Adsense

Selasa, 22 November 2011

OHBULAN!

OHBULAN!


Gossip: Aksi Mesra Penyanyi Suara Mantap & Pelakon Lelaki Sasa, ‘Cinta Kedai Buku’

Posted: 22 Nov 2011 09:48 PM PST


Apa yang OHBULAN! nak ceritakan bukan pasal hubungan penyanyi cantik yang dilabel 'mesra peminat' ini dengan penyanyi 'biskut' dari program realiti, tapi sebaliknya gosip cintanya dengan seorang lagi aktor baru, tinggi lampai berbadan sasa yang sekarang agak ligat bermain drama (sasa ke?).

Sebelum ini, mereka berdua pernah hadir bersama dalam satu majlis anugerah berprestij. Aksi teman tapi mesra mereka yang bertepuk-tepuk tampar pastinya menarik mata yang memandang, terutamanya pihak media. Bila ditanya, malu-malu kucing nak mengaku yang hati masing-masing saling terpaut. Baiklah, kami layankan saja masa itu. Bak kata orang Melayu, 'untung sabut timbul, untung batu tenggelam (ada kena mengena ke?) barang yang baik, pastinya terungkai juga akhirnya.

Tapi…tapi apa yang OHBULAN! nampak semalam memang tangkap syok juga, alkisahnya petang semalam lepas dari melawat seorang teman dari sebuah hospital pakar, pergilah melepak sekejap di dalam sebuah mall yang betul-betul terletak berhadapan dengan hospital tersebut.

Lokasi yang dituju pastinya kedai buku, maklumlah sebagi penulis, ilmu perlu dimantapkan (cheh!!) Dalam khusyuk menelaah buku-buku, tiba-tiba ternampak kelibat penyanyi sedang membelek-belek buku, ok buat tak kisah saja… Tidak lama kemudian muncul pula seorang lelaki, berkemeja putih yang sedari tadi perasan juga, asyik melilalu-lilau dalam kedai buku tersebut. dan sah, lelaki tersebut adalah pelakon kacak tadi.

Maybe mereka kebetulan bertemu, tapi bila terdegar pelakon tersebut berkata, "dah ke? mereka kat luar dah tunggu" kepada penyanyi muda tadi, memang sah mereka jalan bersama. Benar, kehadiran mereka bukan berdua, ada beberapa teman turut bersama mereka.

Tapi yang menariknya, aksi pasangan selebtiri muda remaja ini memang tampak mesra tak ubah pasangan kekasih, yang lelaki siap tolong jinjing beg penyanyi wanita tadi dan adakalanya bertenggek manja minta agar si 'kekasih hati' cepatlah beredar dari kedai buku tersebut. Barangkali sudah perasan lirikan mata OHBULAN! yang sedari tadi memerhatikan mereka, gelabah jadinya.

Kepada pasangan merpati dua sejoli ini, janganlah main tarik tali lagi, kalau dah betul bercinta mengaku sajalah ok, senang cerita. Tak payah sorok-sorok. Semoga berbahagia hendaknya, taknak kontroversi belakang hari. Apapun, OHBULAN! suka dengan lagu baru penyanyi wanita ini, memang mendayu dan suaranya pun mantap!

Full content generated by Get Full RSS.

K-Pop : RaNia Lancarkan MV Terbaru Bertajuk “Pop Pop Pop”, Meletup!

Posted: 22 Nov 2011 09:10 PM PST

Aummm! MV terbaru kumpulan RaNia yang bertajuk "Pop Pop Pop" baru sahaja dilancarkan 3 hari lepas. OHBULAN! pasti ramai peminat yang ternanti-nanti dengan MV ini.

Dianggotai oleh 7 orang wanita jelita, kumpulan RaNia terdiri dari 6 orang wanita Korea iaitu Riko, Saem, Jooyi, Di, T-ae, Xia dan seorang wanita Thailand iaitu Joy. Mereka pernah membuat persembahan di Konsert Suara Kami yang berlangsung di Stadium Merdeka pada 16 September lepas.

Tidak perlu bercerita panjang, saksikan MV penuh dari RaNia sekarang!

Full content generated by Get Full RSS.