Sensasi |
- Video Super Sweet & Cute : Reaksi anak menerima hadiah Birthday dari Ibu dan ayah
- Nabila Huda dan suami berpisah bukan kerana Lelaki yang dikatakan orang ke-tiga
- Gambar Pra Perkahwinan Yasmin Hani dan shahrin Blackrose
- Kisah Benar: Siti Masyitoh wanita Solehah
- Norman belikan Mi Segera untuk barang dapur Abby dan anak-anak
- Jokes: Persoalan tentang mengandung
Video Super Sweet & Cute : Reaksi anak menerima hadiah Birthday dari Ibu dan ayah Posted: 17 Oct 2011 11:33 PM PDT So sweet and adorable...terharu tengok sik anak sgt happy. |
Nabila Huda dan suami berpisah bukan kerana Lelaki yang dikatakan orang ke-tiga Posted: 17 Oct 2011 11:24 PM PDT Sebenarnye sebelum nie memang Sensasi tahu perkahwinan mereka dilanda badai sehingga Nabila hendak menuntut cerai,tapi Sensasi memang tak tahu menahu kewujudan lelaki yang dikatakan orang ketiga. Pun begitu Nabila mengatakan tak perlulah melempar tuduhan dan syak wasangka mengenani lelaki yang dikatakan org ketiga itu. "Kami memilih untuk meneruskan kehidupan masing-masing dan berpisah menjadi jalan terbaik buat kami. Tapi apa yang lebih penting, Abil mahukan yang terbaik untuk Keisha. Abil dan dia (bekas suami) mempunyai perancangan untuk sama-sama membesarkannya secara bergilir," katanya yang memegang peranan utama sebagai Tihany dalam drama arahan Bahri Umarif Bajuri bersama penulis skrip Sharulezad Mohameddin di bawah naungan Radius One Sdn Bhd itu. Selesa berbicara mengenai kerjaya berbanding soal peribadi, Abil menjelaskan, dia memilih untuk tidak mencampur adukkan dua topik itu dalam satu masa. Katanya lagi, kedua-dua topik itu berada di bawah ruang lingkup yang berbeza. "Orang di luar sana saja yang bebas bercakap itu dan ini mengenai kehidupan peribadi Abil. Hakikatnya Abil tak gemar berkongsi hal ini dengan masyarakat. Alhamdulillah, Abil bersyukur kerjaya lakonan berjalan lancar dan tidak langsung memberi kesan buruk biarpun Abil berdepan dengan masalah perkahwinan," katanya. Pelakon filem Akhirat itu bagaimanapun tidak mahu membidas sesetengah pihak luar yang bebas menjatuhkan hukuman dan tuduhan terhadap apa yang terjadi dalam kemelut perkahwinannya. Tidak pelik pun kerana selama ini ada yang menuduh dan membuat spekulasi punca perpisahan mereka disebabkan orang ketiga. "Hanya Abil dan dia (bekas suami) saja yang tahu hal sebenar. Banyak lagi benda lain yang Abil nak fikirkan daripada memeningkan kepala memikirkan cakap-cakap orang. Abil tak mahu dan tak kisah orang nak kata apa kerana itu lumrah manusia yang sesedap rasa menjatuhkan hukum. "Tapi jangan semudah itu melemparkan prasangka perpisahan kami berpunca daripada lelaki yang dilabelkan sebagai orang ketiga. Carilah kehidupan sendiri daripada menyibuk hal orang. Tapi apa yang diperkatakan itu tidak langsung menjadi kudis buat Abil," katanya yang sebelum ke lokasi penggambaran drama Tihany sempat berada di Langkawi untuk drama Kuih Goyang Shafik. Di sebalik sikap gila-gila dan selambanya termasuk berceloteh riang di halaman Twitter dan Facebook serta komited terhadap kerja, Abil sedar dirinya tak lepas diuji. Segala-gala yang terjadi menjadikan dirinya lebih matang dan bertambah kuat melayari bahtera kehidupan. "Mahu atau tidak, saya kena kuatkan diri untuk menempuhi apa saja yang mendatang. Saya memang kena jadi survivor. Apatah lagi saya jenis yang lone ranger," katanya menoktahkan perbualan malam itu. |
Gambar Pra Perkahwinan Yasmin Hani dan shahrin Blackrose Posted: 17 Oct 2011 10:46 PM PDT |
Kisah Benar: Siti Masyitoh wanita Solehah Posted: 17 Oct 2011 02:33 AM PDT "Apa, di dalam kerajaanku sendiri ada pengikut Musa?" Teriak Fir'aun dengan amarah yang membara setelah mendengar cerita putrinya perihal keimanan Siti Masyitoh. Hal ini bermula ketika suatu hari Siti Masyitoh sedang menyisir rambut putri Fir'aun, tiba-tiba sisir itu terjatuh, seketika Siti Masyitoh mengucap Astagfirullah. Sehingga terbongkarlah keimanan Siti Masyitoh yang selama ini disembunyikannya. "Baru saja aku menerima laporan dari Hamman, mentriku, bahwa pengikut Musa terus bertambah setiap hari. Kini pelayanku sendiri ada yang berani memeluk agama yang dibawa Musa. Kurang ajar si Masyitoh itu," umpat Fir'aun. "Panggil Masyitoh kemari," perintah Fir'aun pada pengawalnya. Masyitoh datang menghadap Fir'aun dengan tenang. Tidak ada secuil pun perasaan takut di hatinya. Ia yakin Allah senantiasa menyertainya. "Masyitoh, apakah benar kamu telah memeluk agama yang dibawa Musa?". Tanya Fir'aun pada Masyitoh dengan amarah yang semakin meledak. "Benar," jawab Masyitoh mantap. "Kamu tahu akibatnya? Kamu sekeluarga akan saya bunuh," bentak Fir'aun, telunjuknya mengarah pada Siti Masyitoh. "Saya memutuskan untuk memeluk agama Allah, maka saya telah siap pula menanggung segala akibatnya." "Masyitoh, apa kamu sudah gila! Kamu tidak sayang dengan nyawamu, suamimu, dan anak-anakmu." "Lebih baik mati daripada hidup dalam kemusyrikan." Melihat sikap Masyitoh yang tetap teguh memegang keimanannya, Fir'aun memerintahkan kepada para pengawalnya agar menghadapkan semua keluarga Masyitoh kepadanya. "Siapkan sebuah belanga besar, isi dengan air, dan masak hingga mendidih," perintah Fir'aun lagi. Ketika semua keluarga Siti Masyitoh telah berkumpul, Fir'aun memulai pengadilannya. "Masyitoh, kamu lihat belanga besar di depanmu itu. Kamu dan keluargamu akan saya rebus. Saya berikan kesempatan sekali lagi, tinggalkan agama yang dibawa Musa dan kembalilah untuk menyembahku. Kalaulah kamu tidak sayang dengan nyawamu, paling tidak fikirkanlah keselamatan bayimu itu. Apakah kamu tidak kasihan padanya." Mendengar kalimat terakhir yang diucapkan Fir'aun, Siti Masyitoh sempat bimbang. Tidak ada yang dikhawatirkannya dengan dirinya, suami, dan anak-anaknya yang lain, selain anak bungsunya yang masih bayi. Naluri keibuannnya muncul. Ditatapnya bayi mungil dalam gendongannya. "Yakinlah Masyitoh, Allah pasti menyertaimu." Sisi batinnya yang lain mengucap. Ketika itu, terjadilah suatu keajaiban. Bayi yang masih menyusu itu berbicara kepada ibunya, "Ibu, janganlah engkau bimbang. Yakinlah dengan janji Allah." Melihat bayinya dapat berkata-kata dengan fasih, menjadi teguhlah iman Siti Masyitoh. Ia yakin hal ini merupakan tanda bahwa Allah tidak meninggalkannya. Allah pun membuktikan janji-Nya pada hamba-hamba-Nya yang memegang teguh (istiqamah) keimanannya. Ketika Siti Masyitoh dan keluarganya dilemparkan satu persatu pada belanga itu, Allah telah terlebih dahulu mencabut nyawa mereka, sehingga tidak merasakan panasnya air dalam belanga itu. Demikianlah kisah seorang wanita shalihah bernama Siti Masyitoh, yang tetap teguh memegang keimanannya walaupun dihadapkan pada bahaya yang akan merenggut nyawanya dan keluarganya. Ketika Nabi Muhammad Saw. isra dari Masjidil Haram di Mekkah ke Masjidil Aqsa di Palestina, beliau mencium aroma wangi yang berasal dari sebuah kuburan. "Kuburan siapa itu, Jibril?" tanya baginda Nabi. "Itu adalah kuburan seorang wanita shalihah yang bernama Siti Masyitoh," jawab Jibril. |
Norman belikan Mi Segera untuk barang dapur Abby dan anak-anak Posted: 17 Oct 2011 01:12 AM PDT Aha,cerita barang dapur pun jadi gossip yea..biasalah..dah nama artis,semua benda orang intai.. Tapi kita tak boleh lah nak judge,sebab al kisah nyer kebetulan masa tue Cak yg bizy body itu nak tgk,mungkin hari lain ada barang lain yang dihantar Norman..who knows..tak baik piker bukan2 uols KASIHAN pula CAK dengar mengenai nasib menimpa Abby Abadi. Sudahlah terpaksa membesarkan anak seorang diri, tawaran berlakon pun makin susut. Macam manalah dia nak sara tiga anaknya. Norman pula tetap tidak lupa tanggungjawabnya kepada anak. Pernah sekali kawan CAK ke rumah Abby mengadakan sesi fotografi. Kebetulan kata Abby, Norman baru saja hantar barang dapur. Kawan CAK pun teringinlah nak tengok apa barang yang dihantarnya.
Kepada produser di luar sana, berilah Abby peluang berlakon. Yang mana tersalah dan tersilap, maafkan sajalah. Bumi mana tidak ditimpa hujan, lautan mana tidak bergelora.
|
Jokes: Persoalan tentang mengandung Posted: 17 Oct 2011 12:26 AM PDT |
You are subscribed to email updates from Sensasi To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |