Harian Metro: Rap |
‘Saya bukan jenis senang dibuli’ Posted: 02 Dec 2011 07:10 AM PST RAMAI menganggap bintang program realiti mudah dibentuk kerana bakat boleh dieksploitasi untuk tujuan komersil. Keadaan itu menyebabkan ramai mendiamkan diri dan tidak berani berterus-terang hingga wujud konflik bukan diri sebenar mereka. Cakaplah apa saja, penyanyi pop rock meningkat naik, Kelly Clarkson atau Kelly Brianne Clarkson, 29, bukan jenis senang dibuli. Dia membuktikan sikap terbuka membolehkannya menghasilkan album baru, Stronger, tanpa ada sebarang drama. "Segala-galanya berada dalam keadaan baik, semuanya menggembirakan," katanya sambil ketawa ceria sewaktu bercakap mengenai pelancaran album barunya itu. Kelly menganggap 13 lagu dalam album barunya sebagai rakaman paling mudah dibuat bersama syarikat rakaman. Ia disebabkan oleh kesesuaian yang diharapkan dan bukan sebaliknya.
"Jika anda lihat keseluruhan katalog saya, ada lebih banyak lagu sedih berbanding lagu gembira. Mungkin kerana penulisan adalah satu jenis terapi dan lirik saya tulis adalah perkara pernah dilalui dan bergelut mengatasinya," katanya. Dari segi lagu, Kelly kelihatan menyanyi penuh emosi serta curahan perasaan. Apa saja datang kepadanya, Kelly bertegas tetap terus mencari kelainan kerana merasakan diri cergas dan penuh inspirasi. Kelly akui lantang bersuara. "Orang bertanya saya dan saya memberitahu mereka. Jika berdepan masalah, saya menyuarakannya. Saya tidak menyimpan niat buruk terhadap apa dicakapkan dan hanya berkata apa yang berlaku. "Saya rasa tidak ramai berbuat seperti ini dan mungkin membuat orang terasa. Saya tidak tahu cara lain kerana berterus-terang dan jujur adalah cara terbaik, baik dalam muzik daripada dalam diri. Jadi, saya rasa itulah yang datang," katanya. Senario ini jelas berbeza berbanding album ketiga, My December pada 2007 dan All I Ever Wanted, album keempat dihasilkan dua tahun lalu. Ternyata semangat mencapai impian tidak datang bergolek. Pada 2007, khabar angin mengatakan pemilik label rakaman terkenal, Clive Davis mengkritik rakaman album ketiga Kelly, My December kerana lagu tiada nilai komersil dan hambar. Penyanyi dari Fort Worth, Texas ini kemudian membuat pendedahan terbuka dan menyelesaikannya atas alasan melampaui batas. Pada 2009, Kelly berani bersemuka dengan penyanyi dan penulis lagu kumpulan One Republic, Ryan Tedder selepas mendapati salah satu lagu dalam album keempatnya, Already Gone yang ditulis Tedder untuknya, menyamai lagu Beyonce, Halo, juga ditulis oleh Tedder hingga meminta penjelasan Tedder berhubung persamaan muzik lagu yang ditulisnya. Dua senario ini membuktikan Kelly bukan jenis mengalah atau pasif. Penyanyi bersuara Spinto Soprano ini mengatakan dia tidak suka dianggap produk ciptaan program realiti pertandingan televisyen kerana ada bakat lain selain suara. "Saya seorang bekerja keras dan pejuang sejak mula belajar berjalan. Kita hanya ada satu kehidupan dan saya mahu memastikan kehidupan dilalui sekarang adalah apa yang sebenar saya mahukan," katanya. Sejak muncul juara pertama American Idol sembilan tahun lalu, kehadiran Kelly sebagai artis pop dapat dirasai tetapi ramai terlepas pandang. Statistik empat album awal terjual lebih 20 juta unit di seluruh dunia menjadi pengukur. Beberapa lagu single nyanyiannya berada pada kedudukan Top 10 carta Billboard Hot 100. Antaranya Breakaway, My Life Would Suck Without You, Miss Independent dan hit terbesar, Since U Been Gone. Kelly mementingkan kawalan kreatif terhadap muzik dan karier sejak meninggalkan American Idol dan menulis lagu untuk semua albumnya. Untuk album barunya ini, Kelly bakal menjayakan jelajah Stronger Tour 2012 yang bagi menyokong albumnya yang dilancarkan pada 24 Oktober lalu. Album Stronger membuat penampilan sulung di tangga kedua Billboard Top 200 dan tangga kedua Digital Albums Chart. Kesemua lima album Kelly menghuni kedudukan Top 3 sebaik dilancarkan dalam pasaran. Apa lebih menarik, beberapa akhbar dan majalah Amerika Syarikat memberi ulasan perkembangan karier Kelly selama ini. Akhbar The New York Times mendakwa Kelly kini dalam peringkat peralihan menjadi Mary J Blige 'Pop'. Akhbar USA Today pula mengatakan, dari segi vokal, Kelly tidak pernah berada dalam keadaan terbaik seperti sekarang. Majalah Rolling Stone menulis Kelly sebagai salah satu suara paling menyerlah dalam muzik. Sejak 10 tahun lalu, Kelly sudah menghasilkan lima album studio seperti Thankful, Breakaway, My December, All I Ever Wanted dan Stronger). Dia menerima dua anugerah Grammy, 2 Anugerah Muzik Amerika, 2 Anugerah MTV, 1 Anugerah Country dan 11 Anugerah Billboard. Pengaruh Kelly dalam muzik datang daripada Madonna dan Dionne Warwick. Kelly terbabit dalam drama komedi, King Of The Hill dan siri televisyen, Damage Control dan banyak lagi. PROFIL: Nama Penuh: Kelly Brianne Clarkson Album Studio: Lakonan Drama, Siri Televisyen, Filmografi: 2002 2003 2004 2005 2007 2009 2011 |
Posted: 02 Dec 2011 06:56 AM PST TATKALA kebanyakan remaja mengejar untuk menjadi penyanyi dan pelakon terkenal, berbeza pendirian 11 wanita yang bersaing menerusi program realiti, Ustazah Pilihan, kerana memilih program berunsur dakwah bagi meneruskan perjuangan Rasulullah s.a.w. menyebarkan Syiar Islam. Justeru, sesiapapun di antara mereka, Nur Atieqah Mohd Zainudin (Atiqah),20, Nur Aqidah Mawardi (Aqidah),21, Nun Faizah Rohana Mustapha (Faizah),21, Siti Fatimah Mad Yatim (Fatimah), 21, dan Masfira Hilman (Fira),27, Firuz Akhtar Mohamad Bohari (Firuz), 27, Siti Nor Hafidza Razali (Fizah),21, Nurul Hidayah Kamarudin (Hidaya),26, Nina Syazmeen Mohd Din (Nina),23, Siti Fatimah Mohd Sharif (Siti),26, dan Maryanti Ramle (Yanti), 23, layak diangkat pemenang.
Cuma dalam sesebuah pertandingan pasti ada juara dan berdasarkan beberapa aspek serta kualiti, Firuz dilihat mempunyai kelebihan sekali gus mendahului peserta lain yang ternyata tidak kurang hebat. Firuz yang berjaya ke peringkat akhir bersama Hidaya, Fira dan Siti, ketika ditemui pada sidang media usai Malam Kemuncak Ustazah Pilihan yang berlangsung di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC), Jumaat lalu, langsung tidak menjangkakan kemenangannya dan menganggap kejayaan malam itu sebagai rezeki.
