Celebrity News |
Fesyen Tudung Dan Skirt Terkini Posted: 23 Nov 2011 11:37 PM PST Apa KER JADAH NYER pakaian yang seindah si pereka dan pembuat pakaian gadis ini, sungguh moden dan menakjubkan, namun dimanakah norma kehidupan kita sebagai umatnya yang sepatutnya mengenail erti keperibadian. Sekadar ingin berkongsi dengan anda diluar sana trend anak muda kita pada hari ini yang sering kali mengayakan pakaian tidak kena pada tempatnya. Gambar ini sebagai hiasan topic ZoOm pada hari ini, jika ikutkan hati ingin je ZoOM post artikel ini pada malam penganugerahan kemenangan pasukan HARIMAU MUDA di Sukan Sea baru-baru ini. Dalam kita meraikan kemenangan ada sesuatu yang menjadi perhatian ZOoM pada masa tersebut, mungkin kerana terlalu taksub dengan dunia moden yang serba serbi bergerak ke arah yang lebih maju. Namun jika anda perhatikan negara yang mempunyai kepadatan penduduk yang majoritinya beragama islam namun malam itu seorang gadis yang menjadi pengapit orang kenamaan untuk menyerahkan hadiah kepada pemenang memakai tudung dan skirt, cuma bahagian kaki si saluti dengan seluar ketat berwarna hitam, Contoh macam gambar diatas cuma gadis itu memakai seluar ketat berwarna hitam. ZoOM : Apa kata anda mengenai "Style dan Trend" pakaian anak muda zaman sekarang? Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !! Follow @zoomartis |
Posted: 23 Nov 2011 05:35 PM PST Sesekali ZoOM terbayangkan perjalanan hidup yang bakal dilalui oleh akak Adibah Noor kita di masa hadapan, sering kali di persenda dan dimainkan oleh insan bernama lelaki membuatkan beliau serik untuk mencari seseorang yang boleh menemaninya dikala senang dan susah. Namun semua itu hanya tinggal angan-angan kosong, bak kata pepatah ZoOM "bagaikan mengapai awan yang terbang diudara" dan "Berat Mata Memandang, Berat lagi Orang Yang menanggung". Dan berikut sedikit luahan yang ZoOm "Copy and Paste" sudah cukup menggambarkan beliau lebih selesa dengan kehidupan sekarang. "Dengan usia sebegini, lebih baik saya jaga diri sendiri serta keluarga dan fokus pada kerjaya seni. Alhamdulillah, keluarga tidak pernah mendesak, malah mereka faham dengan apa yang saya inginkan," katanya. ZoOM : Semoga Akak Adibah Noor yang tidak lokek melemparkan senyuman dan sumbangan dalam apa majlis sekalipun tabah dan sabar menghadapi dugaannya. Mungkin ada hikmah dengan apa yang berlaku, Insyallah. Apa Pula kata anda di ZoOMartis Dot Net @ Facebook ? Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !! Follow @zoomartis |
Kemenangan Yuna di AIM ditarik balik kerana berlaku kesilapan Posted: 23 Nov 2011 05:21 PM PST Satu lagi cerita yang kurang enak didengar mengenai anugerah muzik (AIM) yang berlangsung sebelum ini, kerana kesilapan yang tidak disengajakan, kemenangan Yuna terpaksa ditarik balik oleh pihak penganjur.Dan berikut berita yang ZoOm baca mengenai kes penarikan kemenangan Yuna baru-baru ini : KUALA LUMPUR: Keputusan menarik balik kemenangan Yuna dalam kategori Lagu Terbaik harus dilakukan demi menjaga integriti persatuan dan penganjuran AIM itu sendiri. Naib Pengerusi Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM), Andrian Lim berkata walaupun keputusan itu akan menimbulkan rasa tidak percaya penggiat industri muzik terhadap RIM selaku penganjur Anugerah Industri Muzik Malaysia (AIM) ia tetap perlu dilakukan. Beliau berlaku, pihaknya menyedari berlaku kesilapan teknikal ketika pengiraan markah pemenang dalam kategori terbabit. "Perkara ini disedari apabila ramai yang memberikan maklum balas terhadap kemenangan Yuna dalam kategori terbabit, memandangkan singlenya iaitu Penakut tidak memenangi kategori Lagu Pop Terbaik. "Seharusnya lagu yang memenangi setiap kategori iaitu Lagu Pop Etnik Terbaik, Lagu Nasyid Terbaik, Lagu Rock Terbaik dan Lagu Pop Terbaik dipilih untuk memenangi anugerah utama itu," katanya. ZoOM : Semoga ia menjadi iktibar dan perlu diberi perhatian dalam anugerah yang berprestij seperti AIM dikemudian hari. Apa Kata Anda ? Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !! Follow @zoomartis |
You are subscribed to email updates from Celebrity News To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |