Harian Metro: Rap |
Posted: 04 Oct 2011 05:46 AM PDT USIA pembabitannya dalam seni masih hijau dan terlalu baru untuk dinilai. Namun, tutur bicaranya tatkala diajak bersembang tidak langsung mencerminkan pendatang baru yang masih janggal menjawab persoalan. Kata si empunya senyuman manis, Noor Qalisha Ahmad Rashid atau mesra disapa Qalisha yang nampak begitu matang dan bijak menyusun kata. Meskipun masih berusia 20 tahun, Qalisha sudah bijak mengatur cerita dan petah bicaranya tidak henti. Bermula dari perkembangan seninya yang kini baru mula selangkah ke depan hinggalah soal peribadi yang perlahan-lahan terbuka. Bertemu dengannya yang kini sibuk mempromosikan lagu terbaru dendangannya, Satu Januari sentuhan komposer terkenal, Ajai petang Jumaat lalu, bermacam-macam yang ingin dikongsikan olehnya.
"Namun, jujurnya saya bersyukur kerana setakat ini reaksi peminat semuanya positif. Satu Januari sudah mula dimainkan di stesen radio tempatan, malah, video lagu itu yang diletakkan di YouTube juga mendapat komen positif daripada peminat. Setidak-tidaknya ia memberikan saya semangat untuk terus memperjuangkan muzik ini. "Apa yang menjadi keutamaan saya sekarang adalah terus berusaha dan disiplin dalam mengukuhkan lagi empayar yang baru dibina ini," katanya. Melihat pada wajahnya yang jelita, personaliti menarik dengan penampilan matangnya, terlintas pula persoalan mengenai lelaki di dalam hatinya yang diangkat menjadi kekasih. Belum sempat soalan diatur bagi mengorek sisi peribadinya, lekas Qalisha menepis dan mengelak untuk terus disingkap kisah cinta yang masih kosong belum terisi. "Saya tidak pernah terfikir soal itu dan jauh sekali mengambil pusing mengenainya lebih-lebih lagi di saat ini ketika saya sibuk mencari jalan bagi menguatkan lagi nama saya sebagai seorang pendatang baru. Biarlah cinta dan lelaki itu datang sendiri tanpa perlu dicari kerana saya percaya, semua itu adalah ketentuan yang sudah disuratkan buat kita sebagai hamba. "Buat masa ini, saya lebih selesa sendirian tanpa sebarang komitmen dalam perhubungan serius. Lagipun saya masih terlalu muda untuk sibuk membebankan diri dengan perkara sebegitu. Keluarga sentiasa ada bersama ada dan menemani saya ke mana saja. Justeru, tidak timbul pula perasaan sunyi atau sepi. "Apa yang penting sekarang adalah kerjaya nyanyian yang sudah lama saya impikan. Apabila peluang sudah terbentang sebegini, mustahil untuk saya lepaskan," katanya yang gigih mengatur percaturan kerjayanya. Bagai sudah tersurat buatnya, Qalisha diasah bakatnya dengan kemas oleh Ajai dan pelbagai persediaan lain diberikan kepadanya oleh syarikat pengurusan Wake The Baby. Enggan muncul sekadar bersandar pada rupa paras semata-mata, penyanyi yang menjadikan Datuk Siti Nurhaliza, Jaclyn Victor dan Celine Dion sebagai inspirasi nyanyiannya ini gigih membentuk kelainan dan kekuatan bagi menonjolkan bakat yang tersembunyi jauh di dalam jiwanya. "Memang nyanyian adalah minat saya sejak dulu dan ini saja kerjaya yang ingin saya lakukan. Saya tidak mahu hanya berangan kosong atau melakukan sesuatu bagai melepaskan batuk di tangga. Kesungguhan dan komitmen saya selama ini dengan menghadiri kelas vokal dan latihan yang dilakukan abang Ajai berbaloi juga apabila kini saya sudah pun memiliki sebuah album sendiri. "Namun sebenarnya saya sudah lama bertemu Ajai iaitu ketika saya masih bersekolah lagi di tingkatan tiga dulu. Namun ketika itu saya masih terlalu "Album Qalisha ini memang begitu berharga buat saya kerana setiap jalur melodi dan lirik yang terkandung dalam album ini meninggalkan kenangan yang tersendiri. Saya secara peribadinya menyifatkan album ini sebagai sebuah biografi yang begitu dekat dengan jiwa saya sebagai seorang penggiat seni yang baru mula bertatih mencari jalan terbaik buat kerjaya saya ini. "Saya hanya mengharapkan agar peminat dapat menerima album ini dengan baik dan memberi laluan kepada penyanyi baru seperti saya untuk terus bertapak membina nama," katanya. Bingkisan album perdana Qalisha mengandungi empat lagu yang kesemuanya ciptaan Ajai termasuk Satu Januari, Bebaskanlah dan Cerita Cinta yang akan mula diputarkan stesen radio selepas ini sebagai single keduanya. Malah, sebuah lagi lagu iaitu Tak Kan Ada pula memperlihatkan penyanyi jelita ini berduet bersama Ajai dengan mengalunkan sebuah lagu romantis yang sarat dengan lirik cinta. "Pelancaran album bagi memperkenalkan semua empat lagu ini adalah satu titik permulaan buat saya untuk mula memperdagangkan bakat dan nyanyian saya. Saya hanya mampu berusaha dan memberikan yang terbaik namun semuanya bergantung kepada peminat dan pendengar," katanya. PROFIL: NAMA PENUH: Noor Qalisha Ahmad Rashid |
Posted: 04 Oct 2011 05:36 AM PDT TANGGAL 19 November ini akan berlangsung kemuncak Festival Filem Malaysia ke-24 (FFM24) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) anjuran kali pertama Gabungan Persatuan Karyawan Filem Malaysia (Gafim). Hingga kini, sejauh manakah kelancaran pengendalian itu?
Presiden Gafim merangkap Pengerusi FFM24, Jurey Latiff Rosli berkata, selepas bertungkus-lumus mengenal pasti pencalonan yang bertanding, hari ini baru Gafim dapat menganjurkan sidang media mengumumkan pencalonan rasmi FFM24 di Golden Screen Cinema (GSC), Mid Valley. "Bukan mudah sesi saringan pencalonan dilakukan kerana kebanyakan penyertaan dihantar tidak mengikut syarat ditetapkan. Antaranya, calon yang ingin bertanding perlulah menjadi ahli mana-mana persatuan di bawah naungan Gafim.
"Lagi pun, masuk persatuan tidak merugikan sesiapa selain berpeluang menyertai FFM. Pengiktirafan dalam FFM adalah untuk anda semua, jadi sekiranya berkeinginan menyertai perlulah mengikut syarat ditetapkan. Malah, syarat itu pun bukanlah perkara baru," katanya. Menurut Jurey, sebelum beliau menerajui pucuk kepimpinan Gafim dan mengambil alih penganjuran FFM daripada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), syarat pencalonan sedia ada sudah ditetapkan. Katanya, tidak adil juga Gafim yang baru mengambil alih penganjuran FFM24 terus bersikap tegas dengan menolak penyertaan tidak lengkap. Memandangkan ini kali pertama, maka Gafim sepakat memberi kelonggaran pada penyertaan pencalonan. "Bagaimanapun, kemungkinan tahun depan dengan wujudnya pertubuhan baru, Gabungan Industri Kandungan Kreatif Malaysia yang turut dipengerusikan oleh saya akan mewajibkan penggiat dan karyawan seni tanah air bernaung menjadi ahli di bawahnya. "Menerusi persatuan ini, sesiapa yang ingin bergiat dalam industri seni haruslah mengikuti latihan disediakan dan mereka diiktiraf dengan memiliki sijil akreditasi pentauliahan. Sijil diperoleh itu bukan sebarangan kerana ia diiktiraf oleh kerajaan. "Setakat ini, penyelaras pertubuhan sudah pun menerima kelulusan daripada Pendaftar Pertubuhan (ROS). "Malah, ingin saya maklumkan pertubuhan ini bukan sengaja diwujudkan, tetapi dilaksana atas arahan kerajaan melalui menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala yang juga Ketua Eksekutif Unit Penyampaian dan Pengurusan Prestasi (Pemandu). "Ia bagi memantapkan lagi agenda memartabatkan industri seni tanah air termasuk memastikan hala tuju dan masa depan penggiat dan karyawan tanah air terjamin.
Menyentuh mengenai kemelut yang melanda Persatuan Penulis Skrin Malaysia (Swam), Jurey memaklumkan pihak Gafim tidak akan campur tangan untuk menyelesaikannya. Katanya, biarlah ahli Swam yang menguruskan dan Gafim hanya mahu memberi tumpuan penuh pada penganjuran FFM24. |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Rap To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |