Adsense

Rabu, 16 November 2011

macam macam hiburan terkini

macam macam hiburan terkini


Johan Raja Lawak Tolak Filem CGI

Posted: 15 Nov 2011 06:19 PM PST


KUALA LUMPUR: Pelakon Johan (Raja Lawak) mengakui terpaksa menolak beberapa buah tawaran filem berikutan genre yang tidak menepati citarasanya.

Kata Johan, ia lebih selesa berlakon dalam filem yang dekat dengan budaya masyarakat Malaysia berbanding filem yang menggunakan kaedah teknologi tinggi seperti teknik pengimejan berkomputer (CGI).

"Saya banyak menolak tawaran filem bukan kerana bayaran tetapi kesesuaian filem tersebut terhadap citarasa saya.

"Saya bukan memilih tetapi saya mahu berlakon dalam filem-filem yang dekat di jiwa masyarakat, kerana apa yang saya perhatikan masyarakat masih belum boleh menerima filem-filem yang menggunakan kaedah teknologi terkini," katanya baru-baru ini.

Jelas Johan, ia bukan memilih berdasarkan sesebuah jalan cerita, sebaliknya genre atau konsep yang ditonjolkan sesebuah filem tersebut.

"Bagi saya ia bukan kerana jalan cerita bagus atau tidak kerana ia boleh dibaguskan dengan lakonan pelakon-pelakonnya," katanya.

Dalam pada itu, Johan berkata dia tidak memilih terlalu banyak tawaran dalam sesuatu masa bagi menjaga nilai eksklusif.

"Mungkin ramai yang ingat saya ambil banyak tawaran tetapi sebenarnya program tersebut hanya ulangan.

"Buat masa ini saya hanya terlibat dengan beberapa program iaitu Edisi Khas, Superlawak, Elly & Epik dan Era FM," katanya.

Sementara itu, dia yang kini memiliki sebuah syarikat produksi iaitu JWH production merancang untuk menerbitkan sebuah filem menggunakan watak popularnya Acai.

"Saya suka watak Acai kerana ia mempunyai karekter tersendiri seperti mana Mael Lambung yang sinonim dengan Zizan Raja Lawak.

"Mungkin rezeki Zizan untuk membawa watak tersebut ke layar perak, Insya-Allah satu hari nanti saya sendiri akan terbitkan filem untuk watak Acai ini," ujarnya.

Najwa Latif Selesa Dengan Imejnya

Posted: 15 Nov 2011 06:19 PM PST



KUALA LUMPUR: Penyanyi Youtube, Najwa Latif memberitahu selesa dengan imejnya bersesuaian dengan usia dan statusnya sebagai pelajar sekolah.

Najwa berkata, sebagai seorang yang bertudung dan masih memegang status pelajar sekolah dia perlu menjaga pemakaian kerana sentiasa menjadi perhatian umum.

"Saya masih baru sebagai seorang penyanyi dan masih menyesuaikan diri dan ketika ini saya rasa imej yang saya bawa bersesuaian dengan saya.

"Tambahan pula saya masih bersekolah dan perlu menjaga pemakaian kerana sedar menjadi perhatian umum dan paling penting saya selesa ketika menggayakan sesuatu pakaian itu," ujarnya.

Najwa ditemui ketika menghadiri majlis pelancaran BN Youth Music 2011 di sini, Selasa.


Najwa ketika muncul di Anugerah Skrin.
Dalam pada itu, Najwa memberitahu dia gembira apabila video Cinta Muka Buku yang dimuat naik di dalam laman Youtube telah mencecah sebanyak empat juta penonton.

"Alhamdulilah sokongan daripada peminat dan penggemar lagu tersebut yang telah merialisasikan angka tersebut. Saya sendiri terkejut dengan angkat berkenaan," katanya.

Bakal muncul dengan video terbaru menerusi single keduanya, Carta Hati pada 20 November ini, Najwa berkata dia berharap peminat akan menyukai hasilnya nanti.

Sementara itu, bercakap mengenai duetnya dengan Greyson, Najwa berkata, dia cukup seronok berganding dengan penyanyi berusia 14 tahun itu.

Ujarnya, Greyson sendiri menyarankan agar mereka berduet dalam lagu Paparazzi nyanyian asal oleh Lady Gaga.

"Pada awalnya saya sangat gemuruh tetapi dia sangat mesra membuatkan saya selesa bekerja dengannya dan walaupun masih muda dia banyak memberi tunjuk ajar dan inspirasi kepada saya," katanya.

Faizal Hussein Diburu Wartawan E! News & Discovery

Posted: 15 Nov 2011 06:16 PM PST



KUALA LUMPUR: Selepas filem Bunohan ditayangkan di Amerika Utara dan bakal menembusi pasaran antarabangsa, nama Faizal Hussein, 44, menjadi sebutan para media tempatan dan luar negara.

Filem yang turut dilakonkan oleh Zahiril Adzim, Amerul Affendi, Pekin Ibrahim, Nam Ron dan Bront Palarae itu ditayangkan di Amerika Utara dalam sebuah tayangan perdana sempena 'Festival Filem Antarabangsa Toronto 2011'.

Menurut Faizal, melalui filem itu juga dia mendapat pendedahan dan pengalaman baru termasuk akan ditemubual oleh media dari luar negara iaitu program hiburan E! News di saluran E! dan saluran Discovery.

"Saya juga digelar sebagai 'Jack Palance Malaysia' dalam sebuah ulasan tentang Bunohan dari portal variety.com.

"Impak yang diberikan oleh filem Bunohan arahan Dain Said memberikan komen yang bagus dan saya melihat fenomena di mana pembikin filem tempatan semakin meningkat naik.

"Paling penting adalah kandungan filem itu sendiri," katanya dalam satu sidang media pelancaran filem Khon Malay, Taiko dan 1945 di Restoran Platinum Terrasse, Jalan Genting Klang, di sini, Isnin.

Bercerita lanjut tentang reaksinya apabila bakal berlakon dalam ketiga-tiga filem tersebut, Faizal akui bersyukur apabila peminatnya masih dahagakan lakonan antagonisnya.

"Saya sudah lama bersahabat dengan pengarah filem Imran Ismail yang akan mengarahkan filem Khon Malay dan 1945. Jadi, kami selalu berbincang idea dan saya tidak menunggu tawaran ini sebaliknya dipilih kerana ia merupakan hasil kolaborasi saya dengan Imran.

"Dia pernah membuat penyelidikan dan pembangunan (R&D) dan hasilnya peminat Faizal Hussein menyukai saya melakonkan watak jahat.

"Saya juga tidak menyangka masih ada peminat yang ingin menonton pelakon tua seperti saya sebagai hero. Rezeki ini juga hasil kepercayaan yang diberikan oleh pengarah filem," katanya lagi yang turut berlakon dalam telefilem Anak untuk Astro terbitan Suhan Movies & Trading Sdn Bhd yang dimiliki oleh sepupunya, pelakon Rosyam Nor.

Faizal akui pernah berehat daripada industri perfileman pada tahun 1995 dan menumpukan kepada lakonan drama selama 5 tahun. Kemudian dia kembali ke layar perak pada tahun 2000.

"Apabila saya berlakon filem semula, saya selesa memilih watak antagonis seperti dalam filem KL Menjerit, Leftenan Adnan dan Janji Diana untuk memberikan kelainan memandangkan koleksi filem saya sebelum itu tidak sehebat mana.

"Jadi, untuk filem terbaru ini, saya mahu lihat seramai mana peminat Faizal Hussein yang akan datang menonton filem saya dengan watak yang bagaimana," katanya yang akan turut berlakon di samping isterinya, pelakon Suhaila dan dua anaknya, Fazryn, 6, dan Fazrick, 3, menerusi filem Khon Malay.

Dalam perkembangan lain, filem lakonan Faizal berjudul Abu Ya sedang ditayangkan di pawagam tempatan dan filem Bunohan akan berada di pawagam pada Mac 2012.

google: faizal hussein, faizal hussein blog, faizal hussein facebook, faizal hussein twitter, faizal hussein myspace, faizal hussein profil, faizal hussein biodata, faizal hussein dan keluarga, anak faizal hussein, gambar terbaru terkini faizal hussein, drama faizal hussein, filem faizal hussein 2011, faizal hussein 2011