Celebrity News   |  
|   Sinopsis Filem Datin Ghairah | Trailer Filem Datin Ghairah Posted: 17 Oct 2011 08:46 AM PDT  Sinopsis:   DATIN GHAIRIEYAH atau lebih dikenali  sebagai DATIN GHAIRAH adalah balu kepada arwah DATO   MAHFUZ seorang  ahli perniagaan yang terkenal di Malaysia. EMELIA dan EMELDA adalah  hasil   perkongsian hidupnya selama hamper 20 tahun bersama Dato Mahfuz.  Walaupun hidup dalam serba   kemewahan, meraka berdua amat lemah dalam  pelajarannya terutamanya mata pelajaran matematik,ini   membuatkan Datin  Ghairieyah mengarahkan setiausaha kerjanya MELISSA mencari seorang guru  yang boleh   mengajar mata pelajaran matematik melalui internet dan  iklan dalam akbar tempatan.    Selama hampir dua  tahun   status janda yang disandang oleh Datin Ghairieyah sedikit pun  tidak melemahkan dirinya untuk meneruskan   empayar perniagaan  peninggalan arwah suaminya Dato Mahfuz,dia semakin ghairah untuk  memperluaskan   empayer perniagaan dengan bantuan CAPT.(R)LOQMAN seorang  bekas pegawai TLDM yang   berpengalaman serta mendapat sokongan  daripada CIK MELISA sebagai setiausaha kerjanya,ENCIK   FAIZAL dan ENCIK  HAIRIE penyelia di syarikatnya.  Kehidupan seharian Datin Ghairieyah dan  anak-anaknya bertambah terjamin dengan adanya seorang pegawal peribadi  yang bernama BADRI atau lebih   dikenali sebagai BOB. SUFIAN seorang  ahli perniagaan,dia juga merupakan rakan karib arwah DATO    MAHFUZ.SUFIAN sedaya upaya cuba untuk memikat DATIN GHAIRIEYAH demi  kepentingan   perniagaannya. Akhirnya hubungan  antara DATIN GHAIRIEYAH dengan SUFIAN semakin intim.Perbuatan   dan  sikap sufian yang licik tidak sedikit pun menimbulkan curiga dihati  DATIN GHAIRIEYAH walaupun   hakikatnya CAPT.(R)LOQMAN mula rasa  curiga,dia cuba untuk menasihati DATIN GHAIRIEYAH supaya   berwaspada  tetapi nasihat dan pandangannya tidak diambil peduli oleh DATIN  GHAIRIEYAH. DERUS LEE   terbaca satu iklan mencari guru matematik untuk  mengajar anak-anak DATIN GHAIRIEYAH yang   menjanjikan habuan yang  sungguh lumayan.DERUS LEE segera pulang kerumah memberitahu kepada rakan    serumahnya ZACK yang masih menganggur.DERUS LEE agak terkilan kerana  ZACK menolak cadangannya   itu dengan alasan ia tidak akan di terima  kerana tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan yang dipinta.   DERUS    LEE mencadangkan supaya ZACK menyamar sebagai lelaki berumur supaya  diterima oleh DATIN   GHAIRIEYAH dan akhirnya ZACK bersetuju. Dalam  Perjalanan ke rumah DATIN GHAIRIEYAH di Pulau   Langkawi,ZACK dan DERUS  LEE telah cuba menyelamatkan DATIN GHAIRIEYAH dari diculik dari    kumpulan H1N1.DATIN GHAIRIEYAH agak terpegun apabila menatap wajah ZACK  yang saling tak   tumpah seperti arwah suaminya, DATO MAHFUZ.DATIN  GHAIRIEYAH mememperkenalkan   dirinya,DERUS LEE segera mengeluarkan  keratan iklan dan memperkenalkan ZACK sebagai guru matematik   yang  dicari oleh Datin.Datin rasa terhutang budi,ZACK diterima sebagai guru  matematik. Kehadiran ZACK   yang menyamar sebagai lelaki berumur  membuatkan datin sering teringatkan arwah suaminya,dia mula tertarik    pada ZACK.Pada masa yang sama,EMELIA juga ada menyimpan perasaan pada  ZACK kerana ketampanan   wajah ZACK yang asal.Hubungan antara Datin dan  SUFIAN mula renggang,Datin kini lebih menumpukan   perhatian terhadap  ZACK.Ini membuatkan SUFIAN berasa rancangannya untuk membolot harta dan    perniagaan Datin tidak kesampaian.   Dia mula  merancang untuk menculik Datin.Dalam satu majlis hari jadi    EMELIA,DATIN GHAIRIEYAH telah diculik oleh konco-konco H1N1 yang  diketuai oleh   SUFIAN.SUFIAN meminta wang tebusan sejumlah US100 juta  kepada CAPT.(R) LOQMAN bagi   membebaskan DATIN GHAIRIEYAH. ZACK,DERUS  LEE dan pasukan Polis Diraja Malaysia telah   berjaya membebaskan DATIN  GHAIRIEYAH. SUFIAN dan konco-konconya dapat diberkas. Akhirnya   ZACK  terpaksa menjelaskan kedudukannya bahawa dia adalah seorang pegawai  Polis cawangan siasatan   jenayah Interpol yang sedang memburu SUFIAN  yang mengetuai sendikit yang mengedar dadah dan senjata   api yang  terkenal di asia. SUFIAN gagal mempengaruhi DATO MAHFUZ kira-kira dua  tahun lalu dan   SUFIAN merancang untuk membunuh DATO MAHFUZ dengan  meletupkan bot mewah, ini membuatkan   pihak Polis tidak mengesyaki dia  membunuh DATO MAHFUZ. SUFIAN mula mensasarkan Datin sebagai   batu  loncatannya.   Dia mula memperdaya FAIZAL dan  HAIRIE bagi memenuhi cita-citanya,ternyata   tindakannya berhasil. ZACK  memberitahu Datin,dia sangat berterima kasih kepada seseorang yang telah    memberikan segala maklumat tentang kegiatan SUFIAN. Orang tersebut  adalah DATO MAHFUZ lalu   ZACK menunjukkan arah seorang lelaki yang  sedang berdiri dan itulah DATO MAHFUZ yang masih lagi   hidup. Datin  amat terkejut,dia segera berlari dan memeluk suaminya tersayang.  Akhirnya DATIN   GHAIRIEYAH sangat-sangat terhutang nyawa dan budi  kepada ZACK yang telah menyelamatkan diri dan   keluarganya dari  terjebak di dalam sendikit penyeludupan. Dia dan anaknya EMELIA terpaksa  akur dengan   apa yang telah berlaku walaupun hati mereka terlalu  sayang kepada ZACK namun terpaksa juga merelakan   pemergian DSP ZAMREE  (ZACK) menjalankan tugasnya demi negara Malaysia tercinta.   Info : SinemaMalaysia  Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !! Follow @zoomartis This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now  |  
|    Posted: 16 Oct 2011 10:45 PM PDT Seorang isteri bertanya kepada suaminya: "Apakah saat paling bahagia didalam hidup abang?"  Suaminya memandang muka isteri dan berkata: "Saat itu belum terjadi lagi." Si isteri terdiam sejenak. Kemudian dia bertanya lagi: "Dan bila saat itu akan terjadi?" Suaminya berkata: "Saat itu adalah hari di mana awak membuka pintu dan berkata kepada saya, "Abang, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh" di dalam rumah kita di Syurga." Firman Allah SWT : "Wahai orang-orang yang beriman, jagalah diri kalian dan keluarga kalian dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu, penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan." (At-Tahrim: 6) "Ya Allah, jadikan hamba-Mu ini mencintai orang yang beriman dan jadikanlah orang yang beriman mencintaiku." (Riwayat Muslim no. 2491) "Semoga Allah merahmati seorang lelaki yang bangun di waktu malam lalu mengerjakan solat dan dia mengejutkan isterinya lalu si isteri mengerjakan solat. Bila isterinya enggan untuk bangun, ia percikkan air di wajah isterinya. Semoga Allah merahmati seorang wanita yang bangun di waktu malam lalu mengerjakan solat dan dia mengejutkan suami lalu si suami mengerjakan solat. Bila suaminya enggan untuk bangun, dia percikkan air di wajah suaminya." (Sanad hadis ini shahih kata Asy-Syaikh Ahmad Syakir dalam tahqiqnya terhadap Al-Musnad) Info : facebook Jannati Baiti Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !! Follow @zoomartis  |  
| You are subscribed to email updates from Celebrity News  To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.  |  Email delivery powered by Google | 
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |

