Adsense

Rabu, 23 November 2011

Zon Artis

Zon Artis


Kemenangan Lagu ‘Penakut’ Sebagai Lagu Terbaik Di AIM18 Ditarik Balik

Posted: 23 Nov 2011 06:48 AM PST

LAGU PENAKUT YUNA

Kontroversi kemenangan lagu Penakut di Anugerah Industi Muzik (AIM) yang ke-18 baru-baru ini akhirnya terlerai apabila kemenangan lagu Penakut yang dicipta sepenuhnya oleh Yuna dalam kategori Lagu Terbaik ditarik balik. Perkara ini disahkan sendiri oleh Yuna menerusi Twitter'nya.

LAGU PENAKUT YUNA

Terdahulu, dalam ruangan Dengarnya (Berita Harian) pada Rabu melaporkan, berlaku kesilapan pada pemilihan pemenang bagi kategori itu sehingga Penakut dinobatkan sebagai lagu terbaik secara keseluruhan walaupun ia tidak memenangi dalam kategori Lagu Pop Terbaik pada anugerah itu.

Turut dilaporkan, anugerah itu akan diserahkan kepada komposer Edry Abdul Halim dan Anuar Zain menerusi lagu Sedetik Lebih yang memenangi kategori Lagu Pop Terbaik. Difahamkan juga, pihak penganjur iaitu RIM dan AIM akan mengadakan sidang akhbar khas bagi menjelaskan kekeliruan itu.

Mungkin tidak mahu mengeruhkan lagi keadaaan, Yuna dalam satu mesej lain di laman Twitter memberitahu dia tidak mahu menjawab sebarang pertanyaan dan memohon supaya ia diajukan kepada pihak penganjur.

LAGU PENAKUT YUNA

Tidak apa la Yuna, mungkin bukan rezeki anda. Dan walaupun anugerah tersebut ditarik balik, kami percaya anda tetap pemenang di hati peminat-peminat dan juga penyokong karier seni anda. Antaranya kami.

Related Posts with Thumbnails Full content generated by Get Full RSS.

Adibah Noor Tidak Mahu Berkahwin

Posted: 23 Nov 2011 02:00 AM PST

ADIBAH NOOR

Percaya atau tidak, Adibah Noor, penyanyi yang kami kenali dengan vokal'nya yang cukup power membuat kenyataan yang dia nekad tidak mahu berkahwin. Menurut Adibah, dia nekad tidak mahu berkahwin kerana serik untuk bercinta lebih-lebih lagi dia pernah putus kasih sebanyak lima kali.

"Bayangkan, lima kali saya putus cinta dan semua tak mahu berkahwin dengan saya. Dan sejujurnya, saya serik dan tak mahu kahwin. Dengan usia sebegini, lebih baik saya jaga diri sendiri serta keluarga dan fokus pada kerjaya seni. Alhamdulillah, keluarga tidak pernah mendesak, malah mereka faham dengan apa yang saya inginkan,"

Walaupun nekad tidak mahu berkahwin dan tidak mempunyai lelaki bernama suami di sisi, namun Adibah tetap merasakan hidupnya cukup sempurna kerana dia mempunyai teman-teman rapat yang sentiasa bersamanya ketika susah dan senang. Tapi Adibah tidak menolak jika dipertemukan jodoh.

"Saya mempunyai sekumpulan rakan perempuan yan masih lagi bujang dan kami telah berjanji untuk menjaga antara satu sama lain. Selain keluarga, mereka inilah yang sentiasa bersama saya ketika susah dan senang. Bagaimanapun, saya tidak menolak sekiranya takdir telah menentukan jodoh saya,"

Psstt: Kesian lelaki ni, tak pasal-pasal rantai besi melekat ditangannya

Related Posts with Thumbnails Full content generated by Get Full RSS.