Berita Harian: Hip |
Posted: 20 Jan 2012 10:54 AM PST Hip KERAP diasak pelbagai gosip panas sepanjang 2011 mematangkan gadis berusia 18 tahun yang sedang popular dengan watak Amira menerusi sinetron, Putri Yang Ditukar siaran TV3 ini menangani perjalanan hidupnya.Nikita Willy menjadikan pengalaman sebagai guru terbaiknya, tanpa pernah menyesali laluan berliku yang terpaksa ditempuhinya sepanjang tahun lalu. Menerima setiap dugaan dan ujian yang diberikan Tuhan mempunyai hikmah tersendiri, gadis kelahiran Jakarta, Indonesia bernama lengkap, Nikita Purnama Willy ini memilih untuk menjalani hidup seadanya. Enggan membiarkan dirinya didesak untuk menggapai sesuatu yang berada di luar kemampuan, Nikita santai menikmati zaman remajanya tanpa perlu dibebani keinginan melampau."Saya tidak mempunyai apa-apa resolusi, cuma berdoa segala yang dicita-citakan tercapai dan lebih baik berbanding tahun sebelum ini. "Saya selalu mensyukuri setiap perjalanan yang dilewati, sama ada baik atau buruk pasti ia mempunyai hikmah dan pengajaran yang tersendiri," kata gadis yang mengukir nama sebagai pelakon sejak usia tujuh tahun itu. Bintang sinetron kelahiran 29 Jun 1994 ini sempat digempur dengan kontroversi dibuang sekolah pada permulaan 2012. Gosip itu timbul apabila Nikita dilihat lebih mengutamakan karier lakonannya berbanding penggal persekolahan yang baru bermula.
Dia yang sebelum ini bersekolah di SMA 3 Setiabudi, Jakarta Selatan menegaskan, prestasi pelajarannya tidak pernah terjejas meskipun sering diburu kesibukan. Bagaimanapun, langkah untuk belajar sendiri terpaksa diambil kerana jadual hariannya yang terlalu padat dengan penggambaran sinetron menyukarkan dia memenuhi segala tuntutan sebagai seorang pelajar. "Mahu atau tidak saya memutuskan untuk mengundur diri dari sekolah itu. Keputusan ini dibuat atas persetujuan bersama kedua orang tua saya. "Penggambaran sering berlanjutan sehingga jam 3 pagi, sedangkan jam 6.30 pagi saya sudah harus bangun dan bersiap ke sekolah. "Bayangkan hanya beberapa jam saya berkesempatan melelapkan mata. Jika kurang tidur, bagaimana otak saya mahu menerima apa yang diajar kerana saya tidak mampu memberi tumpuan. "Akhirnya saya memilih untuk bersekolah di rumah. Selain waktu pembelajaran yang disesuaikan dengan jadual penggambaran, saya juga dapat menumpukan perhatian kerana tidak lagi perlu berkejar-kejar," katanya yang turut popular dengan sinetron, Safa Dan Marwah. Nikita berharap 2012 akan membawa pelbagai kejutan dalam karier seninya, selain diberikan peranan mencabar yang menguji kemampuan sebenarnya sebagai seorang pelakon. Bosan kerap diberikan watak hampir sama, gadis berdarah Minang ini teruja apabila dituntut menyanyi dan menari dalam sebuah sinetron yang bakal menjalani penggambaran. "Saya mahukan sesuatu yang berbeza. Biarpun sulit kerana tidak pandai menari, saya mencabar diri dengan menjalani latihan," kata gadis yang kembali menjadi buruan media gara-gara rapat dengan pemain bola sepak muda, Diego Micheils. 'Usah campur hal peribadi saya' MASIH berbekas dalam ingatan ramai kemesraan dipertontonkan Nikita dan Bara Tampubolon selepas beberapa foto mereka berhibur di sebuah kelab malam tersebar menerusi laman maya. Bara sendiri pernah menghadiahkan Nikita cincin dan kalung ketika pelakon itu menyambut ulang tahun kelahirannya tidak lama dulu. Bagaimanapun kemesraan itu cuma bertahan setahun dan Disember lalu, Nikita dan Bara mengambil keputusan mengakhiri cinta mereka. Diego Michelis dikatakan punca kepada keretakan hubungan mereka. Biarpun pada permulaan enggan mengambil peduli apa diperkatakan teman-temannya, Bara akhirnya akur kecurangan Nikita hingga memaksa mereka memilih haluan masing-masing. "Itu urusan peribadi, jangan berterusan saya ditanya dengan soalan itu," kata Nikita yang rimas menjadi buruan media yang ingin mendapatkan kepastian mengenai punca perpisahan mereka. Nikita juga menjelaskan, ketika ini dia memilih untuk menumpukan perhatian kepada karier dan enggan masalah peribadinya terlalu digembar-gemburkan hingga mengalihkan tumpuan khalayak terhadap kerjaya lakonannya. "Saya tidak mahu bercakap mengenai perkara peribadi. Banyak soalan lain boleh diajukan. Apabila tiba masanya saya berbicara mengenai hal itu, tetapi bukan sekarang," katanya juga dilihat tenang tatkala cerita kecurangannya dengan Deigo diperbesarkan sebagai punca hubungan cintanya dan Bara yang terjalin selama setahun berakhir dengan perpisahan. "Terserah mahu bercakap apa saja kerana saya masih sendiri, yang lain itu sekadar teman biasa. Salahkah saya bergambar dan berbual dengannya? Kasihan Deigo yang bingung dengan berita yang diputar belit sebegitu. Kami tiada apa-apa hubungan mesra. Biarlah saya sendiri dulu," tanya Nikita yang enggan membiarkan dirinya larut dalam permasalahan itu. Info Nama Lengkap: Nikita Purnama Willy
|
Posted: 20 Jan 2012 10:49 AM PST Hip Bams Selama menggeluti industri hiburan, Bams jarang dihinggapi gosip keterlaluan. Pernah hangat dikaitkan dengan pemain sinetron, Nia Ramadhani sebelum menjalin cinta dengan Tyas Mirasih namun hubungan itu tidak menoktahkan kegembiraan seperti yang direncana Bams. Jejaka berusia 28 tahun itu ini berkata, dia tidak pernah meletakkan sasaran tertentu untuk menamatkan zaman bujangnya sebaliknya menyerahkan kepada Yang Maha Esa.Pemilik nama lengkap, Bambang Reguna Bukit ini percaya, Tuhan belum menemukannya dengan seorang wanita terbaik untuk menjadi suri hidupnya. "Belum ada perancangan untuk menamatkan zaman solo, malah saya tidak pernah meletakkan sasaran umur tertentu. Bukankah semua itu urusan Tuhan? "Saya cuma perlu percaya, jika sudah tertulis jodoh saya pasti akan bergelar suami nanti," kata pemuda yang mencipta populariti lewat album pertama Samsons, Naluri Lelaki pada 2005.
Seperti lelaki lain, Bams juga meletak harapan tinggi terhadap gadis yang bakal mendampinginya kelak namun dia akur kepada ketentuan Tuhan. "Tidak perlu saya menggariskan kriteria wanita bagaimana yang mahu saya dampingi kerana yang memutuskan semua urusan ini adalah Tuhan. "Cukup saya jalani kehidupan ini seadanya kerana saya percaya, Tuhan akan menghadirkan seorang yang terbaik untuk saya panggil isteri," katanya. Dilihat semakin selesa menyusun langkahnya sebagai ahli perniagaan, Bams yang baru melancarkan LIO Gallery (Bistro, Bar dan Lounge) di Jalan Kemang Timur Raya, Jakarta Selatan menafikan sudah mengundur diri daripada Samsons. Kumpulan itu kata Bams, masih wujud malah mereka sedang menyiapkan proses awal produksi album terbaru selepas kali terakhir menghadiahkan peminat dengan Penantian Hidup - Platinum Edition pada 2008. "Saya masih menyanyi, malah akan terus menghasilkan album baru. Cuma kami tidak mahu melakukannya separuh hati. Memang Samsons mampu menghasilkan album setiap tahun tetapi untuk apa jika hasilnya mengecewakan. "Saya sendiri sudah rindu untuk bekerja dengan anggota Samsons yang lain. Perancangan merakamkan album baru itu ada, cuma bila belum pasti kerana masih dalam tahap produksi," katanya. Bams tidak menafikan, tumpuannya dalam dunia perniagaan yang baru diceburi membuatkan fokusnya terbahagi hingga terpaksa memperlahankan sedikit aktiviti seni. Sebagai manusia yang mementingkan kesempurnaan, Bams selesa memberikan seluruh komitmen untuk memastikan segala urusan berjalan lancar. "Jika mahu maju, kita harus fokus dan memberikan komitmen padu dalam setiap keputusan yang diambil. Baik ketika bersama Samsons atau menguruskan perniagaan, saya akan memberikan komitmen jita. "Andai nanti kesibukan bersama Samsons membataskan tumpuan saya kepada LIO, saya tidak perlu gusar kerana adik akan mengambil alih tanggungjawab itu," katanya. Menolak tanggapan dia memperlahankan aktiviti seni kerana sudah bosan, Bams berkata, ruang itu dimanfaatkan untuk mencari semula kehidupan yang pernah diabaikan gara-gara kesibukan membina nama. "Setiap keputusan yang diambil pasti ada untung dan rugi. Mempertahankan kehadiran adalah pilihan dan kami memilih untuk memperlahankan aktiviti Samsons kerana mahu berehat serta mencari idea segar. "Saya tidak pernah bosan cuma ketika ini, saya ingin melakukan aktiviti yang tidak pernah berkesempatan dilakukan dulu," katanya. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Hip To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |