macam macam hiburan terkini |
- Siti Nurhaliza Tidak Ambil Mudah
- ‘Edisi Khas’ Johan (Raja Lawak) Cecah 3 Juta Penonton
- Cermin Mata Elak Nera Dikenali
- Putih Telur Petua Seri Wajah Anzalna
Siti Nurhaliza Tidak Ambil Mudah Posted: 16 Oct 2011 10:17 AM PDT KETIKA membuat keputusan untuk melibatkan diri dalam dunia seni suara bermula pada tahun 1995 penyanyi Datuk Siti Nurhaliza Tarudin, 32, (gambar) tidak pernah membayangkan dirinya akan meniti populariti sebagaimana yang dikecapnya hari ini. Tapi hakikatnya Siti berjaya membuktikan anak gadis kampung seperti beliau boleh menjadi bintang yang amat berharga sekiranya bakat yang dianugerahkan itu digunakan pada jalan yang betul. Kesungguhan itu dapat dilihat bagaimana sukarnya Siti tatkala mula melangkah ke dunia seni dengan melalui pelbagai ranjau dan duri ketika namanya terukir indah sewaktu usianya masih muda. Ujar Siti, peristiwa lalu sebenarnya menjadi kekuatan dalam dirinya. Dan dia amat bersyukur kerana ketika bergelar "Siti Nurhaliza" pada ketika ini, dia sudah melalui pelbagai pahit dan maung terlebih dahulu. Tanpa susah payah itu, tentu sekali Siti akan menjadi wanita yang lemah, tiada ketabahan dan hilang kekuatan. "Dek kerana susah payah Siti selama ini dengan melalui macam-macam ujian hidup, syukurlah Siti boleh menjadi seorang yang kuat. Siti bersyukur dengan pengalaman-pengalaman itu," katanya. Sesuatu yang tidak dapat dibayangkan oleh wanita ini terhadap kemuncak kejayaannya apabila beliau mampu menghasilkan produk kecantikannya sendiri iaitu SimpySiti dan sebuah album Inggeris, All Your Love. Ujar Siti, album yang memuatkan 10 buah lagu ini adalah hadiah yang paling bermakna dalam dirinya bagi merealisasikan impian selama ini untuk memiliki sebuah album Inggeris. Beliau juga memahami, penghasilan album itu juga bukanlah mudah kerana pasti ada yang akan memberi pelbagai penilaian dan tafsiran terutama sekali terhadap kemampuannya berbahasa Inggeris. Tanpa mahu berselindung, kata Siti dia mengaku menerima pelbagai kritikan dan pujian tetapi semua perkara itu dipertimbangkannya secara serius. "Siti tahu ramai yang memberi macam-macam pendapat terhadap penghasilan album ini tetapi Siti menerimanya dengan baik. Apa yang penting ia dapat memenuhi impian Siti untuk memiliki album berbahasa Inggeris. Yang lebih mustahak lagi Siti dapat memperbaiki penguasaan bahasa Inggeris Siti," ujarnya. Tegas dengan anak tiri All Your Love dihasilkan di bawah syarikat What's Up Entertainment iaitu syarikat milik anak tirinya iaitu Adib Khalid. Ditanya apakah perbezaannya sebagai seorang ibu apabila bekerja dengan syarikat ahli keluarga sendiri yang mana individu itu adalah bos, Siti menjelaskan beliau tidak menghadapi masalah mengenainya. Tetapi walaupun Adib pemilik syarikat berkenaan, ia tidak bermakna Siti tidak boleh bertegas dalam memberikan pandangan dan juga pendapat. "Terus terang Siti katakan, semasa merakamkan album ini Siti sangat serius. Iya lah... bekerja dengan orang muda-muda, mereka lebih suka relaks tetapi Siti selalu juga tegur supaya tidak membuang masa untuk merakamkan lagu ataupun buat kerja ambil mudah," ujarnya. Bagaimanapun kata Siti, walaupun beliau seorang yang tegas, beliau masih boleh berbincang dengan Adib serta tenaga kerja yang terlibat. "Setakat ini Siti amat berpuas hati bekerja dengan mereka dan penghasilan album ini adalah yang terbaik," katanya. Selain sibuk dengan projek terbaru rakaman kisah mengenai sejarah hidupnya untuk saluran History Channel yang akan disiarkan pada tahun hadapan, Siti juga akan menjadi hos sebuah rancangan permainan terbaru. Dalam rancangan itu Siti dijangka akan bergandingan dengan Johan (Raja Lawak) dan menjayakan beberapa permainan yang turut melibatkan para artis lain. "Insya-Allah selepas rancangan bual bicara iaitu Siti, terbaru pihak syarikat produksi Global Station mahu menghasilkan sebuah rancangan permainan pula," jelasnya. 11 Soalan menarik Siti Nurhaliza 1. Antara Datuk K (suami) dan Tarudin Ismail(bapa)? Kedua-duanya sangat protective. Arwah bapanampak garang tetapi sangat sensitif dan senangmenangis. Suami pula seorang yang pemurah danada masanya serius. Tapi dia kelakar kepada Siti. 2. Apa seronoknya menjadi Siti Nurhalizasemasa menjual kuih dan Siti Nurhalizaseorang penyanyi? Seronok masa jual kuih apabila kuih tu lakuterutamanya karipap sardin dan kuih keria. Masatu la Siti "asah" vokal dengan menjerit "kuih…kuih…" Ketika menjadi penyanyi Siti mendapatlayanan istimewa dan berjaya pergi ke meratatempat yang Siti tak pernah pergi serta bolehmenghiburkan orang. 3. Siti Nurhaliza semasa tujuh tahun? Haa… Siti suka berangan, menyanyi dan menariseorang diri. Masa zaman sekolah, Siti sukabergaduh dengan budak lelaki, suka panjat pokokdan naik basikal. 4. Siti Nurhaliza pada usia 55 tahun? Nak jadi wanita yang ada anak antara dua hinggatiga orang serta ahli perniagaan wanita yangberjaya. Yang paling penting sihat tubuh badan. 5. Apa hebatnya kereta pertama Siti, ProtonAeroback? Itulah kereta yang banyak berjasa. Kereta itulahyang bawa Siti seluruh Semenanjung Malaysia.Kereta tu Siti beli hasil duit titik peluh Siti selepaskejayaan album pertama Jerat Percintaan. 6. Bilakah air mata terakhir Siti? Awal tahun ni kalau tak silap. Siti menangistengok Australian Junior Master Chef. Kagumdengan budak-budak dalam rancangan tu. 7. Perkataan apa yang terkesan dalam kalbu? Kata-kata daripada suami dan pesan arwah abah. 8. Nombor pilihan Siti. Kenapa? Pertama, nombor 111 kerana tarikh lahir Siti iaitu11 Januari. Kedua pula nombor 38 iaitu kombinasinombor Siti dan Datuk K. Nombor yang kamirasakan membawa tuah. 9. Menunggang kuda, membonceng motosikalyang mana akan dipilih? Menunggang kuda Siti memang tak pernahcuba tetapi yang paling Siti suka tentulahmembonceng motosikal he...he... 10. Paling lewat melelapkan mata, paling awalterjaga tidur? Kalau banyak aktiviti pukul 3 pagi baru Siti tidurdan pernah juga Siti terjaga sekitar pukul 3 pagiuntuk ke bilik air. 11. Duit! Paling banyak dapat dompet, palingsikit dalam poket? Paling banyak Siti bawa RM1,000 dalam dompet.Tapi sekarang dah ada kad debit dan kad kredit,Siti tak amalkan dah bawa duit banyak. Palingsikit yang ada dalam poket ialah 50 sen. Tu punmasa zaman sekolah rendah. |
‘Edisi Khas’ Johan (Raja Lawak) Cecah 3 Juta Penonton Posted: 16 Oct 2011 10:15 AM PDT PETALING JAYA: Pelakon Johan (Raja Lawak) berkongsi perasaan gembira apabila program lawak Edisi Khas mencatat rating lebih 3 juta penonton semenjak disiarkan di TV3 pada 7 Jun lalu. Ia menemui penonton setiap Selasa, pukul 10 malam. Program tersebut melibatkan Johan bergandingan dengan pelakon-pelakon lain seperti Almy Nadia, Along Raja Lawak, Saiful Apek, Ropie (Cecupak), Sharifah Shahira, Azlee Senario dan Acong (Sweet Child). "Disebabkan program ini telah mencecah lebih 3 juta penonton, kami akan menjalani penggambaran musim kedua Edisi Khas tidak lama lagi. "Selain itu, saya mendapat tahu program ini akan dicalonkan dalam Anugerah Skrin 2011," katanya kepada mStar Obnline. Johan memainkan peranan sebagai pengacara yang bergelar "Fifi Fairuz Fuyoo" yang akan memperkenalkan tiga segmen lakonan dalam setiap episod. Antara topik yang dipersembahkan melalui sketsa yang mencuit hati termasuk isu kad kredit di mana dua pasangan kekasih yang berbelanja sakan untuk mengambil hati kekasihnya. Along pula berlakon sebagai individu yang melarikan diri daripada ah long (peminjam wang) dan juga isu kenapa wanita tempatan lebih tertarik kepada lelaki warga asing. Selain itu, isu-isu yang dipaparkan dalam Edisi Khas termasuk rasuah, peminta sedekah, mat rempit, pengurus wanita yang bersikap bossy, haruan makan anak dan kepercayaan tahyul. Menurutnya, program itu berjaya mungkin disebabkan penonton gemar melihat lawak yang bersahaja dan menghiburkan. "Mungkin kelebihan saya untuk meniru gaya orang lain seperti yang ditonjolkan dalam Edisi Khas sebelum ini menjadi salah satu tarikan untuk penonton menyaksikan program tersebut. "Bagaimanapun, masih ada satu lagi selebriti iaitu Eric Leong yang menyebabkan saya sukar untuk meniru gaya dan cara percakapannya," ujarnya lagi yang baru selesai menjalani penggambaran drama 13 episod Super Lawak untuk Astro. Dia juga berkongsi perasaan terujanya apabila slot kelolaannya di radio Era FM mendapat sambutan hangat. Johan mengendalikan slot pada setiap Sabtu, pukul 7 hingga 11 pagi bersama-sama Reza manakala pada Isnin hingga Jumaat, pukul 9.50 pagi dia akan muncul dengan Sketsa Johan. "Saya hanya berbual dengan pendengar sementara penyampai lain perlu membantu saya daripada segi teknikal. "Saya juga perlu membawakan karakter seperti Mak Jemah dan Ah Chai mengikut permintaan pendengar," cerita Johan. |
Cermin Mata Elak Nera Dikenali Posted: 16 Oct 2011 10:13 AM PDT SEWAKTU berada di Akademi Fantasia musim kesembilan (AF9), nama Queennera Francis Kitingon (Nera), 19, (gambar) tiba-tiba melonjak apabila dikaitkan bercinta dengan Mohamad Azri Abdullah (Azri), 24. Bagaimanapun, selepas program realiti di Astro Ria itu berakhir, Nera mengakui belum mempunyai kekasih sebaliknya hanya berkawan rapat dengan pemuda itu. Biarpun berbangsa Kadazan Dusun, yang beragama Kristian, keluarga tidak menghalang sekiranya Nera mahu bercinta dengan lelaki Melayu ataupun mereka yang berlainan agama. Ditanya tentang lelaki idaman, Nera memberitahu dia mendambakan lelaki yang jujur dan bertanggungjawab. Menyentuh tentang karier, Nera baru sahaja popular dengan single Hatimu Milikku yang semakin hangat diputarkan di corong radio tempatan. Tidak lama lagi, Nera bakal mempertaruhkan lagu yang digubah dan ditulis sendiri pada tahun 2005 bersama dua sepupunya iaitu Samantha dan Georgiane. Selain itu, dia sibuk dengan jemputan persembahan di Kuala Lumpur dan negeri kelahirannya, Sabah. Rezekinya juga bertambah apabila dilantik sebagai duta untuk gedung farmasi Guardian. |
Putih Telur Petua Seri Wajah Anzalna Posted: 16 Oct 2011 10:12 AM PDT TUAH pelakon baru, Anzalna Nasir, 23, (gambar) dalam bidang seni hiburan tanah air semakin menyerlah semenjak menyertai pertandingan Dewi Remaja 2010/2011. Rupa paras menarik serta sifat semula jadi yang lemah-lembut lebih menyerlahkan pesona kepada dirinya yang sebelum ini pernah ditawarkan menjadi pembaca berita dan pengacara. Barangkali takdir sudah menetapkan Anzalna untuk bergelar seorang pelakon, lantas peluang dalam bidang penyiaran ditolak dengan cara yang baik. Pernah muncul dalam beberapa drama seperti Suria Di Cordoba, Ramadan Terakhir dan Gemersik Kalbu, kini baru pertama kali dia diangkat untuk melakonkan watak utama menerusi filem Sepah The Movie. "Sejak saya muncul dalam drama Ramadan Terakhir, ramai orang mula nampak bakat saya dalam lakonan. "Saya memang meminati lakonan sejak dulu lagi dan bersyukur apabila diberikan rezeki dalam bidang ini. "Dulu, saya kurang menerima watak utama sebab saya mahu bermula daripada bawah dengan memegang watak sampingan atau pembantu terlebih dahulu. "Tetapi sekarang ini saya sudah yakin untuk melakonkan watak utama selepas beberapa kali muncul dalam drama sebelum ini," katanya yang melakonkan watak Ayu Sofea dalam Sepah The Movie. Katanya, dia menerima watak itu kerana watak Ayu Sofea lebih dekat dan hampir menyamai karakternya yang sebenar seperti lemah-lembut. Kulit sensitif Rancak berborak dengan Anzalna, OopStarz! sempat bertanya tentang cara dia menjaga kecantikan. Wanita ini mengakui kulitnya agak sensitif dan mudah ditumbuhi jerawat. Jadi, sebab itu dia perlu kerap menjaga kulit wajahnya dengan mendisiplinkan diri dengan rutin hariannya. "Saya bukanlah seorang yang terlalu cerewet dalam menjaga kecantikan. Tetapi apabila terlalu kerap mengenakan mekap untuk lakonan dan menghadiri majlis tertentu, saya perlu lebih menjaga kulit agar sentiasa bersih. "Saya juga disarankan untuk mengguna ubat dan tidak menggunakan produk secara sembarangan. "Saya turut mengamalkan petua tradisional seperti menyapu putih telur di muka. Setiap kali membasuh muka, saya sering berselawat agar dikekalkan keserian wajah," katanya lagi. Bercerita tentang penjagaan rambut, Anzalna hanya menyapu vitamin rambut dan mengamalkan mencuci rambut setiap hari. Beralih kepada pemakanan, Anzalna tidak mengamalkan diet sebaliknya makan secara sederhana dan mengelakkan daripada menikmati makanan laut kerana alahan. Apabila bercerita tentang makan, terus dia teringat tentang berat badannya yang meningkat kepada 48 kilogram (kg) sewaktu berada di Tasmania, Australia selama lima tahun sejak 2003 hingga 2009. "Waktu itu, saya sekeluarga mengikut bapa yang melanjutkan pelajaran peringkat Doktor Falsafah (PhD) di sana. Makanan semuanya sedap-sedap belaka dan selera makan saya di sana tidak dapat dikawal kerana faktor cuaca dan pengaruh sekeliling. "Tetapi sekarang saya berjaya menurunkan berat badan kepada 43 kg," ujarnya. Menyentuh tentang fesyen, dia lebih gemar mengikut fesyen terkini. Untuk kelihatan menarik, Anzalna sanggup berbelanja lebih membeli pakaian, kasut dan aksesori. Bagaimanapun, dia bukanlah seorang yang mementingkan jenama tetapi cukuplah barangan tersebut kelihatan cantik dan menarik. google: anzalna nasir, anzalna nasir facebook, anzalna nasir blog, anzalna nasir twitter, anzalna nasir seksi, anzalna nasir hot, anzalna nasir bogel, anzalna nasir 2011, anzalna nasir profil, gambar terbaru terkini anzalna nasir, drama anzalna nasir 2011, anzalna nasir putih, buah dada anzalna nasir, anzalna nasir terbaru terkini |
You are subscribed to email updates from Lebih 1 juta pageviews dari pembaca blog | tq To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |