Adsense

Ahad, 6 November 2011

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Drama Qasidah Rindu Fatihah

Posted: 06 Nov 2011 08:41 PM PST

Khas Aidiladha : Drama Qasidah Rindu Fatihah di TVi (Astro 180)

Radio Televisyen Malaysia (RTM) menerusi saluran TVi (Astro 180) dalam menghayati sambutan Aidiladha ini tidak ketinggalan untuk turut berkongsi menyajikan program menarik buat penonton setia salurannya. Nyata ia direalisasikan menerusi tayangan sebuah drama menarik Qasidah Rindu Fatihah yang bakal menermui penonton pada 12 November 2011 (Sabtu), jam 12.00 tengah hari.

Menampilkan plot kisah yang menarik untuk ditonton seisi keluarga dan menghayati erti pengorbanan sebenar seorang bergelar ibu, drama mengetengahkan lakonan berkesan Fauziah Nawi, Watie Sadali, Ika Nabella, Talha Harith, Nasir Bilal Khan, Arash Mohamad dan Fauzi Nawawi ini pastinya mampu meruntun hati sesiapa sahaja yang bergelar seorang ibu dan anak menerusi kisah kekeluargaan yang disampaikan.

Kisahnya berlegar mengenai Masinah, seorang ibu yang inginkan keturunannya terus berada di dalam lingkungan pegangan agama yang kuat. Menjalani kehidupan tanpa ditemani individu bernama suami membuatkan Masinah menjadi seorang yang kuat semangat dalam membesarkan anak tunggalnya Fatihah dalam keadaan yang serba sederhana.

Masinah terkenal di Kampung Lalang sebagai seorang yang lunak suaranya terutama apabila mengalunkan ayat-ayat suci Al-Quran, berzanji, qasidah dan sebagainya. Masinah juga mengajar anak-anak orang kampung mengaji. Anaknya, Fatihah juga mewarisi bakat ibunya dan setiap malam, mereka dua beranak akan mengajar kanak-kanak mengaji.

Masa berlalu Masinah mula menyedari jiwa muda Fatihah mula memberontak. Fatihah yang sememangnya memiliki suara yang lunak seringkali dipengaruhi oleh teman-temannya untuk menyertai pertandingan nyanyian hingga membuatkan Fatihah termakan kata-kata pujian mereka dan dia mula menyanyi di rumah kenduri kahwin.

Satu hari rahsianya terbongkar dan Masinah mengamuk bila mengetahui Fatihah menyanyi dalam majlis kenduri kahwin. Masinah mengambil keputusan untuk mengahwinkan Fatihah namun ditolak mentah-mentah oleh Fatihah. Pertengkaran besar berlaku menyebabkan Fatihah terus meninggalkan Masinah dan mengejar cita-citanya di Kuala Lumpur.

20 tahun kemudian, Fatihah telah memiliki sebuah keluarga dan perniagaannya sendiri. Dia telah berumahtangga dengan Amir, seorang ahli perniagaan dan memiliki anak bernama Fitri yang juga memiliki bakat nyanyian sepertinya. Sementara itu, Najmuddin pemuda yang ingin dijodohkan ibunya dengan Fatihah dulu juga kini telah memiliki keluarga sendiri dan seorang anak bernama Amar.

Tanpa disedari Fitri berkawan rapat dengan Amar hingga menimbulkan perasaan cinta antara keduanya. Amar membawa Fitri pulang ke kampungnya dan memperkenalkannya dengan Masinah yang sudah dianggap bagai neneknya sendiri kerana setelah Fatihah menghilangkan diri, hanya Najmuddin yang mengambil berat soal dirinya.

Sementara itu Masinah masih setia menanti kepulangan Fatihah dan berharap anaknya itu dapat pulang menemuinya sebelum dia menutup mata. Namun masih adakah kesempatan untuk mereka bertemu semula?

Saksikan kesudahan drama menarik sarat kisah kekeluargaan dan keinsafan khas Aidiladha ini hanya di TVi.

Tags:

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Razali Hussin, Yasmin Haniff dalam E-Mail Dari Ankara
  • Lagu Tema Drama Na O Me Bisikan Rindu Nyanian Han
  • Hisham Ahmad Tajudin, Shahrul Kamal dalam Drama Qasidah Mufarid
  • Pelakon Izi Yahya Meninggal Dunia
  • Senarai 14 Lagu Finalis Ke Anugerah Juara Lagu Ke-24
  • Lirik Lagu Rindu Syahdu Di Hari Raya Nurul
  • Gambar Lama Sherry Ibrahim di Majalah Mangga
  • Lirik Lagu Terbaru Nur Fatimah – Rindu
  • Drama Istimewa Aidilfitri 1430H di TV2
  • Drama Memintas Seribu Bulan Dan Email Dari Angkara
  • Full content generated by Get Full RSS.

    Pasangan Selebriti Paling Romantis di Anugerah Skrin 2011

    Posted: 06 Nov 2011 04:27 PM PST

    Pasangan manakah paling romantis, korang rasa? Sila pilih yang mana satu paling romantis.

    Pasangan Selebriti Paling Romantis di Anugerah Skrin 2011

    Anugerah Skrin 2011

    Awal Ashaari dan Scha Alyahya yang bakal kahwin tahun depan. Paling romantis

    Anugerah Skrin 2011

    Remy Ishak dan Tiz Zaqyah yang mengakui bercinta. Nur Kasih sangat!

    Anugerah Skrin 2011

    Shila Amzah dan Sharnaaz Ahmad pula masih belum pasti samada diorang betul-betul bercinta?

    Anugerah Skrin 2011

    Lama betul tak jumpa dengan Jasmin Hamid

    Anugerah Skrin 2011

    Eizlan Yusof bersama isterinya, Vie Shantie Haron. Sweet couple.

    Anugerah Skrin 2011

    Shaheizy Sam & Rafidah Ibrahim. Couple? Taklah, mereka sengaja dipadankan. Sesuai tak?

    Anugerah Skrin 2011

    Bayangkan kalau benar-benar Siti Saleha bercinta dengan Gambit. OMG OMG! Oh tidak!

    Anugerah Skrin 2011

    Joey Rahman dengan Adeline Tsen. Cute couple.

    Anugerah Skrin 2011

    Wow, Rizal… speechless tengok pasangan ini.

    Anugerah Skrin 2011

    Dua hati satu jiwa, camna tu? Siapa pilihan sebenar Fizo Omar ni, Intan Ladyana kah atau Izara Aishah kah?

    Anugerah Skrin 2011

    Ops ini bukan selebriti ya, ini adalah tetamu VIP di Anugerah Skrin 2011. Tak salah kalau diorang nak romantik kan?

    Tags: ,

    Click on the following buttons to share this article with your friends:

    Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Gambar Pasangan Selebriti di Anugerah Skrin 2011
  • Trivia: Cinta Selebriti di Anugerah Skrin 2009
  • Gambar Selebriti di Sidang Media Anugerah Skrin 2011
  • Peraduan Menangi 20 Keping Tiket Anugerah Skrin 2011
  • Poster filem Cintaku Forever & Cinta Nan Satu Sama?
  • Gambar Selebriti di Sidang Media Anugerah Skrin 2010 Part 2
  • Photo of The Day: Tema Anugerah Skrin 2009 Arabian Night
  • Peraduan Menangi 10 Keping Tiket Anugerah Skrin 2008
  • Peraduan Menangi 15 Keping Tiket Anugerah Skrin 2010
  • Sidang Media Anugerah Skrin 2008 Berkonsepkan DIAMOND
  • Full content generated by Get Full RSS.