yang lain hebat-hebat belaka. Tambahan pula saya tidak mempunyai pendidikan khusus dalam pengajian agama di peringkat universiti. "Sementara rakan-rakan bila diminta mentafsir al-Quran dan Hadis, mereka begitu lancar sedangkan saya pula perlu mengambil sedikit masa. Pengajian yang saya ikuti sewaktu belajar lebih kepada sastera bahasa," kata gadis kelahiran Kuala Lumpur itu. Kejayaannya itu secara tidak langsung membenarkan Firuz membawa pulang hadiah RM20,000 sumbangan Astro, RM5,000 sumbangan Bank Islam termasuk biasiswa di Universiti Al-Madinah oleh Yayasan Aminah, pakej haji dan umrah tajaan Al-Riyadh and Travel dan sebuah kereta Peugeot 207. Hidaya muncul sebagai naib juara sekali gus menerima wang tunai berjumlah RM18,000, pakej umrah, barangan elektronik, pakej spa dan sebuah trofi dan
Fira pula membawa pulang RM5,000, pakej percutian ke Cherating (RM2,000), pakej spa Suri Permai bernilai RM2,000 dan sebuah trofi. Hadiah disampaikan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim. Firuz yang mengikat tali pertunangan dua minggu sebelum bermulanya Ustazah Pilihan sekitar September lalu, memilih seorang jejaka yang kini masih menuntut di Jepun dalam bidang kejuruteraan. "Andai diizinkan Allah SWT, Insya Allah kami akan melangsungkan perkahwinan pada 30 Jun 2012. Mungkin, sebahagian wang kemenangan akan digunakan untuk majlis kenduri sementara pakej Haji saya mahu berikan kepada kedua orang tua saya. "Kereta pula, memang saya merancang untuk membelinya sebelum ini tetapi Alhamdulillah nampaknya saya sudah mendapatkannya. "Itu saja yang saya sempat berfikir seketika ini kerana segala yang berlaku masih mengejutkan. Apa yang pasti saya tidak memandang ganjaran hadiah yang diberikan untuk bersuka ria. "Sebaliknya, satu peringatan bahawa tanggungjawab saya semakin berat serta perlu mempersiapkan diri untuk sama-sama berkongsi ilmu dengan menjalankan aktiviti dakwah secara berterusan untuk kebaikan komuniti. Apatah lagi, dalam keadaan dunia yang semakin mencabar," katanya. Ibu kepada gadis bijak dan beraut wajah manis itu, Aishah Mohd Said, 56, turut memanjatkan rasa syukur diatas kejayaan Firuz yang disifatkan sebagai seorang yang berdikari dan bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu. Berada di perantauan selama tujuh tahun, Firuz adalah pemegang Ijazah Sarjana Pengajian Islam dan Timur Tengah dari Universiti Washington dan Ijazah Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Parsi dari Universiti Al-Zahra, Iran. Anak sulung daripada enam beradik itu mempunyai kelebihan di mana dia menguasai empat bahasa iaitu bahasa Melayu, Arab, Parsi dan Inggeris dengan begitu baik sekali. Dr Robiah K Hamzah sebagai Mudirah (pengetua) yang dibantu Mursyidah (tenaga pengajar) iaitu Prof Dr Muhaya Mohamad dan Ustazah Zawiah Hassan, menyifatkannya sebagai peserta yang paling konsisten dan bijak mengendalikan dirinya. Firuz menurut Dr Robiah seorang yang lemah lembut, bersahaja, tenang, pantas mengaplikasikan tugas, cerdas fikiran, tidak mengharapkan pujian dan dorongan, mudah bergaul dengan setiap peringkat golongan serta umur, sering dahagakan ilmu serta berkeyakinan. Di mana kesemua ciri-ciri dimilikinya itu harus ada pada seorang pendakwah. "Pemilihan Firuz bukan diukur pada malam ini saja sebaliknya kami menilai sejak dua bulan yang lalu. Dia matang mengendalikan dirinya dengan baik. Hutan, bukit, gunung mahupun laut, Firuz dilihat mampu menghadapi tekanan dengan tenang dan bijak. "Keinginannya untuk menuntut ilmu itu sangat tinggi kerana sering bertanya dan tidak pernah merasakan dirinya hebat walaupun latar belakang pendidikan sungguh mengagumkan. Disebabkan itu Mudirah dan Mursyidah sepakat untuk memilihnya sebagai juara dan diharapkan di dapat mengubah lanskap bidang dakwah di negara kita," katanya. Pada malam akhir, peserta diberi tugasan mendekati permasalahan dan implikasi pernikahan di sempadan. Markah terbahagi kepada tugasan (40 markah), ujian bertulis (40 markah) dan hujah (20 markah). Malah penjurian tidak menggunakan khidmat pesanan ringkas (SMS). Dihoskan Farah Diana Anuar dan Siti Rohani Surani, program terbitan Astro Oasis itu berasaskan modul pengajian yang berlandaskan agama dan akidah dan tidak sama sekali menerapkan elemen komersial. Full content generated by Get Full RSS. |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Rap To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |