Adsense

Selasa, 22 November 2011

OHBULAN!

OHBULAN!


Bukan Propa, Far East Movement Bikin Gegar KL!

Posted: 21 Nov 2011 04:00 PM PST

Sebelum ini heboh seketika apabila ada ura-ura yang memperkatakan quartet Electro Pop kelahiran Asia-AS, Far East Movement ini hendak datang 'meng-Electro' Kuala Lumpur pada September lalu.

Perkhabaran tersebut diterima baik sepantas kilat oleh sekalian peminat kumpulan ini, malah ada yang siap-siap plan beli tiket awal, tidak kurang juga yang sanggup beli tiket 'belon' semata-mata hendak menyaksikan diri konsert pelantun lagu 'Like a G6′ ini. Namun sayangnya impian tersebut berkecai, apabila pihak pengurusan kumpulan ini mengeluarkan kenyataan menerusi laman web rasmi menerangkan mereka tidak akan membuat persembahan di Malaysia.

Namun jangan risau, segala kehampaan dan impian lebur anda untuk menyaksikan quartet gempak ini bakal tercapai apabila mereka akan menggegarkan Kuala Lumpur menerusi Moovment 2011 yang akan berlangsung pada 3 Disember depan di Indoor Arena bukit Equestrian Park, jam 8 malam.

Bakal berkongsi pentas dengan DJ Earworm, MOOVMENT 2011 ini dibawakan oleh universal Music Malaysia dan Marctensia Concerts bersama TuneTalk Mobile Prepaid serta Levi's selaku penaja pakaian rasmi.

Kehadiran DJ Crystal, DJ Junior, DJ Ken dan Jakeman & Skeletor antara beberapa nama yang dijangka turut merancakkan malam MOOVMENT 2011 nanti

Tiket berharga RM103 (Zon Rock) dan RM203 (Zon Pit). Layari www.AirAsiaRedTix.com untuk pembelian tiket secara online atau hubungi 03-87754666 untuk maklumat mengenai tiket.

Anda juga boleh membuat pembelian tiket secara terus di cawangan Victoria Music Centre (Sungei Wang (TEL: 03-21487208 & 03-21420661), Amcorp Mall (TEL: 03-79560592), Tropicana City Mall (TEL: 03-77222955), Bangsar Shopping Centre (TEL: 03-20931093)) atau Rock Corner (The Gardens Mall (TEL: 03-22844893), Mid Valley Megamall (TEL: 03-22841423), KLCC (TEL: 03-21619417), Subang Parade (TEL: 03-56369520), The Curve (TEL: 03-77296313), One Utama (TEL: 03-77255667)).

Walaubagaimanapun, buat adik-adik yang memasang niat untuk menyaksikan grup pujaan mereka ini membuat persembahan secara live adalah dukacita dimaklumkan, individu yang berusia dibawah 18 tahun adalah tidak dibenarkan sama sekali.

Full content generated by Get Full RSS.

Monoloque Akhirnya Bawa Halimunan Abad Ke-21 Jejak Tanah!

Posted: 21 Nov 2011 04:00 PM PST

Penangan lagu 'Kekanda Adinda' duet bersama Atilia nyata memberi kesan kepada karier Monoloque yang pada asalnya direformasi daripada sebuah band yang dijulang lokomotif persada Indie suatu ketika dulu sehingga berjaya meniti di bibir para pendengar di serata negeri.

Namun tidak mahu dikenali sebagai 'kekanda' sahaja di mata ramai, Monoloque akhirnya tampil menghadiahkan 'Jejak Tanah' album debut dalam siri trilogi 'Hikayat Halimunan Abad Ke-21′ buat para peminat yang telah sekian lama menanti 'produk' mereka.

Menyedari tempoh dua tahun untuk menyiapkan album agak lama, Khairil Annuar Ridzwan Alias atau senang disapa Loque menyatakan, album debut itu sebenarnya tidak mengambil masa yang lama untuk dirakamkan, cuma proses pengumpulan material, pembentukan identiti dan ciri-ciri bunyian Monoloque yang perlu disebatikan dan disepadukan mengambil masa selama dua tahun.

"Ia termasuklah proses transformasi daripada projek solo kepada mereformasikan sebuah kumpulan yang melalui proses keluar masuk anggota sehinggalah ia benar-benar lengkap," ujar Loque ketika ditemui pada majlis pelancaran album debut mereka di Hard Rock Cafe, petang semalam.

Istimewanya lagi, album sulung band yang dianggotai empat musisi hebat iaitu Ijoo (gitar utama), Loko (dram, suara latar), Dax (bass, perkusi), Apex (gitar) serta Loque selaku vokal dan gitar utama ini turut menampilkan kolaborasi dengan Azlina Aziz menerusi lagu berjudul 'Batu Belah Batu Konkrit'.

Jelas Loque lagi, kemunculan Azlina berperanan sebagai watak 'bonda' dalam album tersebut. Selain memiliki kelunakan suara lunak yang unik, Loque tanpa berselindung mengakui memilih punya alasan tersendiri.

"Kalau diamati dengan teliti, karya kami dalam album ini sememangnya banyak menyuntik pengaruh elemen Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, Allahyarham R.Azmi dan ramai lagi pemuzik era klasik,"

"Pemilihan Azlina adalah kerana darah seni yang diwarisi daripada ibu dan bapanya yang cukup hebat ketika zaman kegemilangan muzik dan filem sebelum merdeka. Justeru kami ingin abadikan sesuatu istimewa dalam album sulung ini," tambah Loque lagi.

Berintipatikan 'cinta' dan 'batu', album ini memuatkan lapan buah lagu bikinan Loque sendiri. Selain 'Batu Belah Batu Konkrit', ia turut memuatkan lagu-lagu seperti 'Gurindam Hutan Batu', 'Cinta', 'Hapuskan Air Di Matamu','Tiada Kata Secantik Bahasa','Penghormatan Terakhir' serta lagu hits, 'Kekanda Adinda'.

Foto: Diambil daripada laman Facebook Rasmi Monoloque / Rupa Jiwa Studio

Full content generated by Get Full RSS.