Adsense

Selasa, 13 Disember 2011

macam macam hiburan terkini

macam macam hiburan terkini


Kurang Popular, Nadia Zainal Tidak Kecewa

Posted: 12 Dec 2011 05:31 PM PST



 
SHAH ALAM: Dramatis dan aktivis teater, Nadia Zainal tidak berasa kecewa apabila namanya kurang dikenali walaupun telah bergelar sebagai seorang pelakon dari tahun 2008 lagi.

Nadia berkata, dia tidak mempunyai sebab tertentu untuk berasa terkilan kerana beranggapan nasib belum menyebelahinya untuk dikenali berbanding segelintir pelakon lain yang popular dengan pantas.

"Kalau masyarakat tidak perasan kehadiran saya dalam industri seni, tiada apa yang perlu dikecewakan kerana ia bukan sesuatu yang pelik.

"Mungkin juga ramai tidak mengenali saya kerana kebanyakan drama lakonan saya disiarkan di stesen televisyen yang kurang popular," ujarnya ketika ditemui mStar Online di sini.

Dalam pada itu, Nadia yang sedang sibuk dengan pementasan teater Asrar II berkata, walaupun kurang dikenali ia langsung tidak mematahkan semangatnya untuk terus mengejar cita-cita sebagai anak seni.

"Sejujurnya populariti bukan perkara yang saya kejar kerana penglibatan saya dalam bidang ini adalah kerana minat mendalam terhadap dunia lakonan dan pementasan teater.

"Bagaimanapun harus saya akui bahawa publisiti itu amat perlu kerana ia membantu meningkatkan populariti seseorang artis itu," ujarnya.

Sementara itu, Nadia berkata dia bersyukur kerana rezekinya dalam bidang lakonan tidak putus walaupun kurang pendedahan dalam media massa.
Nadia memulakan karier lakonan sejak tahun 2008.

Ujarnya, sejak bergiat aktif sebagai pelakon, aktivitinya sentiasa padat dengan tawaran berlakon drama dan pementasan teater.

"Alhamdulillahlah rezeki masih ada dan paling menyeronokkan apabila saya dapat berlakon drama dan teater yang kedua-duanya memberikan kepuasan berbeza," katanya.

Antara drama lakonan Nadia adalah Impian Sunsilk, Blogger Boy 2, Inikah Cinta, Gadis Semasa, Apa Dosaku, Papa Nak Kahwin dan Epit dan Elly.

Manakala, Nadia juga pernah terlibat dalam pementasan teater seperti Bangsawan Haris Fadilah, Muzikal tun Abdul Razak, Kucing Berlari dan Bangsawan Bunga Sakti Cinta Malam.


google: nadia zainal, nadia zainal fb, nadia zainal facebook, nadia zainal blog, nadia zainal twitter, nadia zainal myspace, nadia zainal bio, nadia zainal profile, nadia zainal biography, gambar terbaru terkini nadia zainal, nadia zainal seksi, nadia zainal bogel, buah dada nadia zainal, cerita terbaru terkini nadia zainal, nadia zainal hot, drama terbaru nadia zainal, gosip tentang nadia zainal

A. Razak Mohaideen Tidak Persenda OKU

Posted: 12 Dec 2011 05:29 PM PST






PETALING JAYA: Pengarah filem Bujang Terlajak Belum Terlanjur, Prof. Madya A. Razak Mohaideen menegaskan filem terbarunya itu bukanlah bertujuan untuk mempersendakan orang kelainan upaya (OKU).

Sebaliknya, filem yang menampilkan watak tiga lelaki yang menyamar sebagai buta, pekak dan bisu itu sekadar mahu menunjukkan semangat ketiga-tiga mereka untuk merebut seorang wanita pujaan.

"Saya tak rasa penonton akan tersinggung kerana watak-watak itu diwujudkan bukan untuk mempersendakan golongan OKU tetapi menunjukkan ada yang sanggup menyamar menjadi golongan itu semata-mata meraih cinta seorang gadis.

"Saya memilih tema sebegini kerana sebelum ini orang jarang menyelami perasaan golongan OKU seperti watak ibu Puteri ( lakonan Susan Manen) yang memberi harapan kepada suaminya (Mustapha Kamal) iaitu seorang lelaki buta.

"Sebab itu Puteri (Fazura) menyukai dan ingin mengahwini lelaki OKU," jelasnya semasa sidang media dan promosi tayangan filem Bujang Terlajak Belum Terlanjur di Dewan Sri Budiman, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam, dekat sini.
Saiful sanggup menyamar menjadi buta semata-mata untuk memikat hati Puteri.

Filem ini mengisahkan tentang tiga sahabat karib iaitu Saiful, Nabil dan Johan yang jatuh cinta dan bersaing antara satu sama lain untuk menarik perhatian seorang gadis bernama Puteri.

Mereka bertiga bekerja sebagai ahli silap mata dan ketika membuat penggambaran sebuah iklan, mereka tertarik dengan Puteri yang menjadi model untuk iklan itu.

Tambah A. Razak lagi, biarpun filem ini belum ditayangkan di pawagam pada 11 Januari depan, dia sudah merancang untuk membikin sekuel Bujang Terlajak Belum Terlanjur.

"Saya akan membuat bahagian kedua filem ini nanti. Namun semuanya bergantung kepada sambutan penonton.

"Jika melepasi kutipan RM3 juta, mungkin saya akan melakukan sekuel filem ini," katanya yang turut merancang untuk membikin filem No Right Petua Pikat Awek pada 2012 yang akan dibintangi oleh Aaron Aziz dan Erra Fazira.

Dalam masa yang sama dia juga bercadang menghasilkan filem Between Two Skies yang dijadualkan menjalani penggambaran pada 2013 atau 2014 kerana melibatkan pelakon antarabangsa dengan kos kira-kira RM8 juta.