Adsense

Khamis, 24 November 2011

Zon Artis

Zon Artis


Kesilapan Ernst & Young Punca Salah Umum Penerima Anugerah Lagu Terbaik AIM18

Posted: 24 Nov 2011 06:58 PM PST

TROFI KEMENANGAN LAGU PENAKUT YUNA AIM18 DITARIK BALIK

Umum telah pun mengetahui bahawa Anugerah Lagu Terbaik yang dinobatkan kepada Yuna pada Anugerah Industri Muzik ke-18 (AIM 18) baru-baru ini telah pun ditarik balik kerana berlaku kesilapan dalam sistem penjurian. Dengan penarikan itu, Anugerah Lagu Terbaik AIM 18 diberikan kepada lagu nyanyian Anuar Zain iaitu Sedetik Lebih yang dicipta sepenuhnya oleh Edry Abdul Halim. Pengumuman ini dibuat oleh Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) dalam sidang media yang diadakan petang kelmarin.

Pengerusi Bersama Jawatankuasa Penganjur AIM 18 dari Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM), Rosmin Hashim memaklumkan bahawa berlaku kesilapan dalam proses pengiraan undi yang dilakukan oleh juruaudit luar rasmi, Ernst & Young sehingga menyebabkan berlaku kesilapan pengumuman pada malam kemuncak AIM 18 baru-baru ini.

"Kesilapan ini berlaku kerana juri yang berlainan yang ditugaskan untuk memilih lagu-lagu terbaik untuk setiap kategori dan lagu terbaik keseluruhan. Lagu Penakut ciptaan Yuna, telah tersilap ditentukan sebagai pemenang kerana ia berdasarkan markah tertinggi yang diberikan oleh juri-juri terlibat. Untuk makluman, juri-juri itu tidak membuat penilaian berdasarkan keempat-empat lagu yang telah menang untuk setiap kategori, sebaliknya mereka diberikan 20 buah lagu yang tercalon untuk kategori Lagu Pop Terbaik, Lagu Rock Terbaik, Lagu Pop Etnik Terbaik dan Lagu Nasyid Terbaik.

Berdasarkan kriteria yang ditetapkan oleh RIM, pemenang Lagu Terbaik mestilah salah satu pemenang daripada empat anugerah tersebut. Kesilapan ini berlaku kerana kekeliruan daripada pihak Ernst & Young. Sebagai penganjur, RIM tidak terlibat dengan penjurian dan kami tidak tahu-menahu dengan senarai pemenang. Pembetulan ini perlu dilakukan bagi memelihara kredibiliti dan integriti AIM. Kami di RIM memohon maaf kepada semua yang terlibat dalam permasalahan ini,"

Ditanya mengapa mengambil masa yang terlalu lama untuk memperbetulkan kesilapan, Rosmin memberitahu pihaknya perlu berbincang dengan semua pihak yang terlibat.

"Sebenarnya kesilapan ini telah kami sedari sedari ketika sidang media yang diadakan selepas majlis anugerah berakhir. Memang saya telah berikan penjelasan yang kategori Lagu Terbaik tidak dinilai berdasarkan lagu-lagu yang telah menang untuk setiap kategori. Jawapan itu diberikan kerana ia adalah jawapan terbaik pada ketika itu. Pihak RIM amat kesal dengan kesilapan ini dan berharap pembetulan ini boleh diterima oleh Yuna, Anuar Zain dan Edry,"

Sementara itu, rakan kongsi Ernst & Yong, Ahmad Zahirudin Abdul Rahim mengakui kesilapan itu dilakukan oleh pihaknya. Jelas Zahiruddin, pada tahun ini pengauditan AIM telah dlakukan kepada orang-orang baru yang kurang jelas dengan kriteria-kriteria yang ditetapkan oleh pihak RIM.

"Kesilapan ini berlaku kerana proses pengauditan pada tahun ini dilakukan oleh orang baru dan mereka ini kurang jelas dengan kriteria-kriteria yang perlu diikuti. Sebab itu berlaku sedikit kekeliruan. Kami berharap perkara ini tidak akan berulang pada masa hadapan,"

Courtesy: GUA

Related Posts with Thumbnails Full content generated by Get Full RSS.

Sedetik Lebih Dipilih Sebagai Pemenang Lagu Terbaik AIM18

Posted: 24 Nov 2011 01:09 AM PST

LIRIK LAGU SEDETIK LEBIH ANUAR ZAIN

Seperti yang anda semua sudah sedia maklum, kelmarin Yuna menerusi akaun Twitternya mengesahkan bahawa trofi untuk Lagu Terbaik yang dimenanginya di AIM ke-18 minggu lalu ditarik balik sekaligus kemenangannya itu dibatalkan. Boleh rujuk post ini.

Hari ini, persoalan lagu manakah yang akan mengambil alih trofi itu terjawab apabila lagu Sedetik Lebih ciptaan Edry Abdul Halim diumumkan sebagai Lagu Terbaik, AIM ke-18, dalam satu sidang media yang berlangsung sekitar jam 2.30 petang tadi.

Psstt: Ni bukan makin cantik, tapi makin hodoh!

Related Posts with Thumbnails Full content generated by Get Full RSS.