Utusan Online - Hiburan |
Posted: Alunan indah imbau nostalgiaOleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL LIYANA Fizi diberi peluang berduet dengan Richard Marx menerusi lagu This I Promise You. MEMANG ada benarnya populariti Richard Marx lewat ini tidak sehebat di awal kemunculannya pada akhir tahun 1980-an. Tetapi, satu hakikat yang tidak dapat disangkal tentang Marx adalah kekuatan lagu-lagu ciptaan dan dendangannya yang sehingga ke hari ini masih diminati ramai. Dengan rangkaian lagu-lagunya yang sudah bertaraf malar segar itulah yang terus mengukuhkan hubungan antara peminat Marx dan dirinya. Lantaran itu, apabila Marx kembali ke negara ini untuk sekian kalinya bagi mengadakan kesempatan, peluang itu nampaknya tidak dilepaskan sama sekali oleh peminatnya. Buktinya, hampir 3,000 peminat tegar Marx hadir ke Arena of Stars, Genting Highlands malam Ahad lalu untuk menikmati persembahan Marx yang kali terakhir hadir ke Malaysia lebih 15 tahun lalu. Walaupun persembahan Marx pada awalnya dijangka bermula tepat pukul 9 malam selepas persembahan Liyana Fizi selaku artis pembukaan konsert pada malam itu, nampaknya kelewatan telah berlaku. Kerana kelewatan yang memakan masa hampir setengah jam itu jugalah, Arena of Stars secara tiba-tiba menjadi gegak gempita dengan jeritan penonton. Perasaan teruja di awalnya bertukar menjadi resah gelisah apabila penyanyi pujaan mereka masih belum menampakkan kelibatnya di atas pentas. Masing-masing sudah tidak sabar untuk menikmati persembahan Marx apatah lagi difahamkan apabila sebahagian besar mereka hadir seawal 6.30 petang semata-mata mahu menonton persembahan tersebut. Segala keresahan dan kegelisahan mulai kendur apabila tepat pukul 9.25 malam, Marx dengan pantas muncul di atas pentas sebagai tanda konsert An Acoustic Evening with Richard Marx membuka tirainya. Tanpa membuang masa, penyanyi popular itu terus mencapai gitarnya sambil tersenyum dan melagukan lagu pertama, Endless Summer Nights yang pernah dimuatkan dalam album perdananya, Richard Marx pada tahun 1987. Kemudiannya, penyanyi kelahiran Chicago, Amerika Syarikat itu meneruskan persembahannya dengan dua buah lagu klasik rock popularnya, Take This Heart dan Satisfied. "Apa khabar Malaysia? Saya teruja untuk bertemu dengan kamu," ucap Marx yang disambut dengan sorakan dan tepukan gemuruh penonton sambil menunjukkan kertas yang bertulis ucapan tersebut. Sebelum menyampaikan lagu Keep Coming Back, Marx sempat berkongsi cerita bagaimana dia memulakan kariernya sebagai seorang anak seni. Sejarah Mungkin ada yang menyangka dia bermula sebagai seorang penyanyi sedangkan dia terlebih dahulu mencipta nama sebagai seorang komposer dan penulis lirik. "Saya banyak menghasilkan lagu untuk penyanyi popular tetapi perkenalan saya dengan Luther Vandross ibarat sebuah ikatan yang sangat suci dan luhur. "Sehinggakan dia sendiri pernah menjadi penyanyi latar dalam album studio saya ketiga, Rush Streets. Persahabatan kami berterusan sehinggalah kami berkolaborasi menghasilkan lagu Dance With My Father. "Saya berasa bertuah kerana dipertemukan dengan insan sebaik Vandross walaupun kini dia sudah tiada," katanya yang pernah memenangi Lagu Terbaik untuk Dance With My Father bersama Vandross pada Anugerah Grammy Ke-46 pada tahun 2004. Malam itu turut memperlihatkan Marx menyampaikan lagu ciptaannya, To Where You Are dengan petikan piano yang telah memperkenalkan nama Josh Groban di persada muzik dunia. Selepas menyampaikan lagu Until I Find You