Celebrity News |
- Cerita Lawak : Kisah Amin Dan Soalan Matematik Cikgu
- Cerita Sedih : Kisah Poligami Seorang Isteri
- Gambar Perkahwinan Shera dan Zahiril Adzim
Cerita Lawak : Kisah Amin Dan Soalan Matematik Cikgu Posted: 20 Nov 2011 07:53 AM PST Amin:Tak tau cikgu. Cikgu:Ok nanti tanya keluarga ya. ... Amin: Baiklah cikgu. Setiba di rumah Amin bertanya kepada ayahnya. Amin: Ayah , 5+5 berapa? Ayah: Nasi goreng , nasi goreng (Tengah masak nasi goreng) Amin bertanya kepada abangnya. Amin: Abang , 5+5 berapa? Abang: Setann! (Tengah sibuk layan FB) Amin bertanya kepada kakaknya. Amin: Kakak, 5+5 berapa? Kakak: Lets go bebeh , lets go bebeh (Tengah cakap di telefon) Amin bertanya kepada adiknya. Amin: Adik 5+5 berapa? Adik: Alhamdulillah (Baru habis makan) Keesokan harinya Cikgunya bertanya. Cikgu: Amin 5 +5 berapa? Amin : Nasi goreng , nasi goreng.. Cikgu : Siapaa yg ajar kamu ni? Amin : Setann! Cikgu : Kamu nak kena tampar?! Amin : Lets go bebeh , lets go bebeh Cikgu : Kamu digantung sekolah!!! Amin : Alhamdulillah.. Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !! Follow @zoomartis |
Cerita Sedih : Kisah Poligami Seorang Isteri Posted: 20 Nov 2011 07:30 AM PST saya suka membaca kisah2 yang terdapat dalam page tuan, saya banyak gunakannya untuk muhasabah diri saya dan mengembalikan semangat diri saya. saya mohon apa yang saya kongsikan boleh menjadi pengajaran kepada semua suami di dunia ini... saya ingin kongsikan apa yang telah saya alami pada tahun lalu... Saya selalu mencari maklumat di internet tentang kisah poligami... saya liha...t terlalu banyak keluhan dan rintihan yang disuarakan oleh isteri kedua yang kononnya sts bernasib malang.. saya tidak pernah terbaca tentang luahan serta rintihan seorang isteri yang telah dimadukan oleh suaminya sama ada secara terpaksa atau paksa rela.. untuk makluman tuan, pada bulan 7 tahun lalu saya terhidu perhubungan rahsia suami bersama wanita lain yg muda 6 tahun dari saya. Saya akui saya tersentak, namun saya bertanya dgn elok2 kepada suami apa perasaanya terhadap wanita tersebut, namun jawapannya adlh cinta dan ingin mengambilnya sebagai isteri. Setelah itu, saya berusaha mendapatkan nombor telefon wanita tersebut dan saya bertanyakan soalan yang sama, dan jawapan yang sama niatnya untuk berkahwin... apa daya saya tuan, ingin dihalang saya yakin hubungan saya dgn suami akan menjadi teruk... dan saya bimbang berlakunya perkara yang tidak diingini memandangkan saya tinggal berjauhan dengan suami (suami di JB, saya di mersing) sejak saya berkahwin. Saya menghidu hubungan mereka ketika usia perkahwinan kami baru mencecah 4 tahun...pertama kali saya berjumpa dengan wanita tersebut pada malam ulangtahun perkahwinan kami yg ke4... Sepanjang bulan puasa saya sts bangun malam dan memohon petunjuk Allah. Hati saya dibukakan dengan rela dan sepenuh hati untuk menerima wanita itu, dan saya memulakan hubungan yang baik dan menerimanya sebaik yang mungkin walaupun Allah sahaja yang tahu bagaimana hancurnya hati saya... saya berusaha menerima sebaik2nya...saya sangat berusaha pada masa itu, hanya anak saya sahaja yang nampak bagaimana setiap hari saya menangis selepas solat..hanya anak saya yg berusia masuk 4 tahun yang memujuk saya setiap kali saya menangis... pada bulan 9 saya telah disahkan mengandung, perasaan saya pada masa itu kosong, saya lalui kehidupan saya tanpa semangat dan hanya melalui kehidupan sbb masih bernyawa..Astagfirullahalazim. Mungkin tuan tertanya, mengapa saya izinkan sedangkan setiap hari saya berendam air mata.... saya pernah bertanya suami 'bagaimana sekiranya ayg tidak menizinkan?' suami saya menjawab 'Abg xpe, tapi mungkin abg berubah sbb tak sangka ayg tak izinkan'... bagaimana harus saya lakukan tuan, saya tiada pilihan, perubahan suami yg amat saya takutkan sekali, saya takut dia tak menyintai saya lagi... mungkin itu bodohnya saya, selama ini saya cukup menghormati, x pernah timbul rasa curiga, begitu tinggi rasa kepercayaan saya pada dia, saya yakin dia sygkan saya dan anak saya... tapi alangkah kejamnya apabila dia bercinta dengan wanita lain tanpa pengetahuan saya sedangkan saya sendirian menjaga anaknya di mersing, rupa2nya dia berseronok tinggal jauh dengan saya... bercinta dan ber'date' denga org lain denga penuh gembira... saya sangat terluka tuan, seolah2 pengorbanan saya selama ini langsung tidak dihargai... saya bekerja bersungguh-sungguh membantu ekonomi suami, saya bayarkan kereta dia setiap bulan...tapi apa yg saya dapat.... bila dia nak kawin lagi saya cuba positif menerima permintaannya dan berbaik dengan wanita tersebut sehingga saya memanggilnya adik, saya meminangkan wanita tersebut dan saya membantu suami naik turun mahkamah memohon kebenaran mahkamah untuk poligami. untuk pengetahuan tuan, bermula bulan 10 suami saya mula jarang balik menjenguk saya dan anak, wpun suami tahu saya sedang mengandung... apabila suami saya pulang, belum sampai 24 jam dia minta untuk balik semula ke jb dengan alasan wanita tersebut merajuk dan dia bimbangkan keadaan tunannya saat itu... saya hanya diam tidak terkata tuan, saya biarkan suami saya melakukan sesuka hatinya... suami mula jarang mengangkat phone, membalas mesej saya... saya pernah dimasukkan wad disebabkan tekanan darah yang amat rendah, pada waktu itu suami saya pulang, namun saya mendapat mesej yang kurang menyenangkan dari tunangnya supaya saya menjaga diri baik2 dan tidak susahkan 'abg'... semakin lama semakin ketara sikap wanita ini untuk memiliki suami saya, namun suami saya masih lagi tidak akan mempercayai saya... suami sering memarahi saya atas sebab yang saya kurang pasti berpunca dari wanita tersebut... untuk pengetahuan tuan, pertama kali seumur hidup saya bersama suami kami bergaduh dan saya terpaksa meninggikan suara sebab suami tak pernah mendengar apa yang saya katakan... namun keesokannya saya hanya meminta maaf, dan dengan mudah suami memaafkan saya... sikap suami ini berlarutan sehingga mereka diijabkabulkan pada bulan februari 2011... atas permintaan suami saya turut menyaksikan hari indahnya bersama wanita lain, sedangkan hati saya bagai diragut pada waktu itu...selepas majlisnya saya mengambi kesempatan untuk bercuti dan merehatkan fikiran saya di desaru.. pada waktu ini saya sedang mengandung 6 bulan dan saya meminta pengasuh untuk menjaga anak saya selama 3 hari... saya betul2 perlu bersendirian ketika itu... bulan pertama dia menjadi suami wanita lain, dia hanya berjumpa saya 4 malam, pada bulan kedua suami saya langsung tak pulang dan bulan ketiga hanya 3 malam dia bersama saya... tapi apa daya saya tuan, siapa saya untuk bersuara... jika suami saya pulang pun pelbagai ragam dilakukan oleh isteri barunya sehingga saya lihat suami dengan muka yang tertekan dan dia akan balik semula ke jb... Sehingga akhirnya saya bersalin, suami berubah dan mula menjalankan tanggungjawabnya semula... namun alangkah sedihnya saya apabila saya dan anak2 dituduh menjadi punca suami berubah terhadap isteri barunya... isteri keduanya sering menggangu saya dengan mesej2 yang amat tidak menyenangkan dan membuatkan saya berasa tidak selesa bersamanya.... Sehingga kini tuan keadaan ini berlarutan, sampai bila saya perlu bersabar dan mengalah... dia hidup bersama isteri barunya setiap hari, sehinggakan nak berjumpa kami banyak menimbulkan permasalahan.... saya pernah menyatakan lebih baik antara kami tiada ikatan langsung, ini yang terbaik untuk suami dan isteri barunya.... namun suami bermati2an tidak mahu menceraikan saya.... saya pasrah pada Allah, saya akur kalu perlu saya tiada suami, sbb saya sudah terlalu biasa hidup tanpa suami disisi... dan saya yakin saya boleh menjaga anak2 saya sendirian... namun, saya berserah dan masih melihat keadaan... saya tahu jika saya minta lawyer saya uruskan, permohonan saya akan lulus, tapi kenapa hati saya tak sampai hati untuk meninggalkan suami, wpun selama ini hanya racun yang dia beri pada saya... tuan, saya bukan minta semua wanita yg terasa dizalimi pergi menuntut cerai... tetapi saya mohon, kepada setiap suami tolongla hargai setiap penat lelah dan pengorbanan isteri kepada anda... pada saya, bukan duit, emas dan harta yang saya minta... saya cuma hanya inginkan suami yang mampu melindungi, mempertahankan hidup saya dan anak2, suami yang mampu menjaga kebajikan emosi dan fizikal saya... suami yang benar2 boleh diharap dan menjadi contoh yang terbaik untuk anak2 saya... Kepada wanita diluar sana yang berminat dengan suami org, sedarla yang anda juga mempunyai suami yang juga milik insan lain yang lebih awal dari anda, bertoak ansurla... jika tidak mampu untuk bertolak ansur maka carila yang belum dipunyai sesiapa... tolong jangan seksa wanita lain... tuan, saya tahu kebahgiaan tidak sentiasa kekal bersama kita, saya pasrah dan saya redha... semoga setiap titisan air mata saya akan ditukar oleh Allah dengan permata yang berharga... saya berharap kehidupan yang baik diakhirat kelak... amin... Tolong doakan semoga saya kuat untuk mendidik anak2 saya dan saya tabah melalui ujian yang begitu pahit ini... doakan saya boleh kembali senyum untuk anak2 saya... Daripada Email: IsteriTercinta ZoOM : Apa Kata Anda Mengenai kIhsa ini ? Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !! Follow @zoomartis |
Gambar Perkahwinan Shera dan Zahiril Adzim Posted: 20 Nov 2011 07:02 AM PST Alhamdulillah pasangan ini telah selamat dinikahkan dan sah menjadi suami isteri di rumah penggantin perempuan di Ipoh, Perak. Dengan hanya sekali lafaz pasangan ini berjaya menunaikan tanggungjawap sebagai umatnya seperti yang diamanatkan kepada kita semua. Majlis persandingan akan berlangsung di Kinding Hills Grand Ballroom, Ipoh dalam masa waktu terdekat. Dan untuk makluman anda sebelum ini pasangan ini telah bertunang pada 1 Mei 2011. Dan berikut beberapa gambar yang ZoOM jumpa di Internet untuk kita kongsi bersama Shera nampak ayu dan berseri-seri di majlis pernikahnya Selepas dinikahkan oleh Imam dan sah menjadi suami kepada Shera Kad Jemputan Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !! Follow @zoomartis |
You are subscribed to email updates from Celebrity News To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |