Adsense

Khamis, 20 Oktober 2011

Zon Artis

Zon Artis


Zizan Dan AC Mizal Dipilih Sebagai Pengacara AIM18

Posted: 20 Oct 2011 08:02 PM PDT

PENGACARA ANUGERAH INDUSTRI MUZIK 18

Pengacara pada malam Anugerah Industri Muzik (AIM) ke-18 yang akan berlangsung pada 12 November nanti sudahpun diumumkan pada sidang media yang berlangsung di Hotel Royale Chulan semalam dimana pihak penganjur memberi kepercayaan kepada Zizan dan AC Mizal untuk mengendalikan acara tersebut sebagai pengacara.

Kami tidak tahu kenapa Zizan dan AC Mizal dipilih dan digandingkan sebagai pengacara pada malam tersebut. Tapi kalau dilihat dari personaliti mereka, mungkin pihak penganjur inginkan unsur humor dilahirkan oleh mereka. Namun secara peribadi, pemilihan AC Mizal kurang tepat kerana kebanyakkan humor'nya lebih kepada syok sendiri.

Apa-apa pun, tahniah kami ucapkan kepada Zizan dan AC Mizal kerana diberi kepercayaan untuk mengacara majlis anugerah yang boleh dikatakan agak berprestij itu. Kami harap, anda lakukan yang terbaik. Dan kepada AC Mizal, buktikan kepada kami yang anda bukan pengacara syok sendiri seperti yang kami lihat sebelum-sebelum ini.

Psstt: Jom ketahui senarai gadget terbaik 2011

Related Posts with Thumbnails Full content generated by Get Full RSS.