Again bersama temannya, Steve yang bermain piano, Marx yang cukup bijak berkomunikasi dan berjenaka dengan audiens turut membuka sebuah lagi cerita. Kali ini tentang lagu Hazard yang diilhamkan daripada kisah misteri dan penyiasatan yang menjadi kegemarannya sejak kecil. "Dipendekkan cerita, saya memang tidak sukakan lagu itu tetapi isteri saya, Cynthia Rhodes cukup menggemarinya dan memberitahu ia boleh menjadi popular. "Lalu, saya merakamkan lagu itu dan muatkannya dalam album Rush Street. Siapa sangka ia menjadi popular dan menduduki tangga pertama di 13 buah negara. "Untuk itu, kepada semua lelaki di luar sana, dengarlah nasihat belahan jiwa anda," katanya sambil disambut dengan sorakan dan hilai tawa penonton. Full content generated by Get Full RSS. |
Konsert sulung Alleycats di Singapura Posted: Konsert sulung Alleycats di SingapuraOleh MUHAMMAD SYAFIQ ROOS ANNUAR DAVID Arumugam sudah tidak sabar lagi untuk menghiburkan peminat di Singapura. SETELAH menghiburkan peminat tanah air melalui Konsert Sampaikan Salam Alleycats di Istana Budaya, Kuala Lumpur, September lalu, kini kumpulan legenda itu bakal ke Singapura sempena meraikan ulang tahun ke 43 bersama peminat mereka di sana. Konsert Istimewa Buat Singapura akan diadakan di Dewan Konsert, Esplanade pada 14 April 2012 itu juga sebenarnya sebagai salah satu penghargaan kepada peminat Alleycat di republik itu. Walaupun sudah empat tahun berdiri tanpa vokalis keduanya, Loga, namun aura yang dimiliki Alleycats masih terus dapat dirasai oleh peminat setia mereka. Malah, menurut vokalis kumpulan berkenaan, Datuk David Arumugam, penganjuran konsert berkenaan membuatkannya cukup teruja. "Saya berasa sangat gembira dan tidak sabar untuk mengadakan konsert di sana. "Jujurnya, perkara ini membuatkan kami (Alleycats) rasa sangat dihargai. "Jadi, sudah semestinya Alleycats akan menggunakan masa yang ada untuk membuat persiapan sebelum tibanya hari konsert tersebut," katanya ketika sidang akhbar di pejabat Universal Malaysia, Petaling Jaya, Selangor, baru baru ini. David juga menambah, bagi menghargai peminat di Singapura, satu kejutan akan diberikan kepada peminat setianya yang menghadiri konsert itu nanti. "Apakah kejutan yang dimaksudkan itu? Kenalah tunggu hari konsert tersebut. "Namun, apa yang lebih penting, kami mahukan peminat terhibur dengan persembahan yang kami tampilkan nanti," ujarnya. Sementara itu, penganjur konsert berkenaan, Raistar Entertainment optimis ia mampu menarik minat pelbagai lapisan masyarakat berdasarkan reputasi yang dimiliki oleh Alleycats. Menurut Pengarah Konsultannya, Fahmi Rais, ini berdasarkan sambutan lagu-lagu hits Alleycats yang sering dimainkan di corong-corong radio di sana. "Jadi, kami sangat yakin bahawa konsert itu nanti bakal mendapat sambutan. Lebih-lebih lagi ini merupakan konsert sulung mereka di sana. "Malah, peluang mengadakan konsert di Esplanade juga merupakan satu penghargaan buat kami memandangkan bukan semua artis layak membuat persembahan di sana," katanya dalam nada bersungguh. Antara lagu yang bakal dinyanyikan oleh Alleycats pada konsert itu nanti ialah Jika Kau Bercinta Lagi, Hingga Akhir Nanti, Nota Terakhir, Sekuntum Mawar Merah Sebuah Puisi dan banyak lagi bagi menghargai peminat mereka di sana. Maklumat lanjut mengenai tiket konsert berkenaan boleh didapati di www.sistic.com.sg. Full content generated by Get Full RSS. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Hiburan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |