Adsense

Ahad, 20 November 2011

OHBULAN!

OHBULAN!


Ezlynn Sah Bergelar Isteri Kepada Adam Fahmy.

Posted: 20 Nov 2011 10:08 PM PST

Semalam berlangsung Majlis Pertunangan & Majlis Akad Nikah penyanyi, pelakon & pengacara Ezlynn (Azline Binti Ariffin, (30thn) dengan Adam Fahmy Bin Shamsudin (35thn). Majlis diadakan pada pukul 5.00pm di Roof Garden, Sime Darby Convention Center, Bukit Kiara, Kuala Lumpur.

Majlis akad nikah disempurnakan oleh Ustaz Muhammad Ridwan Bin Mohd Yunus, Jurunikah Masjid Sg. Penchala selaku Jurunikah.

Majlis turut dihadiri oleh keluarga terdekat dan rakan-rakan seramai 70 orang dan disempurnakan sendiri oleh bapa pengantin perempuan, iaitu En. Ariffin Bin Alang Ahmad, dan disaksikan oleh En. Mohd. Fadzil Abd Hamid & En. Mohd Rashid Marzuki.

Pihak lelaki telah menyediakan sebanyak 5 dulang hantaran berupa Mas Kahwin sebanyak RM80.00, Wang Hantaran sebanyak RM20,020.20 manakala barangan lain ialah senaskah Al-Quran, Beg Tangan dan Kasut.

Pihak perempuan pula membalas dengan 7 dulang, berupa dua naskhah Al-Quran, kain sampin songket, kemeja & cuffling, pakaian berbasikal, sepasang kasut, set haruman dan kaca mata.

Akad nikah yang berkonsepkan klasik putih, pink dan warna-warna bumi (earth colour) di ilhamkan sendiri oleh Adam & Ezlynn sendiri yang juga memakai baju melayu/kurung putih dan pink tajaan Oscar Jeprey dari Butik Lagenda Creations.

Rekaan pelamin, pada majlis pertunangan adalah berkonsepkan 'Japanese Romance', manakala pentas dan semua deko pada majlis akad nikah adalah berkonsepkan Klasik Kontemporari, kesemuanya di atas tajaan CheDet Butik Nasha. CheDet juga menyediakan kesemua 12 dulang hantaran bagi kedua-dua pihak.

Aksesori pula ditaja oleh Rafflesia Pearl Center, merupakan sepasang subang gabungan berlian dan dua butir 'South Sea Pearl'. Khidmat Jurusolek kedua-dua mempelai adalah dari sentuhan Nurul Shukor.

Detik-detik pra-perkahwinan, pertunangan, pernikahan dan majlis resepsi kelak adalah dari khidmat jurugambar-jurugambar dari RED Photography. Videografi kesemua majlis ditaja oleh Avicenna Studio.

Full content generated by Get Full RSS.

Monday Music : “Maafkan Aku” Oleh Last Minute, Layannn!

Posted: 20 Nov 2011 09:21 PM PST


Segmen Monday Music minggu ini bakal menampilkan sebuah lagu dari band Last Minute.

Lagu bertajuk "Maafkan Aku" ini telah dilancarkan di laman Youtube pada 16 Jun lepas dan sehingga kini hanya 9000++ kali sahaja ditonton, mungkin kerana tiada promosi dan pendedahan. Tapi bagi OHBULAN!, lagu ini benar-benar catchy dan memikat halwa telinga.

Para pendengar di Youtube juga turut memberikan komen yang positif kepada lagu ini seperti,"1st time dgr lagu ni terus suka. best!" – eimkent1790, dan "awesome keep it up guyssss" – MegaSabrina1234.

Jadi kepada anda semua, apa tunggu lagi, cepat dengar lagu ini sekarang!

Full content generated by Get Full RSS.