Adsense

Sabtu, 3 Disember 2011

Himpunan Kisah Sensasi

Himpunan Kisah Sensasi


Jeffrydin jadi bomoh sambilan

Posted: 02 Dec 2011 04:33 PM PST

PENYANYI berusia 64 tahun ini bukan setakat berbakat dalam bidang seni suara, tetapi dia juga mempunyai kebolehan mengubati pesakit yang terkena perbuatan makhluk halus.

Jeffrydin telah mengamalkan ilmu perubatan yang menggunakan ayat-ayat al-Quran sejak lebih 20 tahun lalu dalam kaedah merawat para pesakitnya.

Biarpun telah terbabit dalam kaedah rawatan alternatif sejak hampir dua dekad lalu, tetapi menurut bapa kepada tiga anak ini, dia tetap menerima undangan menyanyi di merata-rata tempat.

hi 04.1 Jeffrydin jadi bomoh sambilan

PADA usia 64 tahun Jeffrydin masih segak bergaya
Selain menyanyi sepenuh masa, saya juga membuat kerja sambilan mengubati orang sakit menggunakan ayat-ayat al-Quran. Tidak ramai yang tahu perkhidmatan yang saya lakukan ini kerana biasanya yang datang berubat terdiri daripada mereka yang rapat dengan saya."Antara perkhidmatan yang saya beri ialah seperti mengubati kanak-kanak yang terkena sampuk hantu ataupun mengurut anggota badan kerana terseliuh. Bagaimanapun, saya semakin kurang mengurut kerana apabila semakin tua, tenaga saya semakin berkurangan," katanya kepada S3.

Jelas penyanyi yang popular dengan lagu berjudul Seruling Anak Gembala ini, dia banyak mempelajari ilmu perubatan tradisional dan mengurut itu daripada arwah neneknya, Siti Hassan.

Pada mulanya, dia hanya mempelajari ilmu itu sekadar suka-suka dan bagi tujuan keperluan dirinya sendiri. Bagaimanapun, tambah Jeffrydin, lama kelamaan kebolehannya sebagai bomoh dalam ilmu perubatan tradisional itu tersebar luas di merata-rata tempat.

Dia kini sering menjadi buruan mereka yang menghadapi masalah penyakit batin selain tidak menang tangan memenuhi undangan menyanyi di persembahan pentas di merata-rata tempat seluruh negara.

//petikan UTUSAN ///

Full content generated by Get Full RSS.