Adsense

Rabu, 23 November 2011

Sensasi

Sensasi


Promotion Decorative Homebake Cupcake (Red Velvet,choc Moist dan Butter Cream) RM 2.50/pc

Posted: 23 Nov 2011 09:29 AM PST

Decorative Homebake Cupcakes...cuma RM2.50 sebiji
Minimum Order : 9 Pcs
Boleh pilih samada nak Red Velvet,Choc Moist atau Butter cake..

Additional kalau nak Window Box (kotak yang plastik kat atas see through) RM3.00

Pick up point ~ ~ Tesco Ampang
~ Giant Melawati
~ KL Festival City
~ PETRONAS Station Taman Melati

Delivery charges will be applied accordingly. Kindly contact me for further information. If you buy at least 3 boxes, delivery to your door step is free within Klang Valley.

Contact: sajesukax2@gmail.com untuk keterangan lanjut dan Order..

Thanks a million to those yg dah order yea..and for your support.

Gambar-gambar cupcakes Homebake by my sister Zacheela Bakery...sume kek-kek nie dier lah yang buat...




You can choose ur own theme colour of assorted cup cakes...


Lofa yang cantik bertudung labuh dan berjubah hitam

Posted: 23 Nov 2011 08:52 AM PST

Neelofa kini memang menjadi perhatian ramai kerana memiliki kecantikan wanita melayu yang lembut dan ayu..

Disebabkan sering dihimpit kontroveri dan gossip diantara Neelofa dengan beberapa artis lama,Neelofa mengupah dua org bodyguard untuk menjaga keselamatannya.

Skrg nie Hans Isaac sedang cuba menambat hati jelitawan nie namun Lofa masih menganggap hubungannya dengan Hans adalah atas dasar professional.




Kris kutuk Kim Kardashian "si bontot gemuk yang bodoh"

Posted: 23 Nov 2011 09:04 AM PST

Kim: Zip up your jacket; it's cold out there. Kris: You zip up your mouth



Ramai yang terkejut apabila Kim Kardashian menuntut cerai dengan suaminya Kris Humphries selepas 72 hari berkahwin.Apatah lagi perkahwinan mereka menelan belanja yang begitu mahal.

Tapi nampaknya Kim mempunyai sebab tersendiri mengapa dia mahu menarik diri dari perkahwinannya. Us Weekly melaporkan Kris (suami) sering mengeluarkan kata-kata yang tajam,mengguris hati dan tidak sensitif dengan perasaan isterinya itu, bahkan Kris pernah menggelarkan Kim " Fat Ass Idiot" dan "stupid".

Kalau korang sume menonton The Kardashian kat Channel E memang korang akan nampak sikap Kris yang bukan sahaja tak matangmbahkan lawak yang cuba dibuatnya amat annoying dan kurang hajar,sikapnya juga tak disenangi ahli keluarga Kim

Kris yang mendapat gelaran "husband from hell" dikatakan sering mengecil dan merendah-rendahkan Kim pada orang lain walaupun dihadapan Kim.Dia akan cakap benda-benda yang menyakitkan hati dan mampu mengguris perasaan Kim. Ada satu ketika Kris memberitahu bahawa Kim tidak mempunyai bakat dan keglemeran Kim takkan lama.

Kris juga berasa kurang senang dengan sikap Kim yang sering menegurnya supaya kurangkan berparti(apatah lagi Kris membelanjakan wang Kim sesuka hati,lebih lagi Kris kini menganggur setelah bergaduh dengan manager NBA.

Kris menyuruh Kim supaya jangan nak berlagak mcm "isteri" sangat dia rimas.


kalau kita dengar cerita nie memang Kris kelihatan seperti seorang suami yang sungguh lah teruk..

Perkahwinan Kim yang bertemakan Fairytale kini dah berubah jadi sebuah Nightmare..

Kim ada memberitahu jugak sbnarnya masa Kris melamarnya Kim teragak-agak tapi kerana terikat dengan rancangan The Kardashian dan tidak mahu menghampakan semua org termasuk penonton Kim pun bersetuju untuk berkahwin,

Luahan hati Hero Malaya,Khairul Fahmi Che Mat aka Apex

Posted: 23 Nov 2011 08:44 AM PST


"Apabila saya dipilih sebagai pemain bola sepak negara, ia adalah mimpi saya yang menjadi kenyaatan. Saya rasa, situasi ini bukan hanya tersurat pada diri saya saja, tetapi saya yakin ia merupakan impian kepada sesiapa saja yang bergiat dalam bidang sukan. Tidak kiralah sukan menembak, olahraga, badminton dan macam-macam lagi.

"Ternyata, selepas saya diberi landasan baik ini, saya perlu sedar bahawa ia bukannya satu perkara mudah untuk saya memandu ke arah jalan yang diredhai. Dengan menyandang gelaran itu, saya tidak boleh berangan-angan lagi.

"Ini kerana sebagai insan yang diberi kepercayaan menggalas tanggungjawab itu, saya perlu memahat dalam hati dengan kata hikmat pengorbanan.

"Aspek utama untuk berjaya adalah pengorbanan. Terus-terang, saya sudah menjadikan ayat ini sebagai rutin dan kriteria yang paling utama dalam kehidupan seharian saya sebagai pemain bola sepak.

"Bagi saya, setiap pengorbanan perlu diselarikan dengan usaha dalam mengejar gelaran juara. Bukan saja juara di mata dunia tetapi juara di hati insan yang disayangi iaitu ayah dan bonda. Dari pengorbanan yang saya zahirkan ini, saya perlu berhijrah ke arah lebih positif dengan meninggalkan segala larangan serta mengganggap pengalaman yang dilusuri selama ini sebagai satu pendidikan yang paling mujarab.

"Di sebalik kejayaan yang dikecapi saya bersama skuad bola sepak negara di Sukan Sea, adalah satu kemenangan bersama. Kemenangan ini bukanlah milik kami sekumpulan saja tetapi ia adalah milik mutlak seluruh warganegara Malaysia.

"Kemenangan yang dianugerahkan kepada kami tidak akan diperolehi tanpa sokongan padu dan doa restu dari seluruh pelusuk tanahair. Sungguhpun kami terpaksa renangi pelbagai dugaan dan cabaran sepanjang berada di negara bukan tempat kelahiran kami, tapi hakikatnya kami ibarat tentera yang berjuang demi menaikan martabat kemajuan sukan Malaysia sebaris dengan nama negara lain yang sudah harum di mata dunia.

"Perjuangan kami belum berakhir dan kami perlu meneruskan perjuangan ini selagi kami diberi mandat untuk memikul tugasan ini. Apapun, setiap apa yang diharungi, sama ada positif atau pun negatif, saya menganggapnya sebagai satu didikan untuk lebih bijak bertindak selain mematangkan saya.

"Hanya lafaz maaf mampu saya lahirkan kiranya apa yang berlaku selama ini adalah kesilapan saya sebagai insan yang lemah. Saya tidak boleh lalai dan saya tahu ia adalah rasa ambil berat masyarakat terhadap diri saya yang telah melabelkan saya sebagai Hero Malaya.

"Bukan mudah untuk diri saya yang kerdil ini menyandang gelaran besar itu. Saya tahu, ia bukan satu kesukaran buat diri saya seorang saja, tapi juga berat bagi rakan sepasukan saya yang lain. Kalau boleh, saya mengharapkan dorongan dan sokongan yang diberikan kepada kami semua tidak akan pernah putus.

"Sokongan ini harus dikekalkan sampai bila-bila walaupun pada masa akan datang individu yang bermain dalam pasukan negara ajab silih berganti.

"Andaikata kami rebah, sahutlah kami dengan minda yang terbuka. Jatuh bangun kami bukan pada diri kami saja. Hebat macam mana individu itu, dia tidak akan menerima kejayaan sekiranya faktor sekeliling tidak menerimanya.

"Insya-Allah, demi membalas jasa baik dari sokongan 1Malaysia, saya akan terus mencipta kemenangan. Adalah lebih baik tercipta kemenangan dengan ada rekod baru dan tercipta sejarah. Saya juga sedang mencari ruang dan masa untuk meluangkan masa bersama mereka yang sudah lama menyokong saya dan rakan sepasukan saya yang lain.

"Jika tiada arah melintang, saya akan mengadakan satu majlis kesyukuran bersama anak yatim dalam masa terdekat. Bila dan di mana, saya akan beritahu kelak. Sekali lagi, terima kasih kerana merealisasikan impian kami mengharumkan nama negara dengan tidak putus memberi sokongan. Saya memerlukan anda semua untuk terus berjaya."

Fida kini sedang mengenali hati budi seorang ahli perniagaan selepas putus cinta dengan Mamat Sepah

Posted: 23 Nov 2011 08:18 AM PST


"Saya tahu ramai yang telah mengkritik saya terutamanya menerusi laman-laman blog hiburan tentang penampilan saya sekarang. Sebenarnya apa yang saya lakukan ini semata-mata ingin mencuba sesuatu yang baharu terutamanya melalui penampilan menerusi gaya dan fesyen yang terkini.

"Sebagai seorang artis sudah tentu saya tidak mahu terus tampil dengan imej yang sama. Cuma saya sedar ada segelintir pihak tidak puas hati dengan penampilan saya sekarang kerana tidak lagi tampil dengan imej bertudung seperti dahulu," tegasnya.

"Mulanya saya ada membaca komen-komen negatif yang dilemparkan dan secara jujurnya saya memang amat kecewa. Bagi saya masing-masing ada hak untuk membuat kritikan, tetapi yang cukup mengecewakan saya apabila ada yang bertindak keterlaluan.

"Kalau mereka memberi kritikan yang membina terutamanya tentang kerjaya, saya masih lagi boleh menerimanya. Namun apa yang membuat hati saya terguris apabila ada yang sanggup menggunakan kata-kata kesat," luahnya.

Meskipun pada awalnya berasa sedih dan kesal dengan apa yang berlaku, Fida mengakui dia kini sudah dapat menerima hakikat bahawa bukan mudah untuk memuaskan hati semua orang terutama tentang perubahan terhadap dirinya itu.

"Sebenarnya selepas hubungan saya dan Mamat putus memang ramai lelaki yang cuba mendekati saya seperti di kalangan artis dan orang biasa. Malah, saya akui pernah cuba didekati golongan VIP.

"Walaupun ramai yang cuba untuk menjalinkan hubungan serius, tetapi rasanya biarlah sekarang saya solo dahulu. Cuma saya tidak nafikan yang kini agak rapat dengan seseorang," jelasnya.

Menurut Fida, jejaka tersebut adalah seorang ahli perniagaan dan mereka berdua sebenarnya sudah lama saling mengenali iaitu sebelum dia menjalinkan hubungan cinta dengan Mamat lagi.

Ujarnya, selama ini hubungan mereka hanyalah sekadar teman biasa sahaja. Namun, selepas apa yang menimpa dirinya telah menyebabkan hubungan mereka kini menjadi lebih rapat.

"Selepas hubungan cinta saya gagal serta dikritik ramai pihak, dialah lelaki yang banyak memberi dorongan dan semangat kepada saya. Itu yang menyebabkan kami rapat dan saya memang selesa berkawan dengannya.

"Apa yang boleh saya katakan setakat ini kami masih lagi berkawan dan dalam proses mengenali hati budi masing-masing. " ujarnya.

Kemenangan Yuna dengan Lagu 'Penakut"(Anugerah Lagu Terbaik) di AIM ditarik balik

Posted: 23 Nov 2011 07:51 AM PST

Kontroversi betul apabila undian disalah kira dan rupanya Lagu Yuna iaitu Penakut bukanlah Lagu yang layak menerima Anugerah Lagu Terbaik AIM ke 18.

Pemenang sebenar ialah lagu "Sedetik Lebih: oleh Anuar Zain..Sensasi setuju sangat-sangat. Anuar Zain juga merupakan penyanyi yang berkaliber dan Lagu tersebut memang layak Menang..

PETALING JAYA: Penyanyi Yuna mengesahkan kontroversi mengenai penarikan balik trofi Lagu Terbaik menerusi Penakut yang dimenangi di Anugerah Industri Muzik 18 (AIM18) baru-baru ini.

Penyanyi yang popular dengan lagu Dan Sebenarnya itu mengesahkan menerusi laman Twitter miliknya tengah hari tadi.

"Ya ia benar. Tetapi saya ingin mengucapkan terima kasih kepada peminat yang menyukai lagu tersebut," ujarnya.

Terdahulu, akhbar pada Rabu melaporkan, berlaku kesilapan pada pemilihan pemenang bagi kategori itu sehingga Penakut dinobatkan sebagai lagu terbaik secara keseluruhan walaupun ia tidak memenangi dalam kategori Lagu Pop Terbaik pada anugerah itu.

Turut dilaporkan, anugerah itu akan diserahkan kepada komposer Edry Abdul Halim dan Anuar Zain menerusi lagu Sedetik Lebih yang memenangi dalam kategori Lagu Pop Terbaik.

Difahamkan, pihak penganjur iaitu RIM dan AIM akan mengadakan sidang akhbar khas di Hotel Maya pada Khamis bagi menjelaskan kekeliruan itu.

Yuna dalam satu mesej lain di laman Twitter memberitahu dia tidak mahu menjawab sebarang pertanyaan dan memohon supaya ia diajukan kepada pihak penganjur.

Adibah Noor nekad tak mahu kahwin selepas putus cinta 5 kali

Posted: 23 Nov 2011 07:44 AM PST



Adat bercinta,ada yang berjaya dan ada yang kecundang di tengah jalan...sesungguhnya jodoh itu sudah ditetapkan Allah S.W.T,jadi harus redha walaupun kecewa..Kata orang kalau ada jodoh tak kemana..

seharusnya kita mencintai pasangan kita sepenuh hati selepas berkahwin...sebelum kahwin tue kene lah lebih mementingkan keluarga dan diri sendiri sikit ye..kalau tak,bila putus cinta kau rasa sakit nak meroyan sebab kau dah beri segala-galanya tetiba kecundang dan terkecewa..mulalah rasa benci dan dendam..

bila dah kahwin harus cinta sepenuh hati dan taat setia gitu..berusaha utk saling membahagiakan give and take dan jangan hilang sweet talk sesama pasangan..haruz utk mengekalkan kehangatan rumah tangga..

Apapun dlm hidup kita ada pilihan,utk memilih hidup dlm kesedihan atau pilih kebahagiaan..
kene kurangkan expectation dlm sesuatu hubungan kalau ingin bahagia..jangan mengharapkan pasangan kau mesti perfect 100%...jangan asyik nak merajuk sebab pasangan x memuaskan hati..belajar utk hidup dlm imperfection lah jugak ye..barulah hati tenang..we are human and always make mistake..blaja utk saling memaafkan tp jangan sampai tak syg diri sendiri ..apepun diri sendiri penting ye,

Aha emosi plak malam-malam nie..okeh jum baca kisah Adibah Noor yang dah serik bercinta.


"Bayangkan, lima kali saya putus cinta dan semua tak mahu berkahwin dengan saya. Dan sejujurnya, saya serik dan tak mahu kahwin.

"Dengan usia sebegini, lebih baik saya jaga diri sendiri serta keluarga dan fokus pada kerjaya seni. Alhamdulillah, keluarga tidak pernah mendesak, malah mereka faham dengan apa yang saya inginkan," katanya.

Tambah Adibah, sejak berstatus solo, dia mula membela kucing dan kini mempunyai hampir 20 ekor, malah binatang peliharaan kesayangannya itulah yang menjadi penghibur di rumah.

Bukan sekadar kucing, Adibah juga merasakan hidupnya cukup sempurna walaupun tanpa lelaki bernama suami di sisi kerana mempunyai teman-teman rapat yang sentiasa bersamanya ketika susah dan senang.

"Saya mempunyai sekumpulan rakan perempuan yan masih lagi bujang dan kami telah berjanji untuk menjaga antara satu sama lain.

"Selain keluarga, mereka inilah yang sentiasa bersama saya ketika susah dan senang. Bagaimanapun, saya tidak menolak sekiranya takdir telah menentukan jodoh saya," ujarnya.

Gambar Santai Hattan dan Isteri barunya Farah

Posted: 23 Nov 2011 07:19 AM PST

Pasangan pengantin baru Hattan dan Farah kelihatan sangat matching and happy together...gelak sakan nampak..

Semoga pasangan ini bahagia dan berkekalan sampai akhir hayat..
Photobucket

Photobucket