Adsense

Jumaat, 11 November 2011

Himpunan Kisah Sensasi

Himpunan Kisah Sensasi


Jessica Simpson hamil

Posted: 10 Nov 2011 03:10 PM PST

hi 03.1 Jessica Simpson hamil
BUKTI. Gambar Jessica Simpson bersama tunangnya, Eric Johnson yang menunjukkan perut Simpson besar dan dia mengaku hamil.

JESSICA SIMPSON telah menyampaikan satu berita gembira iaitu mengesahkan khabar tentang dirinya hamil. Hal itu diumumkan sewaktu dia hadir dalam satu majlis Holloween pada minggu lalu apabila perutnya kelihatan besar selepas dia membalut dirinya dalam kostum mumia.

"Ia benar, saya memang akan menjadi ibu," ujar bintang berusia 31 tahun itu dengan gembira.

Simspon hamil anaknya bersama tunangnya, Eric Johnson.

Menurutnya: "Saya telah bertemu dengan seorang lelaki yang cukup baik dan saya sangat bertuah."

Sementara beberapa teman baik Johnson pula memberitahu bahawa bekas pemain bola keranjang dari NFL itu pula menyifatkan penyanyi itu sebagai seorang wanita yang tidak materialistik dan sangat merendah diri walaupun dia popular.

Pada bulan Mac lalu, Simpson menulis di Twitternya bahawa dia bermimpi telah melahirkan seorang anak lelaki dan diberi nama Tenacious D.

Walaupun sudah hamil, mereka belum membuat keputusan bila akan berkahwin. Simspon bagaimanapun mempunyai impian untuk melangsungkan perkahwinan penuh meriah di Hawaii, namun dia juga bercadang untuk mengadakan majlis berdekatan kediamannya sahaja.

/// kosmo ///

Full content generated by Get Full RSS.