Harian Metro: Rap |
Posted: 02 Nov 2011 06:39 AM PDT MANJA dan mesra. Demikianlah gambarannya bahasa tubuh dua pelakon utama Lemak Kampung Santan, Hans Isaac dan Noor Neelofa Mohd Noor atau Lofa, sewaktu Rap menjenguk lokasi penggambaran filem terbaru terbitan Tall Order Productions itu di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), baru-baru ini. Semacam ada ikatan hati di antara Hans atau nama sebenarnya Gerald Hans Isaac dengan pelakon jelita yang juga penyandang juara Dewi Remaja 2010 itu. Apabila diminta bergambar berdua, mereka sesekali berbisik dan ketawa. Sewaktu ditemu bual pula, Hans dan Lofa saling menyokong antara satu sama lain terhadap setiap kenyataan yang diberikan. Jelas mereka sependapat dan memiliki pandangan serupa. Dengan berterus terang, Hans menyatakan mereka belum sampai ke tahap bercinta. Mereka berdua hairan bagaimana gosip percintaan boleh tersebar seperti virus Mungkinkah ia sebahagian gimik untuk membantu promosi awal terhadap filem lakonan mereka, Lemak Kampung Santan? Filem itu diarahkan Hans sendiri yang juga filem arahan keduanya selepas Cuci. Kata Hans, dia tidak sempat membaca akhbar sewaktu gosip mereka tersebar sehinggalah Lofa menghubunginya sendiri memberitahu hal itu. "Memang saya tidak sempat baca, sebaliknya saya minta Lofa memberitahu apa yang ditulis wartawan. Saya memang tidak selalu membaca gosip di akhbar pada hujung minggu kecuali ruangan prebiu filem. Saya tidak ada banyak masa untuk membelek akhbar dan tidak tahu apabila ada gosip mengatakan kami dilihat berdua-duaan Namun, kata Hans, dia tetap melihat perkara itu dari sudut positif kerana sekurang-kurangnya wartawan memperkatakan mengenai perkembangan filem terbaru arahannya itu walaupun ada kesan yang kurang baik. "Sebagai pembuat filem, menjual gosip cinta untuk publisiti adalah cara kurang bagus kerana ia akan membuatkan 'usia' sesebuah filem itu di pawagam tidak panjang. Saya kalau, boleh mahu filem ini ditayangkan di pawagam sehingga empat minggu dan bukannya seminggu dua. "Bayangkan bagaimana kalau orang pergi ke panggung semata-mata tertarik kepada gosip cinta dan bukan sebab karya yang dihasilkan. Bimbang juga gosip terbabit akan membuatkan orang berasa geli dan mual. Dalam situasi sekarang orang ramai ke panggung kerana mahu menonton filem yang bukan sekadar memberikan eleman hiburan semata-mata, tetapi juga karya yang berkualiti," katanya. Sebagai produser dan pengarah Lemak Kampung Santan berkonsepkan komedi romantik, Hans memilih Lofa sebagai pelakon wanita utama kerana wanita itu ada ciri-ciri ideal bagi watak Atiqa. "Selain itu komitmen yang ditunjukkan Lofa juga menyebabkan saya yakin dengan kemampuannya. Sebenarnya, pengarah filem Azura (versi baru), Aziz M Osman yang menyarankan saya mengambil Lofa berlakon. Peringkat awal saya memang tidak kenal Lofa dan hanya pernah melihat gambarnya sekali dua di akhbar. "Bagaimanapun, sebaik dihubungi, dia datang untuk uji bakat. Apabila diminta membaca skrip dan mendengar lontaran suaranya itu, saya dan rakan produksi terus tertarik seolah-olah Lofa sudah ada banyak pengalaman. "Selain itu disiplin ditunjukkan juga membuatkan kami senang bekerja dengannya. Sementara itu Lofa pula menjelaskan dia menerima lamaran Hans kerana tahu pelakon dan pengarah itu selalu menghasilkan filem bermutu dan tidak mengecewakan. Apatah lagi dalam filem ini dia berpeluang bergandingan dengan pelakon berpengalaman lain seperti Awie dan Khir Rahman. "Saya rasa bertuah kerana dapat bekerja dengan mereka yang ada pengalaman luas dalam dunia lakonan. Saya mengambil peluang ini untuk belajar daripada mereka. "Disebabkan itu juga saya setiap hari tidak sabar-sabar untuk ke lokasi Lemak Kampung Santan. Sudah lama saya tidak merasai situasi seperti itu. Kali terakhir saya merasainya sewaktu terbabit dengan penggambaran filem Azura," katanya. Menyentuh mengenai gosip cintanya dengan Hans, kata Lofa perkara itu tidak pernah berlaku dan dia sendiri hairan bagaimana ia timbul. "Hendak kata ia ditimbulkan semata-mata kerana kami digandingkan dalam Lemak Kampung Santan tidak juga kerana sebenarnya kami tidaklah benar-benar bercinta dalam filem ini. Ia bukanlah cerita 'cinta bagai nak rak' sehingga kami perlu berdua-duaan dan intim. Malah, tiada kata cinta pun terbit dalam dialog antara saya dan Hans. "Kemesraan kami pun hanyalah dari jauh kerana dalam filem ini watak Ridzwan lakonan Hans meminati Atiqa. Pada waktu yang sama dia juga sudah ada kekasih. Sebagai mengukuhkan lagi kenyataan mereka tidak bercinta, Lofa berkata dia masih terlalu mentah dalam bidang hiburan dan sedang membina kerjaya. Baginya apa yang digosipkan itu hanyalah sekadar usikan nakal. PROFIL HANS ISAAC: Nama penuh: Gerald Hans Isaac Filem: Filem Ringgit Kasorrga, Amok, Scoop, Child's Play, Hanya Kawan, Gemilang, Laila Isabella, Dee & Moon, City Shark, Buli, Cinta Luar Biasa, Buli Balik, Baik Punya Cilok, Pesona Non Grata, Qabil Khusry Qabil Igam, Los & Faun, Cuci, Langgar, Lemak Kampung Santan Drama: Sephia, Cinta.Com, Kutub Utara, Kutub Selatan, Simbiosis, 7 Gerhana Pencapaian: Pembantu Pelakon Terbaik Anugerah Festival Filem Malaysia Ke-19 (2006 - Buli Balik, Artis Bukan Melayu popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2002 & 2003 PROFIL NEELOFA: Nama penuh: Noor Neelofa Mohd Noor Pendidikan: Ijazah Sarjana Muda, Perdagangan Antarabangsa & Pemasaran, Sunway University College, Selangor Iklan: Nokia, Silky Girl, Fair & Lovely dan F&N Fruit Tree Filem: Azura (versi baru), Lemak Kampung Santan, Pak Pong, Saya Amat Mencintaimu (SAM) Drama: Kasih Najihah, Tahajud Cinta, Kitab Cinta, Lara & Jiwa. |
Posted: 02 Nov 2011 06:11 AM PDT PENAMPILAN pelakon veteran, arwah Zami Ismail, 67, atau lebih dikenali dengan panggilan Pak Uda menerusi watak sitkom televisyen popular, Pi Mai Pi Mai Tang Tu ,menarik perhatian. Aksi bersahaja dengan lawak jenaka tersendiri membuatkan dia antara pelakon veteran yang menjadi pilihan ramai penerbit dan pengarah. Dia membuktikan bakat lakonannya tidak hanya kepada watak komedi sebaliknya tampil dalam beberapa drama dengan mendukung watak serius.
Ternyata ketiadaan Zami cukup dirasai karyawan seni dan seluruh ahli keluarga serta kenalan terdekatnya. Zami menghembuskan nafas terakhir di Institut Jantung Negara (IJN) pada 19 Jun lalu. Biarpun hampir enam bulan arwah menyahut seruan Ilahi, bakat seni dan karyanya terus dihargai dan dikenang. Sebagai antara barisan pelakon drama Tanah Kubur arahan Rashid Sibir, arwah dilihat antara guru dan contoh terbaik dalam dunia lakonan.
Katanya, walaupun penampilan Allahyarham (Zami Ismail) hanya secara kebetulan menerusi drama ini, lakonannya turut memberi impak besar bagi menonton. Ramai yang memberi maklum balas yang positif untuk episod itu. "Drama bersiri ini mempunyai tarikan tersendiri. Ia memberi pengajaran dan menunjukkan bagaimana balasan bagi mereka yang melakukan perkara yang dilarang mengikut hadis dan Al-Quran," katanya. Siri yang mencatat rating tertinggi di kalangan drama di Astro Oasis itu dilanjutkan untuk musim kedua. Masih mengekalkan teraju utamanya, Nasir Bilal Khan drama bersiri itu disiarkan setiap Jumaat, jam 7.30 malam bermula 4 November ini. Menurut Rashid, cerita yang disampaikan menerusi drama itu tidak bertujuan menakutkan mana-mana pihak sebaliknya memberi mesej di sebalik semua perbuatan negatif yang dilakukan seseorang itu. "Untuk musim baru, pelbagai kisah menarik dipaparkan pernah berlaku pada zaman Rasulullah s.a.w dan zaman sekarang seperti menuduh sesama Muslim sebagai munafik, balasan mencuri duit surau, mayat tidak diterima bumi kerana bunuh diri, bapa yang merogol anak gadis sendiri, angkara tidak berlaku adil dalam poligami dan tidak membayar zakat. "Isu yang dikupas menerusi drama ini berdasarkan kajian, bacaan buku dan kisah benar. Paling penting, drama ini mendapat kelulusan sepenuhnya daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)," katanya. Sementara itu, Azlin yang juga Pengurus Saluran Astro Ria memaklumkan, pihaknya sangat berbesar hati dengan sambutan dan maklum balas penonton sejak drama berkenaan disiarkan. "Sejak disiarkan, program ini mendapat respon yang positif daripada penonton.
Drama disiarkan sebanyak 13 episod itu menceritakan pengalaman penggali kubur, Tok Adi lakonan Nasir yang melalui peristiwa aneh ketika menguruskan jenazah yang pasti menyentuh hati serta mampu membuka minda pelbagai lapisan penonton. Drama ini turut menampilkan lakonan Talha Harith, Jasmin Hamid, Amyza Aznan dan Zulkefli Zain. Full content generated by Get Full RSS. |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Rap To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |