Adsense

Selasa, 22 November 2011

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Kempen SimplySiti Di Hati Bantu Dua Pesakit Jantung

Posted: 21 Nov 2011 05:16 PM PST

Jenama produk penjagaan diri, SimplySiti yang diterajui oleh Dato' Siti Nurhaliza kini makin berkembang aktif dan dengarnya tak lama lagi akan melancarkan produk terbaru. Sedar tak sedar, SimplySiti dah hampir menjejak usia 2 tahun. Dan dengan kematangan itu, satu kempen telah dilancarkan oleh Presiden SimplySiti, Dato' Siti Nurhaliza di Garden Ballroom, IOI Resort Marriot Putrajaya.

Siti Nurhaliza SimplySiti

Kempen yang diberi nama SimplySiti Di Hati itu akan bermula pada 1 Disember 2011 hingga 15 Januari 2012 di mana mendapat kerjasama dari rakan niaga Watson's untuk menyumbangkan bantuan kepada masyarakat yang memerlukan bagi meringankan lagi beban yang ditanggung. Siti Nurhaliza begitu terpanggil untuk mengadakan kempen ini kerana ia adalah satu tanggungjawab sosial yang memberi faedah kepada yang bernasib malang.

Dihoskan oleh pengacara program wanita, Azizah Ariffin, majlis pelancaran yang ringkas ini berjalan lancar dan ditamatkan dengan satu sidang media dan jamuan ringan.

Siti Nurhaliza SimplySiti

Untuk kempen yang berlangsung selama 2 minggu ini, SimplySiti akan mengumpul dana bermula dari setiap negeri untuk disalurkan kepada Yayasan Institut Jantung Negara bagi membantu dua orang pesakit jantung iaitu Adik Siti Nur Syahira, berusia 6 tahun dan Adik Tan Jia Yong, berusia 3 tahun. Kedua-dua kanak-kanak ini telah mengidap penyakit jantung sejak lahir lagi dan memerlukan bantuan sebanyak RM70,000 untuk mendapatkan rawatan perubatan selanjutnya di Institut Jantung Negara.

Siti Nurhaliza SimplySiti

Yang menariknya, Dato' Siti Nurhaliza sendiri akan turun padang menjadi Perunding Kecantikan ke cawangan SimplySiti di Watson's terpilih. Para pengguna dan peminat SimplySiti akan berpeluang bertemu dan membeli barangan SimplySiti secara langsung daripada Dato' Siti Nurhaliza bermula di Kuala Terengganu pada 3 Disember 2011, di Kangar Perlis pada 10 Disember dan lokasi berakhir di Semua House pada 30 Disember 2011.

Untuk menjayakan kempen ini, SimplySiti bergabung juga dengan AirAsia X selaku syarikat penerbangan rasmi dan sumbangan hadiah sebanyak 20 tiket penerbangan ke destinasi pilihan pelanggan, juga bersama IJN Foundation sebagai rakan perubatan rasmi membantu dari segi kepakaran pembedahan dan pemulihan bagi Adik Siti Nur Syahira dan Adik Tan Jia Yong. Hotel rasmi pula iaitu Putrajaya Marriot Hotel & Spa selaku penginapan rasmi kanak-kanak ini dan sumbangan baucer penginapan sebagai hadiah kepada pengguna SimplySiti.

Majlis pelancaran semalam turut meraikan hari jadi adik Siti Nur Syahira yang jatuh pada semalam. Sangat comel budak ni.

Siti Nurhaliza SimplySiti

Siti Nurhaliza SimplySiti

Jadi, dengan itu Siti Nurhaliza mengajak semua pengguna SimplySiti untuk bersama beliau bagi merealisasikan kempen ini di mana dengan setiap pembelian, pelanggan akan turut membantu di mana mereka yang menderma akan berpeluang memenangi hadiah. Antaranya, 20 tiket penerbangan AirAsia X dan baucer penginapan dari Putrajaya Marriot Hotel & Spa untuk dimenangi.

Dengan pembelian RM200 ke atas, sebanyak RM5 akan disalurkan ke dalam Kempen SimplySiti Di Hati, pelanggan hanya perlu mengisi borang dan butiran diri disertakan dengan resit pembelian serta slogan "SimplySiti di hatiku kerana…" Cara senang, borang itu kemudian haruslah dikepilkan bersama resit pembelian dan dimasukkan ke dalam kotak tabung SimplySiti Di Hati yang disediakan di setiap kaunter SimplySiti di seluruh Watson's.

Usaha murni ini disokong sepenuhnya oleh Rakan Eksklusif Watson's, Syarikat Penerbangan Rasmi AirAsia X, Rakan Perubatan Rasmi IJN Foundation dan Putrajaya Marriot Hotel & Spa sebagai Hotel Rasmi.

Layari: www.simplysiti.com.my dan LIKE Facebook "SimplySiti"

Siti Nurhaliza SimplySiti

Siti Nurhaliza SimplySiti

Siti Nurhaliza SimplySiti

Siti Nurhaliza SimplySiti

Siti Nurhaliza SimplySiti

Siti Nurhaliza SimplySiti

Siti Nurhaliza SimplySiti

Siti Nurhaliza SimplySiti

Siti Nurhaliza SimplySiti

Tags: ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Foto Siti Nurhaliza di Sidang Media Kempen SimplySiti Di Hati
  • Siti Nurhaliza Bakal Lancar Kempen SimplySiti Di Hati
  • Konsert Amal Sheila Majid di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur
  • Siti Nurhaliza di Malam Gala SimplySiti UiTM Shah Alam
  • Siti Nurhaliza Bawa Media Melawat Korea
  • Aizat Amdan, Ana Raffali & Amy Search di Malam Gala SimplySiti
  • Gambar Selebriti di Rumah Terbuka Aidilfitri SimplySiti
  • Gambar Fara Fauzana di Rumah Terbuka SimplySiti
  • Jo Jae Hyun, Ji Sung Dalam Drama New Heart di TV2
  • FINAS Terus Bantu Penggiat Filem
  • Full content generated by Get Full RSS.

    Plan Postpaid U Mobile Terbaru Memang Gempak

    Posted: 21 Nov 2011 04:33 PM PST

    Post kali ini bukan tentang dunia selebriti atau berkaitan dengan dunia hiburan, tapi Budiey ingin ceritakan tentang pengalaman Budiey menggunakan pakej postpaid terbaru dari U Mobile yang baru sahaja dilancarkan baru-baru ini. Sangat excited sebab itu dah tak sabar nak perkenalkan juga untuk pembaca yang tercari-cari plan data mana yang termurah dan berbaloi di pasaran sekarang.

    Segalanya bermula selepas Budiey dapati line prabayar Budiey kena 'bar' gara-gara lama sangat tak top up. Lupa + malas nak pergi top up. Maklum sahajalah, jarang sangat nak guna second phone tu. Kalau guna pun, Budiey guna untuk anjurkan program Movie Day Out bersama pembaca. Jadi, bila lama sangat tak buat Movie Day Out bersama pembaca, tengok-tengok line telefon bimbit kedua dah tak boleh guna. Aduss!

    Nak tak nak Budiey kena cari postpaid jugak, barulah senang dan tak leceh sangat nak guna. Sampai bil hujung bulan terus bayar guna online pun boleh. Tak perlu nak susah-susah buang masa untuk top up pra bayar.

    Kebetulan beberapa hari sebelum tu, U Mobile ada melancarkan plan terbaru postpaid iaitu U28, U58 dan U88. Okay, sangat menarik bunyi sebab bilangan nombor yang tertera adalah jumlah minima bil yang kita akan bayar setiap bulan.

    Nah, dah dapat Sim Card Umobile. Harap line Umobile tak bermasalah

    Semasa ke pusat jualan U Mobile yang terletak di Berjaya Times Square, Budiey ditawarkan juga oleh seorang promoter untuk mengambil pakej bersama dengan telefon pintar HTC Desire S. Ya, Budiey sebelum ini memang tak pernah lagi guna android dan mengambil keputusan untuk menggunakan telefon android buat kali pertama. Nak cuba juga best ke tak pakai android ni.

    Jadi, Budiey tanpa berfikir panjang dengan rela hatinya telah melanggan pakej data postpaid U28 di mana ia sebenarnya memberi kita percuma 1GB penggunaan data internet. Ya, lebih kurang RM1 untuk satu hari. Untung la kan?

    Rasanya, data plan U28 antara yang termurah la kot setakat ni. Jadi, apa yang penting kat sini, kita diberi kebebasan untuk memilih pakej mana dan data plan yang mana mengikut gaya hidup dan keperluan kita.

    umobile_phone_plans1

    Sudah tentu, sebagai penulis blog sepenuh masa, Budiey sangat-sangat memerlukan hubungan talian internet setiap masa. Kalau boleh 24-7 memang nak kena ada talian internet. Jadi nak tak nak kena jugak ambil pakej ni.

    Tambahan pula smartphone sekarang dah dijual dengan harga yang murah dengan pakej data. Kalau tengok betul-betul pakej yang U Mobile tawarkan memang tak percaya pun ada sebab sangat berbaloi-baloi. Nak tahu berbaloi ke tak, kena cuba pakai dalam seminggu. Okay ke tidak.

    Plan pospaid ini bukan sahaja sesuai untuk eksekutif muda malah ia juga sesuai kepada mana-mana para graduasi yang baru nak cari kerja. Memang data plan dan voice plan ni sangat mampu untuk digunakan. Bukan sahaja menawarkan pakej yang hebat, malah U Mobile juga menawarkan juga panggilan dan SMS secara PERCUMA!

    Sekali baca memang susah nak percaya sebab manalah ada zaman sekarang nak kasi percuma macam tu je kan? Tapi kalau tak percaya sangat anda boleh berkunjung ke pusat U-Mobile berdekatan.

    Seperti yang Budiey guna sekarang ni iaitu pakej U28 di mana Budiey hanya bayar RM28 sebulan termasuklah kita boleh guna mobile internet sehingga 1GB dan 300 SMS percuma kepada semua operators. Plan yang kedua pula, U58 di mana kita hanya bayar RM58 sebulan termasuklah penggunaan mobile internet sehingga 2GB dan diberikan juga 300 minit perbualan percuma. Manakala pakej U88 pula direka untuk pengguna yang betul-betul sibuk 24 jam dengan telefon bimbit sebab selain dapat guna 3GB data, kita juga diberikan 300 minit perbualan percuma serta 300 SMS percuma!

    Jyeah, me & my new toy HTC Desire S.

    Jika korang yang seorang pengguna aplikasi untuk berhubung seperti Whatsapp, Viber, Talkbox dan juga tweetdeck seperti Budiey, rasanya pakaj U28 dah kira berbaloi sangat dah. Perfect sangat! Juga ia sebenarnya lebih baik dari kita guna panggilan suara, SMS dan MMS. Sebab itu Budiey pilih smartphone HTC Desire S dengan menggunakan pakej U28.

    Antara ciri-ciri yang Budiey paling suka ialah HTC Desire S senang untuk guna. Walaupun sehari cuba guna, Budiey dah tak kekok lagi untuk petik sana, petik sini. Apa susah-susah, manual kan ada.

    Senang untuk dibawa ke mana-mana events yang Budiey hadiri, smartphones ni memang laju jugak dengan pakej U28. Biasanya jika kat event Budiey selalu upload gambar di Facebook dan Twitter. Jadi, masa pertama kali cuba upload gambar kat twitter memang sangat cepat dan laju. Tak sampai seminit gambar dah pun berjaya diupload.

    Untuk update blog secara live blogging di mana-mana acara dan anugerah, Budiey suka guna data pakej ni dengan menggunakan ciri istimewa iaitu mobile Wi-Fi Hotspot yang mana kita boleh menjadikan mobile ni seperti modem wi-fi bergerak. Jadi, senang dan mudah untuk update blog sebab wi-fi bergerak ni memang selalu je ON. Kawan-kawan lain yang nak guna pun boleh, kasi je password wi-fi tu kepada diorang.

    Hari pertama guna, memang kekok sikit la sebab sebelum ni tak pernah pegang pun telefon pintar HTC Desire S ni. Jadi, nak kena baca manual dan godek-godek sikit supaya jemari kita lebih selesa. Apatah lagi bila telefon ni menggunakan touch screen yang memang berbeza sangat dengan iPhone.

    Untuk pengetahuan semua, U Mobile sekarang ini menawarkan 3 buah smartphone iaitu Samsung Galaxy SII, HTC Wildfire dan HTC Desire S untuk pengguna yang mahu mengambil pakej postpaid yang terbaru ini. Untuk memudahkan lagi, U Mobile menawarkan kepada pengguna seperti fresh graduate, U Mobile bekerjasama dengan 5 buah bank terkenal kat Malaysia iaitu Maybank, RHB, AMBBank, HSBC UOB untuk buat skim bayaran mudah selama 12 bulan tanpa faedah (0%).

    Budiey akui apabila pertama kali tengok pada senarai pakej postpaid yang ditawarkan ini, Budiey agak skeptikal dan mengambil keputusan untuk hanya mengambil U28. Sekadar mahu cuba-cuba, tapi apabila dah cuba. Budiey rasa memang sangat berbaloi. Tambahan pula kepada anda yang tinggal di Lembah Klang memang tak de masalah sangat.

    Untuk mengetahui lebih lanjut tentang pakej ini, sila layari: www.u.com.my

    umobile_postpaid_plan

    Tags:

    Click on the following buttons to share this article with your friends:

    Baca artikel lain yang berkaitan:

  • U Mobile Announces New Postpaid & Prepaid Broadband Plans
  • U Mobile Launches New Postpaid Plans
  • New Booster Plan for Malaysia's Fastest Mobile Broadband
  • U Mobile Unveils Mobile Number Portability Promotion
  • A Rewarding 'bonUs' Adventure
  • Prepaid & Postpaid Subscribers to Enjoy Discounts U Mobile
  • U Mobile Celebrates Merdeka Day with Free Calls
  • U Mobile's Lucky One millionth Subscriber
  • Maxis to Bring iPhone 3G to Malaysia on March 20
  • AirAsia INSURE is now available via booking on AirAsia Mobile
  • Full content generated by Get Full RSS.