Adsense

Sabtu, 3 Disember 2011

Berita Harian: Hip

Berita Harian: Hip


Syahrini tak kisah digelar seksi

Posted: 02 Dec 2011 02:26 PM PST

Hip

SYAHRINI nafi pernah bercinta dengan Anang

KETIKA gosip mula diperkatakan mengenai penyanyi Syahrini yang juga bekas rakan duet Anang Hermansyah, dikatakan mempunyai teman lelaki istimewa dari Malaysia, penyanyi itu yang kini tampil menerusi single Aku Tak Biasa dan Sesuatu tidak memberi penjelasan lanjut mengenainya sama ada menafikan atau mengiyakannya, sebaliknya menegaskan dia kini masih berstatus solo dan tidak mempunyai kekasih.

Untuk berita lanjut dapatkan akhbar Berita Harian hari ini.

Saya tetap dengan diri saya, tahu batas dan normanya. Seksi itu ada santun dan pintarnya. Seksi itu itu juga subjektif, ia indah kalau kita berfikiran positif. - Syahrini

INFO: Syahrini
Panggilan: Rini@ Princess
Tarikh Lahir: 1 Ogos 1982
Asal: Bogor, Indonesia
Agama: Islam
Mula aktif menyanyi: 2007
Keluarga: Anak kedua daripada tiga beradik Pendidikan: Ijazah Undang-Undang, Universiti Pakuan, Bogor
Lagu:
  • Coklat Stroberi - OST (2007)
  • My Lovely (2008)
  • Pusing 1/2 Mati (2009)
  • Sesuatu (2011)
  • Aku Tak Biasa (2011).
  • Full content generated by Get Full RSS.

    Mesti Tonton: Pengembaraan si kucing wira

    Posted: 02 Dec 2011 02:04 PM PST

    Hip

    Filem: Puss In Boots (3D)
    Tayangan: Mulai 24 November 2011
    Pengarah: Chris Miller Genre: Pengembaraan/Komedi/Animasi Pelakon (suara): Antonio Banderas, Salma Hayek, Zach Galifianakis, Billy Bob Thornton dan Amy Sedaris. DARIPADA DreamWorks Animation, syarikat produksi yang sinonim dengan penghasilan siri filem Shrek, sebuah lagi persembahan menghiburkan kini menemui penonton di pawagam. Masih lagi ada kaitannya dengan si gergasi hijau melucukan, cuma kali ini filem terbabit memfokuskan kepada kucing yang bijak bermain pedang, sebelum ia bertemu watak popular berkenaan.

    Siapa yang tidak mengingati watak Puss in Boots, si kucing comel yang membulatkan mata untuk membuatkan sesiapa yang memandang jatuh hati dan kasihan kepadanya. Kini, Puss bukan lagi watak tambahan, sebalik animasi terbaru ini memberikan segala laluan buatnya menunjukkan kehebatan, sebagai karakter utama!
    Bukan seperti kucing biasa, Puss In Boots kembali menghiburkan penonton dengan aksi pengembaraannya. Si kucing berkasut but, Puss, menjadi wira apabila ia terpaksa berdepan dengan perjalanan penuh cabaran bersama Kitty Softpaws dan Humpty Dumpty, demi menyelamatkan bandar mereka.

    Filem animasi pengembaraan yang menggunakan suara aktor Antonio Banderas sebagai Puss dan Salma Hayek (Kitty Softpaws) ini turut menceritakan bagaimana kucing pahlawan ini bertemu kawan lama, Humpty Dumpty, selain menyingkap asal-usul dirinya.
    Sutradara Chris Miller menggambarkan filem ini sebagai cereka mengenai persahabatan yang penuh dengan pancaroba, di mana ia tidak selamanya manis. Seperti pepatah, bumi mana yang tidak ditimpa hujan, begitulah persahabatan Puss dan Humpty Dumpty yang disulami perasaan iri hati dan dendam, namun tetap kental dengan elemen komedi.

    Humpty Alexander Dumpty ialah sahabat lama Puss yang sama-sama membesar di sebuah rumah anak yatim, dan dari sinilah timbulnya perselisihan yang memaparkan pelbagai babak menarik.

    Namun adakah nilai persahabatan dapat menghapuskan perasaan dendam Puss terhadap Humpty Dumpty? Inilah kisah yang ingin disampaikan dalam filem ini.

    Persembahan plot yang memaparkan perjalanan memperbaiki perhubungan yang sudah terjalin sekian lama itu menguasai jalan cerita. Pada masa sama pengarah juga membiarkan penonton tertanya-tanya, sama ada Humpty Dumpty sudah berubah menjadi baik ataupun sebaliknya?

    Filem dengan kisah yang digambarkan berlaku di kawasan perkampungan koboi ini tambah menarik dengan kesan visual yang hebat, serta latar belakangnya, bersesuaian dengan kisah dongeng kanak-kanak.

    Menggunakan format 3D, secara tidak langsung membuatkan adegan tampak lebih realistik. Bagaimanapun, penonton masih boleh berhibur dengan Puss in Boots sepuas-puasnya walaupun mereka menonton animasi ini dalam bentuk 2D.

    Tidak dinafikan, ia hadir sebagai sebuah filem yang sesuai untuk seisi keluarga, lebih-lebih lagi untuk kanak-kanak yang menggemari judul animasi.

    Selain Antonio dan Salma, pelakon yang turut menyumbangkan suara untuk filem arahan sutradara Shrek the Third ini ialah Billy Bob Thornton, Zach Galifianakis dan Amy Sedaris.

    Full content generated by Get Full RSS.