Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater |
Gambar Siti Nurhaliza di National Folk Museum Korea Posted: 23 Nov 2011 02:23 PM PST Ini merupakan kali kedua Budiey memijak kaki di lokasi pelancongan National Folk Museum Korea di mana pada bulan lepas Budiey sudah pun jejak kaki di sini bersama Awal Ashaari dan Scha Alyahya. Jadi, Budiey memang dah tahu beberapa fakta sejarah yang terpahat kat sini. Di sini juga tersergam Istana Kyeongbok Palace. Okaylah, Budiey tak nak tulis panjang-panjang sebab nak letak gambar banyak-banyak. Layaaannnzzz… Tags: Siti Nurhaliza, TravelClick on the following buttons to share this article with your friends: Baca artikel lain yang berkaitan: |
Gambar Siti Nurhaliza di Cheongwadae Sarangchae Korea Posted: 23 Nov 2011 02:05 PM PST Gambar Siti Nurhaliza di Cheongwadae Sarangchae Korea Selepas ke Cheong Gye Cheon Street, kami singgah di pusat pameran dan muzium pelancongan terkenal iaitu Cheongwadae Sarangchae. Yang bestnya, korang yang nak datang, boleh masuk secara percuma. Tempat ni ditutup pada hari Isnin dan dibuka dari jam 10 pagi hingga jam 6 petang waktu Korea. Secara ringkas, muzium dan pusat pameran ini memberi info yang begitu jelas tentang kebudayaan, sosio ekonomi, masyarakat dan juga semua tempat-tempat menarik di Korea. Gambar-gambar dan ilustrasi kat sini pun memang gempak dan awesome. Siti Nurhaliza juga sempat berposing kat sini dan gambar-gambar di bawah ini sangat 'ohsem' juga untuk ditatap buat korang semua yang meminati Siti Nurhaliza. Budiey rasa lokasi Cheongwadae Sarangchae Korea ni memang cukup strategik sebab ia berdepan dengan President Blue House, sebuah tugu dan juga bukit yang terkenal kat sini. Memang lawa betul pemandangan kat sini. Ditambah pula dengan suhu yang sejuk. Pergh! Tags: Siti Nurhaliza, TravelClick on the following buttons to share this article with your friends: Baca artikel lain yang berkaitan: |
You are subscribed to email updates from Sensasi Selebriti To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |