Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater |
Fizo Omar Dakwa Ditipu Jadi Penjamin Hutang RM2juta Posted: 13 Dec 2011 07:26 PM PST Pada hari ini, berita tentang Fizo Omar mendakwa dirinya ditipu telah disiarkan di Harian Metro. KUALA LUMPUR: "Hidup siapa tenteram kalau tiba-tiba terpaksa menjadi penjamin hutang lebih RM2.5 juta sedangkan saya tidak tahu apa-apa," kata pelakon terkenal, Fizo Omar selepas menyedari dia menjadi penjamin bagi pinjaman bank yang dibuat sebuah syarikat di Damansara, di sini. Fizo atau nama sebenarnya, Wan Hafizol Wan Omar, 26, berkata dia mengetahui mengenai pinjaman itu selepas dihubungi pihak bank yang memaklumkan tunggakan bayaran oleh peminjamnya. "Semuanya bermula pada 2008 sebelum saya menceburi bidang lakonan. Saya dilantik menjadi ahli lembaga pengarah sebuah syarikat yang dikendalikan seorang kenalan. "Saya keluar daripada syarikat itu pada hujung tahun sama kerana mahu menumpukan karier sebagai pelakon sehingga saya mengetahui bank menghantar notis tahun lalu kerana kegagalan menjelaskan pinjaman," katanya selepas mengadakan pertemuan dengan Pengerusi Sukarelawan Peguam (SukaGuam), Datuk Khairul Anwar Rahmat untuk mendapatkan bantuan perundangan di sini, semalam. Menurutnya, dia mengambil masa setahun menyelesaikan masalah itu secara peribadi dan melalui pelbagai dilema sebelum tampil mendapatkan bantuan di SukaGuam. Untuk info lanjut, tonton video temubual ini: Tags: Fizo OmarClick on the following buttons to share this article with your friends: Baca artikel lain yang berkaitan: |
Bersediakan Anda Untuk Hadapi Pilihan Raya? Posted: 13 Dec 2011 05:35 PM PST Tahun 2011 sudah pun tiba ke penghujungnya. Tahun 2012 menanti penuh debaran. Banyak acara dan juga peristiwa yang dijangka akan berlaku pada tahun 2012. Budiey ada terbaca dalam suratkhabar di mana ada satu fakta mengatakan dunia akan berakhir pada tahun 2012? Betul ke fakta ni? Whateva-lah, yang penting, dalam industri hiburan, Anugerah Juara Lagu akan diadakan pada bulan Januari tahun depan. Agak-agak korang, apa lagi yang akan berlaku pada tahun 2012 ya?. Oooo… lupa lak, yang diperkatakan ramai, pastinya… pilihan raya pun akan berlaku pada tahun 2012. Dengar-dengar, pilihan raya akan diadakan pada bulan Mac, tapi tak tahu lah, itu rumours je lah. Cakap pasal pilihan raya ni, Budiey nak tanya anda semua, sudahkah anda mendaftar sebagai pemilih? Haa, jika masih belum mendaftar, maka jom cepat-cepat layari www.spr.gov.my untuk mendaftar. Mungkin ramai daripada kita yang tahu tentang kewujudan laman sesawang yang diselenggara oleh Suruhanjaya Pilihan Raya ni. Sebenarnya, Budiey pun tak tahu. Sejujurnya, Budiey tahu pun pasal laman web ni masa jumpa pautan di laman sosial Facebook. Kalau tak, sumpah memang tak pernah nak tahu pasal pilihan raya ni semua. Untuk pengetahuan semua, Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia ditubuhkan pada 4 September 1957 mengikut Perkara 114 Perlembagaan Persekutuan. Ia ditubuhkan untuk mengendalikan pilihan raya umum dan kecil secara adil dan saksama. Antara fungsi utama SPR ni adalah mengkaji semula bahagian-bahagian Pilihan Raya Parlimen dan Negeri setiap tidak kurang daripada 8 tahun selepas tarikh siapnya urusan kajian, menjalankan urusan pendaftaran pemilihan dan semakin daftar pemilih dan akhir sekali menjalankan pilihan raya umum ke Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri dan menjalankan pilihan raya kecil sekiranya berlaku kekosongan. Kepada anda di luar sana yang layak mendaftar bolehlah mendaftar ya. Untuk layak mendaftar, anda seorang warganegara Malaysia yang sah, telah mencapai umur 21 tahun, bermastautin di bahagian pilihanraya dan tidak dihalang atau hilang kelayakan oleh undang-undang yang berkuat kuasa. Macamana cara nak daftar? Senang saje ya, korang boleh datang ke mana-mana pusat pendaftaran, cuma serahkan kad pengenalan kepada petugas SPR yang akan mengisi borang pendaftaran anda, jangan lupa untuk semak borang pendaftaran yang telah diisi itu untuk pastikan semua maklumat yang diisi itu adalah betul. Jika dah puas hati, anda boleh turunkan tandatangan dan dapatkan salinan borang pendaftaran dan simpan sebagai bukti. Kat sini, Budiey nak ceritakan sikit tentang servis atau perkhidmatan yang anda boleh dapat di laman sesawang SPR ini. Antaranya, yang paling penting iaitu anda boleh buat semakan daftar pemilih. Kat laman ni memang senang untuk cari pautannya. Bukak je laman web, terus dipaparkan pada bahagian atas [PERKHIDMATAN ATAS TALIAN] di mana kat situ, selain dapat semak daftar pemilih, anda juga boleh buat semakan isi rumah, sistem aduan atau pertanyaan, muat turun borang dan ada juga disediakan senarai keputusan pilihan raya umum terkini. Mahu semak untuk ahli keluarga anda juga pun boleh. Klik di bahagian semakan Pemilih Bagi Isi Rumah di mana ia memudahkan anda untuk menyemak lebih dari seorang pemilih secara serentak. Ia juga membolehkan pemilih yang menghuni sesebuah rumah atau mendaftar dengan menggunakan alamat yang sama mengesahkan sama ada mereka didaftarkan di kawasan Parlimen, DUN, Daerah Mengundi dan Lokaliti yang sama. Di pautan Muat Turun Borang pula, anda disediakan 4 jenis borang iaitu Borang A untuk pendaftaran pemilih, borang permohonan kursus atau taklimat akademi pilihan raya, borang tuntutan dan borang bantahan. Budiey rasa la kan, laman sesawang ni sangat interaktif dan lengkap untuk kita menghadapi pilihan raya di pada tahun depan. SPR juga sentiasa mengalu-alukan sebarang aduan, pertanyaan, pendapat dan cadangan secara online dan untuk anda yang nak buat aduan atau sebagainya, bolehlah layar laman sesawang ni. Oh ya sebelum terlupa, kepada anda yang menjadi pemilih berdaftar, selain kat laman web, anda juga boleh menyemak maklumat pendaftaran melalui SMS, haaa… lagi senang dan cepat. Hanya taip SPRSEMAKNo.KAD PENGENALAN dan hantar ke 15888. Atau nak lebih senang lagi hubungi SPR di talian 03-8885 6500. Jika didapati berlaku kesilapan pada maklumat pendaftarannya, seseorang itu boleh membuat aduan dan pindaan kepada SPR. Bagi SPR, aduan-aduan seperti ini dapat membantu SPR membersihkan Daftar Pemilih bagi digunakan dalam Pilihan Raya Umum ke-13 yang akan datang. Di laman web ini juga ada kotak HEBAHAN di mana ada beberapa isu terkini akan dipaparkan di sini. Antara isu yang Budiey dapat lihat sekarang ni, anda maklumat tender dan juga 'Tahukah Anda'. Anda juga diberitahu kat sini tentang nama pemilih yang rekodnya meragukan. Katanya kat sini, SPR akan memaparkan senarai 42,051 nama pemilih yang rekodnya meragukan bukan tujuan tuntutan atau bantahan. Sebaliknya untuk tujuan pengesahan daripada pemilih berkenaan atau waris kepada nama-nama yang dipamerkan itu. Selain itu, ramai yang bertanya kat Budiey macamana nak tukar alamat pusat mengundi. Haa… jika kita mahu menukar alamat pun boleh tapi ada prosedur tertentu jugak la. Ini kerana penentuan lokaliti dan pusat mengundi ditentukan mengikut alamat yang terdapat dalam Kad Pengenalan. Jadi, untuk menukar alamat Pusat Mengundi, kita perlu menukar alamat terkini dalam Kad Pengenalan terlebih dahulu di Jabatan Pendaftaran Negara. Kemudian, kita kena memohon pertukaran Pusat Mengundi dengan hadir sendiri dengan membawa Kad Pengenalan atau resit sementara JPN ke mana-mana Pejabat SPR atau Kaunter Pendaftaran SPR di seluruh negara. Rasanya, tahun 2012 adalah tahun kita mengundi. Kita semua ada tanggungjawab untuk memilih. Tak kira siapa anda. Tak kira anda seorang selebriti ternama, krew belakang tabir atau siapa jua anda… jangan lupa tanggungjawab untuk mengundi. Kerana setiap undi kita akan dikira dan ia akan memberi impak kepada masa depan anda dan negara. Ingat ya, masa depan kita terletak atas tangan masing-masing. Jadi, pilihlah parti yang boleh memberikan anda kemajuan dunia dan akhirat. Jadi, tunggu apa lagi, yang tak daftar lagi tu, tak ret-reti nak gi daftar? Dan, selainnya tu, pasti dah tak sabar-sabar nak mengundi kan? Jadi, tambahla informasi tentang pilihanraya dengan melayari laman web SPR: www.spr.gov.my Tags: Calon, Dewan Parlimen, Dewan Rakyat, Keputusan, laman web, Pilihan Raya?, SPR, Suruhanjaya Tags: Events, Calon, Dewan Parlimen, Dewan Rakyat, Keputusan, Laman Web, Pilihan Raya, SPR, SuruhanjayaClick on the following buttons to share this article with your friends: Baca artikel lain yang berkaitan: |
You are subscribed to email updates from Sensasi Selebriti To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |