Himpunan Kisah Sensasi |
Posted: 23 Nov 2011 02:16 PM PST
LOS ANGELES, Amerika Syarikat (AS) – Aktres Demi Moore menceraikan Ashton Kutcher, selepas suaminya curang tetapi isu perceraian mereka sebenarnya lebih rumit, lapor akhbar MailOnline semalam. Moore dan Kutcher dipercayai membuat persetujuan untuk mempratikkan 'perkahwinan terbuka' dengan isterinya dibenarkan mempunyai hubungan intim bersama wanita lain sekali gus membayangkan aktres berusia 49 tahun itu seorang biseksual. Sumber yang rapat dengan pasangan itu memberitahu: "Moore tertarik dengan wanita selain lelaki, justeru dia tidak mendapat kepuasan batin sepenuhnya daripada hubungan suami isteri," kata sumber itu. Menurut sumber sama, Moore juga tidak menghalang Kutcher, 33, menjalinkan hubungan dengan wanita lain sepanjang perkahwinan lain. "Kedua-duanya saling menghormati berhubung hak masing-masing. Mereka menjalani kehidupan rumahtangga yang menyeronokkan," jelas sumber. Namun, katanya, Moore mungkin menuntut cerai kerana malu kecurangan suaminya didedahkan media AS. Kutcher dilapor meniduri seorang wanita kaki parti, Sara Leal pada hari ulang tahun keenam perkahwinannya bersama Moore pada September lalu. Moore mengumumkan berpisah dengan suaminya pada Khamis lalu. Pasangan itu memiliki harta sepencarian berjumlah AS$290 juta (RM917.5 juta). – Agensi ////kosmo /// Full content generated by Get Full RSS. |
You are subscribed to email updates from Himpunan Kisah Sensasi To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |