuk The Secret Diary of Ashley Juergens.

Setakat ini, India Eisley sudah berlakon empat filem pelbagai genre termasuk 'thriller' dan biografi. Dia pernah berganding dengan ibunya, Olivia Hussey dalam filem Mother Teresa of Calcutta pada 2003 dan Headspace, dua tahun kemudian.

Bercakap mengenai perkembangan karier, gadis seksi berusia 18 tahun ini sedang hangat membintangi filem aksi seram Underworld: Awakening (Underworld 4) yang mula ditayangkan di seluruh dunia termasuk Malaysia.


Kata India, watak sebagai Eve, anak kepada Selene lakonan Kate Beckinsale, adalah karakter yang menakutkan dirinya.


"Karakter Eve sebagai puntianak remaja dan genetik Lycans iaitu anak kepada Selene tidak dirasakan janggal memandangkan Kate Beckinsale juga ada seorang anak remaja. Jadi, saya dapat merasakan aura yang rapat antara kami berdua.

"Lagipun, ibu saya, Olivia, banyak membantu saya dan memberi panduan profesional sepanjang berada di lokasi penggambaran Underworld 4. Kaedah itu membuat saya rasa tenang dan tidak gelabah dan terburu-buru.

"Sekalipun terpaksa melakonkan aksi lasak bertarung dengan lelaki dan banyak situasi gelap yang tidak pernah dilalui dalam mana-mana drama atau filem sebelum ini, saya dapat melakukannya dengan baik," katanya.

Sewaktu ditemuramah pada sesi previu khas filem itu di Beverly Hills, Los Angeles, baru-baru ini, nyata sifat pemalu terserlah dalam diri India.

Dia begitu teliti mendengar soalan dan menyusun kata-kata berdepan wartawan antarabangsa daripada Eropah, Amerika Selatan dan Asia yang hadir pada previu filem itu di Westfield Century City, Los Angeles.

"Saya lebih selesa memegang watak seorang berjiwa remaja dan ceria. Dalam Underworld Awakening, memang tidak dapat membayangkan babak menarik dan mencengkam kepala Lycans hingga terbelah dua dan otaknya terkeluar!

"Banyak suasana dilalui menakutkan dengan cabaran baru termasuk berlatih seni mempertahankan diri sepanjang membawa watak seorang puntianak remaja dalam filem ini. Namakan apa saja - melompat sana sini, bermain senjata dan percikan darah - semuanya ada. Buat masa ini, saya gembira melihat filem ini akhirnya muncul," kata India.

Sebagai orang baru dalam dunia lakonan, India juga meminati pelakon Britain, Carey Mulligan.

"Kalau Theo James meminati pelakon Britain Michael Caine, saya pula meminati Carey dan Janet Montgomery. Mereka juga berasal dari sana. Mereka pelakon drama televisyen yang cukup baik, memberi inspirasi dan sentiasa positif dengan apa dilakukan," katanya lagi.

Turut diajukan soalan, mengapa namanya India, dia terus menjawab: "Ibu saya, Olivia sangat suka dengan India dan berpendapat ia sebuah negara yang unik.
Lalu apabila saya lahir, dia terus memberikan nama 'India' kepada saya. Ibu juga menyukai Sri Lanka" .

Pelakon cantik ini punya latar belakang yang menarik. India adalah anak perempuan pelakon kacukan Argentina-Britain, Olivia Hussey yang terkenal dengan watak ikon, Juliet dalam filem Romeo and Juliet arahan Franco Zeffirelli.
Bapanya, David Glen Eisley adalah seorang aktor dan pemuzik.

"Saya dibesarkan dalam keadaan ibu bapa banyak berada di set dan studio bersama rakan rakan pelakon dan pemuzik. Jadi, ia secara tidak langsung menimbulkan minat mendalam terhadap filem. Sekalipun bukan jenis ke pawagam setiap minggu, saya suka menonton filem dengan pelbagai tema - dramatik, komedi romantik atau filem aksi."

Difahamkan, India mampu menghafal skrip atau dialog yang dipertuturkan dalam drama atau filem lakonannya dan mampu menyerap dengan baik setiap fakta yang ditontonnya.

Pelakon kelahiran Los Angeles ini mula menyerlah dengan watak Ashley menerusi drama TV remaja, ABC Family's Teen Choice Awards yang kini memasuki musim keempat tahun ini.

TRIVIA INDIA EISLEY

  • Ketinggian tubuh hanya 1.61 meter (5 kaki 3 inci)
  • Mempunyai dua abang tiri, Alexander Dean Martin (perkahwinan pertama ibunya. Olivia Hussey kepada Dean Paul Martin, Jr) dan Maxamillion Fuse (perkahwinan kedua ibunya kepada Akira Fuse).
  • Ayahnya, David Eisley, suami keempat Olivia, adalah pemain dram kumpulan rock, Mammoth.
  • Dia melalui sesi uji bakat dan terus dipilih memegang watak Ashley Juergens dalam The Secret Life of American Teenager.
  • Ibunya tidak membenarkannya berlakon dalam sebarang drama atau filem sehinggalah dia mencecah usia 12 tahun untuk mengelakkan 'sindrom bintang kanak-kanak'.
  • Suka beli-belah barangan aksesori klasik dan suka bergaya seperti ibunya yang juga idola lakonannya.
  • Seluar pendek paling murah untuk kegunaan seharian dipakainya berharga lebih AS$150 (RM460).
  • Ramai pemerhati filem berpendapat bibir tebal yang dimilikinya bakal mencabar bibir seksi Angelina Jolie.


  • Full content generated by Get Full RSS.

    Yusof lega lihat anak-anak serius

    Posted: 20 Jan 2012 06:09 AM PST

    SESEKALI terbit rasa rindu untuk duduk semula di kerusi pengarah namun faktor usia mula menghalang beliau berbuat demikian. Pun begitu, kecintaan terhadap bidang pengarahan tidak pernah padam di lubuk hati karyawan handalan Datuk Yusof Haslam.

    Oleh kerana itu, besar harapan beliau untuk melihat anak-anak meneruskan perjuangan sekali gus menerajui empayar Skop Productions Sdn Bhd yang sekian lama dibinanya.

    Pembabitan anaknya, Syamsul dalam dunia perfileman sudah memberi kelegaan besar kepada Yusof dan kini ia bertambah kukuh apabila putera bongsunya, Shafiq, pula mula memilih layar perak sebagai medan perjuangan.

    "Dunia filem adalah bahagian yang sangat penting dalam hidup saya. Dulu saya pernah terfikir, kalaulah anak-anak saya ini tidak mahu mewarisi Skop Productions, apa agaknya akan jadi dengan perjuangan seni saya selama ini.


    "Namun saya sangat bersyukur dan gembira apabila Syamsul mula menunjukkan minat yang sangat mendalam dan sekarang adiknya pula, Shafiq mengikut jejak langkah sama. Saya lihat mereka berdua semakin serius mendekati filem dan meneruskan perjuangan saya," kata Yusof kepada Harian Metro ketika ditemui di kota Bangkok, baru-baru ini.


    Beliau berkata, antara Syamsul dan Shafiq, kedua-duanya ada teknik pengarahan yang tersendiri dan berbeza. Jika Syamsul lebih kepada filem aksi, Syafiq pula cenderung kepada genre bercorak drama.

    Pada 26 hingga 29 Disember lalu, penulis sempat mengikuti rombongan Skop Productions ke Thailand di Film Development Co Ltd (SFD) di Bangplad, Bangkok yang menjadi tempat filem terbaru, S.A.M (Saya Amat Mencintaimu), menjalani proses pos-produksi seperti k memasukkan sistem bunyi brkualiti Dolby Digital EX.

    S.A.M adalah filem pertama arahan Syafiq yang mengenengahkan genre 'psycho-thriller'. Filem ini menyaksikan gandingan hebat pelakon paling popular masa kini, Shaheizy Sam dan Lisa Surihani sebagai bintang utama.

    Kunjungan Yusof dan isterinya, Datin Fatimah Ismail ke Thailand itu juga
    adalah untuk memberi sokongan moral kepada Syafiq yang baru pertama kali mengarah filem.

    Selain memasukkan audio di SFD, S.A.M turut melalui proses 'digital imaging' dan 'colour grading' yakni pembetulan warna.

    "Memang belanjanya agak besar apabila kita menggunakan kepakaran pos-produksi di sini bagaimanapun untuk memperoleh hasil kerja yang berkualiti. Demi kualiti dan kepuasan, saya tidak kisah untuk melabur ke filem.

    "Dulu masa saya masih mengarah, saya hanya lebih fikir buat filem yang boleh menguntungkan saja. Namun pemikiran anak-anak saya berbeza, mereka lebih mencari kepuasan dalam berkarya.

    "Memang saya akui ada masanya, permintaan mereka merunsingkan saya tapi selepas melihat hasil kerja Syamsul, saya rasa ia berbaloi," katanya.

    Pada temubual itu, Yusof sempat berkongsi pandangan mengenai filem S.A.M yang juga kali pertama ditonton secara penuh.

    "Sebagai ayah saya terperanjat dengan hasil kerja Syafiq. Saya berikan dia 'A' bukan sebab dia anak saya tapi hasil yang dipamerkan Syafiq melepasi piawaian pengarah profesional.

    "Saya bangga kerana seorang lagi anak saya berjaya menghasilkan filem yang berat yang lari dari kebiasaan. Bagaimanapun, untuk filem ini saya tidak meletakkan harapan yang terlalu tinggi kerana ia genre 'psycho-thriller'.

    "Kalau ia mendapat sambutan, saya anggap itu rezeki Tuhan beri. Bagi saya cukuplah sekadar balik modal sebagai langkah pertama Syafiq. Apa yang penting saya mengharapkan filem ini mampu mengenengahkan nama Syafiq sebagai pengarah termuda.

    "Untuk S.A.M, semua kerja daripada proses menulis skrip, pengarahan hinggalah suntingan dilakukan sendiri oleh Syafiq. Dia bekerja keras untuk filem ini.
    Bukan itu saja, selepas menyaksikan previu tadi, saya merasakan ia adalah antara lakonan terhebat Shaheizy Sam.

    "Saya berpendapat filem juga boleh dijadikan bahan rujukan yang baik buat masyarakat," katanya.



    Full content generated by Get Full RSS.