Adsense

Rabu, 5 Oktober 2011

Sensasi

Sensasi


10 Pemain Bola Sepak Terkaya Di Dunia

Posted: 04 Oct 2011 11:33 PM PDT

Tahun 2010 merupakan tahun yang sangat lumayan untuk pemain-pemain bolasepak handalan dan juga penaja mereka. Di saat kebanyakan pemain berunding dengan majikan mereka untuk mendapatkan gaji yang lebih tinggi terdapat juga segelintir pemain yang mendapat ganjaran lumayan dari penaja mereka.

Di sini adalah senarai kekayaan pemain-pemain yang terbaru pada tahun 2011:


10. Samuel Eto'o (Inter Milan, Cameroon) £9m

9. Zlatan Ibrahimovic (AC Milan, Sweden) £10.2m

8. Frank Lampard (Chelsea, England) £10.2m

7. Wayne Rooney (Manchester United, England) £12m

Nak tahu siapa memegang title Footballer paling kaya?jom terjah

Lagi gambar Perkahwinan Nabil dan Zira

Posted: 04 Oct 2011 11:20 PM PDT













Datuk Yusof Haslam tidak pernah guna telefon bimbit selama 10 tahun, bukti kesetiaan kepada isteri

Posted: 04 Oct 2011 07:56 AM PDT

Wah bagusnya dapat hasben yang nak jaga hati isteri sampai tak pakai hempon untuk membuktikan kesetiaan...Sensasi hairan jugak,habis tue selama nie mcm mana org nak hubungi beliau??

Sensasi rasa mcm nak suruh kekasih hati jangan pakai hempon jugaklah...mampu kew nak buktikan kesetiaan yg begitu darlingz?


Selepas selama 10 tahun tidak menggunakan telefon bimbit, produser filem Skop Production, Datuk Yusof Haslam akhirnya 'melanggar pantang' apabila terpaksa menggunakan telefon bimbit oleh isterinya, Datin Fatimah Ismail. Ianya juga apabila teguran Datuk Seri Dr Rais Yatim, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan selepas sukar menghubunginya.

"Saya dah guna telefon bimbit hampir setahun. Bukannya apa, selama ni susah wartawan nak hubungi saya. Lagi pun Dr Rais pun pernah tegur," katanya.

Yusof Haslam tidak menggunakan telefon bimbit membuatkannya bebas daripada gangguan selepas waktu pejabat. Menurutnya, segala urusan penting memadai dihubungi menerusi talian tetap di pejabat atau di rumah. Selepas rungutan diterima ramai pihak untuk menghubunginya, isteri, Fatimah membelikan telefon bimbit dan menasihati untuk menggunakannya.

"Isteri saya membelikan telefon Blackberry untuk saya guna tapi saya tak tahu. Akhirnya saya pakai telefon "cap ayam" cukuplah. Nombornya nampak besar dan senang nak buat panggilan," katanya.

Sebelum ini, Yusof Haslam tidak menggunakan telefon bimbit selama ini selepas diganggu oleh pelakon wanita popular menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) dan juga panggilan telefon, sehingga timbul salah faham sehingga hampir-hampir merosakkan rumah tangganya. Demi membuktikan kesetiaan dan cinta kepada isteri, Yusof Haslam membuat keputusan untuk tidak lagi menggunakan telefon bimbit.

Menurut Yusof, nombor talian telefon bimbitnya itu hanya diberikan kepada pihak-pihak tertentu dan orang media sahaja, dan tidak akan sesekali diberikan kepada artis terutamanya artis wanita.

Gambar kekasih Lionel Messi

Posted: 04 Oct 2011 07:30 AM PDT



Lawa jugak kan Girlfriend Messi...Opcozz ,pemain nombor satu dunia mestilah senang dapat awek cun ..muka mcm melayu pun ada...aha..

Ushar lagi gambar awek Messi

Jokes: Kids are quick and straight forward

Posted: 04 Oct 2011 07:28 AM PDT

























Fida dan Mamat Sepah berpisah kerana isu nampak rambut

Posted: 04 Oct 2011 07:25 AM PDT

Kes mamat dan Fida nie kelakar pun ader...Isunya setelah Mamat mengupload gambar Fida tanpa tudung dan nampak rambut,Fida dihentam teruk oleh masyarakat kerana membuka tudung.apatah lagi kebelakangan nie Fesyen tudung Fida dah semakin ke arah cara Siti nurhaliza,pakai topi je untuk cover rambut,leher suma nampak..apa kes?

Disebabkan hal ini,Fida begitu marah dengan mamat sampaikan enggan berhubung dan berjumpa dengan mamat,katanya Mamat telah mencalarkan maruahnya..

Bagi sensasi ada hikmah disebalik semua nie,pengajaran buat fida supaya lepas nie menutup aurat dengan betul dan bukan sekadar Fesyen,dan janganlah time nak dating tue free hair pulak..Fida kan selebriti,public figure memang menjadi perhatian orang lah,so kene jaga kelakuan,adab pemakaian kalau taknak kene hentam dengan masyarakat dan peminat.

Kini hubungan mereka berdua di ambang keretakan,Mamat kene lah pandai pandai pujuk Fida.



Kenyataan Fida berkenaan Gambar nampak rambut yang diupload oleh Mamat


Ketika Aidilfitri baru-baru ini, saya datang ke Johor beraya rumah keluarga Mamat. Selepas memperoleh pasport, kami bercuti ke Singapura, saya tak pernah ke sana. Tapi kami balik hari, namun apabila ke Batam, kami menginap di situ. Ketika berada di Batam, Mamat ambil gambar saya yang menampakkan sebahagian rambut itu dan dia juga yang muat turun gambar berkenaan di dalam Internet


Bagi saya, gambar itu sangat peribadi. Saya pernah cakap dengan Mamat, gambar peribadi adalah untuk simpanan peribadi. Apabila gambar itu tersebar di Internet, saya baca alasan Mamat, dia tak perasan dan kepada sesetengah media masa pula, beliaun menjelaskan tindakan itu disebabkan matanya rabun. Saya tak boleh terima alasan Mamat. Kesannya adalah saya, bertalu-talu saya kena hentam. Saya terkilan dengan perbuatan Mamat. Sebaik saja mengetahui mengenai penyebaran gambar berkenaan, saya ada tanya dia kenapa? Bagi saya alasan yang diberikan Mamat, nampak dirinya tak matang. Namun selepas itu sudah berminggu-minggu kami tidak bercakap mahu berjumpa.


Saya tak tahu apa tujuan Mamat memuat turun gambar itu di dalam Internet. Namun yang jelas diri saya sudah diaibkan. Saya juga tak faham kenapa Mamat memuat turun gambar kami berdua saja, seolah-olah tiada orang lain di situ. Bagi saya bukan hanya menerusi gambar Mamat mengaibkan saya, tapi persepsi orang menjadi negatif, mungkin mereka beranggapan kami bercuti berdua sahaja.


Selama ini saya mempercayai Mamat, tapi apabila berlaku perkara seumpama ini, Mamat sebenarnya sudah mematahkan kepercayaan saya terhadapnya. Kami sekadar bercuti ke Batam, bagi saya kenapa gambar macam tue pun dia nak muat turun dalam Internet? Mungkin apabila dia boleh tunjuk rambut saya kepada semua orang, mungkin dia berasakan dirinya hebat. Saya tak tahu apa sebenarnya tujuan Mamat. Terus-terus, apabila perkara ini berlaku, saya memang sangat sedih, terkilan dan kecewa dengan tindakan Mamat. Hati saya memang dah tawar dengan Mamat. Hati saya masih terluka dengan perbuatan Mamat. Dia seharusnya berfikir dulu sebelum bertindak dan bercakap. Jangan dah buat, baru rasa kesal.


Mamat boleh minta maaf, tapi bagaimana dia nak tutup tohmahan orang terhadap saya? Sekalipun gambar berkenaan sudah dipadamkan dari Facebook Mamat, gambar itu sudah tersebar merata-rata. Buat masa ini, saya tak boleh terima Mamat, nak bercakap atau berjumpa dengan dirinya sekalipun, saya tak boleh. Mamat pernah cakap, dia sayang saya. Saya tak faham apa erti sayang bagi Mamat. Jika benar-benar menyayangi saya, beliau seharusnya memelihara air muka dan maruah diri saya. Justeru, saya amat-amat terkilan dengan sikap Mamat, sangat kecewa dengannya.


Bagi saya, sekiranya Mamat berasakan dirinya bersalah, dia harus minta maaf dengan ikhlas, tak perlu mempertahankan dirinya lagi. Kesungguhannya saya tak nampak. Maaf Mamat tidak berharga. Dia tak mampu mengembalikan maruha saya yang tercemar. Saya tak pasti di mana pengakhiran perhubungan kami nanti. Saya berasakan diri ini seolah-olah teraniaya.


Tujuan asal saya bertudung kerana mahu menutup aurat, kini saya terpengaruh dengan fesyen. Fesyen bertudung saya hari ini tiada kena mengena dengan sesiapa, termasuk Mamat. Namun selepas menyedari ada pihak yang tidak senang dengan fesyen tudung yang saya gayakan, saya minta maaf kepada pihak yang tersinggung. Saya tidak lepas daripada melakukan kesilapan.


Kenyataan mamat berkaitan isu ini

"Saya ada berbincang dengannya mengenai perkara tersebut melalui telefon untuk meminta maaf kepadanya dan Fida secara lisan telah memaafkan saya.

"Namun saya tidak pasti sama ada Fida telah memaafkan saya tulus dari hatinya kerana saya tidak dapat membaca apa yang terkubu dalam dirinya itu. Kami belum pernah berjumpa selepas kejadian itu,

Perkara telah terjadi dan tidak ada apa lagi yang perlu saya katakan. Saya tidak mahu menghangatkan keadaan dan terpulang kepada individu dan masyarakat untuk menilai," ujarnya.

Isteri Wayne Rooney Bocor Maklumat Manchester United

Posted: 04 Oct 2011 12:07 AM PDT

Wayne Coleen Rooney

Manchester United berharap dapat merahsiakan perkembangan terbaru mengenai kecederaan penyerang utamanya Wayne Rooney tapi malangnya dengan satu 'tweet' menggunakan twitter yang berkaitan dengan menonton DVD Beyonce sudah cukup untuk membocorkan maklumat tersebut.

Berita mengenai kecederaan Rooney pada awalnya hendak dirahsiakan oleh Sir Alex Ferguson namun begitu Coleen Rooney telah mendedahkan maklumat mengenai kecedaraan suaminya melalui twitter dengan menghebahkan melalui twitternya pasangan itu sedang menonton DVD Beyonce dirumah ketika pemain pemain Manchester United yang lain sedang berada dihotel untuk persediaan perlawanan menentang Stoke ketika itu.